Wednesday, October 13, 2004 | By: cipthowiryawanchannel

OIC...Di Pandang kah mereka?


Assalamualaikum...

Diari 13 Okt 2004

+ Pelajar baru dari Sabah dah sampai pada jam 7.30 pagi waktu Morocco...Alhamdulillah...

+ Kebanyakan Prof ambil cuti bulan Ramadhan...Kelas terbantut lagi...

+ Tauqit kuliah di ubah sempena bulan Ramadhan...

+ Aku hidup seperti biasa hari ini...tiada apa apa berlaku...semuanya dalam keadaan sihat...

Cuma aku rasa nak sambung semula keajaiban Al-Quran dari segi adadiah atau bilangan. Kali atas tajuk lain,tapi sudah cukup untuk kita memikirkan kebesaran Allah dan menyebut tasbih pujian ke atas Nya.

1. Surah Yusuf dan nombor 12.

Surah Yusuf menceritakan tentang Nabi Allah Yusuf Alaihis Salam bersama saudara-saudaranya seramai sebelas orang saudara,dan termasuk Nabi Yusuf Alaihis Salam seramai dua belas orang.

Dan mereka ini tergolong di dalam kaum Bani Israel yang juga terbahagi kepada dua belas suku kaum.

Firman Allah S.W.T:

Dan mereka kami bahagikan menjadi 12 suku yang masing masing berjumlah besar dan kami wahyukan kepada musa ketika kaumnya meminta air kepadanya:"Pukullah batu itu dengan tongkatmu", maka memancarlah 12 mata air,sesungguhnya tiap tiap suku mengetahui tempat minum masing masing.( Al-A'raf : 160 )

Dan yang ajaibnya di dalam surah Yusuf Alaihis Salam,adalah surah yang ke dua belas mengikut urutan dalam mushaf.

Kemudian separuh yang pertama dalam Surah Yusuf terletak dalam juzu' dua belas dalam mushaf.

Khulasah....

+ Nabi Yusuf mempunyai 12 adik beradik.

+ Suku Kaum Bani Israel Mempunyai 12 suku(Kaum Nabi Yusuf).

+ Surah Yusuf terletak pada surah yang ke 12 dalam mushaf.

+ Separuh yang pertama adalah juzu' dua belas.

Subhanallah maha suci Allah...

Sekians....






0 comments: