Friday, September 17, 2004 | By: cipthowiryawanchannel

Kitab: Iman "Az-Zandani"(2)

Penterjemah: Ais Putih

Iman Bertambah Dan Berkurang

Adalah kekuatan taqwa itu menyebabkan bertambahnya iman seseorang itu.

Firman Allah S.W.T:

"Dan apabila kami bacakan ayat ayat kami,maka bertambahlah iman mereka itu"(Al-Anfaal : 2)

Maka kerana itulah,maksiat memainkanperanan untuk mengurangkan iman seseorang hamba.

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Tidak lah berzina seseorang itu, ketika mana dia berzina itu didalam keadaan beriman"

Untuk menguatkan keimnan kita hendaklah kita melakukan beberapa perkara utama:

  1. Perasaan yakin di dalam hati untuk menuntut ilmu
  2. Beramal di dalam hati;berzikir,bertafakkur,khususnya bertafakkur tentang kejadian kejadian yang di ciptakan oleh Allah S.W.T
  3. Amalan Lisan;membanyakkkan zikir,berkata perkara perkara benar,berdakwah kejalan Allah,melakukan perara perkara yang baik dan menegah dari perkara mungkar,memepelajari ilmu dan mengajarkannya,berpesan kepada perkara benar dan sabar.
  4. Amalan Anggota Badan;mendirikan rukun islam,berjihad ke jalan Allah,mengawal nafsu dari perkara yang menghalang untuk melakukan perintah Allah,rajin untuk ke majlis majlis ilmu.

Firman Allah S.W.T:

"Dan bersabarlah kamu bersama sama orang orang yang menyeru tuhannya di pagi hari dan di senja hari,hanya kerana mengharapkan keredhaanNya,dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka kerana mengharapkan perhiasan dunia,dan jangalah engkau mengikuti hati hati orang yang telah kami lalaikan dan kami sesatkan darimengingati Allah,serta mengikuti hawa nafsunya dan adalah keadaan itu melewati batas # Dan katakanlah,kebenaran itu datangya dari Allah,amka barangsiapa yang ingin beriman,hendaklah dia beriman,maka sesiapa yang ingin kafir,maka biarlah merka di dalam kekafirannya"(Al-Kahfi : 28,29)

Walaubagaimanapun,semua ini bergantung kepada penyucian hati dari perkara perkara yang kotor yang boleh menghalang hidayah itu bertapak di dalam hati.

Akan bersambung dalam tajuk Penyucian Hati.....

Wasallam....

Tuesday, September 14, 2004 | By: cipthowiryawanchannel

Hassan Al Banna


SEMINAR MOTIVASI DAN KECEMERLANGAN AKADEMIK 1

Motivator:Uncle Aziz

+ Bagaimana untuk mencapai Acedemic Excellent?

> Apakah kefahamannya?

  • Kecemerlangan dalam peperiksaan atau ujian.
  • Kecemerlangan dalam aktiviti harian.
  • Mendapat markah yang tertinggi.

+ Apakah yang dimaksudkan dengan Genius?

> Dapat menguasai segala ilmu yang di pelajari.

> Persediaan untuk menjadi Genius:

  • Mesti menguasai ilmu yang dipelajari.
  • Mesti mempunyai minat yang mendalam dalam subjek yang di pelajari
  • Yakin pada kemampuan sendiri
  • Mengetahui cara membaca yang betul untuk mendapatkan hasil yang terbaik
  • Technique dan cara concentration iaitu belajar untuk belajar supaya memperoleh akademik yang cemerlang

> Cara cara belajar tebahagi kepada dua:

  • Persediaan belajar untuk belajar
  • Ingatan
  • Tumpuan

+ Kemampuan Otak

  • Otak kita mempunyai trilion sel
  • Ada 4 wavelenght dalam otak kita
  • Antara neuron dengan neuron yang lain boleh berhubung sebanyak 20000 kali
  • Otak memerluka rehat untuk mendapat hasil yang terbaik
  • Satu fungsi neuron bersamaan sebuah komputer canggih

> Bahagian Otak dan Fungsinya:

  • Lower Brain

*Mengeluarkan enzim terhadap benda benda yang tidak di terima badan

*Mengawal degupan jantung

  • Middle Brain

*Mengawal emosi

*Mengatur perjalanan hormon dan nafsu

*Menyimpan segala ingatan dan maklumat

*Bahagian paling penting

  • Higher Brain

*Membolehkan kita berfikir dan menerima maklumat

*Critical Thinking

*Berfikir secara logik

Tamat bahagian satu....

Akan bersambung....


Saturday, September 11, 2004 | By: cipthowiryawanchannel


Kitab : Iman "Az-Zandani"
Penterjemah : Ais-Putih
Hakikat Iman
Allah telah menerangkan kepada hambanya(manusia)tetntang hakikat Iman.Yang mana Iman memegang satu status yang menentukan penerimaan amalan-amalan seseorang individu terhadap Khaliq Azza Wajalla.Dan ini adalah satu deklarasi yang telah dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada orang mu'min, sebagaimana yang telah tersebut di dalam Al-Quran dan Hadis Rasulullah Muhammad S.A.W.
Iman,Iktikad,Amal
Firman Allah yang bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah beriman kepada Allah dan Rasul nya,Dan kemudian mereka tidak ragu-ragu malah mereka berjihad dengan harat dan jiwa raga mereka ke jalan Allah dan mereka itulah orang-orang yang benar.
(Al-Hujuurat-15)
Maka kalau kita lihat kepada ayat ini,sesungguhnya Iman itu akan di terima dari orang orang yang benar,iaitu orang orang yang berpegang atau beriktikad kepada Allah tanpa ada rasa keraguan walau sebesar zarah sekalipun.
Walaubagaimanapun,pegangan di hati tidaklah mencukupi untuk menerima Iman ini secara total,kerana Iblis telah berkata kepada Allah yang mana akn terus menganggu gugat iktikad manusia ini. Ini bererti untuk menguatkan lagi keimanan seseorang individu itu,perlunya kepada satu aspek yang membawa kita kepada hakikat Iman iaitu amalan.
Iman yang hakiki adalah merangkumi kepada:
  1. Aqidah yang tidak ada keraguan iaitu Islam.
  2. Amalan yang membuktikan Aqidah Islamiah.

Jenis-Jenis Amalan

  1. Amalan Hati
  2. Amalan Lisan
  3. Amalan Anggota Badan

Amalan Hati

Adalah sattu amalan yang berkisar di hati,tanpa menzahirkannya.Contohnya: Takut pada Allah,Tawakkal pada Allah,dan sebagainya

Amalan Lisan

Adalah satu amalan yang di zahirkan, Contohnya: Menyebut kalimah syahadah,Bertasbih,Beristighfar,Berdakwah ke jalan Allah

Amalan Anggota Badan

Adalah satu pergerakan yang anggota badan yang di sabitkan sebagai amalan. Contohnya: Solat,Zakat,Puasa,Jihad ke jalan Allah,dan sebagainya.

Buat kali nie ini sahaja,akan di sambung,saya terpaksa menulis di kertas dan bawa ke internet,so memang payah lah kiranya.Tunggu saya ada komputer baru lah boleh buat banyak sikit.Kepada yang mebaca kalau ada kesalahan beritahu saya agar dapat saya membetulkannya.

Minni ais putih


Friday, September 10, 2004 | By: cipthowiryawanchannel

Orientalis...Apa tujuan mu?



Menurut bahasa orientalisme diertikan dengan ilmu tentang ketimuran atau pengajian tentang dunia Islam manakala orientalis adalah orang yang pakar dalam bidang pengajian ketimuran atau pengajian Islam. Oleh itu, orientalisme adalah kajian akademik yang dilakukan oleh para ilmuan Barat mengenai Islam dan kaum Muslimin dari seluruh aspeknya termasuk akidah, syariah, kebudayaan, peradaban, sejarah dan manusia. Ia bertujuan untuk membentuk pandangan umum dan dalam hal-hal tertentu untuk menguasai dunia Islam yang mencerminkan latar belakang ideologi, sejarah dan kebudayaan antara Barat dan Timur.

Orientalisme adalah disiplin akademik yang digunakan Barat untuk mendekati Timur secara sistematik sebagai topik ilmu ketimuran, penemuan dan pengalaman. Dengan pendekatan orientalisme pula, Barat berhasil memantapkan kehadirannya dalam bentuk ketenteraan, ekonomi, budaya dan ideologi di hampir seluruh dunia Islam yang kini pengaruhnya masih dirasakan kuat.

Dalam buku Gerakan Keagamaan dan dan Pemikiran yang disusun oleh WAMY, orientalisme adalah gelombang pemikiran yang mencerminkan berbagai kajian ketimuran yang berkaitan dengan Islam.Biasanya aspek yang menjadi kajian golongan ini seperti agama, seni, bahasa dan kebudayaan. Kesan dari aktiviti orientalisme menghasilkan pandangan besar dalam membentuk persepsi Barat terhadap Islam dan dunia Islam. Persepsi yang terbentuk iaitu kemunduran pola fikir dunia Islam dalam rangka pertarungan peradaban antara Timur dan Barat. Kajian orientalisme memiliki karakteristik pokok yang tidak dapat dipisahkan dari pengertian khusus yang secara singkatnya adalah bahawa orientalisme merupakan kajian yang mempunyai ikatan yang kuat dengan penjajahan Barat ke atas dunia Timur, khususnya Britian dan Perancis sejak akhir abad ke 18 hingga akhir Perang Dunia Kedua. Kemudian diwariskan kepada Amerika Syarikat yang mewakili negara-negara imperialis pasca Perang Dunia Kedua hingga sekarang.

Di samping itu, orientalisme juga berkait rapat dengan missionari. Hal ini dapat dilihat banyaknya kaum Kristian dan Yahudi yang bekerjasama dengan kaum orientalis untuk melakukan kajian Islam yang bertujuan untuk mengetahui celah-celah yang dapat dimasuki untuk memutar belit fakta kebenaran Islam, menaburkan keraguan dan berusaha untuk menjauhkan mereka daripada ajaran Islam. Tidak ada satu kajian akademik yang mendapat nasib lebih buruk daripada kajian mengenai keislaman di dunia Barat. Sejak awal memang telah terdapat akar-akar permusuhan Yahudi dan Kristian terhadap Islam. Golongan ahli Kitab ketika mengetahui kedatangan nabi Muhammad, mereka segera mendustakannya dan memutar belit peranan nabi sebagai pembawa amanah Allah dan al-Quran berkali-kali memberi tantangan atas tuduhan mereka. Oleh itu, sesuatu kajian yng bersifat apa pun di dunia Barat mengenai pengajian Islam baik yang bersifat polimek, agama, perdagangan, diplomatik, ilmiah dan akademik terus berlangsung sejak masa lalu yang sebahagian besarnya masih diwarnai oleh akar-akar kebencian yang mendalam.

Mereka mendakwa kemunduran umat Islam adalah disebabkan mereka terpengaruh dengan tradisi Islam yang ketinggalan zaman. Oleh itu, kaum orientalis berkesimpulan bahawa satu-satunya jalan menuju kemajuan adalah dengan mengadopsi materialisme Barat dan tamadunnya. Mereka juga menimbulkan keraguan terhadap Islam dan kaum Muslimin yang berkisar pada; bahawa al-Quran adalah hasil karya nabi Muhammad, hadith nabi tidak boleh dijamin kebenarannya, Islam tidak lebih daripada gerakan politik di dunia Arab sahaja, Islam anti kehidupan metropolitan dan sebagainya. Anggapan-anggapan keliru hampir selalu mewarnai potret yang ditulis oleh kaum orientalis mengenai agama, kebudayaan, sejarah dan peradaban Islam.Satu-satunya jalan untuk mengatasi kebatilan yang digemburkan oleh Barat adalah tanggungjawab ilmuan Muslim untuk segera mendirikan pusat-pusat pengkajian yang menyelidik kebatilan dan kekeliruan ilmiah kaum orientalis.

Dengan kata lain, untuk menghancurkan kebatilan pemikiran harus dengan pemikiran yang lurus berdasarkan logika dan hujah akal. Walaupun begitu, tidak kesemuanya orientalis adalah jahat. Orientalis turut memberi sumbangan yang bererti bagi kajian ketimuran dan keislaman. Dunia orientalis telah melahirkan sejumlah sarjana yang bersimpati yang mengabdikan sebahagian besar hidupnya untuk menkaji masalah-masalah keislaman semata-mata dengan tujuan ilmiah murni yang dijiwai semangat dan sikap objektif. Jika bukan kerana jasa-jasa mereka, banyak karya-karya ulamak Muslim klasik barang kali tidak dapat ditemukan sekarang. Yang lebih positif lagi, tidak sedikit di antara mereka yng memeluk Islam setelah terlebih dahulu mengadakan pengkajian. Kemudian mereka menangkis karya-karya orientalis yang lain yang diwarnai sikap bias dan kedengkian.

Namun begitu, mempelajari orientalis juga merupakan keperluan kepada orang Islam bagi tujuan mengkaji dan menelaah sikap orang bukan Islam tentang Islam, al-Quran, kenabian dan umat Islam yang ilmiah. Perkara ini merupakan kewajipan bagi orang Islam untuk mengetahui penilaian pihak lain terhadap ajaran Islam dan merupakan haknya untuk nenelaah pandangan dan penilaian tersebut secara kritis. Di samping itu, menyanggah tuduhan-tuduhan kaum orientalis terhadap Islam dan umat Islam dengan mengungkap, menganalisisa dan meluruskan tuduhan-tuduhan baik disengaja ataupun kerana kesalahan metodologi dan material. Ia juga bertujuan menumbuhkan kesedaran terhadap kesalahan yang dilakukan oleh orientalis kerana kejahilan, salah faham atau kerana sempitnya wawasan keislaman yang mereka miliki.Orang Islam juga perlu mengambil manfaat hasil karya orientalis khususnya kajian objektif ilmiah murni yang tidak dicemari motif-motif misi keagamaan dan penjajahan terutama beberapa orientalis moden seperti Thomas Arnold.

Orientalis yang menunjukkan sikap bermusuhan dan tidak ilmiah sebenarnya bukan sahaja merosakkan citra rasa Islam akan tetapi juga mencemari nama baik kaum orientalis yang objektif, sehingga setiap karya orientalis dipandang sebagai kumpulan sikap permusuhan terhadap Islam yang diilmiahkan.Sering kali juga kaum orientalis melemparkan Islam sebagai agama keganasan dan orang Islam sebagai ganas.

Mereka mendakwa Islam masih ganas kepada mereka berdasarkan kepada hanya beberapa kerat pemimpin Islam yang berani tampil memberi pendapat yang bertentangan dengan pendapat mereka ataupun beberapa peristiwa ganas yang dilakukan oleh segelintir pejuang Islam kerana kezaliman Barat sendiri. Niat mereka adalah untuk memberi suatu persepsi terhadap Islam iaitu Islam itu ganas dan jahat.Mereka tidak perlu memberi alasan lagi jika mereka ingin melakukan sebarang kekejaman terhadap orang Islam.

Justeru itu, orang Islam harus sentiasa berwaspada dan mengambil langkah yang positif dan strategik untuk mengatasi hal ini. Antara langkah yang harus diambil ialah menjelaskan tentang agama Islam melalui pelbagi cara termasuk penulisan dan media massa yang berdasarkan fakta dan bukan sekadar kata-kata retorik. Orang Islam juga harus berusaha meningkatkan keilmuan terutama dari segi sains dan teknologi yang boleh menandingi kemampuan orang-orang Barat dan menampilkan cara hidup yang lebih progresif, dinamik, mampu menangani krisis secara bijak dan mampu menggerakkan manusia ke arah kemajuan.

Oleh itu, menjadi kewajipan orang Islam di Malaysia untuk berusaha mewujukan satu masyarakat yang harmonis dengan meningkatkan kemajuan dirinya melalui prinsip Islam. Islam harus dirasai oleh orang Islam dan orang bukan Muslim dalam segala aspek kehidupan di negara ini kerana agama Islam rahmat untuk alam sejagat.

Di Petik Dari ABIM
Thursday, September 09, 2004 | By: cipthowiryawanchannel

Tanger Dan Kepenatan



Assalamualaikum

Diari Hari Ini's...


9 a.m...bersiap ke Tanger
10 a.m...keluar dari rumah,menuju ke Stesen Bas
10.15 a.m...Sarapan,Kopi susu dan sikit kuih muih
10.38 a.m...Bertolak ke Tanger menaiki bas La Ideal..13.50 Dirhams
11.38 a.m...Tiba di Stesen Tanger
11.45 a.m...Memulakan perjalanan ke Centre Ville(Bandar Tanger)
12.00 a.m...Ambil gambar kat tempat sejarah(Bekas tempat intipan Lanun,ada meriam)hehe
12.15 p.m...Tiba di konsulat France di Tanger,ada urusan ambil gambar,huhu
12.30 p.m...Solat Zohor kat masjid tepi Wizarah Auqaf
12.45 p.m...berjalan kaki ke Qasbah(Bandar Lama)
1.30 p.m...meneruskan perjalanan ke La Port (Pelabuhan Utama Morocco-Eropah)
2.30 p.m...makan tengah hari,Rubu' Dajaj..20.00 dirhams,Orange..5.00 Dirhams...Kenyang
3.30 p.m...bersiap untuk balik Tetouan
4.30 p.m...sampai kat Stesen bas,naik bas Hamadi Transport..13.50 dirhams..
5.30 p.m...tiba di Tetouan
5.45 p.m...Jalan ke bandar Tetouan
5.55 p.m...Masuk Qasbah Tetouan
7.30 p.m...Tiba di Rumah...Selesa Nya!!!!!!


Intibah Huna!!!
Aku jalan tadi,ada orang tua masa kitaorang tgk tgk jersi,kata nak beli lah nie...orang tu kata,Jakarta meletup!!!aku dengan selesa mensabitkan dengan ta'kid yang fi'lan jiddan(betul ker aku cakap)orang nie ketinggalan zaman!!!tu dulu lah...Bali...
Rupanya,masa aku baca Berita harian tadi,ada pulak letupan terjadi kat Jakarta kat kedutaan Australia..ada 8 orang mati,semua warganegara Indonesia...Kesian..Al-fatihah bagi umat Islam yang terlibat...

Yang menjadi persoalan khusus nya ialah..

  1. Aku sebenarnya ketinggalan zaman...
  2. Ternyata masih ada orang Islam ambil berat tentang orang Islam yang lain...
  3. Tak boleh nak pandang orang dengan sebelah mata(no loyar buruk entry)

Nasihat dari Ais Putih untuk saya dan sesiapa yang ingin menerima...

  • Beriman lah kepada Allah...Dan untuk mendapat hakikat iman tu,kenalah kita mengenal Allah terlebih dahulu..Firman Allah yang bermaksud..

Maka ketahuilah sesungguhnya tiada tuhan yang di sembah selain Allah

Wednesday, September 08, 2004 | By: cipthowiryawanchannel

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah tuhan yang mentadbir alam semesta, mencipta setiap kejadian dan berkuasa menentukan sesuatu. Sesungguhnya manusia adalah sebaik-baik kejadian sebagaimana yang digambarkan oleh Allah di dalam firmannya

Sesungguhnya telah Aku ciptakan manusia itu sebaik-baik kejadian. (al-Tin : 4)

Begitulah fitrah asal kedudukan manusia yang telah Allah kurniakan satu kedudukan yang cukup tinggi di kalangan makhluk ciptaan-Nya. Begitulah jua perumpamaan yang diletakkan pada anak yang baru dilahirkan. Dia adalah sesuci murni kain putih yang sedia dicorak oleh kedua ibu bapa. Namun atas kelemahan dan kenaifan manusia itu sendiri, kadang kala mereka gagal untuk mencorak anak-anak mengikut acuan dan adunan yang telah ditinggalkan oleh junjungan besar Muhammad SAW. Ia amat bertepatan dengan hadith yang diriwayatkan oleh Al-bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah:

"Anak-anak dilahirkan secara fitrah (suci), ibu bapalah yang mewarnainya samada Yahudi , Nasrani atau Majusi."

Lantas lahirlah generasi yang buta agama dan miskin akal budi Islam.Bak kata pepatah melayu, 'Harapkan pagar, pagar makan padi'. Sepatutnya generasi umat akhir zaman yang telah dianugerahi gelaran sebaik-baik umat, dijanjikan dengan syafaat Nabi dan yang terdahulu menjejaki syurga Allah sebelum umat para anbiya' terawal, kita sepatutnya menjadi pendokong kepada tertegaknya Islam di muka bumi ini. Malangnya kita yang mengaku Islam, mengucap kalimah iman dan kalimah amal, rupanya indah khabar dari rupa. Buah yang dilihat sempurna tiada cacat, rosak isinya dirobek ulat.

Kalau kita sorot kembali sirah yang tersurat di dalam al-Quran, Allah Ta'ala telah menggambarkan kerosakkan yang bakal dilakukan oleh manusia apabila kemahuan penciptaan manusia itu diprotes oleh para malaikat.

Firman Allah :Ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada para malaikat : "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakkan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?". Tuhan berfirman : "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui". ( al-Baqarah : 30)

Timbul persoalan apakah Allah tidak tahu bahawa manusia akan melakukan kerosakkan di muka bumi ini? Sudah tentu para Malaikat tidak akan timbulkan persoalan ini sekiranya natijah kejadian manusia itu telah diketahui. Seolah-olah kita mengarahkan seorang yang yang cacat ke medan peperangan, sudah pastinya seolah-olah menyerahkan nyawa secara percuma kepada musuh. Tetapi kalau diajarkan kepada orang cacat tadi tentang segala ilmu mempertahankan diri dan muslihat peperangan, maka, akhirnya dia akan disanjung sebagai seorang pejuang yang handal. Begitulah halnya dengan manusia. Allah itu Maha Mengetahui mengatasi pengetahuan sekelian makhluk-Nya. Sebelum dicampaknya Nabi Allah Adam dan Siti Hawa ke dunia, Allah telah mengajarkan Adam dengan pelbagai ilmu yang akhirnya itulah yang telah menaikkan darjat manusia itu semulia-mulia kejadian sekelian makhluk-Nya.

Lantas diperintahkan oleh Allah kepada sekelian Malaikat yang ada untuk sujud tanda kemulian dan kehormatan yang telah dikurniakan pada manusia, bukan sebagai hamba kerana sujud sebagai hamba hanya mutlak kepada Allah. Kecuali Iblis, semuanya sujud patuh kepada perintah Allah lantaran sifat enggan dan takbur pada diri kerana asal kejadiannya yang jauh lebih mulia daripada manusia. Ingatlah, cubalah kita jauhi daripada sifat enggan atau degil pada perintah Allah dan takbur (bangga dan sombong) dengan kemuliaan atau kelebihan yang ada pada diri kerana sifat ini adalah kepunyaan syaitan, bukan manusia!

Begitulah asal kejadian manusia yang pada fitrahnya semulia-mulia hamba di sisi Allah. Tetapi atas kelemahan dan kelalaian manusia itu, maka Allah telah memberi pengajaran supaya manusia senantiasa waspada dengan ancaman syaitan yang tidak putus asa menyesatkan umat manusia.

Firman Allah :Dan kami berfirman: "Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isteri kamu syurga ini, dan makanlah makanannya yang banyak lagi baik di mana sahaja yang kamu sukai dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk golongan orang-orang yang zalim. Lalu keduanya digelincirkan oleh syaitan dari syurga itu, dan dikeluarkan dari keadaan nikmat syurga dan kami berfirman :"Turunlah kamu! Sebahagian kamu menjadi musuh bagi yang lain, dan bagi kamu ada kediaman di bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan"(al-Baqarah :35-36)

Firman Allah lagi :"Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendah manusia." (al-Tin : 5)

Begitulah rentetan kisah awal penciptaan manusia yang penuh dengan hikmah dan pengajaran sebagai tauladan umat manusia. Namun, seringkali manusia itu lupa dan lalai lantaran terlalu asyik dan leka mengecapi nikmat yang bersifat sementara. Barangkali mereka lupa bahawa ianya kurniaan Allah Yang Esa. Jangan kita lupa, bahawa Allah menguji manusia bukan sahaja di dalam keadaan kesusahan, bahkan juga di dalam kesenangan. Dan kebiaasaannya manusia mudah tertewas apabila berada di dalam keadaan senang. Qarun adalah contoh terbaik sebagai tauladan. Seorang sahabat terkenal Abdul Rahman bin 'Auf r.a, sahabat rapat Rasulullah SAW dan jutawan arab yang memiliki kekayaan hasil perdagangannya, pada suatu ketika pernah diuji oleh Allah. Satu ketika beliau diperkhabarkan oleh seorang lelaki bahawa kapal dagangannya yang sarat dengan muatan telah terbakar. Dengan tenang beliau berkata "Alhamdulillah!". Tidak lama selepas itu, lelaki tadi bertemu semula Abdul Rahman bin 'Auf menyatakan bahawa kapal yang terbakar itu bukanlah miliknya. Dengan tenang beliau berkata, "Alhamdulillah!". Maka hairanlah lelaki tadi mengapa beliau bertahmid "Alhamdulillah" walaupun berada di dalam dua kondisi yang berbeda. Maka jawab Abdul Rahman bin 'Auf, "Aku bersyukur kepada Allah kerana samada kapalku terbakar mahupun tidak, imanku tidak kurang walaupun sedikit.

"Dalam kisah yang lain, Nabi junjungan besar Muhammad SAW amat terlalu sedih ketikanya isteri tercinta di ambang maut. Ditanya oleh Siti Khadijah mengapa baginda terlalu sedih. Lantas baginda menjawab baginda amat sedih kerana daripada seorang wanita hartawan, kini hanya tinggal sehelai sepinggang kerana harta habis diinfakkan pada jalan Allah. Walaupun menyedari keadaannya yang begitu naif, Siti Khadijah sempat berwasiat kepada Nabi SAW sebelum menghembuskan nafas pemisah jasad dan nyawa, sekiranya pada ketika itu umat Islam berperang dan memerlukan jambatan untuk menyemberangi parit atau sungai, maka gunakanlah tulang belulangnya sebagai jambatan agar umat Islam dapat menyeberangi sungai itu.

Begitu tingginya nilai mujahadah para sahabat sehingga meletakkan segala-galanya hanya pada Allah. Segala apa yang ada diinfakkan untuk kemudahan dan keperluan menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini. Segala kemewahan yang ada dijadikan sebagai bahan-bahan membina jambatan ke syurga.

Monday, September 06, 2004 | By: cipthowiryawanchannel

Mataharies...




"Berita terkini dari NASA tentang Planet MARS
yang kini dalam
ujian
dan kajian mereka.
MERM (MARS Exploration Rover Mission)-24th
March 2004
The science of astronomy states that the speed of
planet MARS
has
been decreasing in its course orbit toward the
eastern
direction
in the few past weeks to the level we notice
the "waver"
between
the east and the west, and on wednesday the 30th
July 2004,
expected the planet movement
will stop going towards the eastern direction.


Then in the months of August and September
2004, MARS will
changed
its course in the opposite direction to the west -
and that
until the end of
September 2004. which means the sun will rise
now from the
west on
MARS! This Weird phenomenon of the opposite
movement called
"Retrograde Motion". Most astronomy scientist
states that all
the
planets in the universe will go through the same
once at least
and
our planet EARTH is
one of them. Plane! t Earth will move in the
opposite
direction
someday and the sun will rise from the West!!!
This might
occurs
soon and we are aware of it.
Menurut Hadith Nabi saw. Rasullullah saw
bersabda :
"Salah satu tanda akhir zaman (Kiamat), apabila
sampai masanya... matahari terbit disebelah
barat.Pada masa
ini,
Taubat sudah tiada " hadith Muslim.
Menurut Syariah Muhammadiah.
"Terbitnya matahari disebelah Barat hanya akan
berlaku sekali
pada
masa dan ketika itu, matahari terus berada
disebelah barat.
Dan seterusnya, matahari akan kembali terbit
disebelah timur
dan
seterusnya pada hari hari yang berikut sehingga
Allah
menghendaki
dan menetapkannya."
Inilah apa yang akan berlaku pada planet MARS.
Bergerak dari timur ke barat.berhenti. bergerak
ke barat dalam
masa yang pendek. dan kemudian bergerak
semula ke arah timur
ke
barat.
Abu Hurairah r.a berkata, Rasullullah saw pernah
berkata :
"Tidak berlaku dan tiba nya kemusn! ahan dunia
(Kiamat)
sehingga
terbitnya matahari dari barat. Apabila tiba
masanya ini, semua
makhluk di dunia akan segera tersedar dan
percaya akan
kekuasaaan
Allah. Tetapi pada masa ini, semuanya sia sia
belaka. Tiada
satu
pun pintu taubat dibuka. Sesungguhnya pada
masa dan tatkala
ini,
rugilah
bagi mereka mereka itu". hadith Al-
bukhari,Muslim.
Matlamat utama, ingin saya menyeru pada rakan
semua. Setiap
planet
di dunia akan mengalami fenomena yang sama.
Tahun ini, planet
Marikh akan berlaku matahari terbit disebelah
barat. Kita tak
tahu,
mungkin planet planet lain sudah pun mengalami
fenomena ini,
dan
mungkin hanya bumi sahaja yang belum, kita tak
tahu, hanya
Allah
yang tahu. Secara kebetulan, Allah Maha
Pengasih dan
Penyayang,
Dia sudah pun memberi tanda awal, walaupun
melalui hambanya
yang
bukan Islam. tapi bagi kita yang sudah beriman
ini, sedarlah
selagi ianya tidak
terlambat. Kerana sekiranya berlaku, taubat suda!
h tidak
diterima.
Dunia ini hanya sementara. Bertaubatlah dari
segala dosa yang
kita
lakukan.Berzikirlah, walaupun hanya pada sisa
sisa masa yang
terluang kerana zikir itu juga penghapus dosa kita.
"Tunjangkanlah resah mu di dada SOLAT,
Himpunkan perit
mu di genggaman DOA, Tutupi kekecewaan mu
dgn
keTAQWAan dan Nilaikan kesucian hati mu dgn
keIKHLASAN
hati."



Thursday, September 02, 2004 | By: cipthowiryawanchannel

Casablanca



Assalamualaikum....

Selepas menyambut hari merdeka semalam,badan diri ini memang telah menanggung beban paling lebih,dengan keadaan cuaca yang di luar jangkaan,dengan aktiviti kedutaan yang di luar jangkaan. Betul betul menyentap kekudratan diri ku untuk terus melawan keadaan dengan hati yang tabah: Firman Allah:

ان الله مع الصبيرين

Kemudian kembali dari kedutaan pada jam 8.30 di Kenitra,kemudian selepas makan terus merebahkan diri untuk menerima tenaga tambahan kerana esoknya pada jam 4 pagi,aku dan 8 orang lain perlu bergegas ke Casablanca untuk menghantar kawan kite ke Aeroport Mohammad 5 untuk kembali ke Malaysia tanah tercinta...Akhirnya aku hanya dapat tertidur pada jam 1 pagi..Arghhh...

Sekali lagi aku terpikir esok aku akan lebih beban lagi rasanya...

jam 7.30 sampaia di airport,jam 8 kawan kiter kena masuk ke dewan berlepas(sejam lebih awal dari masa berlepas)dan kami semua bertolak ke bandar paling canggih di Morocco nilah kira nyer...Casablanca City...hehhehe..Pada jam 9.30 pagi...kami semua mengambil sarapan roti dan Qahwah Halib atau Kopi Susu...sarapan pagi paling standard lah kat Morocco nieh...

Jam 10.15 bertolak ke Casablanca Twin Center,shopping kompleks yang memegang bangunan paling tinggi di Morocco...jenjalan tanpa membali apa apa..saja melihat harga..hehhehe

jam 10.45 bertolak ke Hobous...Pusat souvenir Morocco...ada gambar masa kat sini..nanti nanti aku kasi masuk...kekke...dalam ni,aku tak tgk souvenir...aku ngan kengkawan gi ke kedai buku luk...kekke...(Takbur Nampak)hehe...tak der lah...pastu baru gi beli jubah dan memacam...tapi aku tetap tak kuar duit lagik...sebab benda tu aku tak perlu sangat...

jam 11.30 bertolak ke Masjid Hassan 2..iaitu masjid ketiga besar di dunia...semasa nampak menara nya dari jauh...aku tidak berapa terpegun..tetapi apabila nampak kesemua bangunan dengan keluasan luar masjid yang tak terkata...betul betul menggamit hatiku....ceh jiwang...kemudian aku masuk dalam masjid pulak untuk solat zohor...MasyaAllah....inilah ciptaan Tuhan,dengan iradahnya...masjid ini penuh dengan ukiran kayu yang berharga 350 juta USD...dengar kata 44 arkitek masjid ini juga di panggil untuk membuat ukiran di masjid mana? haa masjid PUTRAJAYA....

Nanti aku masuk gambar kat sini...relaks lah...

Pas dari masjid nie...kami bertolak ke Madinah Qadimah @ Bandar LAma yang dalam nya diisi segala benda yang boleh di isi....Kami makan tengah hari di Madinah ini,aku just makan 1 per 4 ayam...tu pun dah kenyang..kawan lain ada minta kaki lembu (Qar'in) dan memacam...

Lepas tu barulah kami shopping sikit,ada beli jersi dan memacam..aku ngan nashreeq...semangat nak beli..tapi bila pikir...benda tu kalau aku tak beli,matikah aku?jadi aku dan nashreeq tak lah membeli apa apa....jimat...hehhehe....yang lain ada juga 400 ke 500 habis duit terbang melayang...aku just kuar duit tambanag dan makan...lebey kurang 200..kedekut ker aku?...

Ni Cerita untuk tatapan sumer...

Begini ceritanya... Sahabat saya tu seorangguru di salah sebuah sekolah di Malaysia.Sahabat saya tu mempunyai seorang kawanCina yang sama mengajar macam dia.Kawan Cinanye kata , dia telah terbaca beritadi akhbar Cina baru-baru ini yangmengatakan ada seorang bayi cina barusaja lahir dalam keadaan mulutnye sepertiberjahit tapi takdelah kesan jahit. Cumamulutnye tertutup rapat. Jadi doktorbersepakat untuk membedah bayi Cinatersebut. Ketika dalam pembedahan,mulutnye berjaya dibedah tapi ada sesuatuyang amat memeranjat yang berada didalam mulut bayi tersebut...Nak tahu ape dia??? Doktor yangmembedah bayi tersebut telah menemuisehelai kertas kecil yang di dalamkandungannye bertulis dalam tulisan cina...Nak tahu tak ape kandungannye??? Didalamkertas tersebut telah menyebut dalam tulisancina yang berbunyi"Ingatlah wahai manusia, sesungguhnyeHari Kiamat akan menjelma tidak lama lagi"Maka terperanjat lah doktor cina tersebutsebab bayi tersebut memang sejakdilahirkan memang mulutnye tertutup. Jaditiada bukti mengatakan ada orang yangmeletakkan kertas kecil tersebut. Jadimemanglah terbuktibahawa kuasa Allah Yang Maha Besarmenciptakan bayi tersebut sedemikian rupauntuk memberi maklumat kepada manusiatentang ketibaan hari kiamat...Sesungguhnye Allah Maha Bekuasa untukmemberikan agar bertaubat. Jadisesungguhnye Allah sebenarnye masihsayangkan kita kerana telahmemberimaklumat tersebut...Adakah anda percaya ?Dalam keadaan ini, cuba kita renungkanpada zaman Rasullulah s.a.w, Allah telahmemberikan petunjuk kecil tentang tanda-tanda hari kiamat sejak zaman nabi-nabidulu lagi. Contohnye lelaki kawin sama lelakibegitulah sebaliknye. Dan di dalam Al-Qur'ansendiri telah mengatakan bahawa tanda-tanda hari kiamat ialah apabila orang Islamsendiri yang membenci Islam danmenentangnye. Ini telah terbukti pada zamansekarang di negara kita. Jadi secaraamnye... Sebenarnye hari kiamat akanmenjelma tidak lama lagi tapi kita tak tahubila. Cuma rasullullah ada menyebut harikiamat akan datang pada hari Jumaat tapitak tahu bila... Tapi kitahairan kenapa akhbar melayu tiada berita ini.Ini adalah disebabkan pemerintah tak mahuakan menjadi kecoh di negara ini. Jadi sama-samalah kita renungkan bersamasesungguhnye berita itu adalah merupakansatu bonus daripada Allah terhadapmanusia agar bersiap sedia... Untukmenanti ketibaan hari kiamat...Seperkara lagi ialah berkenaan salah satutanda kiamat iaitu akan berlaku gempabumidi tiga tempat. Timur Tengah, Barat danTimur. Waktu itu baru Turki dan Taiwan.Tup... Tup... Mexico dilanda gempa bumiyang dahsyat juga seminggu. DanAllahyarham Ustaz Taha pernah berkatasekitar lima tahun lepas salah satu tandakiamat akan berlaku kekecohan di Indonesiadan Turki. Sama sama kita renungkan...Buktinya jelas makin nyata dari hari ke hari...Sabarlah menanti... Sekian...Ini adalah keratan email yang dihantar olehseorang rakan kepada saya. Oleh itumenjadi tanggungjawab saya untuk edarkanpada semua... Sekian...Notis : dalam Mulut Bayi (pernah disiarkan disebuah akhbar berbahasa Cina)"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimuamalan-amalanmu dan mengampunibagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapamentaati Allah dan Rasul-Nya, makasesungguhnya ia telah mendapatkemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)