Saturday, July 02, 2011 | By: cipthowiryawanchannel

Larian 1 Murid 1 Sukan

Assalamualaikum..


Photobucket


Hari ni seluruh anak-anak muda negara telah berlari serentak sebagai satu upacara simbolik program 1 Murid 1 Sukan..Tidak ketinggalan sekolah ku..S.K Melalap..Kami guru-guru pun mengatur program dengan kemampuan tulang empat kerat guru-guru kami di sini..Gabungan 2 sekolah menjadikan larian ini semakin meriah..hehe..SJKC Vun Shin nama diberi..Ibu bapa murid-murid juga tidak ketinggalan untuk mengikuti larian ini..

"Sambil-sambil lari menyokong anak-anak..boleh juga bersenam sekali!"

Pekan Tenom nih, riuh rendah dengan kehadiran dua orang pemimpin yang terkenal di Malaysia nih..Datin Wan Azizah (PKR) dan Tan Sri Najib Razak (BN) baru-baru ini..tapi kedua-dua majlis mereka ini ku tak dapat hadir..kerana komitmen tugas di sekolah..wahhhh..he he he..Lain kali dapat lah tengok-tengok mereka ini dari jarak yang lebih dokat..


Photobucket


Isteriku ketika ini sudah 7 bulan 2 minggu kandungannya..Baby dalam perot ibu pun dah mula tunjuk nakal..he he he..Tendak situ, tendang sini..Kuis situ..kuis sini..si ibu yang kena tahan sakit dan geli..hikss..yang bapa pula..tukang ketuk rumah baby..tuk tuk tuk..cian baby baru nak tido, bapanya sudah ketok rumah..he he he..

Buat Isteri yang tengah mengikuti peperiksaan itu, (Ijazah Dakwah Dan Kepimpinan, UKM), sabarlah dengan cabaran dan dugaan..semoga sukses selalu..
Sunday, February 06, 2011 | By: cipthowiryawanchannel

Dr Ikan

Photobucket

Assalamualaikum w.b.t

Salam hari minggu kepada semua pembaca yang singgah ke blog saya hari ini..Sepatutnya saya balik ke Tenom, Sabah hari ini untuk bertugas pada isnin ini..Namun terpaksa menagguhkan hasrat tersebut kerana ada appointment dengan doktor pada hari selasa nanti..Untuk langkah berjimat..aku tepaksa ambil cuti lah pada hari isnin..huhu..

Hari ini inginku bercerita pengalaman ku berjumpa dengan ratusan doktor-doktor ikan ini ketika ku berbulan madu di Kuala Lumpur tempoh hari..Pertama kali membuat rawatan dengan doktor-doktor ikan ini..mula-mula memang geli lah dibuatnya..masuk saja kaki dalam air terus diserbu oleh mereka-mereka ini..tapi dah lama sket rasa macam best pulak..memang rakus-rakus ikan ini mengubati kaki-kaki ku..hehehe

Photobucket

Isteriku pula waktu nih..sambil masukkan kaki sambil geram nak tangkap ikan..habis ikan tuh ditangkapnya sekor-sekor sambil menyiasat spesis ikan apalah yang terpilih menjadi doktor-doktor kaki ini..hehe..bagi yang belum pernah merasa tuh..bagus sangat pergi berobat dengan doktor-doktor yang kecil ini..tapi awas..amaran gangguan geli geleman akan wujud untuk tempoh lima minit pertama..hehehe..

Klinik yang aku pergi ini terletak dekat pasar seni..kat area dalam-dalam nun..aku nak terangkan pun susah..tapi memang adalah kat pasar seni yang banyak lukisan tuh..boleh lah pegi bawa famili sambil makan-makan dekat foodcourt dia..hehehe..promosi pasar seni jer aku nih..bukan apa..kat situ ada nasi ayam penyek nuh..

Photobucket

Gambar diatas tuh..sebaik sahaja lepas membuat rawatan..hikss..lain kali ada masa nak buat kolam gitu dekat rumah..baru lah boleh buat rawatan hari-hari..keke..tapi ikan dia tuh nak dapat kat mana aku pun tak tahu..hehehe..

Sudah petang di labuan skrang..hujan saja sepanjang hari..lain kali apdate lagi..
Saturday, February 05, 2011 | By: cipthowiryawanchannel

Fresh Start..


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..2011 sudah bermula kira-kira sebulan lebih..sekarang dah masuk bulan februari..post-post sebelum ini saya masih lagi belum berkahwin..tapi skarang statusku sudah berubah..Alhamdulillah syukur pada Ilahi kerana dengan rahmatnya saya dapat mengahwini pasangan pilihan hatiku pada november 2010 lalu..dan lebih menggembirakan lagi tika ini isteriku sedang mengandung anak pertama kami yang baru berusia 2 bulan kandungannya..hehe..doakan semua selamat dan kebahagiaan untuk kami sekeluarga..

Skrang ini, isteriku banyak dapat alahan itu ini..tidak boleh cium bau masakan pelik-pelik..walaupun bagi aku bau itu tidak pelik..hehe..boleh bertukar mood isteriku dari tidak pening jadi pening-pening lalat..hehe..alahan lain lagi mudah sangat nak muntah atau loya-loya..katanya perut macam berangin..makan sikit-sikit gitu..pasti dia akan buang balik apa yang dia makan.walaupun seleranya ketika memilih makanan bagai orang yang sihat..hehe..



aku yang bakal bergelar bapa ni..memang sibuk bagai aku yang mengandung..hehe..beli itu ini..baru-baru ini ku beli susu anmum untuk ibu mengandung tuh..Anmum materna..mula-mula tuh dia minum ok..lama-lama tuh..dia pandai nak muntah bila minum..hermm..jadi jarang-jarang juga dia minum..kalau dia rasa sihat baru dia minum susu tu..tak apa lah..biasalah tuh..ibu mengandung..kena bersabar dengan ragamnya..hehe..

Untuk dua bulan pertama ini..cabaran-cabaran ku sebagai bakal bapa nih memang tidak berapa ketara lagi..alhamdulillah..hanya melayan ragam isteri..yang mau makan itu dan ini..dan sakit-sakitnya..Alhamdulillah syukur ku pada Tuhan kerana masih memberikan ku kekuatan untuk mengharungi kehidupan ini..

Sekian dululah untuk kali ini..harap-harap post ku akan banyak tahun ini.