Friday, July 21, 2006 | By: cipthowiryawanchannel
Jummat..Hari ni lah..hehe..aku nak berjalan2..so bila dah jalan..memang jarang lah aku nak mengapdate blog aku neh..

insya Allah nanti2 ada perkembangan terbaru..aku akan buat pengumuman lah di sinni..skang ni baru siap mandi..hehe..kesian plak nengok blog tak berapdate..apdate lah dulu sebelum jalan neh..

okeh..tuh jer lah..selamat jumpa lagi di editan akan datang...hehe
Monday, July 17, 2006 | By: cipthowiryawanchannel
‘Soalan objektif tak rangsang minda pelajar’

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran disaran mengubah kaedah sistem peperiksaan sedia ada bagi melahirkan pelajar yang bijak berfikir, berhujah, mampu melakukan penyelidikan dan kreatif.

Sistem peperiksaan sekarang dikatakan mempunyai kelemahan kerana lebih menumpu kepada soalan berbentuk objektif daripada subjektif, yang menyebabkan pelajar menghafal dan bukan berfikir sehingga mereka menjadi lemah dalam kreativiti.

Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM), Awang Mohmad, berkata disebabkan kelemahan itulah pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika berada di institusi pengajian tinggi (IPT) tidak kreatif.

Beliau berkata, kelemahan pelajar yang memasuki IPT itu menjadi rungutan pensyarah kerana mereka tidak mampu berhujah, melakukan penyelidikan dan tiada kreativiti .

baca seterusnya di sini

pause*********

artikel nih menarik perhatian ku..tak nak lah komen apa apa..bagi aku..70% per 30% aku bersetuju ngan artikel neh..sistem gini lah yang ku lalui di morocco..subjektif subjektif subjektif..memang banyak memerlukan ke kreativiti..
Sunday, July 16, 2006 | By: cipthowiryawanchannel
Assalamualaikum

Tak sempat nak edit apa apa..aku tengah berjalan jalan nun..cuti gini kan..eloj lah gaya kalau ku bejalan..nnt waktu skulah dah takleh bejalan..hehe

aku penat baru balik dari cuti cuti morocco dekat tanger..dan...gegambar sumer ada kat fotopages aku..

senang senag silalah tengok tengok kat link di bawah ni..sekian wasalam

http://ais-putih.fotopages.com
Saturday, July 08, 2006 | By: cipthowiryawanchannel
"Orang Malaysia berbudi bahasa..tapi tidak di jalan raya"..gitu kut kalau tak silap ada iklan kat tepi2 jalan kat malaysia tuh kan..kalau ada lagi lah skrang nih..tapi sebelum aku meninggalkan malaysia dulu..iklan nih ada lagi..hehe

Keadaanya di maroc nih kalau kat jalan raya pun sama jugak..aku berani katakan..puak puak yang menyalahgunakan motor kat mesia tuh adalah penyebab maroc lebih baik dari malaysia..kat maroc tade aksi stunt mat2 rempit..hehe..

Anyway bukan tuh yang aku nak cerita kan..tapi adalah keadaan Bas kat maroc..bas yang ambek orang dan bawa orang dr satu tempat ke tempat lain tuh..bas awam ker apa..hehe..sistem bas kat aroc bukan lah satu sistem yang terbaik..kalau di bandingkan ngan europe tuh..

Dia akan datang bila dia datang..tade sistem cth: [setiap 10 minit ade bas akan datang]..jadinya..kat maroc bas akan datang bila dia datang..hehe..kami yang memerlukan bas nih kekadang pun tensen nunggu bas..hehe..menyebabkan kami jarang naik bas..tapi bila kita naik bas..satu fenomena best berlaku..hehe

Fenomena apa?Seingat aku dalam aku skolah tadika ker tahun satu sekolah rendah di awal 90 an dulu..ada ngajar pasal [Hormat Menghormati] sebagai contoh bila dalam bas..kalau nampak orang tua,orang muda yang sedang duduk gi berdiri,dan bagi itu orang tua duduk..hehe..

Kat maroc..ianya terlaksana 90%..itu yang buat senang hati nengok..kekadang bila nenek tua berdiri..dan datuk tua sorang lagi tengah duduk..yang atuk nih pi berdiri ganti nenek nih tadi..apatah lagi kalau yang muda..mungkin boleh katakan [perempuan di utamakan duduk berbanding lelaki]

Kami?..kami cuba untuk mengaplikasikan sifat tuh bila nampak orang yang lebih perlu duduk dari kita..tapi ianya gagal sebab apa?..mereka menghormati orang asing..apatah lagi bila tau kami sebagai student..bila kami bangun dan suruh duduk..mereka akan kata..[Takpa2!!..kamu duduk]..so dalam serba salah kami pun duduk saja lah..hehe

Then kalau ada makcik bawa anak2 kecik tuh..sampai dua tiga anak..senang jer tangan orang2 yang duduk nih..tuk ambik anak2 tuh dan pi pangku duduk sesama ngan mereka..gitu jugak kalau bas tuh penuh sampai ada yng berdiri gitu..dan yang berdiri nih ade bawa fail ker buku ker beg ker..maka, yang duduk nih..pun mengofferkan diri [Bawak sini buku/fail/beg kamu]

Kalau kat Malaysia ku tak tahu..hehe
Wednesday, July 05, 2006 | By: cipthowiryawanchannel
Assalamualaikum

Piala dunia dah nak habis..lepas tuh kena rancang pula nak buat apa di musim summer ini..Muktamar Tahunan Persatuan Mahasiswa Malaysia Di Morocco dah dekat..katanya 23 julai ini..yang pasti..aku sebagai penghulu Tetouan ni..pastinya lah..adaa kerja menunggu ku..dalam kepala ku masih berfikir bila balik ke Pusat Student..yang timbul hanya 22 Julai..hikhikhik..(lari dari nak kelip kertas segala)..:D

Bebaru ni Malaysian kat Tetouan ni suma gi picnic kat [Cabo Negro]..sebuah resort yang popular lah kalau kat Maroc nih..tumpuan pelancong asing dan pelancong tak asing[Moroccans]..adalah dalam 15 kilometer dari rumah ku ni..al kisah nya..aku tak ikut picnic nieh..walaupun nampak cam best..hehe..

Sebabnya..picnic dari jam 8 sampai jam 7 petang gitu..aku pikir2 kalau ku ikut..pastinya penat satu..lagipun aku ada urusan kat Uni esok tuh..kemudian..kalau bejemur 11 jam gitu..maunya muka ku yang dah gelap nih bertambah gelap..hitam ke ungu ungguan..:D[Adakah??]

Baru ni tadi..aku baru jer balik dari jenjalan..tetiba terasa nak makan [Chawarma]..maka aku pun ngorak langkah mencari makanan itu..adalah kedai dia ku jumpa..tiga empat kedai jugak..ku cari dan pesan tuk bawa balik rumah..[Chawarma Lahm Liddih] --> Chawarma daging satu bawa balik..:D

Okies..Nak Makan Dulu...