Wednesday, March 23, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

Huh..menerima sms dari orang yang tersayang memang menyeronokkan..itulah yang ku alami setelah menerima sms dari emak aku..yang mengatakan kenapa lama tak timbul..memang benar sudah kira sebulan aku tidak menghubungi keluarga ku samada melalui telefon ataupun chat..Kemudian pagi tadi..sebelum ke kuliah jam 9 pagi..aku menerima sms lagi jugak dari emak aku..mengatakan mahu chatting jam 8.30 malam waktu malaysia..bersamaan jam 12.30 tgh hari waktu Morocco..Insya Allah..

Kelas pagi ini..aku datang lewat sikit..banyak yang perlu di siapkan di rumah..meneybabkan aku lambat ke kuliah..ingin saja naik teksi..tapi kewangan menghalang aku berbuat demikian..hehe..dan di kuliah belajar mengenai falsafah hari sabtu orang yahudi..tak faham lagi..kena buat revision di rumah..buka kamus itu..kamus ini..terasa lah diri ini masih lemah..

Sejarah..Penipuan Sejarah..yang di lakukan oleh orang yang tak bertanggung jawab memang satu perkara yang d kesal kan..bagaimana ingin menikmati keindahan sejarah kalau ianya di cemari dengan penipuan fakta..dan aku bukan ingin mengkritik orang yang menukar fakta..tetapi cuma ingin menulis:

Pemuda membina sejrah menggunakan hati hati mereka..
Dan Ulama membina sejarah dengan akal akal mereka..
Dan Hukama' membina sejarah dengan jiwa jiwa mereka..
Bila bersatu hati,akal,dan jiwa dalam pembinaa sejarah..
Sejarah itu tidak akan padam cahayanya..
Begitulah pembinaan sejarah sebenar pada dahulunya..

Bagi seseorang ahli sejarah..mungkin tidak akan berlaku penipuan sejarah jika hati nya penuh dengan kejujuran dan sebagai seorang muslim..keimanan dan ketakwaan sepatutnya menjadi pegangan utama dalam pekerjaannya..kenapa..??

Seorang pakar jiwa eropah yang bernama Carl Jack dalam bukunya "manusia kini yang mencari jiwa" muka surat 264;(..Datang seseorang yang datang untuk berubat dengan aku..dan aku kira ianya berumur setengah abad..dan aku melihat ianya tidak mempunya masalah jiwa kecuali lah setelah di siasat ianya mempunyai masalah agama..dan kau menasihatkan padanya..sesungguhnya engkau tidak sakit..dan telah diberikan agama yang benar untuk orang isalam..dan padanya Iman yang haqiqi..)

Orang yang non Islam mengiktiraf iman sebenar ada pada agama Islam..jadinya..kita boleh konklusikan..Iman ubat sebenar untuk jiwa..kalau iman terus bertakhta di hati..tidak mustahil..segalanya akan berlandaskan keimanan pada NYa..

Memetik kata ustaz aku dalam subjek"fikr islami mu'asir"..mengenai orang bukan islam yang mengiktiraf Islam..katanya " baik nasib nama dia John..tapi Insya Allah kita doakan dia jadi Abdullah "..maknanya..kita berharap orang non Islam yang mengiktirafkan Islam menjadi Islam..Aminn

Sekian dulu untuk kali ini..Ma'as Salamah..
Sunday, March 20, 2005 | By: cipthowiryawanchannel



huh..pagi ahad nie..kengkawan rumah semuanya berarak seribu langkah ke pantai..bermain bola di pantai bersama pelajar thailand..cuma aku saja yang terkebil kebil di dalam bilik baru ku..mengetik sambil menyiapkan nota siasah syar'iah..penat lah jugak..ketik satu satu..kalau huruf rumi,tak pe..ini huruf arab..tu yang buat pelahan tu..

semalam borak borak housemate pasal sejarah agama..yang aku konklusikan sebagai bukan usrah..tetapi perbincangan ilmu..secara santai..hehe..bermula lah dengan tiket kapal terbang..yang mana kawan ni nak balik mesia 13 mei nie..sehinggalah ke perbincangan sejarah agama nie..dan antara point yang masih aku ingat..

Orang dahulu mula mengkaji agama..samada dari segi sejarah,kemudian perbandingan..dan sebagainya..adalah mempunya tujuan untuk membantah agama ini dan itu..tetapi tika ini..zaman ini..fenomena itu telah berubah..isu seperti mengkaji agama untuk mengatakan " agama ini begini,tidak ada ini " keadaan ini telah di kalsifikasikan sebagai isu lama..dan kini..orang mengkaji agama..adalah bukan untuk membantah..tetapi mengkaji apa yang sepatutnya..agar dua agama atau selainnya tidak bermusuh..tetapi bersama sama..dengan cara ni,mungkin keamanan mudah untuk di capai..

contohnya..kata ustaz aku..mengajar "tarikh adyan"..kita mengkaji agama..kita tidak mahu pantulan,tetapi mahu serapan..mula aku ingat..pantulan apa yang ustaz ni kata nie..sekali di bincangkan semalam..kita perlu fikir..kalau kita kata agama ini tak betul..tak buat ini..tak buat itu..maka pendeta agama yang di katakan agamanya tak betul..akan membuat bantahan semula..makanya..bantahan semula tu yang dikatakan pantulan..melalui pantulan ini akan menyebabkan "pergaduhan"..

kemudian serapan tu pulak..bila kita kaji agama mereka biarlah konklusi yang kita dapat buat..mereka terima dan kita pun terima..jadi tak dak pergaduhan..kata ustaz tu lagi.."kalau boleh biarlah kita kaji agama nie..yang buat penganut agama agama nie..dapat hidup bersama"..best jugak pendapat dia nie..

tapi kalau di lihat..apa yang di katakannya memang betul..contohnya..seperti aku..aku belajar tarikh adyan..dan mulanya aku ingat..aku akan mengetahui..kelemahan orang orang yahudi..dan sebaginya..tapi sebaliknya..aku belajar terjemahan bible..perbandingan bahasa..dan apa yang aku perhatikan..ustaz ni tak pernah mempertikaikan..hukum hakam yang ada di dalam injil..maknanya..dia bukan mengajar untuk membantah itu ini..tetapi mengkaji..sebagai ilmu..

dan sekarang aku..tengah belajar "lughah balagh" tentang bahasa nabi Isa Alaihissalam,nabi Musa Alaihissalam,dan nabi Muhammad Rasulullah S.A.W..kalau pikir remeh..memang kita kata..buat apa pi kaji bahasa nabi Isa dan nabi lain??tapi itulah hakikat..semua ilmu ni penting..dan sayangnya..yang mengkaji ilmu nie..majoritinya..orang putih..dan setengahnya..orientalis..dan termasuk juga lah pewaris pewaris nabi..ulama ulama islam..bila rasanya " majoriti yang mengkaji orang islam "..

dan kongsi ilmu sikit..dari apa yang telah di pelajari..Nabi ISa Alaihissalam adalah rasul yang di utuskan untuk menyampaikan risalah Allah..dan pastinya nab i Isa akan menyampaikan risalah Allah dengan menggunakan bahasa masyarakat sekeliling..tapi apakah bahasa yang di gunakan?adakah Isa bercakap dengan bahasa greek..adakah dengan bahasa latin..adakah dengan bahasa rom..???..

dan banyak persoalan yang di buat oleh pengkaji..contohnya..bagaimana kita menggambarkan injil berbahasa greek tetapi masyarakat Nabi Isa adalah rom??..Bagaimana kita menggambarkan injil berbahasa greek,dan kita ketahui Nabi ISa adalah nabi Bani Israel..dan sebagainya..

dan teori teori yang telah di keluarkan :

1. Vossius,Heinrich Paulus,Hug dan Diez macho berpendapat..bahasa yang di sampaikan Nabi Isa ialah..dengan bahasa greek..
2. W.Argyle..berpendapat..Nabi Isa bercakap dengan bahasa greek..tetapi pendengarnya tidak akan memahaminya kecuali dengan bahasa rom..(Expository Times,67,1955/1956,pp.92-93)
3. R.Drapper dan J.K. Russel..Zaman nabi Isa..mereka menulis dengan tulisan greek..(Ibid.p.246,p.317)
4. A.Meyer..Berpendapat..Bahasa Nabi Isa ialah bahasa rom..(Dalman,G.JESU Mutter sparche,leipzig 1896)
5. H.Birkeland..Berpendapat..Bahasa masyarakat tika zaman Nabi Isa ialah..bahasa Hebrew(Yahudi)..(Segert.s.en Aror 25 et 1957,pp.21-37)

cukup dah kut lima..sekian dulu..jumpa lagi..
Saturday, March 19, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

huh..buat per korang..hidupku semakin stabil..hanya alhamdulillah yang mampu di ucapkan kepada Nya..sesuai status kita sebagai hamba Nya yang lemah..keadaan rumah pun sudah semakin kemas..tinggal satu jer lagi..ura ura nak pasang parabol kat rumah baru nie..uikk..biar benor..hehe..tapi masih dalam perbincangan ahli rumah..semoga perbincangan nie akan bawa natijah yang baik pada kami semua..

Nak cerita pasal morocco sket..mengenai sejarah pelik morocco..ini berdasarkan cerita kawan moroccan yang satu batch ngan aku..Orang morocco boleh di katakan berjuta penduduknya berhijrah keluar dari morocco ke negara negara lain..terutamanya ke eropah..sebab utama penghijrahan ialah..kerana kehidupan di morocco tidak baik..negara yang miskin..taraf hidup yang rendah..dan sebagainya..

Terdapat sesetengah rakyatnya yang sanggup berenang melintasi laut mediterranean ke sepanyol..kenapa berenang??..tiada duit..keazaman hijrah yang terlalu kuat..buktinya..terdapat satu kawasan pelancongan kini yang terletak di marakech..yang mana kawasan itu ialah kawasan latihan berenang untuk ke sepanyol..huh..biar beno..betapa kuatnya azam penduduk morocco untuk berhijrah..dan paling menyayat hati..ada yang mati kesejukan ketika berenang di lautan mediterranean..dan kerajaan sepanyol telah membuat undang undang..untuk menembak sahaja pendatang yang berenang masuk perairan spain..dan kerajaan spain telah menyediakan satu kawasan kuburan KHAS untuk pendatang yang di tembak matii..

Seorang pelajar Maroc english department berumur 18 tahun..menyatakan kepada kami..bahawa..habis diploma nie..saya nak berhenti belajar..dan keluar ke canada..dan saya tak boleh hidup kalau terus tinggal di sini(morocco)..huh..bior beno..tapi itulah hakikat..remaja sebegitu sudah memasang azam untuk keluar negara bukan kerana ingin belajar..tetapi tak yakin dengan negara..sedih sungguh..

Kawan aku..Moroccan jugak..abangnya dan kakaknya juga berhijrah keluar ke USA dan ke Belgium..abangnya bekerja di USA..dan kakaknya juga bekerja mengikut suami yang jugak Moroccan ke Belgium..dan ternyata hidup mereka lebih senang dari yang sebelumnya..

Dan yang menjadi pelik..sejarahnya dahulu..orang sepanyol lebih suka untuk berkerja di morocco..mereka sanggup berhijrah ke morocco kerana taraf hidup lebih bagus..di sepanyol,mereka bekerja cuma di bayar gaji sebuku atau dua roti..di morocco di bagi wang..tapi sekarang..sebaliknya yang berlaku..orang morocco keluar ke eropah..dan orang eropah cuma melancong masuk ke morocco..dan kami malaysians..mengambil kesempatan di sebalik lambakan ilmu ilmu Islam..

Habis cerita Morocco..
Friday, March 11, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

Huh..ajabtu..ajabtu..hal da'iman hakaza..???..segalanya masih belum stabil lagi..perlu kepada perancangan rapi..dan aku sendiri pun belum stabil..perlu motivator? rasanya tidak..segalanya berubah dari diri sendiri..Allah pun telah berfirman tidak akan mengubah sesuatu kaum kecuali ianya berusaha untuk berubah..semoga Allah,kudrat ku,dan keadaan sekelilingku membantu menjadi lebih baik dari yang sebelumnya.."peluang hidup hanya sekali"..maka ambil hazihi fursah..

Kuliahku berjalan seperti biasa,tiada gangguan..aman..harmoni..cuma gurauan asdiqa' yang mencelah di sebalik lipatan lipatan kehidupanku..Itu lebih baik dari tiada bukan..kadang kita berasa serba salah bila hidup dalam kesunyian..manusia memang fitrahnya hidup berpasangan,berpuak puak dan sebagainya..jadi memang susah untuk menerima ahwal manusia hidup dalam keadaan bersendiri..tapi tidak mustahil bila Khaliq itu ingin membuat sebegitu rupa kepada hambanya yang dho'if..."khalaqal insana dho'ifan"..

berfikir seperti yang seharusnya..itulah tajuk karangan harun yahya..masih dalam proses memahami maksud karangannya..tapi kenapa berfikir? kenapa di ihtimamkan konsep "fikir"..mesti ada hikmah di sebaliknya..manusia lahir dengan akal fikiran..manusia istimewa kerana boleh befikir..dengan fikiran juga membezakan manusia dengan haiwan..kenapa yah..?? satu rahsia yang perlu di kaji..

hari ini aku tidak ingin berbicara untuk fikiran..tetapi aku ingin menyampaikan antara ketakjubanku..mengenai susur galur kehidupan kita sehari hari ini.

Berfirman Allah..

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia"

Itulah ayat yang mewajibkan kepada kita agar kita berbuat baik kepada kedua ibu bapa..ini di buktikan sehingga larangannya tidak membenarkan kita berkata "ah" apalagi membentak dan apaa lagi membiarkan mereka..nau'zubillah..kita berlindung kepada Allah agar tidak termasuk dalam golongan ini.

Tapi kenapa wujud golongan yang tidak memeperdulikan ayah ibu..sedangkan di masa ianya di perut ibunya..dua insan inilah menanggung segalanya..tika dia kecil..dua insan inilah yang berjaga di waktu malam..tika dia bersekolah..dua insan inilah tempat mengadu.."mak..minta duit belanja sekolah"..semuanya di bagi..hanya kerana si anak yang tersayang..

Tapi segalanya berubah bila ego menguasai diri..nafsu membalut jiwa..dua insan yang paling rapat dengan kita..di biar berdua-duaan menagih kasih anak..tidakkah engkau berfikir tentang ayat "syurga di bawah tapak kak ibu"..tidakkah engkau takut dengan ancaman Allah bagi sesiapa yang menderhaka kedua ibu bapa..kembalilah..

Ingin memetik kata Yusni Hamid dalam filem Laila Isabella..

"Anak sepuluh mak bapak boleh jaga..tapi anak sepuluh belum tentu boleh jaga mak bapak"

Fikirkan lah..
Wednesday, March 09, 2005 | By: cipthowiryawanchannel



Image hosted by Photobucket.com



Image hosted by Photobucket.com



Image hosted by Photobucket.com



Image hosted by Photobucket.com

barang awak dah sampai awak...terima kasih...big ben london...
Wednesday, March 02, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

huh,lama dah tak edit nih..limaza? ma indi wakt aw kaif? ku serahkan segalanya kepada Allah Rabbul Alamin..dan hari ini serta hari hari lepas..semuanya aku lalui dengan dugaan,kegembiraan..tapi konklusinya..ianya masih ba'id jiddan dengan amalan seorang yang beriman pada Nya sekuat kuatnya..

perjalanan ku ke kuliah hari ini pada jam 10.50 pagi untuk menghadiri muhadhorah tarikh adyanyakni terikh agama,atas kendalian Doktor Abdul Aziz Syahbar..mempelajari tentang lughah balagh baina isa,musa,wa Muhammad Abdullah,susah untuk di fahami,tapi itulah hakikatnya..kena bawa kamus jugak ke kuliah..apa dier cakap..tak faham bukak kamus..

di masa yang sama,kami jugak di hamburkan dengan ilmu ilmu bahasa dalam lughah kitab taurat..cuma dpt tgkp ustaz cakap ni jer.."ya ili ya ili" tak tau apa maknanya..tetengok ustaz ni cakap yahudi.." ya tuhan ku ya tuhan ku "makna nya..

lepas kuliah nie,dengar result dah kuar..dan kaki melangkah kemas ke papab kenyataan untuk melihat keputusan yang tak seberapa..hanya doa kepada Nya menjadi fokus utama..dan pabila tengok keputusan itu..syukur sahaja yang mampu di hamburkan semula sebagai balasan kepada Nya..10.17..alhamdulillah..

dan menanti ku seterusnya,janjiku pada Nya..Nazar..Puasa 10 hari tidak berturut turut.Semoga ibadah ku di terima..

selepas selesai semuanya,kebetulan pulak U buat pameran dan jualan,tertengok keychain replika kasut tradisional morocco..jual satu satu..dan beli dua jadi sepasang kasut..satu nak di kekallan di morocco ni..dan satu lagi nak di hantar berhijrah ke mesia..tunggu lah yer awak..

sekian dulu...