Saturday, May 28, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

huh..merancang untuk masa depan..first sekali kena lihat kembali benda benda yang telah lalu untuk kita mengetahui dari mana kita berada dan dari mana kita datang..kemungkinan kalau kita tidak melakukan langkah itu..kita akan menjadi mundur walaupun kita menganggap kita sudah kehadapan..

dari konteks Islam..ini bermakna kita perlu melihat sejarah Islam sebagai panduan ke arah kemajuan dari segala segi..walaupun tidak semua jawapan boleh di cari melalui sejarah Islam..tetapi kita boleh mengambil atau belajar tentang startegi dan sebagainya yang digunakan oleh orang muslim yang sungguh berjaya pada masa dahulu..

..itu saja ucaptama dari saya kali nie..hehe..

jumaat..kami asian student telah di jemput untuk makan tengah hari di rumah Ustaz Bou Khubza yang mengajar aku fikr islami mu'asir sem ini..lebih kurang 14 orang pelajar semuanya..3 Malaysian..1 Senegal..10 Thailand..

..di hidangkan dengan Kus Kus..sudah pasti menyentap selera aku..makanan yang first time dulu aku makan kat Morocco nie dan aku rasa dah tak nak makan dah..cukup sekali..tetapi sekarang..pantang di hidang..hehhe..

..kemudian di hidang pula susu masam..panggil apa kat malaysia..??..minuman nie aku memang tak boleh nak minum..first time aku minum dulu juga masa ada jemputan makan tengah hari di rumah Ustaz..mula aku ingat susu..tetapi bila rasa..rasa macam susu rosak..then aku fobia nak minum benda tu..sampai sekarang aku tak minum..hehhe

..Kat rumah dia yang full dengan ukiran arabic arts..sungguh menarik..mula dengan sesi taaruf..sebab ustaz ada yang tak kenal lagi pelajar pelajar dia..dan aku..??..dia kata " anta jaafar ya..??..terkejut aku bila dia kata gitu..sejak bila dia tau nama aku nie..rupanya dia dah cek aku punya assigment..lagipun aku first asian sekali hantar assignment dia..hehe..

..quote of the day..majoriti dalam hidup kita nie..sekeliling kita..pakaian kita..dan sebagainya..majoritinya ianya adalah berasal dari barat..taktik barat menguasai Islam..tetapi satu mereka tidak boleh kuasai ialah..akidah islam..(Bou Khubza)

..quote of the day..perlunya cinta di antara kita..kita selalu melihat berita..majoriti tentang perang..dan pihak musuh Islam sungguh selesa dengan keadaan ini..dan mereka asungguh takut bila cinta ada di hati muslim..(Bou Khubza)

..lepas solat asar..kami di bawa ke rumah Sheikh yang terkenal kat Morocco..Sheikh Amin Bou Khubza..selalunya aku mendengar tentang dia..dan akhirnya aku bersua muka dengannya..without cakap..just perhatikan dia jer..hehe..

..itu jer cerita dari aku kali nie..

bye bye..
Saturday, May 14, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

huh..aku pernah dengar yang orang Malaysia telah terdidik takut nak ambil exam..bagi aku iyanya betul..masuk dewan..kalau tak tenang..semua memori bisa terbang ke awangan..that's me..selagi tak mula exam..selagi tu aku akan baca buku..biar berdiri di depan pintu dewan..eheh

jgn risau..saya bagi orang asia soalan senang..!!..

itulah yang aku dengar bila aku masuk exam oral untuk madah siasah syariah pada khamis lalu..terasa tenang hati bila melangkah masuk ke ruang peperiksaan..dan alhamdulillah soalan pun senang..

" Sebutkan dalil dalil dari hadis nabi tentang siasah syariah "

cuma itu soalan untuk aku..dan seterusnya sesi soal jawab tentang malaysia..begitu juga dengan pelajar Thailand..mengalami fenomena yang sama..huhu..

" ya akhi..laqad ajjala ustaz imtihan ila yaum jumaat muqbil "

satu fenomena tangguh menangguh exam yang sepatutnya berlangsung jumaat lepas..lecturer menangguhkan exam sejarah agama ke jumaat depan..bagi yang betul betul bersedia..memang kecewa..bagi yang belum bersedia..pasti gembira..dan aku..??..aku memilih di tengah..sedia ada..tak sedia ada..sebab aku ada tak hafal ayat ayat taurat yang berbahasa yahudi..minggu nie aku nak hafal ayat tu sumer..doakan aku yer..

" mubthilat solat..ada enam..1..makan dan minum tika solat "

exam fiqh ibadat pada pagi tadi aku jalani dengan baik..kebiasaan aku membuat berpuluh soalan target..sekali lagi tepat..alhamdulillah..perkara yang membatalkan solat..kertas jawapan sepanjang dua lembar..aku harap ustaz menerima kertas aku..

itu saja cerita aku minggu ini..dan insya Allah exam akan di sambung jumaat dan sabtu depan..

cuma sempat mengambil kata kata akhir Abdul Majid Az Zandani dalam kitabnya "iman" tentang Ke arah kejayaan..

Seharusnya kita hari ini sentiasa berpegang , bergelumang dengan agama kita Islam atas jalan sohih..kerana Allah akan membantu usaha kita ke arah kejayaan..dan kita perlu mengambil semua perkara atau sebab sebab kejayaan di dunia dan akhirat..

" Rabbana la tuzigh qulubana ba'da iz hadaitana wa hablana min ladunka rahmah, innaka antal wahhab "

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi "

Sekian..
Monday, May 02, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

Huh..kalau pelajar Universiti Malaysia bercuti..aku pun cuti gak..cuti seminggu..tapi itu bukan lah yang menjadi hal..bagaimana diri kita mengisi cuti tersebut adalah yang menjadi hal sebenar..sama ada penuh dengan benda berfaedah..atau penuh dengan benda tidak berfaedah..atau..faedah ada..tak dak faedah pun ada..bagi aku..aku berada di keadaan di tengah..

Isnin nie..aku ada urusan dengan pejabat biasiswa kat kuliah aku..then ada urusan dengan pejabat polis..bukan kes jenayah..tetapi kes urusan dokumen perjalanan..then urusan dengan library kuliah aku..pinjam buku itu ini..dapat satu buku jer..Tarikh Hadharah Islamiyah Kurun 4 Hijrah..

Cerita pasal Morocco..

Di Morocco..bebudak dan setengahnya orang yang dah besar akan menjadi hairan bila melihat orang asia terutamanya Malaysia dan Indonesia serta Thailand..Why Hairan ???

Dekat Morocco ni..CD atau DVD citer tentang lagenda kung fu ker apa terlalu banyak..kesan yang terlalu melekat..Terutamanya..Bruce Lee,Jackie Chan,Jet Li..dan lain lain...Apa Kaitannya ???

Orang Morocco..suka belajar tulisan atau bahasa orang Asia..sehingga aku kekadang menjadi guru ketika Lecturer sedang mengajar di depan..perkataan yang popular..Siapa Nama Awak..Apa Khabar..Ini bahasa Malaysia..begitu juga dengan bahasa Thailand..sama gak..Selain belajar apa yang mereka nak ???

Di Malaysia..bila ada orang kata anda macam orang cina..ada orang rasa itu best..tapi jarang orang melayu di kata cina bila di Malaysia..Di Morocco ???

Al Kisahnya..

Komuniti Asia di morocco..bila di lihat oleh orang morocco terutamanya bebudak..mereka akan memanggil kami Chinwa..bermakna..orang china..setiap kali jenjalan..kami akan di panggil sebagai jet li..bruce lee..dan sebagainya..

Ada jugak orang morocco yang menunjukkan aksi aksi kungfu di depan kami..sambil berteriak..wataaa..!!!..nice uhh..

First time..masuk kelas di Morocco..everybody tertoleh toleh ke tempat aku..Habis kelas..ada yang lalu keluar sambil cakap chinwa..!!!!..huh..

Konklusinya...itulah hakikat Morocco..akan panggil orang Asia orang chinwa..mula mula tak selesa..tapi sekarang nie..dah lali kut..

Kawan aku..bila di tanya..kau kenal bruce lee..dia spontan kata dekat bebudak..itu abang saya..hehe..

Sekian..