Sunday, November 20, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

Image hosted by Photobucket.com

huh..lepas dua minggu aku cuti selepas hari raya dan cuti merdeka Morocco yang ke 50..akhirnya aku kembali ke Tetouan..lega rasanya..sebab bleh dapat hadir this coming class bah..sebenarnya aku nak balik awal dah..because banyak benda yang nak uruskan..bila masa nak balik tuh..tup tap tup tap..kawan aku si keyroul(lambaianandalus) pula sakit..deman+keracunan makanan = sakit..hehe..kena tunggu hinggalah kelmarin..dan Alhamdulillah aku dah kembali..

Lama dah tak terjemah buku arab nieh..kali nie aku nak masukkan apa yang telah ku terjemah dari kitab motivasi Arab "wajih awamil suqut"..buku nie IbnuHazam(MesraRakyat.Blogdrive) yang punye..orangnya dah di Malaysia..Buku dia yang satu nieh tertinggal kat sini..

Kaifa Tu'alij Halatul Taradud..

Terbaring di atas katil dalam keadaan yang lemah dan tenat kerana sakit yang di alaminya..Dan ketika itu,tiada jalan untuk mengubatinya menyebabkan keadaannya bertambah buruk..

Tiada usaha untuk mengubatinya..disebabkan keluarganya sanak saudaraya berada dalam keadaan ragu tentang keadaannya..Tidak dibawa berjumpa doktor..Dan mereka tidak bersepakat atas cara mengubatinya..

Dan di ketika nazak lelaki tersebut..berkumpulah ahli keluarganya di sekeliling katil lelaki tersebut..bermesyuarat meminta pendapat antara satu dan lain..

Berkata seorang dari mereka : Kita tidak harus ragu mengenai sakitnya yang sampai ke tahap bahaya..kita perlu membawanya ke doktor atau pun mengubatinya..

Berkata yang lain : Bagaimana kau tahu ianya berada dalam keadaan bahaya..?..Mungkin engkau mengaggap ianya sakit yang amat..sedangkan sebenarnya ianya berada dalam keadaan baik...

Berkata seorang lagi dari mereka : Apa yang kita rugi kalau kita bawa dia berjumpa doktor..?

Menjawab seorang dari mereka : Sudahlah..kita akhiri mesyuarat kita malam ini..kita biarkan dia berehat..kita buat keputusan besok pagi..kerana siang itu lebih baik bagi pesakit berbandig malam malam begini..

Berkata seseorang : Mari kita berikan kepadanya sedikit makanan..

Menjawab seseorang lagi : Saya tidak nampak itu sebagai satu yang baik..Ini kerana badannya dalam proses pembaikan dengan sendirinya..

Berkata seorang lagi : Lelaki ini berada dalam keadaan bahaya..!!..kita mesti lakukan sesuatu..

Menjawab lagi salah seorang dari mereka : Sesiapa yang berada dalam keadaan nazak..adalah baik untuk kita biarkan dia tidur yang lena..biarkan dia berehat..

Berkata yang lain : Untuk kita ketahui ianya sudah mati ataupun tidur..kita boleh renjis kan air ke atas wajah nya..

Menjawab kawannya : Ini tidak mungkin..!!..Ini kerana air adalah sejuk..dan air yang sejuk akan menyebabkan mudarat brtambah lagi ke atasnya..

Berkata seorang dari mereka lagi : Dia telah mati..!!..Kita kena lakukan sesuatu..!!

Menjawab lagi seorang dari mereka : Jangan engkau terlalu optimis dengan perkara yang buruk..berapa ramai manusia yang hidup lama selepas sakit yang kronik..??

Begitulah keadaa mereka dari mulanya malam hingga lah ke pagi..merka berselisih pendapat tentang lelaki itu..tiada seorang pun yang bersetuju tentang usaha untuk mengubatinya..

Dan di pagi itu..berkata seorang dari mereka : Lelaki itu telah Mati..!!

Dan baki dari mereka itu..mula berselisih tentang hidupnya pula..dan berdirilah sebahagian dari mereka..dan berkata : Kamu telah ragu dalam usaha untuk mengubatinya..sehinggalah dianya mati..Adakah kamu akan terus ragu dalam pengkebumiannya hinggalah dia reput..??

Tamat

Sekian...

0 comments: