Tuesday, February 22, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

Huh..semenjak ada komputer ni kan. Nak kata orang yang tak pernah jumpa komputer tak juga..nak kata sebalik nya tak juga..nie lah manusia..falsafah kehendak yang tidak terbatas. Apapun kita terus berharap dan terus berpegang dengan ajaran Nabi kita Muhammad S.A.W. Ad Din Al Huda Islam. Satu satunya agama yang di redhai oleh Allah S.W.T.

Nak di jadikan cerita, masa tengah usha komputer (sebelum pembelian), aku masuk ke Maktabah El Edrissi ( Kedai Buku El Edrissi) untuk membeli buah tangan bebuku untuk menambah koleksi buku buku yang telah sedia ada. Kumpul buku buku kecil jer..Buku kanak kanak..dan sebagainya. Mulanya nak beli buku mengenai "Pemikiran Islam Kini" Al-Fikr Islami Mu'asir, Yang mana,Subjek ini adalah antara subjek aku untuk sem 4 ini. Atamanna an anjah fi hazal fasl khususan fasl rabi'....Amin...Tetapi sedang usha buku yang di hajati,aku ternampak pula Al kitab allazi bai'u minhu akthar min milion naskhah...min mu'allifuhul aziz akh A'eid Qarni tahtal maudu' "La Tahzan"...hazal kitab jamil liannahu yuhaddithu an nasihat au fikrah allati yumkinu lana an naqul "motivation".

Wa hazihi ba'du minan nasihatuhu,sa utarjim wa uqaddimu lakum...

Sepuluh bunga yang perlu di cantas untuk kehidupan yang baik.

1. Duduk di tengah malam untuk ber istighfar, Firman Allah ( Dan yang meminta ampun di tengah malam )

2. Berfikir, Firman Allah ( Dan mereka yang memikirkan kejadian langit dan bumi )

3. Mengikut majlis agama, Firman Allah ( Sabarkanlah dirimu dengan orang orang yang menyembah tuhan Nya )

4. Zikir, Firman Allah ( Berzikirlah kamu kepada Allah dgn zikir yang banyak )

5. Solat yang khusyu', Firman Allah ( Mereka yang pada sembahyangnya penuh dengan kekhusyukan)

6. Membaca Al-Quran, Firman Allah ( Tidakkah mereka memerhatikan Al-Quran)

7. Berpuasa di hari yang panas, Hadis ( Meletakkan makan dan minum serta syahwatnya

8. Bersedeqah, Hadis ( Sehingga dia tidak mengetahui di kirinya tentang apa yang di sedeqahkan dikanannya )

9. Mengurangkan kesusahan orang muslim, Hadis ( Sesiapa yang mengurankan kesusahan orang muslim daripada kesusahan di dunia,maka Allah akan mengurangkan kesusahannya di akhirat nanti )

10. Zuhud, Firman Allah ( Dan Akhiratlah sebaik baiknya dan kekal abadi )
Sekian..
Sunday, February 20, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

Huh..Lama dah tak buat entry dalam blog nie..berapa hari yer? Tiga hari dah berlalu, Apa yang telah aku lakukan..Adakah segala perbuatanku termasuk dalam perkara perkara yang di rahmati Allah?

Tiga hari lepas,aku telah selamat membawa balik sebuah komputer yang boleh lah membuatkan seseorang itu berkata Alhamdulillah. Dan berharap ianya bukanlah satu pembelian yang di klasifikasikan sebagai pembaziran. Minta di jauhkan dari perkara sebegitu rupa.

Sekitar Malaysia:

1. BANGI: Seorang wanita berusia 35 tahun ditemui mati dibunuh kejam dengan 15 kesan tikaman di dada dan badan, di tepi jalan di Kilometer 1.6, Jalan Bangi-Semenyih, di sini pagi semalam.

* Kes pembunuhan lagi, Banyak sangat kes bunuh yer. Bila nak berhenti?Takkan nak tunggu kes "I Robot"...Antaranya perbualan mereka,will smith ngan ketua polis "Rindu masa dulu". Maknanya,takkan nak guna robot jugak untuk keamanan,apa guna otak manusia?

2. KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam mengakui sukar mengubah tabiat buruk rakyat negeri itu yang disifatkannya ‘pengotor’ terutama membuang sampah sesuka hati yang menjadi budaya hidup.

* Kalau dah baca berita ni,janganlah kita anggap rakyat kelantan jer pengotor,boleh jadi kita ni juga pengotor.Muhasabah diri kita jugak,agar kita semua rakyat Malaysia pembersih.Aminn

Banyak lagi berita tuh,tak larat nak isi sumer..semua sumber di perolehi di Berita Harian.

Sekian dulu dari saya..

p/s..ais-putih ada dengar ura ura keputusan ais-putih di department of islamic studies..bunyinya..macam sesuatu yang menyenangkan..semoga ianya satu perkara yang betul..doakan saya yer..
Wednesday, February 16, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

Huh.Saya betul betul buntu.Tak tau nak apdate apa dalam blog nie.Kat rumah,tengah jalan,dalam bas,dalam teksi..semua duk pikir nak apdate per.Jadi, kali nie saya dah buat keputusan nak apdate per dalam blog nie.hehe.

Nak citer pasal Morocco.Mungkin Best.Apa yang Unik kat Morocco nie.apa yang tak pernah di buat orang,ada kat sini.

Teksi..Tahukah anda T.E.K.S.I..? Atau lebih di kenali sebagai Taxi dalam english nyer.Sejenis pengangkutan untuk mengangkut manusia yang berhajat ke suatu destinasi.

Kat Morocco khususnya,Teksi terbahagi kepada dua jenis.

1. Teksi Soghir.
2. Teksi Kabir.

Teksi Soghir;

Majoriti jenis teksi ini serupa kancil produk Mesia,tetapi jenama kereta jer lain antaranya,peugeot,renault,dan sebagainya.

Warna teksi ini,berlainan mengikut kawasan,contohnya;Di Tetouan, ianya berwarna Kuning,Di Kenitra, ianya berwarna Putih begitulah seterusnya.

Penumpang bagi teksi ini cuma tiga orang jer.Dan boleh jadik sorang dan boleh jadik dua orang dan boleh jadik teda orang sebab takder yang nak naik teksi tuh.

Teksi Kabir;

Majoriti jenis teksi ini serupa ngan kereta antik kat mesia.Kalau di mesia kereta nie akan di simpan dan mungkin di jaga dengan rapi.Semua teksi kabir di morocco nie terdiri dari satu jenis.Iaitu jenis mercedes-benz generasi 80 an.

Warna teksi kabir di morocco ini,juga berlainan mengikut tempat.Kat Tetouan,ianya berwarna biru.Kat Tanger ianya berwarna putih dan begitulah seterusnya.

Yang menjadi benda yang tak pernah di buat orang. Penumpang untuk teksi kabir ini ialah 6 orang. Pemandu satu,Dua orang akan duduk di depan untuk seat sorang.,dan 4 orang kat belakang.

Dan anak melayu yang naik teksi ini,akan terasa terhimpit sebab akan di kelilingi orang arab yang beso beso.

Tu jer lah kali nie.
Monday, February 14, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

Kembali semula di kala manusia sibuk dengan perbicaraan,perayaan,dan sebagainya mengenai valentine day. Bermacam macam tanggapan yang di buat mengenai valentine day. Yang pasti aku tidak terlalu mengambil kisah mengenai fenomena ini. Yang penting kita terus di atas jalan Nya dan terus sayang menyayangi antara satu sama lain.

Saya tertarik untuk berbicara mengenai kanak kanak, mungkin kita lupa golongan mereka ini, antara yang paling menderita apabila berlaku apa apa kejadian yang tidak di ingini. Contohnya;peperangan, pergaduhan kedua orang tua, dan sebagainya.

Jadi hari nie, aku ingin mengirsalkan pesanan buat dajal dajal yang menyebabkan kanak kanak menderita tanpa sebab munasabah.

Bukalah matamu yang celik dan lihatlah dengan pandangan akal,adakah logik untuk insan kecil yang tidak berdosa menjadi mangsa permainan dan penghinaan dari manusia yang tiada pedoman. Adakah ini suatu yang boleh di terima akal?

Apalah salah mereka sehingga terpaksa menjadi mangsa yang terbiar. Mereka di siksa tanpa rasa simpati. Betapa lemahnya mereka hingga hanya mampu menjadi saksi darah merah mereka mengalir ke bumi. Adakah ini suatu yang sepatutnya di tanggung oleh manusia sekecil mereka?

Mengemis, Kebuluran, Di Caci, Di Hina, Di Pukul. Semua ini sesuatu yang lali tanpa rela di hati mereka.

Yang pastinya,sengsara pasti terasa di kaffah hayatnya. Trauma. Manusia hanya mampu bersuara di hati. Alhamdulillah jika manusia bersuara di hati!!. Kalau tidak? Manusia yang tidak bersuara hanya tahu melihat insan sekecil itu terus mengunyah, merasa dan menelan peritnya derita yang terpaksa di tanggung.

Apalah nasib mereka, jika keadaan ini terus terusan menjadi persis lancar aliran air terjun.

Pastinya, sipi di hati mereka, menagih perhatian dari kita untuk membantu golongan mereka. Bagi memberhentikan penyiksaan yang tidak di minta. Tetapi meminta kasih dan belaian mesra manusia yang memahami.

Semoga Allah menyejukkan hati hati manusia dengan salji salji keimanan. Moga kita di beri petunjuk dan hidayah yang sejati.

Sekian dari ais-putih.blogspot.com
mengirsalkan:mengirimkan
kaffah:seluruh
Saturday, February 12, 2005 | By: cipthowiryawanchannel


Saya tak tau nak buat apa dalam blog saya kali ini,cuma ingin memberikan sedikit Doa sebagai salah satu cara kita terus ingat kepada Nya.

Sedutan dari blog Omeigal..Sungguh bererti..

Jika kamu memancing ikan....
setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu
mengambil terus ikan itu....
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam
air begitu sahaja....
kerana ia akan sakit
oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin
ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Sekian dari ais-putih.blogspot.com

Thursday, February 10, 2005 | By: cipthowiryawanchannel



Didikan Tuhan.Betapa Pemurahnya sifat Khaliq.Allah memberi atau mendidik manusia atau hamba-hambaNya dengan pelbagai cara.Kenapa Allah terus melakukan ini?.Tentunya Allah sayang pada hamba Nya dan yang paling penting,agar manusia itu menerima Nya sebagai Tuhan dan patuh kepada syariat Nya.

Ada kalanya,Dia lihatkan kebesaran Nya melalui kejadian langit dan bumi agar manusia mengakui akan kewujudan Nya.Ada kalanya di pujuk manusia dengan syurga,Betapa indahnya Syurga serta kelazatan nikmatnya dan kecantikan bidadari.Fi nafsil Wakt,Di takutkan manusia dengan neraka Nya,betapa dahsyatnya Neraka dan azabnya yang maha pedih amat ngerinya.

Tidak kurang pula di ceritakan kehidupan orang orang yang soleh.Di dunia lagi mendapat kebahagiaan walaupun hidupnya di timpa cabaran yang berterusan.Orang kafirin atau yang toleh,Di dunia lagi,tidak bahagia sekalipun kaya.Maka rasalah azab Neraka.

Sedutan dari lirik Hijjaz " Yang lalai,akan beruntung "

Maksudnya,yang lalai di dunia ini,ianya akan sentiasa beruntung,tetapi rugi di akhirat kelak.

Allah juga menyedarkan kita dengan nikmat nikmat Nya.Di beritahu manusia ini dari tiada kepada maujud.Di cipta manusia begitu Unik dan cantik.Di cipta mata,kepala,mulut,kakindan tangan sesuai di tempatnya.Mempunyai peranan yang berbeza untuk faedah mereka.

Disedarkan lagi manusia dengan nikmat nikmat di luar diri manusia.Dan telah menganugerahkan Allah kepada hamba hamba nya biji bijian,buah buahan dan ternakan.Semua ini untuk kegunaan hamba.

Selanjutnya Tuhan insafkan lagi manusia itu dengan lain lain cara.Begitulah Tuhan mendidik manusia dengan berbagai bagai jalan.

Wa Lakin,Manusia menerimanya dengan bermacam macam cara dan berbagai bagai sikap.Ada yang terus menolak kewujudan Tuhan.Percaya dengan dunia nya sendiri.Ada yang menerima kewujudan Nya tapi membuat pembohongan tentang zat Nya.Tidak kurang yang percaya keesaan Nya tapi menolak syariat Nya.Ada yang tepat aqidahnya tapi acuh tidak acuh dengan syariat Nya.Dalam pada itu,ada yang beriman,namun memilih milih syariat Nya.Sedikit sekali yang beriman dan patuh kepada syariat Nya

Bila kita ada masyarakat Islam yang Beriman dan Bertaqwa?
Wednesday, February 09, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

Israeli Prime Minister Ariel Sharon(L) shakes hands with Palestinian President Mahmoud Abbas during their meeting at Sharm el-Sheikh, Egypt February 8, 2005. Israeli and Palestinian leaders proclaimed a formal end to more than four years of bloodshed at the summit Tuesday. Photo by Reuters (Handout)

Islam Agama Keselamatan dan Keamanan

Islam adalah agama pembawa kesejahteraan. Untuk itu sekali lagi ditegaskan ia tidak boleh dilihat sebagai agama yang mencetuskan keganasan atau memporak-perandakan kehidupan manusia.

Rasulullah ketika menyelesaikan masalah masyarakat Islam pada zamannya sentiasa menjuruskan kepada keamanan dan kesejahteraan. Demikian juga yang baginda lakukan ketika berhadapan musuh-musuh baginda.

Tindakan baginda dalam berdakwah umpamanya, baginda tidak mendahulukan menghukum daripada mendidik. Baginda sentiasa mengajar para sahabatnya bahawa mendidik lebih utama daripada menghukum. Jika sahabat mendahulukan herdikan kepada Arab Baduwi yang kencing di dalam masjid maka Rasulullah bertindak sebaliknya. Sikap lemah lembut Rasulullah menggambarkan sikap rahmat yang dibawa oleh Rasulullah.

Sikap rahmat ini kita lihat telah menjuruskan kepada wujudnya perasaan kasih sayang kepada para sahabat baginda. Kekecohan dan “hingar-bingar” bukanlah sifat Rasulullah s.a.w.. Maka dengan itu Islam dapat dilihat sebagai agama yang membawa kepada keamanan dalam diri dan kehidupan para sahabat baginda masa itu.

Adakah terdapat contoh lain yang lebih baik daripada apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.. Kita melihat apa yang dibawa oleh Rasulullah masih wujud masa kini. Namun ancaman, tuduhan dan ugutan semakin mengambil tempat daripada mengutamakan mendidik dan menasihati di bibir umat Islam masa ini. Jika inilah sikap kebanyakan generasi Islam maka bagaimanakah keselamatan dan keamanan dapat diwujudkan di dada umat Islam masa kini. Apatah lagi kepada orang yang tidak beragama Islam.

Sebut sahaja perkataan Islam apa yang digambarkan oleh bukan Islam adalah wajah-wajah militan, tiada toleran dan kemunduran di sana sini. Warna-warna inilah yang mewarnai segelintir masyarakat Islam masa kini walhal Islam yang dibawa oleh Rasulullah adalah agama untuk kesejahteraan, kedamaian dan keselamatan. Mungkin mereka ada alasan lain untuk mempertahankan tindakan sebegitu namun soalnya adakah tindakan begini yang menjadi keutamaan Rasulullah s.a.w. dalam menyebarkan dakwahnya ke seluruh alam.
Monday, February 07, 2005 | By: cipthowiryawanchannel



Saya bangun pagi,saya mahu pergi ke internet,di internet,saya boleh cari maklumat.Sebelum itu,saya pergi ke bank.Saya ingin ambil duit.

Apabila tiba di internet,saya masuk banyak lama web.Dan saya telah terjumpa maklumat ini.Maklumat ini di tulis oleh,Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

Kisah mengenai rahsia bulan kelahiran saya di bulan Mac.

MAC

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan.

Adakah ini betul?Yang penting kita jangan terlalu yakin,kita kena ada usaha sendiri.Semoga Allah memandu ku ke jalan yang benar.
Saturday, February 05, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

Masyarakat Islam dan bukan Islam yang mencintakan keamanan pastinya mengerti dan mengetahui dalam perjuangan ada pengorbanan,ada tangisan,ada suka dan duka.Sebuah perjuangan ertinya keberanian,ertinya ketabahan,ertinya derita yang mengejar cita cita.Ianya menjadi menjadi pejuang lambang kekuatan,lambang kesungguhan,lambang hati hati atau mati.

Mengapa perlu mengalir darah merah di tanah kuning untuk mencari keamanan,mengapa perlu rasa takut bila sayembara malam berlabuh?mengapa...

Dan yang tak mengetahui,sayang sungguh kalian belum mengetahui,tidak kah kau kerah minda mu bagai kau mengerah askar askar mu bertandang tanpa rela,semata mata untuk memikirkan keamanan.

Sesungguhnya dalam kemanusiaan ada keindahan,ada rindu yang syahdu.Sebuah kemanusiaan membawa erti perdamaian,membawa erti kerukunan,membawa erti hidup sentosa dan bahagia.

Menjadi manusia lambang keinsanan,lambang keinsafan,lambang kasih dan sayang.Bukan di perdajalkan manusia yang lemah,yang miskin,yang kurang berkemampuan.

Kami ingin kalian tahu,perjuangan mereka mengejar syurga,mengejar cinta sejati.Itulah kemanusiaan dalam islam yang terjalin dengan salam.

Thursday, February 03, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

Tidak beredit blog ku lamanya amat.Maka hari ni,ku gagahi ketikan ketikan jariku untuk memberikan santapan bagi pembaca yang terlintas secara sengaja atau tidak sengaja.Khas untuk kamu.

Apa saja yang kita fikirkan perkara yang berkaitan tentang hitam dan putih,gelap atau terang.Padanya makna yang terlalu luas,tidak ada sempadan padanya.Global.

Secara amnya,hitam di kenali sebagai salah satu dari jenis warna,begitu juga putih.Manakala gelap dan terang di kenali sebagai sifat keadaan.Dan mungkin ada mkna lain mengikut kepada blok blok pemikiran.

Hakikatnya,kegelapan sentiasa dikaitkan dengan kejahatan,ujian dan kematian.Contohnya;Kenapa di lilitkan di lengan jersi Sabah pada perlawanan akhir Piala Malaysia 1996 dengan lilitan berwarna hitam?Kenapa selalunya awan yang mendung selalu di kaitkan dengan angin kencang dan taufan?Kenapa orang mengeluh bila terputusnya bekalan elektrik?

Sedang cahaya itu pula sentiasa dia menari nari dengan anggapan yang selalu di kaitkan dengan tuhan,malaikat,kebaikan dan sebagainya.Contohnya;Kenapa bila suasana cuaca cerah,orang akan gembira?Kenapa bila ada nya bekalan elektrik,tiada timbulnya keluhan?Kenapa bila kita menghadap Nya,kita memohon nur cahaya Nya?

Sinar suria adalah petanda harapan,pepohon akan turut longlai tanpa sinarnya,Kegelapan adalah lambang putus asa,dibawah naungannya,banyak jenayah telah berlaku,hingga kecurian di siang hari di anggap satu kejanggalan.

Pelik.Hairan.Ajaib.Tapi itulah hakikat kehidupan.

Tapi sebenarnya,apapun jua yang kita fikirkan mengenai hitam dan putih,gelap dan hitam.Usah dikenakan presepsi atau konsep itu di atas kulit manusia,kerana apa jua pun darah manusia tetap merah,bukan biru atau hijau.Elok kita perhatikan makna peribahasa ini,"memiliki tali pinggang hitam lebih baik dari menyimpan gajah putih"iaitu hitam tak semestinya buruk,manakala putih tak semestinya baik.