Saturday, February 05, 2011 | By: cipthowiryawanchannel

Fresh Start..


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..2011 sudah bermula kira-kira sebulan lebih..sekarang dah masuk bulan februari..post-post sebelum ini saya masih lagi belum berkahwin..tapi skarang statusku sudah berubah..Alhamdulillah syukur pada Ilahi kerana dengan rahmatnya saya dapat mengahwini pasangan pilihan hatiku pada november 2010 lalu..dan lebih menggembirakan lagi tika ini isteriku sedang mengandung anak pertama kami yang baru berusia 2 bulan kandungannya..hehe..doakan semua selamat dan kebahagiaan untuk kami sekeluarga..

Skrang ini, isteriku banyak dapat alahan itu ini..tidak boleh cium bau masakan pelik-pelik..walaupun bagi aku bau itu tidak pelik..hehe..boleh bertukar mood isteriku dari tidak pening jadi pening-pening lalat..hehe..alahan lain lagi mudah sangat nak muntah atau loya-loya..katanya perut macam berangin..makan sikit-sikit gitu..pasti dia akan buang balik apa yang dia makan.walaupun seleranya ketika memilih makanan bagai orang yang sihat..hehe..



aku yang bakal bergelar bapa ni..memang sibuk bagai aku yang mengandung..hehe..beli itu ini..baru-baru ini ku beli susu anmum untuk ibu mengandung tuh..Anmum materna..mula-mula tuh dia minum ok..lama-lama tuh..dia pandai nak muntah bila minum..hermm..jadi jarang-jarang juga dia minum..kalau dia rasa sihat baru dia minum susu tu..tak apa lah..biasalah tuh..ibu mengandung..kena bersabar dengan ragamnya..hehe..

Untuk dua bulan pertama ini..cabaran-cabaran ku sebagai bakal bapa nih memang tidak berapa ketara lagi..alhamdulillah..hanya melayan ragam isteri..yang mau makan itu dan ini..dan sakit-sakitnya..Alhamdulillah syukur ku pada Tuhan kerana masih memberikan ku kekuatan untuk mengharungi kehidupan ini..

Sekian dululah untuk kali ini..harap-harap post ku akan banyak tahun ini.

1 comments:

K@sih said...

alhamdulillah..
dah nak bergelar bapa yer? =)
syukur sgt2...
kasih lom ada rezeki lagi...
hopefully, virus ibu mengandung tu melekat la kat kasih tahun ni.. hihihi.. ;)

xle minum anmum?
try makan pil asid folik...
sebiji da cukup utk keperluan sehari..
minta kat doc pun boleh or beli kat farmasi.. jenama appeton tak silap kasih.. =)

nanti krm slm ngan org umah..
moga dia tabah dgn alahan tu.. =)