Friday, April 29, 2005 | By: cipthowiryawanchannel


Tuhan marahkah kau padaku
Inikah akhir duniaku
Kau hempaskan jarimu di ujung banda
Tercenganglah seluruh dunia

Tuhan mungkin Kau ku abaikan
Tak ku dengarkan peringatan
Kusakiti engkau sampai perut bumi
Maafkan kami ya robbi



Engkau yang perkasa pemilik semesta
Biarkanlah kami songsong matahari

Engkau yang pengasih ampunilah dosa
Memang semua ini kesalahan kami

Oh Tuhan ampuni kami
Oh Tuhan tolonglah kami
Tuhan ampuni kami
Tuhan tolonglah kami
Wednesday, April 27, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

Huh..kertas..buku..note..pen..pensil..coffee..tea..inilah yang mendampingi ku untuk exam 26 april..dengan purata tidur kira kira 3 hingga lima jam sehari..huh..betul betul memenatkan..2 subjek telah selesai..dan akan bersambung lagi selepas cuti minggu depan..

Senarai Subjek Aku Sem Ini..

- Tarikh Adyan
- Terjemah Nusus Islami
- Fikr Islami Mu'asir
- Manhaj Al-Bahs
- English
- Hadharah Islami
- Fiqh Ibadah
- Ahwal Syakhsiah
- Siasah Syari'ah
- Tarikh Tasyri Islami
- Usul Fiqh

Senarai Tajuk Assignment Aku..

- Hukm Al-Wad'ei Fi Ahkam Syariah (Usul Fiqh)
- Talkhis Al-Khasa'is Tasawwur Islami (Fikr Islami Muasir)
- Nizam Siasah (Hadharah Islami)
- Nizam Idariah (Hadahrah Islami)
- Nizam Askariah (Hadahrah ISlami)


Sistem Exam di Morocco..

- Exam akhir bermula..
- Pelajar akan mengambil exam seperti biasa..
- Exam akhir tamat..
- Seminggu atau dua..keputusan akan di umumkan..
- Seminggu selepas result di umumkan..tarikh exam kedua dikeluarkan.
- Pelajar yang lulus tidak perlu ambil exam kedua..
- Pelajar yang tidak lulus perlu mengambil exam kedua..untuk lulus..
- Sebulan selepas itu..Keputusan penuh di keluarkan..

Huh..aku berjumpa dengan seorang lecturer dari America nama dia Russel..cakap itu ini..dia telah menjemput kami student Malaysia ke Biblioteca Espana esok jam 7 malam untuk menghadiri majlis tengok wayang..(betul ker istilah nyer tuh)

Tapi aku tak pasti lagi nak pergi ker tak..Kawan aku dah sibuk tanya "ko pergi ke tak"..hehe..aku jawab"aku di tgh"..best best..

Apapun aku kena straight ke Exam luk..Kalau aku senang aku akan datang..dan kalau tak senang..aku tak datang..tapi tak baik menolak jemputan orang..ermmm...

Musim panas dah dekat..Fikiran aku sudah mula suka melayang untuk melakar rancangan di musim panas ini..antaranya..

- Nak Jalan Round Round Morocco..Kos Murah..
- Nak Jalan Jalan Ke Spain..300 Euro Cukup Kot..1500 Ringgit Mesia!!
- Nak buat hobi aku masa kat sekolah menengah..Nak cat baju..
- Nak ambik kelas bahasa..German?..France?..Spain?..English?..
- Nak balik mesia..oooo tidak..!!!Lain kali lah..
- Nak duduk umah jer..

Huh..Sekian..
Sunday, April 24, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

Huh..ahad yang sungguh tenang..rumah aku hingga jam 1 petang masih lagi sunyi..bukan tidur..tetapi semua buat kerja masing masing..sekejap tadi terdengar bunyi gorengan ikan yang mengimbau bagaimana mak aku goreng ikan dulu..teringat kampung lagi..

Seminggu nie..berapa kali aku teringat kat Labuan..aura Labuan menarik narik kuat..macam nak balik..tapi bila fikir..baru sekejap aku di sini..tapi alasan itu tidak cukup bagi aku untuk melawan kehendak nak balik..sabar ais-putih...dugaan belajar di rantau orang..

ermm..nak citer pasal apa yah..Maulidur Rasul dah berlalu..tapi tak bermakna lepas ini tak perlu mengingat Rasulullah..tanamkan lah sifat cinta kepada Rasulullah..

Karier..Personaliti...Peribadi..benda nei adalah antara yang penting kepada seorang individu..si fulan sudah memikirkan apa kerjayanya pada masa depan..si fulan jugak sentiasa memikirkan personalitinya..seterusnya peribadi..kaum adam dan hawa pastinya memilih peribadi yang baik untuk di jadikan pasangan..dari contoh yang mudah begini..kita boleh konklusikan ianya terlalu penting..

tiada orang yang tidak mementingkan karier melainkan dia endah tak endah dengan hidupnya..no body yang tidak pentingkan personaliti..sehingga pelajar sekolah rendah sudah ada yang tahu berpersonaliti..apatah lagi kita yang remaja dewasa dan lebih dewasa..Peribadi..??..orang di lamun cinta bila di tanya mengenai kekasihnya..pastinya berkata..ianya baik..peramah..tiada yang mengatakan..ianya jahat..ianya sombong..nonplussed!!

So mari kita kait ke kiri dan kait ke kanan dalam konteks Maulidur Rasul..Persoalan peribadi dan personaliti merupakan antara persoalan yang penting dalam konteks kelahiran Rasulullah S.A.W..Apatah lagi kalaukita hubungkan persoalan peribadi kita pada hari ini dalam konteks yang bersifat global dan universal..

Realitinya kan..Rasulullah S.A.W di puterakan dengan membawa peribadi yang sungguh cantik dan sungguh sempurna dalam aspek kehidupan..keperibadiannya dapat di lihat sejak kecil hingga lah kewafatannya..

Hal ini telah di tegaskan oleh Allah S.W.T dalam Al-Kitab yang bermaksud:" Demi sesungguhnya pada diri rasulullah itu contoh yang terbaik untuk kamu"..

Sambutan Maulidur Rasul atau pun penghayatan tentang kehidupan Rasulullah patut di jadikan landasan untuk setiap indvidu muslim menilai dan memuhasabahkan diri terhadap segala bentuk gelagat hidup dan perilaku seharian.Apakah benar kita menjadikan Rasulullah sebagai role model atau sebaliknya..

Sesungguhnya kita masanie memang memerlukan peribadi peribadi yang unggul dan mulia dalam realiti masyarakat masa kini yang di percik percik dengan api moral dan akhlak yang rosak..

Dalam konteks famili sebagai contoh..pembinaan peribadi dan personaliti di kalangan ibu bapa amat penting,most important,top urgent, supaya mereka menjadi contoh ikutan yang terbaik kepada anak anak..

Kalau Ketua keluarga rosak..maka institusi kekeluargaan dengan mudah runtuh..lebih mudah dari keruntuhan tembok troy yang di masuki tentera achilles..sebab apa..tiada kepercayaan..tiada rasa hormat..dan selainnya..

begitulah keperluan peribadi dan personaliti yang mulia di kalangan masyarakat seluruhnya..Akhlak yang mulia menjadi suatu yang dominan di kalangan anggota masyarakat secara keseluruhannya..Jesteru itu,aspek pembinaan peribadi dan personaliti merupakan ini pati utama dari maksud kelahiran Rasulullah Muhammad S.A.W .
Sekian.
Friday, April 22, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

Edisi Maulidur Rasul 2005

Sambutan Maulidur Rasul telah pun di sambut sejak berkurun lama oleh umat islam di seluruh dunia perbicaraan mengenai kearusannya telah lama dibincangkan oleh ulama ulama dan sesetengahnya telahpun dibukukan dalam buku buku mereka.

Disebalik itu ada pihak yang cuba mencemuh majlis ini atas alasan ianya sebagai satu amalan bid'ah.Dan menganggap ianya sebagai satu amalan yang membaw kepada dosa dan maksiat.

Seorang pengajar di masjid nabawi pernah berkata bahawa sembelihan yang dilakukan untuk menyediakan makanan pada hari sambutan maulidur rasul adalah lebih haram dagingnya adripada daging khinzir.Berkata Sheikh Soleh al-Fauzan bin Al-Fauzan telah memberi amaran kepada sesiapa yang mengadakan majlis Maulidur Rasul ini.Dan banyak lagi pendapat pendapat atau pandangan pandangan tentang penentangan majlis sambutan Maulidur Rasul.

Golongan ini menghidupkan isu pengharaman majlis sambutan Maulidur Rasul hanya dengan satu alasan yang lapuk dan tidak boleh diterima lagi.Ini kerana sebilangan besar ulama ulama telah menjawab sebagai tindak balas dari isu pengharaman ini.Namun begitu mereka tetap atas pandangan mereka sendiri.Berkata senior aku,Ust Irdho:" Fikrah membentuk diri seseorang".

Sekalipun majlis Maulidur Rasul tidak ernah diadakan pada zaman nabi, tetapi amalan ini dianjurkan oleh Allah dan rasulNya secara umum. Sekalipun tidak ada dalil dalil yang nyata menyebut mengenainya tetapi secara tersirat Allah dan rasulNya menyuruh kita mengingati sejarah.

Jikalau kita lihat dari segi pengisian majlis itu sendiri yang terdiri daripada mengumpulkan umat islam untuk mengingati Rasulullah S.A.W,seterusnya memuji baginda dengan mengucapkan selawat keatasnya,dan menyediakan makanan untuk orang ramai.Majlis sebegini secara tidak langsung telah menjana penghayatan umat islam dalam memperingati sunnah Rasulullah S.A.W,dan lebih utama ianya adalah antara satu method dakwah islam.

Sebagai contoh,Orang yang tidak tahu sejarah Rasulullah S.A.W,maka melalui majlis ini sedikit sebanyak akan membantu mereka mengetahui tentang sejarah rasul.Tetapi kalau kita berpegang kepada prinsip sambutan Maulidur Rasul itu sebagai satu amalan yang membawa kepada dosa maka kita boleh katakan "lebih baik daripada tiada".

Berkata imam Al-Hafiz As-Suyuti ketika ditanya tentang hukum mengadakan majlis Maulidur Rasul pada bulan rabiul awal samada dicela atau tidak,dan adakah diberikan pahala bagi orang yang menyambutnya,beliau menjawa,"amalan pokok yang dilakukan di dalam majlis itu ialah bacaan ayat ayat suci al-Quran,kemudian dibacakan sirah sirah nabi dan kisah kisah yang berlaku ketika kelahirannya.Setelah itu mereka makan bersama dan bersurai,tidak lebih dari itu.Amalan seperti ini diklasifikasikan sebagai Bid'ah hasanah(bid'ah yang baik)yang diberikan pahala bagi mereka yang melakukannya.Dalam amalan ini terdapat suasana membesarkan nabi S.A.W.,dan melahirkan rasa gembira dengan kelahiran nabi Muhammad S.A.W yang mulia.

Berkata ilmuan ilmuan islam :

1.Hasan al-Basri pernah berkata :" sekiranya aku mempunyai emas setinggi bukit uhud aku akan membelanjakan untuk meraikan majlis Maulidur Rasul".

2. Imam al-Junaid al-Baghdadi pernah berkata : "Sesiapa yang menghadiri majlis Maulidur Rasul dan membesarkan kedudukan baginda maka ia telah mencapai kejayaan iman.

Dan akhirnya Rasulullah S.A.W pernah bersabda : "Sesiapa yang mengasihiku maka dia bersama aku di dalam syurga".

p/s:ais-putih terfikir sejenak jikalau merayakan Maulidur Rasul itu membawa kepada dosa maka di akhirat nanti kita akan dimasukkan ke dalam neraka kerana merayakan Maulidur Rasul dan kita akan bertanya kepada Allah S.W.T," adakah aku dimasukkan ke neraka kerana perbuatan ku membesarkan rasul Mu?".

Logikkah????

Sekian.


Saturday, April 16, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

Huh..minggu nie aku di uji dengan peperiksaan..begitu juga dengan orang lain..di uji dengan berbagai jenis ujian..terpulang kepada individu bagaimana dia mengalun ujiannya agar ianya jadi mudah..

kehidupan manusia..ianya sentiasa susah..memenatkan..tiada yang senang..contohnya..makan pun kena suap..itulah contoh yang selalu di berikan..

Tapi jangan lah kita risau dengan kesusahan kehidupan..kerana itulah hakikat Alam..Allah sudah menentukan ianya sebegitu..dan itulah kehidupan sebenarnya..

Asal keadaan manusia di dalam kehidupan ialah satu kehidupan yang penuh dengan kesusahan dan kesempitan..kegembiraan pula di anggap sebagai sesuatu yang tiba tiba..kesukaan baginya di anggap sebagai suatu yang jarang..

Dan jikalau dunia ini bukan sebagai rumah ujian..maka tidak akan wujud sakit..tidak juga akan wujud kesempitan..dan Allah tidak akan di berikan tanggungjwab kepada Nabi nabi..malah nabi juga tidak akan di utus..tetapi..kenapa Nabi Adam A.S di keluarkan dari syurga ke dunia..Nabi Nuh A.S di dustakan oleh kaumnya..Nabi Ibrahim di bakar oleh kaumnya dan di arahkan oleh Allah untuk menyembelih anaknya..Nabi Musa berdepan dengan kekejaman Firaun..Nabi Muhammad S.A.W dengan kefakirannya..Pakciknya saidina Hamzah di bunuh..dan seterusnya dari ujian ujian yang di terima..dan begitu juga dengan wali wali Allah..dan seluruh manusia..

Dan jika dunia di cipta untuk bersenang senang..manusia tidak akan mendapat untung sedikit pun dari kesenangan itu..

Rasulullah S.A.W bersabda.."..Dunia penjara orang mukmin..dan syurga bagi orang kafir.."

Sekian..
Wednesday, April 13, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

Huh..kuliah ku minggu nie..Alhamulillah berlalu dengan baik..walaupun masih lagi ada yang tak hadir ke kuliah samada dari kalangan Ustaz Ustaz ataupun Pelajar..biasalah tu..semua tempat pun ada keadaan seperti ini kan..

Tadi aku exam..Tak Susah..tapi bisa menjerat pelajar yang terlalu gembira..Alhamdulillah aku apat jawab dengan tenang..tapi masih berserah lagi..ada beberapa soalan yang keliru..so tak tahu lah jawapan ia betul ker tak..tapi aku yakin lagi jawapan betul adalah majoriti..Insya Allah..Doa untuk saya..

Hari Isnin Department keluar pengumuman tak rasmi..26 april exam final..huh..kira kira pakai jari tinggal berapa minggu jer lagi tuh..kelam kabut kiter di buatnyer..tapi aku akan buat diriku bersedia sepenuhnya..agar aku melalui summer aku dengan selesa..

Hari nie hari rabu..aku masak..Menu hari nie aku khas Ikan Tengiri jer..kembali dari exam..aku terus ke pasar nak beli apa yang patut di masak..Dapat Ikan beli timun sket..Tuna..Tomato Kisar..semuanya 30 Dirham..Tengah hari..aku masak Ikan goreng masak merah..Timun..Dan nasi kuning..kemudian..Makan malam..Ikan tengiri masak kari..dan sayur Kobis goreng..siap tanggungjawab aku hari nie..hehhe

Aku ketinggalan berapa lama dah dalam filem..baru nie aku tengok Troy..betul betul cerita yang aku rasa bersalah..siapa yang jahat sebenarnya??

Sekian..
Sunday, April 10, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

Huh..lama sungguh tak beredit edit blog ku ini..hari hari ku di isi dengan tanggungjawab yang lebih perlu di selelsaikan..menyebabkan aku tidak mempunyai masa untuk menambah isi blog ku ini..dan walaupun rasa bersalah gak..apabila tidak membuat sesuatu yang baru untuk blog ku ini..

Memacam berlaku di dunia sekarang nie kan..Pope John Paul 2 meniggal dunia setelah mengetuai katholik selama 26 tahun..Indonesia d gegarkan sekali lagi oleh gempa bumi selepas di Nias berpindah pulak ke Padang..Di palestin,sibuk dengan keinginan puak Yahudi ingin merampas Aqsa..Di England pulak..hangat dengan berita Royal Wedding nya..Peminat Golf pasti gembira bila meliat Tiger Woods mendahului Siri Masters dengan -12..Dan macam macam lagi..

Semuanya Aturan Nya..Engkaulah yang mengetahui dari apa yang kami tidak ketahui..

Aku baru sahaja melihat sedikit sedutan berita Al-Jazeera..mengenai keinginan orang yahudi untu merampas Masjid Al-Aqsa..ini ada episod seterusnya dari siri drama Yahudi..melihat sedutannya dengan ketidak tenteraman keadaan palestin tika itu..dengan batu berterbangan di sana sini bagai butir butir peluru..menyedihkan hakikatnya..

Berkata wartawan Al-Jazeera di Palestin yang telah menyindir terang terangan negara negara Arab yang lain yang hanya berdiam diri dalam episod kali ini..

"Negara Arab yang lain hanya berani bercakap,tana berbuat apa apa,selalu membuat demonstrasi di bumi sendiri menentang penjajahan Palestin..tetapi di palestin keadaan tetap sama..pejuangnya masih lagi orang palestin yang di sertai oleh wira wira yang baru hidup selama 12 ke 14 tahun"

Apa yang di katakan wartawan ini adalah hakikat sebenarnya..di Universiti ku sahaja..Demonstrasi yang di lakukan pelajar pelajar menentang pencabulan negara Palestin sudah menjadi perkara yang biasa dan bisa jadi basi..Itulah hakikatnya..selagi tiada inisiatif yang lebih efektif untuk menangani keadaan ini..

Tamat berita tentang itu..aku meneruskan perjalananku..sambil berfikir..dan terus berfikir..kenapa ini terjadi..

Ya...dan esok aku akan hadir semula ke Kuliah ku..tanggungjawab selepas cuti in lebih bertimpa timpa aku rasakan..Dengan exam semakin dekat..Itu sudah menagih aku perlu lebih kuat belajar..Dan kengkawan lain pun sibuk dengan urusan sendri jugak..dengan exam nya..dan ada nak trial gak kan..aku doakan sesama kita berjaya..

Esok aku nak jalan kak ke kuliah...

Sekian..

Selamat Malam...Big Ben..