Monday, July 17, 2006 | By: cipthowiryawanchannel
‘Soalan objektif tak rangsang minda pelajar’

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran disaran mengubah kaedah sistem peperiksaan sedia ada bagi melahirkan pelajar yang bijak berfikir, berhujah, mampu melakukan penyelidikan dan kreatif.

Sistem peperiksaan sekarang dikatakan mempunyai kelemahan kerana lebih menumpu kepada soalan berbentuk objektif daripada subjektif, yang menyebabkan pelajar menghafal dan bukan berfikir sehingga mereka menjadi lemah dalam kreativiti.

Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM), Awang Mohmad, berkata disebabkan kelemahan itulah pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika berada di institusi pengajian tinggi (IPT) tidak kreatif.

Beliau berkata, kelemahan pelajar yang memasuki IPT itu menjadi rungutan pensyarah kerana mereka tidak mampu berhujah, melakukan penyelidikan dan tiada kreativiti .

baca seterusnya di sini

pause*********

artikel nih menarik perhatian ku..tak nak lah komen apa apa..bagi aku..70% per 30% aku bersetuju ngan artikel neh..sistem gini lah yang ku lalui di morocco..subjektif subjektif subjektif..memang banyak memerlukan ke kreativiti..

6 comments:

awan said...

yang pandai berhujah yg merangkumi fakta, harus cemerlang kan.

blackpurple @ jowopinter said...

Betul. Mereka harus diberi kebebasan berfikir dan mengeluarkan pendapat. Kebebasan mengeluarkan pendapat walaupun yang melawan arus dan bertentangan dari kebiasaan bukannya salah. Itu kreatif namanya.

Kaklong Syikin said...

tpkan trend belajor kat msia ni, susah bagi pendapat yg bertentangan arus ngan lecturer mau kena blacklisted. compared to student foreigners depa dah biasa ngan meluahkan pendapat masing2.silap ari bulan, student yg berlainan pendapat ngan lecturer ni blh dicop kurang ajar. itulah masalahnya kalua dpt lecturer yg tak open minded. kecuali yg jenis open minded tu tak apalah.

tumismenumis said...

Macam mana nak nilai kreativiti atau kebolehan seseorang pelajar berdasarkan jawapan yang dberi kat kertas ujian mereka? Mender ni subjektif la. Kena pula yang marking paper tu ikut skema jawapan yang ada. Sebab tu kadang kadang student yang corot kat kolej bila kerja dia excellent, sebab kreativiti yang ada pada dia tak dinilai dalam kertas soklan. Sebab tu juga mereka yang excellent kat kolej tapi buat kerja hancur, sebab dia hafal jawapan ikut nota yang dikehendaki oleh lecturer.
Panjang sangat ker comment ni?

Unknown said...

soalan objektif kalau taktau jawapan dia boleh tembak.. kalau subjektif nak tembak mende? hahaha...

Anonymous said...

hehe...
i don't think so..
sebab utama adalah org melayu ni pemalas...~~~..kalo tgk satu benda die tgk satu sudut je..sebab tu x kreatif...satu lagi x banyak membaca..cam ne nak kreatfi~heh!