Thursday, December 29, 2005 | By: cipthowiryawanchannel
Image hosted by Photobucket.com


Kini Tiba Masa nya..
aku berusaha..
untuk cemerlang..

Alhamdulillahi rabbil Alamin,Wassolatu Wassalamu Ala Sayyidil Mursalin Muhammad S.A.W, Wa Ala Alihi Wasahbihi Ajamain..Amma Ba'ad..

Mengumumkan bahawasanya..Musim Peperiksaan bagi pengajian 2005/2006 bagi universiti ku telah bermula..Maka adalah di nasihati kepada diriku dan semua pelajar..untuk mula bekerja,belajar,menghafal pelajaran dengan lebih kuat lagi..agar aku dan pelajar pelajar semua cemerlang..

Dan mengumumkan juga..bahawasanya..blog ini akan terpinggir buat sementara waktu..bagi memberi peluang kepada ku untuk belajar,mengafal dengan lebih fokus tanpa ada kerisauan tentang sentimen "blog muzium"..

dan sempena kita memasuki tahun baru 2006 kali ini..saya mengucapkan selamat tahun baru kepada semua warga dunia..dan semoga hidup kalian lebih baik dari tahun tahun lepas..dan kekal di bawah rahmat Allah S.W.T..

Sebelum mengakhiri..Marilah kita bacakan Al-Fatihah untuk pakcik bongsu kepada(miss fuza) yang telah menyahut seruan ilahi pada 26 disember 2005..Al Fatihah..

" Aku tau setiap yang hidup pasti akan pergi menemui penciptanya kembali.Lambat atau cepat,DIA yang menentukan "(missfuza.blogspot.com)

sekian terima kasih..segala kesulitan amatlah di kesali..
Saturday, December 24, 2005 | By: cipthowiryawanchannel
Image hosted by Photobucket.com


Bila Ais Putih Pergi Ke Marjane..

Habis baca ucapan penuh Queen Elizabeth sempena tahun baru, kadang aku befikir..kenapa tak buat kalau sudah tahu apa sebenarnya berlaku..kenapa perlu berdiam..bercakap bagai melepas batuk di tangga..sebab apa aku cakap gini..memetik ucapan beliau "This last year has reminded us that we live in a world which is not easy or safe, but it is the only place we have,"..kenapa askar british masih juga buat kacau dekat iraq..??

Tadi petang..aku pergi ke Marjane..Hyper Marche yang terkenal kat Morocco nieh..sebab memang nak rancang pergi..nak beli peralatan skulah(ejaan miss fuza) aku yang semakin berkurangan..bukan sebab aku rajin menulis..mungkin aku lalai..hilang atau tinggal dalam kelas..hehe

Oleh kerana aku jalan seorang diri..jadi aku boleh lah jalan se freedom yang boleh..menghayati ragam Manusia yang tengah beli belah..Dengan troli yang kosong..aku round round tengok barang apa nak beli..padahal ada dah list barangan yang nak di beli..menyebabkan bajet aku nak belanja sekitar 70 dirham..meningkat mendadak ker 123.20 dirham..aduss..sedih sungguh..

Tengah aku round round tuh..aku nampak satu ragam Manusia yang sudah berkahwin..bila membeli belah..si suami akan muram manjang..sebab tengok isteri dia pilih dan ambik barang masuk dalam troli..banyak pulak tuh..kenapa yer..??

Lepas tuh..Nampak lagi satu ragam Manusia..yang berumur 12 tahun kebawah majoritinya..gumbira bila masuk Hyper Marche..terutamanya bahagian..alat tulis dan permainan dan makanan ringan..tapi akan muram bila masuk ke bahagian sayur-sayuran,ikan ikanan,dan sebagainya selain tempat yang tiga tadi..Kenapa yer..??

Terakhir sebelum yang terakhir..nampak pula..golongan pekerja Hyper Marche..bila jumpa sesama diorang..mesti becakap berborak sebentar..sebelum pergi ke bahagian diorang bekerja..contoh nyer...tadi..dua makcik bekerja bersih lantai Hyper Marche tuh..tetiba bertembung tika khusyuk buat kerja..ingat dia sambung kerja..rupanya dia berhenti bercakap berborak gelak tawa..hehehe..

Yang pelik..Nampak pasangan suami isteri masuk Hyper Marche ke bahagian barang dapur..aku masa tuh tengok pinggan mangkuk segala..saja cuci mata..tup tap tup tap..nampak si suami tengok jug kaca..trus pi ambil..tanpa periksa..bersuara lah si isteri..jengjengjeng.."kenapa kau ambil jug nie..pandai pandai pula"..lebih kurang gitu la..hermm..

Dan terakhir..masa nak balik rumah..tahan teksi..pemandu tuh kata "saya tak pegi ke bab oukla."..aku kata "tak per..aku turun sebelum bab oukla"..mula lah brcerita ngan aku..ikuti kisah nyer..edisi depan..
Thursday, December 22, 2005 | By: cipthowiryawanchannel
Image hosted by Photobucket.com

Motivasi Minda 2
Cam Ner nAk Urus MAse..

Tidak akan berjaya seseorang itu,kecualilah ianya pandai menggunakan masanya dengan baik..Dan waktu bukan suatu yang boleh kita berhentikan untuk mengingatkan kita, apa yang perlu di buat..

Dan ianya bukanlah harta yang boleh di simpan..Di simpan dan digunakan bila mana kita memerlukan..Tetapi ianya akan terus bergerak..terpulang pada manusia untuk menggunakannya di jalan yang baik ataupun yang buruk..

As-Sayyid Muhammed Alwi..telah menulis kitab tentang pengurusan masa dengan menggunakan tajuk yang berbunyi..waktumu kehidupanmu..dan itulah hakikat sebenar dalam kehidupan manusia..

Memetik kata pemenang nobel..Richard Finman..Kami ahli fizik sentiasa bermain dengan waktu kami setiap hari..Tetapi jangan di tanya kenapa..kerana ianya satu yang susah untuk di tafsirkan..

Sesungguhnya manusia tidak memiliki waktu selama lamanya..dan sesungguhnya kita cuma mempunyai "bagaimana untuk menggunakan masa"..oleh itu..jika kita tidak menggunakannya..maka waktu akan menggunakan kita..

Seolah olah..manusia dengan waktu adalah dua musuh yang berhadapan berpandangan sesama sendiri..setiap seorang itu mengacukan senjata masing masing ke pihak musuh..Jika manusia tidak membunuh waktu dengan kerja yang berfaedah..Maka waktu akan membunuh manusia dengan apa yang tidak di manfaatkan oleh manusia..
Monday, December 19, 2005 | By: cipthowiryawanchannel
Image hosted by Photobucket.com


Motivasi Minda..
Cam Ner nAk Urus Masa..

Ambik kesah sket..Danish menahan teksi,selepas selesai kerja pada hari itu,"Nak kemana" Sapa Pemandu Teksi.."Nak ke Rumah,Dekat akhir jalan kedua selepas 4 kilometer",Jawab Danish..
Pemandu teksi; Dekat Saja tu..
Danish; Rumah Sewa,lagipun aku tinggal dengan keluarga..
Pemandu teksi;Awak kerja kat Stesen minyak ker..??
Danish;Begitulah keadaannya..
Pemandu teksi;Awak tak der kereta ker..??
Danish;Tak der lagi..
Pemandu teksi;Baper Umur Awak neh..??
Danish;45 Tahun..
Pemandu Teksi;Kau masih tidak mempunya kereta ataupun rumah..??!!..
Danish;Kehidupan..Seperti yang awak tahu susah,Denga gaji aku pun..tidak dapat menampung keperluan aku..apatah lagi kereta atau rumah.
Pemandu Teksi;Kenapa tak cari kerja yang lebih baik..??
Danish;Sudah terlambat untuk itu..
Pemandu teksi;Kenapa pulak..?
Danish;Aku tak der sijil ijazah dr Universiti pun..apatah lagi sijil sijil lain..
Pemandu Teksi;Tapi hidup ni adalah Universiti..lagipun kau ada buku..ko boleh mengaplikasikannya..
Danish;Aku tak der masa untuk itu..

Teksi pun berhenti di tepi jalan..Sebelum pemandu teksi tu beredar..Pemandu teksi tu,tegur skali lagi..Pandangan awak yang awak tak der masa tu..adalah silap..dan sebenarnya awak tak tahu bagaimana nak urus masa..

Cuba awak tengok buku ni..(sambil menunjukkan buku yang berada di tepi pemandu teksi tersebut)..cuba belek di mana penanda buku tersebut..sambil Danish membelk buku yang bertanda di muka surat 500..

Pemandu Teksi menambah lagi, awak tahu dimana saya mula membaca buku itu..??..Sambil Danish bertanya..Dimana..??..

Lima tahun dulu..aku juga berfikiran seperti awak..terlalu banyak masa yang telah aku buang..seolah olah aku langsung tidak mempunya masa..sedangkan perkerjaan ku tidak berapa bagus..tetapi sejak aku tahu bagaimana cara untuk mengurus masa..aku rasa aku mempunya masa yang banyak..Dan pengetahuan ku pun bertambah melalui membaca..membaca di mana sahaja hatta di dalam teksi ku ini..

Kau membaca ketika kau memandu..??.."ya" balas si pemandu..Aku memandu teksi..tetapi bila aku berhenti seperti di lampu isyarat dan sebaginya..aku mula membaca..

Sekian dulu..nanti sambung penerangannya..kisah di ambik dari kitab Wajih Awamil Suqut penulis Hadi Madrasi..di terjemah khas untuk pembaca yang bertandang oleh ais putih..
Thursday, December 15, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

Pernah tefikir yang kehidupan kita nie sebagai lautan yang terbentang luas..dan kita bayangkan pula..kapal laut yang meredah lautan sebagai waktu kite..dan nakhoda kapal tersebut adalah kite..hermm apa natijah yang korang dapat..??..jika kite sebagai nakhoda tak mengawal kapal di lautan..maka pastinya kapal kite karam di hempas ombak laut..ataupun bleh kite kata..kalau manusia tidak dapat mengurus masa, maka kite akan tewas..

Tadi masuk kelas dari jam 12 tgh hari hingga jam 4 petang..kelas Ekonomi Islam dan Jenayah Islamiyah..paling best kelas Jenayah Islamiyah..sebab first time aku di panggil lecturer tuh sebab dia nak komen assignment aku..kekke..berdebar jugak hati aku..ingatkan salah banyak..rupenyer salah tulis nama subjek..kekke..aku tulis " tarikh tasyrik jina'i "..dan yang betul nyer.." tasyri' jina'i islami "..nyanyok ker apa aku nieh..??

Terfikir sejenak..

Pernah terfikir tak korang..pendakwah lepasan penjara..??..manusia yang melakukan jenayah di bumi ini..pastinya penjara akan menemuinya..sudah jadi adat dunia..hajat sebenar hanya ingin memberi pengajaran kepada si penjenayah agar insaf dengan apa yang di lakukan..tapi kenapa masih wujud..penjenayah buat jahat semula selepas keluar dari penjara..ada komen..??

Semua penjara di dunia ini..pasti akan memberikan aktiviti khas kepada penguni penghuni penjara..sebagai contoh..bagi penghuni penjara lelaki..bertani..bertukang..dan sebagainya..begitu juga bagi penghuni penjara perempuan..menjahit..memasak..dan sebaginya..hehe..

Duduk di penjara dalam masa 5 tahun hingga 20 tahun..dan ada yang sampai seumur hidup..kalau tidak di isi dengan aktiviti yang berbentuk keagamaan..pastinya rugi..mungkin kita boleh tambahkan aktivti..seperti menghafal al-quran..kelas kelas agama..seperti belajar membaca al-quran dan yang penting..mengenal selok belok Islam..ini penting kerana..kebanyakan yang di penjarakan adalah di sebabkan kurangnya pendidikan dalam keagamaannya..dan yang di masukkan semula ke penjara atas jenayah yang sama adalah di sebabkan tiada kesedaran diri..juga bersangkut paut dengan kurangnya didikan agama..

Cuba bayangkan kalau..seseorang penghuni penjara..terus menerus mengikuti kelas menghafal al-quran di samping adanya ajaran tentang keagamaan..selama 20 tahun..??..mungkin dia boleh jadi antara orang hafal al-quran sebanyak 30 juzu'..lebih baik dari orang yang belajar agama di luar penjara..ini tidak mustahil..kerana penjara asing dengan pengaruh luar..berbanding di luar penjara..

apa tindakan kita..??

dapat bayangkan..suatu hari nanti..orang bertanya kepada seorang yang pakar dalam agama..

orang biasa : ustaz lepasan mana..??
pakar agama : lepasan penjara..

Sunday, December 11, 2005 | By: cipthowiryawanchannel
Image hosted by Photobucket.com

huh..memang betul lah hidup kita adalah pelajaran dan pengajaran..bertubi tubi pengajaran yang di berikan..pengajaran tanpa guru..tapi bagi siapa yang pandai mengambil peluang..maka dialah dari orang yang beruntung..dan yang membiarkan ianya berterbangan seperti debu yang tidak bertempat..itulah golongan yang khasirin..

lama tak beredit blog ku..sibuk sebenarnya..itu saja alasan yang paling recomended bagi manusia..hehe..kawan rumah aku..buat prsentation master kelmarin..tahniah..Allah pastinya memberikan balasan kepada orang yang berusaha..apa yang pasti..aku berniat untuk menyambung master selesai aku habsi ijazah nanti..dugaan itu akan lalui juga nanti..semoga Allah memberikan kekuatan..

Manusia bila marah..semua benda yang tak sepatutnya terjadi..akan terjadi..dari suami isteri yang hidup bahagia..kerana marah..pasti boleh bercerai..kawan yang bersahabat baik..kerana marah..istilah kawan jadi lenyap..ketua negara yang memerintah negara..kerana marah..rakyat menderita..dan bermacam macam..

itulah hakikatnya..marah menyebabkan yang di kanan lenyap..yang di kiri..hancur berkecai..yang di atas..terbang melayang..yang di bawah..lumat di pijak..

Hari ini kita semua muslimin bekerja di bawah kadar yang sebenar..di masa yang sama ada perasaan buruk yang merebak di dalam negara Islam..Dan mereka merasakan,mereka tidak mampu untuk berbuat sesuatu pun..Ini kerana sifat marah yang menjadi jadi..dan manusia yang terus berada dalam keadaan marah..mereka tidak boleh berfikir secara baik..

Sekian..

# Jauhkan aku dr sifat marah..walaupun tika ini..perasaan itu..betul betul berada di pintu gerbang hati ku..Astaghfirullah.
Monday, December 05, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

Image hosted by Photobucket.com

Aku jadi penghulu Tetouan..hehe..betapa berat aku nak menerimanya..sebab memang susah nak jadi pemimpin nieh..semua tau kan..tapi aku fikir fikir..di sini bolehlah aku belajar bagaimana jadi orang yang memimpin..dan membentuk orang yang di pimpin..Di masa yang sama pula..orang yang di pimpin boleh belajar bagaimana nak jadi orang yang di pimpin sebenarnya..dengan kata lain..bertatih untuk menjadi "seseorang"..

semua ni hanya kan mematangkan fikiran..banyak lagi cabaran yang lebih besar untuk masa yang akan datang..contoh nyer..sape nak jawab..jawab kat comment di bawah..hehe

Balas Jase..hehe..inilah junior junior aku neh..satu hari dengan spontan aku tanya antara bebudak tuh..napa korang undi aku..aku bukan gi selalu pantau korang..jarang ke rumah korang..dan sebagainya lah gitu..tetiba dengan selamba diorang kate.."nak balas jase abang cipto"..uik..balas jase..??..diorang kata sebab dah uruskan kami..ehehe..aku pun balas kat diorang..kalau nak balas jase bukan dengan undi aku jadi penghulu..belanja kite makan ker..itu lagi bagus..sambil ketawa..

Bukan ini yang aku nak ketengahkan sebenarnya..tapi kita lihat sikap Balas jasa..aku berharap semua orang di dunia..ada sikap nie sebenarnya..ada sensitiviti untuk membalas budi..tak lupa diri..terutamanya kepada kedua ibu bapa kita..walaupun memang hakikatnya kita tak akan dapat membalas nya secara tamam..tapi usaha berterusan untuk ke arah itu perlu ada..betul tak..

sekian..

Saturday, November 26, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

Image hosted by Photobucket.com

huh..berat mata memandang..berat lagi bahu memikul..hanya dirinya saja yang tahu berapa susahnya untuk menerima hakikat ini..yang lain hanya mampu bersimpati..sambil terus berharap agar ianya kembali seperti dulu..riang..bertenaga..bersemangat..

hujan tidak selalunya menggambarkan kegembiraan..lihat saja berapa banyak bencana alam yang telah berlaku..hingga menjadi perdebatan antara cendikiawan dunia..adakah ianya Ujian dari Allah..atau hanya sebagai bencana alam..

dia meredah hujan..dengan penuh harapan..walau di saluti dengan kebimbangan..tapi di kuatkan hati..kerana yakin Allah bersamanya..hanya kerana ingin menikmati satu perasaan fitrah manusia..ingin merasai nikmat yang pernah di lalui Adam dan Hawa..Hang Tuah dan Tun Teja..

bermula disini..ianya menjadi penentu bicara..mungkin sudah sampai waktunya..untuk menzahirkan apa yang tependam..menzahirkan kalam yang " mesh tekka tekka..kalam niisyan"..

tangannya sejuk..tambahan angin mediterranean meniup..wajahnya bagai tidak tahu apa yang sepatutya di lakukan..anjing yang tertunduk berhampiran dengannya..bagai memahami keadaannya..

Ohh Tuhan..apakah jenis ujian yang Engkau berikan padanya..

Sekian..

ais-putih
25 syawal 1426

Friday, November 25, 2005 | By: cipthowiryawanchannel
Aku tersenyum sendirian.Sebab aku tak berani..
Tapi aku gagahkan juga diri.sebab aku tahu aku boleh..
be gentle.kata keyroul..
pandai dah kau skarang yer keyroul

thankss..
Sunday, November 20, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

Image hosted by Photobucket.com

huh..lepas dua minggu aku cuti selepas hari raya dan cuti merdeka Morocco yang ke 50..akhirnya aku kembali ke Tetouan..lega rasanya..sebab bleh dapat hadir this coming class bah..sebenarnya aku nak balik awal dah..because banyak benda yang nak uruskan..bila masa nak balik tuh..tup tap tup tap..kawan aku si keyroul(lambaianandalus) pula sakit..deman+keracunan makanan = sakit..hehe..kena tunggu hinggalah kelmarin..dan Alhamdulillah aku dah kembali..

Lama dah tak terjemah buku arab nieh..kali nie aku nak masukkan apa yang telah ku terjemah dari kitab motivasi Arab "wajih awamil suqut"..buku nie IbnuHazam(MesraRakyat.Blogdrive) yang punye..orangnya dah di Malaysia..Buku dia yang satu nieh tertinggal kat sini..

Kaifa Tu'alij Halatul Taradud..

Terbaring di atas katil dalam keadaan yang lemah dan tenat kerana sakit yang di alaminya..Dan ketika itu,tiada jalan untuk mengubatinya menyebabkan keadaannya bertambah buruk..

Tiada usaha untuk mengubatinya..disebabkan keluarganya sanak saudaraya berada dalam keadaan ragu tentang keadaannya..Tidak dibawa berjumpa doktor..Dan mereka tidak bersepakat atas cara mengubatinya..

Dan di ketika nazak lelaki tersebut..berkumpulah ahli keluarganya di sekeliling katil lelaki tersebut..bermesyuarat meminta pendapat antara satu dan lain..

Berkata seorang dari mereka : Kita tidak harus ragu mengenai sakitnya yang sampai ke tahap bahaya..kita perlu membawanya ke doktor atau pun mengubatinya..

Berkata yang lain : Bagaimana kau tahu ianya berada dalam keadaan bahaya..?..Mungkin engkau mengaggap ianya sakit yang amat..sedangkan sebenarnya ianya berada dalam keadaan baik...

Berkata seorang lagi dari mereka : Apa yang kita rugi kalau kita bawa dia berjumpa doktor..?

Menjawab seorang dari mereka : Sudahlah..kita akhiri mesyuarat kita malam ini..kita biarkan dia berehat..kita buat keputusan besok pagi..kerana siang itu lebih baik bagi pesakit berbandig malam malam begini..

Berkata seseorang : Mari kita berikan kepadanya sedikit makanan..

Menjawab seseorang lagi : Saya tidak nampak itu sebagai satu yang baik..Ini kerana badannya dalam proses pembaikan dengan sendirinya..

Berkata seorang lagi : Lelaki ini berada dalam keadaan bahaya..!!..kita mesti lakukan sesuatu..

Menjawab lagi salah seorang dari mereka : Sesiapa yang berada dalam keadaan nazak..adalah baik untuk kita biarkan dia tidur yang lena..biarkan dia berehat..

Berkata yang lain : Untuk kita ketahui ianya sudah mati ataupun tidur..kita boleh renjis kan air ke atas wajah nya..

Menjawab kawannya : Ini tidak mungkin..!!..Ini kerana air adalah sejuk..dan air yang sejuk akan menyebabkan mudarat brtambah lagi ke atasnya..

Berkata seorang dari mereka lagi : Dia telah mati..!!..Kita kena lakukan sesuatu..!!

Menjawab lagi seorang dari mereka : Jangan engkau terlalu optimis dengan perkara yang buruk..berapa ramai manusia yang hidup lama selepas sakit yang kronik..??

Begitulah keadaa mereka dari mulanya malam hingga lah ke pagi..merka berselisih pendapat tentang lelaki itu..tiada seorang pun yang bersetuju tentang usaha untuk mengubatinya..

Dan di pagi itu..berkata seorang dari mereka : Lelaki itu telah Mati..!!

Dan baki dari mereka itu..mula berselisih tentang hidupnya pula..dan berdirilah sebahagian dari mereka..dan berkata : Kamu telah ragu dalam usaha untuk mengubatinya..sehinggalah dianya mati..Adakah kamu akan terus ragu dalam pengkebumiannya hinggalah dia reput..??

Tamat

Sekian...
Wednesday, November 16, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

Image hosted by Photobucket.com

huh..Don't walk behind me, I may not lead. Don't walk in front of me, I may not follow. Just walk beside me and be my friend. Albert Camus (1913 - 1960..)

nak sambung cerita semalam..lepas jer makan tengah hari kat rumah Hafiz..penat menyelimuti diri..hinggalah mmebuat kan aku terpaksa tidur..konon hingga jam 3.30 petang..sekali terlajak ke 4.00 petang..bukan apa..sebab semalam tak tidur mana..jam 3 pagi begitu dah jaga..

Jadi lepas bangun gitu..dengan sejuk nyer..siap ngan solat asar..aku pun bertolak dari rumah diorang ke darb beglef..nak tengok barang..mula sampai tuh..ehh..bior betul nie tempat nyer..sebab like setinggan..tempat tinggalan..tapi bila aku masuk dalam tuh..Masya Allah..!!!..barang yang dijual..standard cam shopping complex Malaysia..

aku cuma cari software untuk komputer aku tuh jer..dan beli mafla satu..hehe..cantik sangat bagi diri aku lah..tak tau korang..lepas dari tempat tuh..aku pergi ke Stesen keretapi Casa Port..nak balik semua Mohammedia..lebih kurang jam 6.00 petang gitu..

Dalam keterapi tuh..dapat mesej yang kwn aku keyroul tuh..baru nak ke Rabat..so aku pun green light juga ke Rabat malam tuh..sejam selepas sampai ke Mohammadia..hehe..sampai ke Mohammadia lebih kurang jam 6.30 petang..so aku rancang ngan kawan aku..just singgah mohammadia ambik barang dan makan malam..

jam 8.20 gitu..ikut train ker Rabat pula..ibu negara Morocco..nak attend Majlis hari raya di residen duta besar malaysia ke morocco esok nyer..jam 12.00 tengah hari..hehe..punya lah fit sangat masa nak bejalan..hehhe...

tu jer lah catatan sehari dua nieh..
Tuesday, November 15, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

Image hosted by Photobucket.com

huh..Merdeka..!!..Merdeka..!!..sampai masanya untuk orang Morocco pula menyambut hari kebangsaan diorang..yang ke berapa..??..dunnow la..hhehe..tapi bagi aku..sebagai penumpang di negara ini akan mendoakan agar negara ini terus maju dan mara kehadapan..dan terus berada di bawah lindungan Allah..Amin..

nak sambung semula erita aku yang baru sahaj balik dari Mohammedia nieh..masuk rumah diorang malam tuh..dengan cuaca kurang sejuk..hati pun senang..tuan rumah hidang pula makan malam untuk kite..sedap jugak..thanks ke Shahdan..sebab dia susah susah masak untuk makan malam kitaorang..

Pas makan gitu..borak borak gitu..terfikir pulak nak gi casablanca esok nyer..tapi sayang..kawan baik aku tak dapat gi pulak..biaser lah dier..sibuk sangat kan..yer tak yer ker keyroul..??..so aku pun bertolak lah ker casablanca dengan sorang lagik..jam 10 pagi lebih kurang gitu lah..sampai kat tengah bandaraya casablanca jam 10.30 pagi..

Mula mula destinasi aku..aku pegi ke Masjid Hassan Thani..nak ziarah sat ke Masjid Ketiga Terbesar di Dunia nieh..lawatan kali kedua kalau tak silap perkiraan..aku stay sana ambik angin..ambik gambor..hinggalah masuk waktu zohor..memang niat di hati nak semayang situ..kena tunggu juga..sebab selagi tak masuk waktu..pintu masjid akan ditutup..

aku dah rasa penat bejalan kat Casa nieh..bukan apa..kira bandar paling maju kat Morocco nieh..jadi aku serabut sangat..nak pening yer jugak..tapi nak jalan..kenalah kuatkan hati sikit kan..lepas zohor tuh..aku tepon pulak kengkawan Malaysia yang study kat casa..nak gi sana..nak makan tengah hari..sesambil ziarah gitu..Thanks to Hafiz n radhi..

nanti sambung lagik..sekian..
Friday, November 11, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

Image hosted by Photobucket.com

huh..aku terasa besh..bila terbaca quote..cintailah seseorang itu cinta yang sekadarnya..kerana ianya boleh menjadi benci..dan bencilah seseorang itu..benci yang sekadarnya..kerana ianya boleh menjadi cinta..lebih kurang gitulah..hehe..

pejam celik..aku dah melancong ke Mohammedia..besh juga..tapi aku tak leh lagi describe penuh lah Mohammedia..sebab sampai malam kan..jadi Insya Allah nanti aku akan menceritakan percutian ku di Mohammedia..wilayah di pinggir bandar besar Casablanca..

Fotopages pun akan di edit dengan gegambor..hehe..cakap pasal gambar nie kan..nak juga aku beli kamera satu..nantilah tengok kepentingan dulu..buat masa nie dua buku yang akan di beli lah..dan dah confirm akan di beli..tinggal tunggu duit nyer jer lagik...hgehhe

Buku 1 : Safwatul Tafasir, 3 Jilid
Buku 2 : Al-Wajiz Syarah Al-Aziz, 14 Jilid

Kalau tengok beli buku 14 Jilid ni kan..servay harga hari tuh..sampai 800 dirham..aduss..400 ringgit Malaysia tuh...tapi leh kerana buku tu best..aku kena beli jugak..bukan benda tak berfaedah kan...hehehe..

Aku set lah nanti ada pesta buku bulan February nie dekat Casablanca..Insya Allah masa tu nak beli..masa nie kumpul duit dulu..!!!!

Sekian..

Wednesday, November 09, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

Image hosted by Photobucket.com



Huh..I think Im depressed but I dont feel Im depressed. Separated people are supposed to be attention deprived. Remember, in separation there are always 2 people feeling the same.

baru saja menelefon kerani islamic department petang tadi..minta excuse kepada all pensyarah yang tak dapat masuk kelas minggu ini..dan di luluskan oleh department..tekejut jugak..hehhe..tapi di minta hadir minggu depan..hermm..apapun thanks lah kepada department tuh..

semalam buat perbincangan sikit..perbincangan agama..hehe..bicara ad-deen lah gitu..ada juga faedahnya..alhamdulillah..jadi nak masukkan dalam entry kali nie..semoga ianya juga memberi faedah kepada korang semua..insya Allah..

Mengenai qiblat..

Seperti mana yang kita tahu..sesungguhnya Allah berada di mana mana sahaja..utara..selatan..timur..barat..dan sebagainya..dan di ikutkan..kita boleh menyembah Allah mengikut mana mana arah sahaja..

Tetapi Allah telah menetapkan supaya qiblat di tujukan ke baitul haram di Makkah..ini kerana..jika Allah membiarkan keadaan sebelum itu berterusan..mungkin akan menjadikan ianya satu persoalan kepada orang yahudi atau pun sebagainya.."kenapa qiblat orang islam berbeza beza"..dan paling menakutkan..ianya menjadi persoalan kepada umat Islam itu sendiri..

iktafi bihazal qadar..

mungkin boleh menambah maklumat jika korang mungkin lebih tau..sama sama kita menambahkan ilmu..untuk kebaikan dunia dan akhirat..

sekian

Tuesday, November 08, 2005 | By: cipthowiryawanchannel
huh..one day..i have two entries..what happened..hehhe..im boring..Im sorry..I had a bad day again..

My heart so full I can't explain...

***********************

Where is the moment we needed the most
You kick up the leaves and the magic is lost
They tell me your blue skies fade to grey
They tell me your passion's gone away
And I don't need no carryin' on

You stand in the line just to hit a new low
You're faking a smile with the coffee to go
You tell me your life's been way off line
You're falling to pieces everytime
And I don't need no carryin' on

Cause you had a bad day
You're taking one down
You sing a sad song just to turn it around
You say you don't know
You tell me don't lie
You work at a smile and you go for a ride
You had a bad day
The camera don't lie
You're coming back down and you really don't mind
You had a bad day
You had a bad day

Well you need a blue sky holiday
The point is they laugh at what you say
And I don't need no carryin' on

Oh.. Holiday..)

Sometimes the system goes on the blink
And the whole thing turns out wrong
You might not make it back and you know
That you could be well oh that strong
And I'm not wrong

So where is the passion when you need it the most
Oh you and I
You kick up the leaves and the magic is lost

Cause you had a bad day
You're taking one down
You sing a sad song just to turn it around
You say you don't know
You tell me don't lie
You work at a smile and you go for a ride
You had a bad day
You've seen what you like
And how does it feel for one more time
You had a bad day
You had a bad day

(Bad Day,Daniel Powter)

Image hosted by Photobucket.com

Hari ni gi dinner ngan Datuk Seri Shahrizat bin Abdul Jalil..Majlis start jam 7.30 petang..dan berakhir pada jam 11.00 malam..

Dinner yang best jugaklah..sebab kurang protokol..aku sendiri tak berapa selesa dengan protokol yang terlalu di uja ujakan...hehe

Hadiah bagi juga ke student..serunding gitu..lepas tu bagi duit ke Persatuan Mahasiswa Malaysia Di Morocco sebanyak RM 5000 atau 10000 Dirham..banyak tuh..

Thanks kepada Kak Jat dan delegasi..

Saturday, November 05, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

Image hosted by Photobucket.com

huh..ego kita memang kata kita takkan bersedih bila tiba nya syawal..tapi hati murni kita tetap akan kata..suasana sayu pastinya hadir mengiringi semua orang bila tiba syawal..apatah lagi orang yang di perantauan..

Kami menyambut syawal di morocco pada hari jumaat..tak macam Malaysia lah..hari khamis kan..dan kelmarin program dah di atur..semua student bertolak ke kedutaan Malaysia di Morocco untuk sama sama meraikan aidil fitri..itu saja peluang untuk berkumpul bersama sama..

Program bermula dengan Takbir dan seterusnya sembahyang sunat aidil fitri..selesai lebih kurang jam 9.30 pagi begitu..Alhamdulillah..walaupun ais-putih bagai nak jatuh masa sembahyang tu..sebab tak tidur malam raya tuh..ade kerja..ikut hati memang nak batalkan saja sembahyang tu..tapi nak juga teruskan..Alhamdulillah..berjaya di atasi..hehe..

Kemudian majlis bermaaf-maafan sesama malaysians..di iringi dengan selawat yang di bacakan oleh junior aku dekat Tetouan..sekali lagi lah..darmawijaya..lambaian andalus..tetupai-xp..abohh..dan all ma friends..Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Dan Batin..

Pastu..sesi bergambar..dimulakan dengan semua student dari sabah..pahang(siap nyanyi lagu negeri pahang lagi tu)..kelantan..selangor..dan kemudian ikut Universiti..heheh..masing masing dengan gayanya..dan gelak tawanya..ehheeheh

Habis sesi bergambar gitu..baru lah sesi makan dan minum...banyak juga makanan dier..macam macam juga juadah dier..Alhamdulillah..Kenyang juga aku di buat nyer..Lama dah tak nyentuh makanan cam gitu..Teruslah majlis tu hingga jam 5 petang gitu..

What a wonderful Day..

Monday, October 31, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

Image hosted by Photobucket.com

Huh..kemahuan manusia memang tiada batasnya..kalau aku buat masa nie..banyak macam aku nak beli..huhu..tapi tulah..kewangan tak mengizinkan..lagipun kena bajet juga kan..untuk masa depan lah katakan..hehe..

Kali nie aku nak citer pasal subject kegemaran aku..dalam I'jaz Al-Quran..ingat ingat nak buat tesis pasal nie nanti..tapi aku ingat aku tak mampu..cukuplah sekadar minat..

"Seribu Bulan"..??..Semua orang tahu seribu bulan nie berkaitan dengan Lailatul Qadr..Apatah lagi kita berada di bulan Ramadhan yang mulia ini..

Tapi kenapa Seribu Bulan..??..Jom Siasat...

Al-Quran ketika memperkatakan dalam hal "Adraka":Alif,dal,Raa',Alif,Kaf..Ataupun "Yadrika":Yaa,Dal,Raa',Yaa,Kaf..Kita mestilah memahami Maksudnya.."Ma Adraka" bermaksud:Tidak ada seorang pun yang tahu maknanya sebelum tika ini..Dan "Yudrika" bermaksud:Tidak ada seorangpun yang mengetahuinya pada masa lepas dan pada masa depan..

Oleh Itu.."Ma Yudrika"..Mustahil bagi kita mengetahuinya..Dan "Ma Adraka"..Kita masih lagi tidak mengetahui kerana belum ada yang memberitahu hingga tika ini..Dan Allah akan memberitahu pada kita..Dan disini Allah memberitahu dalam Firmannya yang bermaksud:

"Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan."

Dan apabila kita membaca Al-Quran:"Ma Adraka"Ketahuilah Allah akan memberitahunya..Dan apabila kita membaca"Ma Yudrika"Ketahuilah ianya adalah dari hal hal yang ghaib..

Dan dari firman Allah S.w.T yang bermaksud:

"Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan."

Di sini kita lihat..kebaikan malam tersebut di samakan dengan seribu bulan..dan setahun mempunya 12 bulan..dan seribu bulan bersamman dengan 80 tahun..ini bermakna dalam seribu bulan tersebut kita melalui 80 malam Lailatul Qadr..

Kenapa Allah memilih 1000..??

Ini kerana Allah..ketika berfirman dalam ayat ini..mengikut keadaan arab ketika itu..dan adalah ketika itu..orang orang arab beranggapan bahawa nombor 1000 adalah adalah nombor terakhir..dan mereka tidak tahu milion atau bilion..

Oleh itu..maka makna sebenar dari firman Allah yang bermaksud:

"Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan."

Mengikut sheikh mutawalli syarawi..sesungguhnya lailatul qadr lebih baik dari setiap detik dan zaman selama lamanya..

Di Kesempatan ini..ais putih mengucapkan selamat hari raya aidil fitri dan maaf zahir dan batin..

Sekian

Friday, October 21, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

Image hosted by Photobucket.com

Huh..Sebenarnya menerima panggilan dari Presiden Persatuan Mahasiswa Malaysia Di Morocco..ada majlis berbuka puasa dan kemungkinan perpisahan dengan Duta Besar Malaysia..Datuk Haji Noor Mohd Atan..yang akan bertukar ke Peru..selepas Aidil Fitri ini..

Tapi kesibukan dan masa yang kurang sesuai menyebabkan aku menolak jemputan ini dengan berat hati..berfikir juga di buatnya..bukan apa..kalau tak sebab datuk tu..tak belajar aku kat Morocco nie..hehhehe..Thanks..!!!

Semalam Sms adik aku..dia kabar yang Isteri Pm dah meninggal..terkejut juga aku..Tapi itulah..Urusan Tuhan..Semoga roh di cucuri rahmat..Dan Takziah kepada PM Malaysia kerabatnya..

Bercakap lagi tentang Ramadhan Di Morocco..

Berbuka puasa di Malaysia..tentunya di hidangkan dengan pelbagai juadah..termasuk..nasi..mee..kuih..dan sebagainya..kalau boleh dalam masa sebulan berpuasa..dalam sebulan tu lah..berlainan juadahnya..kecualilah kekurma..heheh

Di Morocco..Semasa aku ke bandar yang sunyi..hehhe(lihat edisi lepas)..aku terjumpa sebuah kedai makan di hujung hujung hujung bandar...hehhe..dan aku merancang nak order ayam..tetiba waiter datang..tak payah order..dia bawa..kurma..bubur harira..telur rebus..shebakiah..dan jus oren..itu jer hidangan dia berbuka puasa..teda makanan lain..huhuh..

tak macam malaysia...isk..isk..
Wednesday, October 19, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

Image hosted by Photobucket.com

Huh..selagi ramai tetamu datang kat rumah..manfaati lah ianya sebagai masa masa yang paling menggembirakan dari masa yang biasa..konklusi nyer..tetamu tetamu aku dah balik semua..selalunyer riuh rendah bagai kenduri bila tiba waktu berbuka puasa..dan tadi cuma 4 orang duduk semeja..menikmati juadah berbuka puasa..

Tiada apa nak entry pun..cuma ambil sikit sedutan borak ngan ayah tadi..

kikwpl : tambang pesawat di sana naik kah tho..ekoran kenaikan minyak ni?
ais_putih: sama jak pun
ais_putih: tgk syarikat lah
kikwpl : d c ni tambang mas saja pun naik sekarang..hinggakan kan balik ke tawau dah hampir 2000rm
kikwpl : kalau dulu dlm 1200 saja
ais_putih: mas memang mahal nieh
ais_putih: klu sini qatar airways standard lah tu 7000 dirham return
kikwpl : mama rindu juga sama ito sebab komputer d rumah beragam lagi....adek2mu kuat main game..sinano, apan dan opi.
ais_putih: hehhehhee
ais_putih: lap top bapa mana
ais_putih: bapa beraya tawau kah ni tahun
kikwpl : auw.....si ita inda tahan naik kereta sehari suntuk
ais_putih: lain demand si ita nie
ais_putih: nda mambali baju..tapi kan naik kapal taabang
kikwpl : banar jua tho .bapa pun dah makin tua ni pun malas driving ..penat rasanya...inda olah nganya..nenek2mu masih hidup..kewajipan
ais_putih: awue
ais_putih: 2000 untuk one famili lah tu
ais_putih: kira ok lah tu
ais_putih: mun ada ito
ais_putih: 2500
ais_putih: hehehhe

paham ker korang...
Sunday, October 16, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

Image hosted by Photobucket.com

Huhu..seminggu untuk menjadi seorang yang memegang amanah untuk uruskan satu kerja..pastinya memenatkan bagi yang tidak berpengalaman seperti aku..ikutkan hati mahu saja aku tidur..menghadap komputer..makan..minum..dan sebagainya..tapi itulah yang di katakan amanah..kena buat juga..

Lagi kita bercerita Ramadhan Di Morocco..

Kalau di Malaysia..bandar atau pekan dan sebagainya akan hidup walaupun tengah berbuka puasa..walaupun tidak sepenuhnya..mungkin 60 ke 70 peratus ianya hidup..termasuk bazaar ramadhan sekali..

Tapi bila kita terbang ke morocco..bermula jam 5.45..bandar akan mula mati..apatah lagi ketika berbuka puasa..pada jam 6.00 petang..Dan yang nak di jadikan cerita..Bandar kat morocco akan mati terus mula jam 5.45 hingga lah selesai solat tarawikh..lebih kurang jam 9 malam..

Bandar akan jadi seperti jam 3 pagi..sunyi..cam tak dak orang..ais-putih sudah terkena..ingat kedai buka jam 7..rupanya jam sembilan..pusing pusing bandar bagai orang gila..tanpa ada sebuah kedai pun buka..

Kesian..
Wednesday, October 05, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

Image hosted by Photobucket.com

Tarawih Di Morocco..

Itulah topik yang aku nak kongsi bersama ngan korang kali nie..Sekadar nak bercerita..mengisi masa yang lapang ini..dalam masa yang sama boleh mengetahui cara orang morocco sembahyang tarawih..

Kalau Malaysia..Tarawih akan di dirikan selepas sembahyang Isya..yakni 10 minit selepas itu..dan selesai di dirikan jam 10.30 begitu..mungkin ada yang cepat lagi..itulah di Malaysia..!!

Tapi bila kita terbang ke Morocco..percaya atau tidak..Tarawih akan selesai didirikan hanya beberapa minit sebelum azan solat subuh bermula..!!..hehe..tapi itulah hakikatnya..kebanyakan masjid di Morocco ini..akan mendirikan solat tarawih 8 rakaat selepas isya..dan selebihnya akan di buat sebelum solat subuh..lebih kurang jam 4 Pagi..

Cuba bayangkan kalau begitu di buat di Malaysia..hehe..

Tuesday, October 04, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

Image hosted by Photobucket.com

Huh..Mata pun dah ngantuk..sudah masanya aku nak tidur..melihat adikku berumur tujuh tahun tidur tanpa berbantal..lantas aku membetulkannya..tiada mimpi..tidur dengan lena tanpa di buai mimpi..angin kipas siling rajin ingin menembusi selimut ku..tapi sayang..semua itu hanya membuatkan ku semakin lena..hehhe

tetiba..!!..sayup di hujung telinga ku..namaku di sebut..suara pun cam kenal..

Wan..

Tho..

Ciptho..

Puasa Kah..??

itulah yang di ulang-ulangnya..hingga tidur ku tidak lagi selena tadi..panggilan itu tidak akan berhenti hinggalah aku bangun..berdiri..untuk cuci muka dan duduk di meja bersama sama keluarga ku..

itu lah cara ayah ku..membangunkan aku bersahur di bulan Ramadhan Karim..

Kini..Alarm Telfon dan Jam Loceng lah pembangun ku..

Merindui saat itu..

Selamat Berpuasa
Sunday, October 02, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

huh..baru sahaja dua hari lepas mak aku hantar sms suruh aku baca yaasin..sebab adik bongsu mak aku sakit tenat..dan keesokan harinya..ayah aku pula hantar sms yang berbunyi.." Allah lebih menyayanginya, Cu-In telah kembali ke Rahmatullah "..itulah hakikat kehidupan manusia..pertemuan yang bersyarat dan perpisahan yang mutlak..Al-Fatihah..



Sunday, September 25, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

huh..batch pertama dah datang ke morocco..dua darinya akan ke tempat aku..ahlan wasahlan ke bumi andalus..kuliah aku pun dah nak mula..isnin nie aku kena gi ke kuliah dah..kena start enjin semula..aktifkan otak semula..hehe..

nak cakap pasal morocco pula..

kat morocco nie..ada dua bangsa utama..lebih kurang gitu lah..pertamanya..arablah kan..dan keduanya..bangsa bar bar..dan katanya..bar bar nie adalah warga asal bumi morocco..

dan kita pula di malaysia..ada banyak bangsa lah..dan utamanya tuh..melayu..india..china..dan bangsa asal bumi malaysia ialah orang melayu..

nak di jadikan kisah..dekat morocco..boleh di katakan semua kedai yang ada kat morocco..macam kedai runcit..kedai sayur..restaurant ker..apa ker..di miliki orang bar bar..yakni penduduk asal bumi morocco..dalam kata lain..mereka menguasai ekonomi morocco..

hermm..
Sunday, September 18, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

huh..dah lama tak edit kut..bukan sengaja tapi tak sengaja..PMMM dah mula sibuk untuk sambutan pelajar pelajar baru seramai 36 orang untuk ijazah..begitu juga aku..hari ni meeting untuk sambutan pelajar fasa 3 dan meeting terakhir buat aku bila akan kembali ke tetouan esok harinya..

sampai tetouan pula..kena meeting lagi dengan student malaysia yang ada kat tetouan seramai 4 orang termasuk aku..untuk pengurusan rumah..penginapan sementara..pendaftaran Universiti..urusan identity card morocco..makan minum selama di penginapan sementara..dan hal hal lain..

so susah jugak kan..dah pening untuk urusan 13 pelajar..tapi kalau fikir fikir..PM Malaysia urus negara yang ada berjuta orang..tu lagi lah susah kan..hehe..dari kesusahan itu..disana lah zahirnya kekurangan..kesilapan..dan sebagainya..ituah hakikat insan..

Sasterawan Arab Mustafa Lutfi Manfaluti dalam novelnya..an-nazorat..berkata mengenai pembesar..pemerintah..yang tersilap..yang terkurang..dan kemudian di kritik hebat oleh manusia lain..

"..innahum laisu bi anbiyail ma'somin..wa laisu bil malaikati al muthoharin.."

hermm...

Wednesday, September 14, 2005 | By: cipthowiryawanchannel
huh..nie entry aku cedok kat blog kawan aku..noumad.blogspot.com..katanya dia menegluh sebab penat bekerja..dan sebab nya ada lah berikut ini..kalau aku tengok macam betul..hehhe

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 jutaorang. 1.7 juta darinya sudah bersara. Jadi tinggal 21.3juta orang. 1.3 juta pula adalah golongan kanak² bawah 6 tahun.Jadi tinggal 20 juta orang.
__________________________________________________________
Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika,sekolah, kolej, universiti dll). Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.
__________________________________________________________
Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja. Jadi tinggal 8 juta orang yangboleh buat kerja.
Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tenteradarat) pasal diorang nie nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan.
__________________________________________________________
Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja.... Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yangmenganggur dan tak der kerja surirumah, pekerja yang kena VSS, orang² tua, fresh university student, kena buang kerja dll).
__________________________________________________________
Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja. Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (takkiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila). Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja....
__________________________________________________________
Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara. Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja... Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku...
__________________________________________________________
Dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes,membacaemail, main chat dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah Aku sorangyang buat kerja dalam Malaysia nie... mana aku tak letih!! Jadi sedarlah skit.... dahhhh..!!! pi buat kerja!!!
Tuesday, September 13, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

huh..mesyuarat jam 3 petang untuk sambutan pelajar baru ( SPB 2005/2006 )..aku dapat tahu ada meeting kat kenitra..so aku kena balik ke kenitra untuk jadi wakil student Tetouan..dan alhamdulillah meeting fasa 1 dah selesai..dan malam nie ada lagi satu meeting fasa 2..yang pasti ianya takkan selesai malam ni..hehehe..

tiada apa yang aku buat pagi nie di kenitra..just keluar sarapan pagi dan kemas barang barang aku..buku buku aku..dan hal hal lain..lagipun aku akan balik bila bila masa ke tetouan..kuliah pun dah nak dekat dah..

semalam baca berita kat berita..tentang taufan katrina..tertarik tentang tajuk..doktor terpaksa bunuh pesakit..huhu..aku ingat ingat sama macam kat wayang pula kan..tapi betul kah tindakan sebegitu rupa..??

hermm
Saturday, September 10, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

huh..ternyata penat menguasai diriku..stayed at rabat dalam seminggu lebih..untuk menuggu majlis yang baru selesai malam semalam..receptions untuk national day malaysia..

dua hari sebelum tu..sehari sebelum tu..ada majlis cucuk satay kay kedutaan malaysia sesambil main main volleyball..hehe..yang pasti aku sakan main bola kat halaman kedutaan..sampai koyak seluar track aku kat lutut nye..

majlis semalam mula jam 7 petang..dan aku sudah berada di residen embassador of malaysia jam 10 pagi..sebab nak ready untuk masak kue teaw goreng dan bihun goreng..selesai jam 6.30 untuk dua masakan ini..aku decorate sket..hehe..and siap untuk di jamu..

majlis selesai jam 11 malam gitu..dan aku balik kerumah menggunakan kereta kedutaan Malaysia..masuk ke rumah..aku mula tak sedap badan..pening..nak muntah..nak tidur payah..dunnow why..mungkin sebab penat sangat..aku tak makan ubat sebab tak nak layan sangat..payah pula jadi nya karang..dan pagi nie..aku masih tak aktif seperti biasa..still goyang goyang lagi..

hermm..
Tuesday, August 30, 2005 | By: cipthowiryawanchannel
huh..dah nak habis dah cuti aku..tak lama lagi nak belajar lah pula..scholarship morocco pun dah kluar..so tinggal aku nak gi ambik jer lagi..tapi aku still malas nak jalan..sungguh penat dengan program yang baru berlalu..Al-Ayyam Ath-Thaqafiah..

merdeka..??..pejam..pejam mata..tutup..tutup mata..buka..buka mata..dah 31 ogos..hehe..so kat morocco tak ada majlis di buat di kedutaan untuk 31 ogos..tapi akan di buat pada tarikh yang belum di tentukan..insya Allah nanti akan di beritahu oleh pihak kedutaan..

mungkin aku kena balik lebih awal ke Tetouan..banyak benda kena urus..hehe..mula nya aku tak nak balik lagi hingga selepas 9 september..sebab 9 sept tuh ada majlis di kedutaan..tapi bila tanya tadi..majlis tu tak melibatkan semua pelajar..so aku dan kerabat tetouan yang lain..dah berbincang akan balik sebelum 9 sept..

mengenai student baru yang datang ke tempat aku..ada 14 orang katanya..so sesapa student yang ada apply kat morocco nie..kalau nak berhubung..nak tanya itu ini..hubungilah kedutaan atau kitaorang..kalau tak pun saya..hehe..

adek aku ambik UPSR minggu depan kalau tak silap..hehe..sekejap jer dah tahun 6..dah besar dah..aku tinggalkan hari tu..masihlagi duk suka gaduh ngan adik aku yang kecik tuh..bila aku balik nanti..agaknya dah pandai bersyarah tentang dunia..!!!..hehe

that's all...
Tuesday, August 23, 2005 | By: cipthowiryawanchannel
huh..bila ombak mediteranian dan ombak atlantic bertemu apa akan jadi..mesti happening tu kan..so semalam aku ke tetouan menemani staff kedutaan Malaysia jalan jalan..lagipun staff staff tengah cuti sempena Besday Raja Morocco Mohammad 6..

tolak dari Rabat jam 7 pagi ke kenitra untuk ambil kunci rumah aku..selepas sejam tiba di kenitra..kami meneruskan perjalanan ke tetouan selama 4 jam..tepat jam 12 tengah hari kami tiba kat rumah..

ambik rest sket..jam 3 petang mula mengorak langkah menerobos masuk kebandar tetouan..aku ngan kawan aku sorang lagi..just tunjuk jalan dan jadi tukang tawar untuk diorang..
tiba kat istana..sebab dari bandar tu kitaorang just jalan kaki..street sampai ke istana hinggap Raja Morocco di tetouan berdekatan dengan Bab Oukla..kira old city @ kota lama..hehehe..

mulanya aku nak bawa jalan jauh lagi lepas dari istana tuh..tapi staff staff kedutaan ni nak sangat ke sempadan ceuta @ sebta..nak kata kawasan jajahan spain tak juga..ianya terletak di morocco tapi di bawah kerajaan spain..gitulah..

cuti sehari di tetouan..walaupun sekejap..tapi best..hehe..yang penting happy..walaupun tak pegi semua tempat..hehe..gambar pun dah edit kat fotopages..
Saturday, August 20, 2005 | By: cipthowiryawanchannel
huh..semalam ke kedutaan Malaysia ntuk main volley ball bersama sama staff kedutaan Malaysia..Duta Besar Malaysia juga turut hadir bersama sama memeriahkan suasana dengan gurau senda yang melahirkan gelak tawa staff dan student petang itu..

dan meeting AMT dan Kedutaan Malaysia mengenai student baru telah di bincangkan kelmarin..dan akhirnya pelajar yang akan ke Uni aku..cuma ada empat student..dan lain di bahagikan ke tempat lain..thanks to PMMM President(darmawijaya.blogspot.com) atas usaha keras beliau..hehhe..

hidup kita kalau kita perhatikan sambil berfikir..semuanya adalah pengajaran dan pembelajaran..selagi kita hidup..kita sentiasa menjalani proses pembelajaran..bagi yang sedar..ianya akan di ambil sebagai pelajaran yang berguna..bagi yang alpa..ianya di biarkan berlalu..

kat umah yang aku duduk skang nie..ada 3 kanak kanak melayu lah tak sampai pun tadika lagi..so sungguhlah banyak tanya..mula dah dengar cerita orang yang 2 dari 3 beradik nie..banyak sangat tanya..

satu malam selepas maghrib..aku duduk dengan dia..sambil aku membaca majalah haji dan umrah..dan dia terlihat ngan gambar orang pungut batu kekecik untuk lontar jamrah..

Citer 1

adik : orang tu buat pe..?
aku : pungut batu..
adik : pungut batu buat pe..?
aku : nak lontar ni..(sambil tangan menunjukkan gambar jamrah)
adik : kenapa lontar tu..?
aku : situ ada hantu..
adik : mana hantunya..tak nampak pun..?
aku : dia takut sebab orang ramai..
adik : ....

Citer 2

aku : faham bahasa arab..?
adik : tak faham..
aku : ini lah bahasa arab..(sambil tunjuk buku berbahasa arab)
adik : cuba bace..
aku : buat per..adik kan tak faham..
adik : bacalah..bacalah..bacalah..
aku : (terus membaca sambil mata adik terkebil kebil)

apa pengajarannya..??

bagi aku untuk citer satu dan dua..mengajar aku bagaimana untuk memahamkan orang yang asalnya tak faham dan tak tahu..mula nya aku tertekan juga..tentang suruhan adik untuk baca buku arab tu..sebab dia bukan faham pun..tapi kalau kita lihat hakikatnya..kita kena baca juga..sebab itulah latihan..keyakinan..dan sebagainya..

dan citer pasal lontar hantu tuh..sepatutnya kata jer syaitan ker iblis..tapi oleh kerana kekurang yakinan adik faham akan kalimah tu..sebab aku tukar kalimah tu..tapi sebenarnya..aku silap..sepatutnya kena fahamkan makna syaitan itu dulu..inilah sikap memandang rendah kepada orang..sifat patut di kikis..!!

P/s : aku tanya adik..kucing apa bahasa english..??..katanya meow..aku kata salah..bahasa english nyer ialah cat..adik tanya..kenapa cat..??..aku pula mengubah cerita lain..hehehhe
Wednesday, August 17, 2005 | By: cipthowiryawanchannel
huh..bila kita diberikan tanggungjawab untuk buat itu ini..bagi aku..ada dua keadaan..sama ada kita terima dengan penuh semangat dan kerja pun semangat..ataupun..just diam bila terima tanggungjawab..dan..dah bayang apa kerja nak buat..dan aku suka cara nombor 2..tak tau napa..
so ada program penghujung this month..Al-Ayyam Ath-Thaqafiah..diberikan tugas sebagai ketua penyediaan tempat..tugas yang tak pernah di buat sebelum ini..bila penamaan di namakan..aku just diam..pikir apa yang patut dibuat dengan kerja nie..

apapun..aku cuba try test..itulah yang sebaiknya buat masa nie..boleh ambil pengalaman..

lepas mesyuarat semalam..di maklumkan tentang pelajar baru yang akan datang ke Morocco sebanyak 45 orang..!!..ramainya seperti ramai students Malaysia yang dah sedia ada..itu pun aku diam..

Uni tempat aku study skang nie..just ada 4 orang students Malaysia..dan bila datangnya pelajar nie..seramai 20 pelajar akan di tempatkan kat Uni aku..terkesima..terkejut..tak terkata bagai ada batu menindih lidah ini..
Tuesday, August 16, 2005 | By: cipthowiryawanchannel
huh..dah dua hari aku terbangun awal..mungkin sebab aku tidur awal kut..jam 2 pagi dah tersadar dah..pastu dah tak tidur pulak..hehe..mungkin sebab kesunyian rumah ni kut..orang semua gi rabat..bercuti..aku dah pergi hari tu..tu pasal aku nak stay kat kenitra nie..

aku mula rasa rindu rumah aku kat tetouan..rasa nak balik pun ada..tapi hati kata belum masany nak balik..itulah keadaannya..aku bila dah balik kenitra..payahlah nak balik tetouan..tapi bila dah sampai tetouan..nak balik kenitra pun susah..heheh..

lepas aku bangun jer tadi nie..aku baca buku kecil yang aku jumpa kat rak buku tuh..dengar citer sapa ada buku nie..boleh kena tangkap kerajaan morocco..hehe..buku yang di banned..buku yahng bercirikan gerakan..

cuma nak mengambil sedikit terjemahan yang mungkin kita boleh manfaatkan untuk diri kita..berkata imam Ali:

" ilmu lebih baik dari harta..ilmu akan menjaga mu..manakala harta..engkau akan menjaganya kerana takut kehilangannya..ilmu akan membersihkanmu melalui amal..dan harta..akan mengurangkan nafkah kerana tamak "

p/s; edit fotopages ngan gegambor yang tak sempat masuk dulu..
Sunday, August 14, 2005 | By: cipthowiryawanchannel
huh..habis dan sukan seas 2005..tahniah di ucapkan kepada ahli jawatankuasa sukan seas 2005 atas kejayaan menjayakan sukan yang penuh meriah..boleh di katakan kita telah mencapai objektif sebenar penganjuran sukan seas 2005 ini..Tahniah dan Syabas di ucapkan..

dan sekarang ni aku tengah rehat..dalam dalam rehat gini pun..aku dah mula boring..dan semalam aku ke rabat sekali lagi..mula nak temankan kawan aku keyroul unutk main boling bagi mewakili kedutaan brunei sempena Independence Day Indonesia..

dan masa yang sama..dia bagi tiga lane free..sapa nak main..pi lah main..maksudnyer yang tak terlibat ngan pertandinganlah..heheh..aku pun bermain lah dengan free sebanyak games yang mampu..hehehe..hingga naik lenguh tangan aku..

kembali ke rumah pastu..terus ambik train ke kenitra semula..sebab aku kena hantar pelajar yang dah habis belajar nie..kira senior aku..dia lah yang bawa aku ke sini..thanks for that..aku urus semua yang aku nak kirim ker kuarga aku..dan jam 3 pagi kami semua hantar ke stesen kereta api..tapi train dah lepas..kena tunggu sampai jam 530 pg pulak..

very emotional wada`...itulah nilai sebuah persahabatan..berani aku katakan..airmata manusia terlalu murah untuk sebuah nilai persahabatan dan ukhwah..semoga ikatan ukhwah ini berterusan dan di lindungi Allah..

Thursday, August 11, 2005 | By: cipthowiryawanchannel
huh..buat per korang..aku kat sini sedang bersemangat menyokong skuad negara Malaysia di Morocco dalam Seas Games 2005..boleh kata hilang suara dah..penat duk sokong teman teman Malaysia..heheh..dan hari nie..hari terakhir games tersebut..dan kali nie aku turut serta untuk acara bola tampar..kena betul betul sambut bola besok..
bila aku tengok..masa Seas Games nie kan..nampak betapa zahirnya perpaduan sesama pelajar indonesia..thailand..malaysia..tolong menolong antara satu sama lain..tolak ansur..dan lain lain..ianya mengadunkan perpaduan itu kepada adunan paling indah..
tapi ada satu cabaran untuk mengekalkan perpaduan perlunya satu usaha yang kuat..di samping bilangan pelajar semakin lah bertambah..dan sebagainya..semakin payah kita nak berkumpul sesama..bercerita bersama..
serupa ngan prinsip merdeka..mendapatkan kemerdekaan lebih mudah daripada mengekalkan kemerdekaan..
p/s ; kemanakah...???
Saturday, August 06, 2005 | By: cipthowiryawanchannel
Huh..cuaca panas di maghribi kekadang boleh mengganggu kehidupan kita..nak buat kerja yang senang pun payah sebab kepanasan..nak jalan sket pun payah..tapi orang dulu..yang tinggal kat sahra pun bleh hidup dengan gembira..mampu lagi menternak binatang..mampu lagi berdakwah ke jalan Islam..

Persoalan aku kali nie..manusia memang payah nak terima pandangan orang lain..walaupun ianya pandangan yang baik..alangkah baiknya..kalau semua manusia mudah mengalah..bertolak ansur..dan sebagainya..

Ataupun adakah itu memang warna warni kehidupan manusia..??
Thursday, August 04, 2005 | By: cipthowiryawanchannel
huh..tadi main bola tampar..game yang lama dah aku tak main..best jugak sambil bleh merapatkan silaturrahim sesama pelajar..lagipun tujuan sebenar latihan nie pun..untuk South East Asean Games 2005 yang mula 9-8-2005..

sebelum tuh..aku masak pula untuk hari nie..jadi tengah hari tadi..aku masak kurma ayam..dan sayur goreng..kemudian untuk dinner..aku masak sayur jer..sebab sorang lagi kawan aku gi ganti aku untuk masak lauk lain..kari ayam..mudah sket kerja aku..

pastu..siap masak apa semua..aku ambik dinner..habis dinner..kawan bawa jenjalan shopping..time jenjalan gitu..dia belanja ais krim..hehe..best jugak..jalan jalan sket..jumpa kentang goreng..ambik makan sesambil jalan pulak..dah habis makan tu..dia spend makan ais krim semula pulak..amboi kuat sangat makan..jadi makan lagi ais krim..

dah habis makan ais krim tu..kawan sorang lagi bawa ke restoran makan bubur harira..dan ayam golek sekor..aduss..perut aku dah nak pecah dah..tapi orang dah belanja..nak buat cam ner..

hari nie dari jam 9-11 pm aku makan ;;

1--nasi putih..kari ayam..sayur goreng
2--ais krim yam
3--kentang goreng
4--ais krim
5--bubur harira
6--ayam sekor

huhuhu..tu jer kali nie..
Tuesday, August 02, 2005 | By: cipthowiryawanchannel
huh..dalam aku di buai mimpi tidur..tetiba sesuatu mengalir dari hidung aku..yang aku kira mungkin flu jer..tetiba aku tercium bau darah..dan mulanya aku rasakan hidung aku yang berdarah sesambil aku kata juga bukan darah..masa tu gelap jadi tak nampak apa..dan aku bingkas bangun terus ke toilet..bila tengok sah ianya darah..horror gile..lepas cuci semua darah tu..aku trus gi solat subuh..dan online..

so hari nie..aku akan ke rabat untuk urus biasiswa morocco di pejabat biasiswa..dan lepas tu mungkin aku jalan jalan sekejap kut..tak pun main boling..hehhe..tak pun makan..sijil pendaftaran universiti tahun nie...dan slip keputusan dua benda yang perlu aku bawa ke situ..

semalam student mesia buat kenduri najah dan wida`..dan seramai 17 orang yang sertai kenduri tu..jadi adalah ucapan pelajar yang nak balik..dan sket persembahan nasyid..dan makan..aku menyibukkan diriku di dapur jer..mula dari proses potong memotong bawang hinggalah ke penyediaan makanan..best jugak bila kerja di dapur..u know that..hehhe

dengar berita..yang raja arab saudi dah meninggal..hakikat dunia..rumah kata pergi..kubur kata mari..manusia yang hidup pasti merasa mati..apa yang mampu kita buat..hanya mendoakannya agar mendapat rahmat ilahi..

sket gambar kat fotopages pun dah edit..sket jer tak banyak..

sekian dulu..
Wednesday, July 27, 2005 | By: cipthowiryawanchannel
huh..mula rancang nak balik petang isnin..bila pergi nak beli tiket train..makcik tu kata..tiket habis..logiklah jugak..musim panas kan..so kitaorang rancang nak balik pagi selasa..biasanya musim panas nie..kitaorang tak tidur malam hingga lah azan waktu subuh lembut masuk ke ruang udara..lebih kurang jam 3.30 pagi gitu..jadi bila tidur selepas jam 4 pagi..untuk bangun awal pagi..selalunya susah..hehe..lebih kurang jam 7 gitu..aku gerak kawan aku sorang lagi..nak balik pagi ker..??..last last balik selasa petang jugak..

gerak dari rumah jam 3.30 gitu..terus ambik teksi ke bandar..bila sampai di bandar..ambik lagi satu teksi ke stesen dier..sebenarnya dekat dah tu..tapi malas nak jalan..buang Rm 4 untuk sampai tepat ke depan stesen..bila sampai stesen..terus pi beli tiket tetouan-tanger-kenitra jam 4 petang waktu morocco..habis bayar lebih kurang 140 Dirhams (Rm 70) untuk dua orang..terus masuk bas..untuk pergi ke stesen keretapi Tanger..

lepas sejam perjalanan..bas sampai ke stesen keretapi tanger..ambik beg sumer..ambik angin sket..trus masuk ke keretapi..sebab keretapi akan bertolak jam 5.30 petang..maka mula lah kami bertolak ke kenitra..aku ingat ingat macam aku travel by train nie..rasa macam aku ke sekolah Hogwarts jer..hehhe..

dalam keretapi..duk borak dengan kawan aku sorang lagi..pastu borak dengan moroccans..tak lah boring sangat..walaupun aku dah naik penat dah..lebih kurang jam 9.30 gitu..kitaorang sampai ke kenitra..huhu..gembira gak..keluar dari keretapi tuh..walaupun best sebab sejuk aircond..heheh..

dan sekarng nie..aku tengah berada di kenitra..

bila sampai kenitra..ambik dinner sket..trus pi tidur..awal pula tidur..hehe..bangun tidur jam 4 pagi gitu..pusing pusing rumah..pastu baru gi solat..dan tak tidur pulak sampai ke pagi..duk melayan internet..hehe..seperti apa yang ayah aku kata.."mungkin selama cuti kat sana"..rasanya tanggapan tu betul..hehe..

dan lepas subuh tadi..sempat habiskan satu buku kisah hidup seorang tokoh pergerakan Islam..Syeikh Badiuzzaman Said Nursi..seorang tokoh pergerakan islam di zaman Kamal Attaturk..

nak masukkan sedikit kata kata dia ketika di tanya tentang pemerintahan Uthmani dan bangsa Eropah..dan syeikh Badiuzzaman menjawab.."Eropah sekarang sedang hamil Islam..suatu saat nanti akan melahirkannya..sedangkan negara Uthmani sekarang hamil fahaman eropah dan satu saat nanti akan melahirkan fahaman itu"

sekian tuk kali nie..
Sunday, July 24, 2005 | By: cipthowiryawanchannel
huh..mula aku ngan acek nak kemas rumah pepagi..tapi bila ada aral yang melintang..maka di tanggukan lah ke petang nyer..bukan benda penting sangat pun..hehe..itulah bila benda tak penting di pentingkan..macam macam leh berlaku..

tadi gi tengok episod terakhir rebel billionaire..rancangan Sir Richard Branson..pemilik syarikat Virgin..dan pemenangnya pun dah di ketahui..hehe..satu rancangan yang paling best pernah aku tengok..nice lah..

esok aku nak bermusafir ke kenitra..Insya Allah..kalau semua urusan selelsai..aku akan balik ngan kawan aku sorang lagi..
Saturday, July 23, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

huh..dapat sms dari kawan tadi..kata pngurusan pembaharuan Biasiswa Morcco akan tamat 29 julai nie..dalam pada masa yang sama..aku rancang nak balik untuk urus benda tuh 29 julai..jadi kalau dah begini hal nyer..aku kena balik awal lagi..so banyak kerja rumah yang aku tak siap lagi kena siapkan..bil letrik..bil air..kemas rumah..cuci baju..Id Morocco..dan sebagainya..kena buat semua tu Isnin nie..dan mungkin akan balik isnin petang ikut Bas dari Tetouan ke Tanger dan guna Train dari Tanger Ke Kenitra..

..Long Journey..
Sunday, July 17, 2005 | By: cipthowiryawanchannel
huh..aku mula tak tau nak buat apa..bila cuti terlalu panjang..insya Allah lepas semua urusan university semua selesai..kemungkinan besar aku balik ke malaysian headcuarters di kenitra..di sana adalah kerja yang menunggu aku..lagipun aku dah lama tak balik..6-7 bulan gitu..

AHLI JAWATANKUASA KERJA SEAS GAMES 2005
Unit Program dan Protokol
1. Sdr Syed Mohd Fadhlullah bin Sied Esahak (Ketua)
2. Sdr Shariful Azhari bin Alias 3. Sdr Ciptho Wiryawan @ Mohd Ikhwani bin Jaafar 4. Sdr Shahdan bin Dingka
itulah pengumuman dari Persatuan untuk tugas aku di SEAS GAMES 2005...insya Allah aku akan buat yang terbaik..
sesekali tengok tv malaysia ketika di negra orang..kdang kadang itulah benda paling best..jadi tadi masa surf surf..sesambil tengok tv 2..
tu jer dulu..
Thursday, July 14, 2005 | By: cipthowiryawanchannel


huh..kelmarin..aku pi beli hamburger di kedai sandwich yang selalu aku pergi..masa aku tengah duduk tunggu hamburger aku sampai..aku nampak sorang budak lelaki arab..mula aku tak layan lagi..tapi last last aku perasan yang die tengok tengok aku..hhehh..aku mendekatkan diri ku padanya..maka berlaku sesi soal jawab..

aku: ..apa kabar..??..sapa nama..??
dia: ..awak orang cina kan..??
aku: ..(terkejut)..bukan..orang malaysia..??
dia: ..terkebil kebil..jepun ka..??
aku: ..(mula nak nyakat)..ya saya orang cina..awak nak tau..abang saya..jackie chan..
dia: ..ya kah !!!
aku: ..iya..lepastu..adik saya..bruce lee..
dia: ..aiks..bruce lee sudah lama mati..patut awak sudah tua..
aku: ..(bijak juga budak nie)..

manusia kekadang..dia terlupa..ada orang yang lebih tahu..lebih peka..kekadang benda yang dia sudah tahu..boleh lupa..hanya kerana pandangan yang tidak sepatutnya pada seseorang..aku dapat pengajaran dari bual kosong ngan budak nie..
Monday, July 04, 2005 | By: cipthowiryawanchannel
huh..seminggu berlalu..aku berada di bulan julai tika ini..aku cek archieve aku..dah setahun blog nie rupenyer..hehe..alhamdulillah..keputusan exam aku belum keluar lagi..so pastinya aku tertunggu tunggu..aku tanya ke dept tadi..katanya esok..so harap harap semuanya berjalan lancar..

hati manusia..khususnya Islam..pastinya terlalu banyak ujian yang melanda hidup..di malaysia mungkin ujian dari kemewahan dunia..itupun kita boleh kata ianya adalah satu benda yang susah untuk di tepis..apatah lagi yang mengalami ujian seperti perang dan siksaan khususnya di palestin dan iraq dan lain lain lagi..tentunya lagi perit ujiannya..

tapi itulah manusia..mudah sangat lupa..kekadang ubatnya berada di tepi kita..kekadang ubatnya berada di hati kita..tetapi kita tidak gunakannya..hanya kerana kita hilang punca..dengan kemewahan atau dengan masalah..bukan kah itu terlalu malang..

Rasulullah dan sahabat tidak pernah melupakan Al-Quran..bila susah..bila senang..itulah buku cerita yang paling baik..membentangkan muka ke lembaran lembaran mulia..memfokuskan mata dari baris ke baris..menyebut lidah dari huruf ke huruf..

mata yang tertutup pastinya terbuka..jiwa yang bergelora..tenangnya pasti..Kalam terindah dari langit..Kalam paling terang dalam kegelapan..Kalam paling suci dalam kotor debu hidup..Kalam Agung nan satu..Kalam dari Yang Maha Esa..

Al-Quran Al-Karim
Wednesday, June 29, 2005 | By: cipthowiryawanchannel
huh..senior aku datang ke rumah aku dalam rangka bercuti..baguslah jugak..ramai jugak umah aku di buatnya..meriah lah jugak..selalunya kami bertiga..terasalah sunyi nyer..hehe..komputer aku buat hal..xp ada masalah..nak format..kena tunggu cd xp english sampai ke rumah aku tak lama lagi..insya Allah..

semalam borak borak dengan senior aku tuh..tentang perjalanan nya ke europe..round round europe..aku terasa nak pergi..tapi problem dier..

1.tak der kawan..;(
2.gangguan kewangan..;(

Insya Allah ada rezeki nanti aku pergi lah..

sekian...
Sunday, June 26, 2005 | By: cipthowiryawanchannel
huh..hari nie aku berpusing pusing di forum forum yang ada di net nie..membaca artikel artikel yang di sumbangkan..banyak lagi ilmu yang kita tidak tahu..itu yang pasti..banyak lagi yang perlu di kaji..itu yang pasti..

pernah aku membeli cd kartun tentang Atlantis dulu..sebuah cerita tentang..ketamadunan yang hilang..bila aku masuk ke laman musleem.com..aku terbaca artikel tentang atlantis..yang di hantar oleh aloneinthehouse42..

Melayari Peradaban Atlantis : Daratan yang Hilang Ditelan Masa

Legenda yang berkisah tentang "Atlantis", pertama kali ditemui dalam karangan filsafat Yunani kuno: Dua buah catatan dialog Plato (427-347 SM) yakni: buku Critias dan Timaeus.

Pada buku Timaeus, Plato berkisah: Di hadapan "Selat Mainstay Haigelisi, ada sebuah pulau yang sangat besar, dari sana kalian dapat pergi ke pulau lainnya, di depan pulau-pulau itu adalah seluruhnya daratan yang dikelilingi laut samudera, itu adalah kerajaan Atlantis. Ketika itu Atlantis baru akan melancarkan perang besar dengan Athena, namun di luar dugaan Atlantis tiba-tiba mengalami gempa bumi dan banjir, tidak sampai sehari semalam, tenggelam sama sekali di dasar laut, negara besar yang melampaui peradaban tinggi, lenyap dalam semalam.

Dalam legenda, yang mendirikan kerajaan Atlantis adalah dewa laut Poseidon. Di atas sebuah pulau, ada seorang gadis muda yang kedua orang tuanya meninggal, Poseidon memperistri gadis muda itu dan melahirkan lima anak kembar, kemudian Poseidon membagi keseluruhan pulau menjadi 10 wilayah, masing-masing diserahkan pada 10 anak untuk menguasai, dan anak sulung ditunjuk sebagai penguasa tertinggi. Karena anak sulung lelaki ini bernama Atlan, oleh karenanya menyebut nama negeri tersebut sebagai kerajaan "Atlantis".

Satu bagian dalam dialog buku Critias, tercatat kisah Atlantis yang dikisahkan oleh adik sepupu Critias. Critias adalah murid dari ahli filsafat Socrates, tiga kali ia menekankan keberadaan Atlantis dalam dialog. Kisahnya berasal dari cerita lisan Joepe yaitu moyang lelaki Critias, sedangkan Joepe juga mendengarnya dari seorang penyair Yunani bernama Solon ( 639-559 SM). Solon adalah yang paling bijaksana di antara 7 mahabijak Yunani kuno, suatu kali ketika Solon berkeliling Mesir, dari tempat pemujaan makam leluhur mengetahui legenda Atlantis. Catatan dalam dialog, secara garis besar seperti berikut ini:

"Ada sebuah daratan raksasa di atas Samudera Atlantik arah barat Laut Tengah yang sangat jauh, yang bangga dengan peradabannya yang menakjubkan. Ia menghasilkan emas dan perak yang tak terhitung banyaknya: istana dikelilingi oleh tembok emas dan dipagari oleh dinding perak. Dinding tembok dalam istana bertakhtakan emas, cemerlang dan megah. Di sana, tingkat perkembangan peradabannya memukau orang. Memiliki pelabuhan dan kapal dengan perlengkapan yang sempurna, juga ada benda yang bisa membawa orang terbang. Kekuasaannya tidak hanya terbatas di Eropa, bahkan jauh sampai daratan Afrika. Setelah dilanda gempa dahsyat, tenggelamlah ia ke dasar laut beserta peradabannya, juga hilang dalam ingatan orang-orang."

Di petik dari ;
aloneinthehouse42
www.musleem.com

sekian..
Saturday, June 25, 2005 | By: cipthowiryawanchannel
huh..sehari lepas..aku membaca artikel berita harian tentang perpindahan pemain bola sepak PSV, Park Ji Sung berasal dari Korea yag dibeli oleh Manchester United dengan harga 4 Juta Pound..Isi penting dalam pembelian nie kan..Park menegaskan dirinya ke Man Utd bukan untuk perniagaan..dan yang utamanya..dia menegaskan yang dia ingin membuktikan keluaran pemain Korea Selatan berkualiti..Statement Park..kalau di kembangkan ditanamkan di seluruh penduduk Malaysia..pastinya Dasar Tun Dr Mahathir " Dasar Pandang ke Timur " semakin lengkap dari yang sudah lengkap..

bercakap tentang Dr.Mahathir..ada sebuah buku yang tengah aku baca hasil kumpulan ucapan ucapan beliau tentang Islam bertajuk.." Islam And The Muslim Ummah "..memang tidak di nafikan ke kreatifan fikrah beliau dalam membangunkan negara Islam..

aku sendiri telah menggunakan buku ini sebagai rujukan utama dalam subjek
" Hadharah Islamiah " untuk exam oral..tugas kita orang malaysia menyebarkan idea idea orang Malaysia sendiri ke mata dunia..

aku ingin menulis kembali point point utama ketika membuat assignment ringkas tentang Hadharah Islamiyah yang aku ambil dari buku ini..

Zaman Rasulullah dan Sahabat adalah zaman terbaik..di mana kita lihat di zaman Sahabat..Islam berkembang sehingga mengawal 2/3 bumi ini..ini di sebabkan penguasaan ilmu..zaman sahabat dulu..mereka mengkaji semua ilmu tanpa rasa ragu dan takut yang ilmu itu akan menggangu akidah mereka..ini kerana dalam masa yang sama mereka mengikuti syariah Allah dan sunnah Rasulullah atas jalan yang betul..ini yang menyebakan bila mereka mengkaji ilmu ini..mereka akan menguasai ilmu itu dengan baik..tanpa meresokkan akidah mereka..tetapi kini..orang kita khasnya muslim..takut untuk mengkaji ilmu yang di luar bidang mereka..ini kerana takut akan menganggu agama dan akidah mereka..

Sejarah..untuk membina semula civilisation..kita perlu merujuk kembali..membuka lembaran lembaran sirah..ini kerana kita kena belajar dari sejarah..jika kita ingin regain the glorious age of Islam..dalam kata lain..History is the greatest teacher..

Ekonomi..penguasaan ekonomi adalah antara asas utama yang perlu di kuasai dengan baik..Di Malaysia..Orang cina menguasai ekonomi Malaysia..Tapi kalau kita lihat dari segi pembangunan ekonomi islam seluruh dunia..Kita pandang ke Orang Cina..di malaysia dan negara China khasnya..kita tahu di sana mempunyai komuniti Islam yang banyak..apa salahnya kita gunakan khidmat Komuniti Chinese Muslim dalam pembangunan ekonomi Islam..

Perpaduan..ini juga asas paling penting..perlu ada fahaman.." we are brother "..kalau ini ditanam dan tumbuh subur..kita tidak akan nampak darah orang muslim mengalir hasil perbuatan orang muslim sendiri..

Akidah..Fahaman barat telah menyelubungi kehidupan harian kita..di sekeliling kita hakikatnya majoriti berasal dari aliran aliran barat..tetapi di sebalik kederasan aliran fahaman ini menular ke kehidupan kita..satu tembok yang tidak boleh di tembusi masuk oleh fahaman ini...Akidah Muslim..oleh itu kita kena suburkan akidah dengan siraman iman..berbaja taqwa..

Bila bersatu semua nie..itulah yang di takutkan oleh musuh Islam..ketakutan yang amat sangat..

sekian..
Tuesday, June 21, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

huh..semalam tengok muvi superman versi memula dulu..klasik superman..citer dier..semua orang pun tahu..denagn aksi terbang menerbang..selamat menyelamat..sesuailah hiburan di kala boring nie..pastu..sempat aku meluangkan masa nengok mtv movie award 2005...

Jumaat nie aku akan bertandang ke fakulti sains Universiti aku..Ada jemputan dari ustaz untuk sama sama hadir dalam kursus sehari dalam I'jaz Al-Quran..yang akan di pengerusikan oleh professor doktor Zaghlul Najjar..antara ahli akademik islam antarabangsa dalam sains..ketua bahagian I'jaz Ilmi dalam Al-Quran,Mesir..Penulis tetap majlah Ayat..Ketua Ma'ahad Islami Lil I'jaz Qurani,Jordan..

Kena ambik sebanyak boleh apa yang di sampaikan..tentunya berfaedah..mencari rahsia di sebalik rahsia Al-Quran..

Aku terbaca sedikit dari Buku Fiqh Sunnah..so ada baiknya kalau saya bagi sedikit apa yang telah saya baca..Lebih baik dari tiada kan..

1. Boleh melawat orang yang sakit..walaupun ianya kafir..
2. Di haramkan berubat dengan benda yang haram seperti arak..Kerana Rasulullah bersabda yang saya simpulak lebih kurang gini..berubat dengan benda yang haram bukan ubat..tetap penyakit.

itu jer untuk kali nie..
p/s..hilang ke mana..??
Saturday, June 18, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

Huh..lama sungguh aku tak online nieh.."..mama tengah kerja..adik adik mu semua sehat..bapa pun sehat..jaga diri sana.."..last sms yang aku dapat pagi tadi dari mak aku..huhu..nanti cip balas pulak..nak reload lu..hehe..

Aku bukan seorang yang selalu ambik tahu tarikh..aku selalu lupa hari nie baper haribulan..hehe..jarang nak ambik tahu berapa haribulan hari nie..bulan berapa hari nie..sebab aku terbiasa kat sini..bila talk talk sket ngan arab nak tany abila ada itu ini..persoalan aku cuma..hari ape..minggu ape..maka pak arab pun kata..hari isnin..dua minggu dari sekarang..hehe..

Persoalannya bukannya yang itu..tapi masa kita terus berjalan..jika kita tidak memotongnya..maka dia akan memotong kita..bulan ini saja aku sudah berapa kali tersalah bulan..masih menjangka bulan 5 begitu..di sebalik bulan bulan yang berlalu pergi..apa yang aku dapat..apa yang kita semua dapat..adakah kata kata.."hari ini lebih baik dari kelmarin"..mengiringi visi..memimpin misi yang kita harapkan..hanya diri kita sahaja mampu menjawabnya..

Kadang kadang ujian dari Nya menyebabkan istilah.."hari ini lebih baik dari kelmarin.."menggangu kondisi atau moral diri kita..tapi sungguh indah kalau kita berpegang pada kalam Allah yang berbunyi.."..Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung.."..

Dan rugilah kita kalau kita bila ujian Nya datang..kita bersikap seperti apa yang termaktub dalam kalam Allah yang berbunyi.."Dan apabila Kami berikan kesenangan kepada manusia niscaya berpalinglah dia; dan membelakang dengan sikap yang sombong; dan apabila dia ditimpa kesusahan niscaya dia berputus asa.."..atau.."Manusia tidak jemu memohon kebaikan, dan jika mereka ditimpa malapetaka dia menjadi putus asa lagi putus harapan.."..

Aku teringat seorang penceramah di labuan dahulu menyampaikan cermah tentang masa.."..Bila kita buang masa..yang hadapan pasti hancur..yang past pasti berkecai..yang di kanan melambai pergi..yang di kiri melangkah sayu..semuanya silap diri yang mengikut citarasa hati.."..

The end..

P/s ; Jarang edit blog skang nie..mungkin aku malas..dan aku ada tonik untuk kembali rajin..dan tonik nie aku bagi kepada semua yang tersinggah di laman ini..agar kita terus memberikan fikrah,pengalaman dan sebagainya

"..kadang kadangkan.. tak payah nak piki nak update ape..just piki satu perkara kecik or just cakap pasal ape yg di buat past week ke...simple things tu la kadang paling best..selalunye..bile dah start sket..mencurah curah idea nye.."

di ubah suai sket..tapi itulah nasihat..so bersenang senanglah..kerna benda kecik itu yangkan kita rindukan..di hari nanti..sebuah kisah klasik untuk masa depan..hehe..
Sunday, June 12, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

huh..tetiba phone aku bunyi..mak aku hantar sms..nak citer itu ini..lagipun lama dah tak hubungi keluarga aku..long long time ago..hehhe..makin besar nie kan..kalau kita tak sibukkan diri pun..ianya pasti sibuk..ada saja kerja nak buat..tak cam kecik kecik dulu..tengok mak bapa kerja kemas rumah..kita syok pi tengok kartun tom n jerry..hehe..

musim panas dah mula..semalam aku ke rumah Mohammad..student Moroccans yang berniaga menjual zaitun..special dia nie..kekadang bila dia nak gi kelas dia gi..bila tak nak..dia tak nak..dan bila dia tak pergi..dia akan berniaga di kedai keluarga dia..kedai buah zaitun..

mana komitmen belajar..??..itulah hakikat di morocco..mereka tak percaya bila belajar dan berjaya akan menjamin hidup mereka..maksudnya..kerja..tak dak jaminan kerja..susah kan..

hari nie..pelajar Thailand..sama tahun ngan aku juga kan balik thailand..why..berhenti belajar..ini lagi satu kejutan..hehe..semoga kau berjaya kat Thailand nanti..aku ada masa aku hantar ko petang nie..

habis citer tentang kehidupan aku kat Morocco..mari kita citer lain plak kay..

aku dapt email bebaru nie..tentang murtad..aku baca di laman web itu..juga tentang murtad..sekali baca tentang malaysia..juga tentang murtad..banyak sungguh citer tentang murtad sekarang ni yer..

tanda dekat kiamat..tetapi kan..aku hairan sebenarnya..memang kita patut ambil tahu..ambil berat tentang kes ini..kerana tipu helah nya sungguh bahaya walaupun tak dapat menandingi tipu helah Allah..

Firman Allah

"Orang-orang kafir itu membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya."

Sadaqallahul Azim

Dan yang menjadi perhatian aku..di sebalik kelancaran..kederasan kes kes murtad nie..aku jarang mendapat berita tentang..orang masuk Islam..sedangkan hakikat nya orang yang non muslim banyak yang memeluk agama islam..?hakikat ini memang di akui oleh ramai pengkaji tentang agama..social..dan sebagainya..

adakah aku betul..atau pun aku salah..mungkin aku jarang membaca..maybe..

tetapi kan sungguh indah kalau berita gembira di itu di sebarkan lebih berbanding berita sedih..

cukup lah kut..

haa..aku ada baca tentang critical thinking..ada sesiaa boleh ulas tentang nie..ayat dia lebih kurang..

"if you not success,skydiving is not for you"..

dah dua hari aku mikir..

sekian dulu..
Saturday, May 28, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

huh..merancang untuk masa depan..first sekali kena lihat kembali benda benda yang telah lalu untuk kita mengetahui dari mana kita berada dan dari mana kita datang..kemungkinan kalau kita tidak melakukan langkah itu..kita akan menjadi mundur walaupun kita menganggap kita sudah kehadapan..

dari konteks Islam..ini bermakna kita perlu melihat sejarah Islam sebagai panduan ke arah kemajuan dari segala segi..walaupun tidak semua jawapan boleh di cari melalui sejarah Islam..tetapi kita boleh mengambil atau belajar tentang startegi dan sebagainya yang digunakan oleh orang muslim yang sungguh berjaya pada masa dahulu..

..itu saja ucaptama dari saya kali nie..hehe..

jumaat..kami asian student telah di jemput untuk makan tengah hari di rumah Ustaz Bou Khubza yang mengajar aku fikr islami mu'asir sem ini..lebih kurang 14 orang pelajar semuanya..3 Malaysian..1 Senegal..10 Thailand..

..di hidangkan dengan Kus Kus..sudah pasti menyentap selera aku..makanan yang first time dulu aku makan kat Morocco nie dan aku rasa dah tak nak makan dah..cukup sekali..tetapi sekarang..pantang di hidang..hehhe..

..kemudian di hidang pula susu masam..panggil apa kat malaysia..??..minuman nie aku memang tak boleh nak minum..first time aku minum dulu juga masa ada jemputan makan tengah hari di rumah Ustaz..mula aku ingat susu..tetapi bila rasa..rasa macam susu rosak..then aku fobia nak minum benda tu..sampai sekarang aku tak minum..hehhe

..Kat rumah dia yang full dengan ukiran arabic arts..sungguh menarik..mula dengan sesi taaruf..sebab ustaz ada yang tak kenal lagi pelajar pelajar dia..dan aku..??..dia kata " anta jaafar ya..??..terkejut aku bila dia kata gitu..sejak bila dia tau nama aku nie..rupanya dia dah cek aku punya assigment..lagipun aku first asian sekali hantar assignment dia..hehe..

..quote of the day..majoriti dalam hidup kita nie..sekeliling kita..pakaian kita..dan sebagainya..majoritinya ianya adalah berasal dari barat..taktik barat menguasai Islam..tetapi satu mereka tidak boleh kuasai ialah..akidah islam..(Bou Khubza)

..quote of the day..perlunya cinta di antara kita..kita selalu melihat berita..majoriti tentang perang..dan pihak musuh Islam sungguh selesa dengan keadaan ini..dan mereka asungguh takut bila cinta ada di hati muslim..(Bou Khubza)

..lepas solat asar..kami di bawa ke rumah Sheikh yang terkenal kat Morocco..Sheikh Amin Bou Khubza..selalunya aku mendengar tentang dia..dan akhirnya aku bersua muka dengannya..without cakap..just perhatikan dia jer..hehe..

..itu jer cerita dari aku kali nie..

bye bye..