Saturday, September 11, 2004 | By: cipthowiryawanchannel


Kitab : Iman "Az-Zandani"
Penterjemah : Ais-Putih
Hakikat Iman
Allah telah menerangkan kepada hambanya(manusia)tetntang hakikat Iman.Yang mana Iman memegang satu status yang menentukan penerimaan amalan-amalan seseorang individu terhadap Khaliq Azza Wajalla.Dan ini adalah satu deklarasi yang telah dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada orang mu'min, sebagaimana yang telah tersebut di dalam Al-Quran dan Hadis Rasulullah Muhammad S.A.W.
Iman,Iktikad,Amal
Firman Allah yang bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah beriman kepada Allah dan Rasul nya,Dan kemudian mereka tidak ragu-ragu malah mereka berjihad dengan harat dan jiwa raga mereka ke jalan Allah dan mereka itulah orang-orang yang benar.
(Al-Hujuurat-15)
Maka kalau kita lihat kepada ayat ini,sesungguhnya Iman itu akan di terima dari orang orang yang benar,iaitu orang orang yang berpegang atau beriktikad kepada Allah tanpa ada rasa keraguan walau sebesar zarah sekalipun.
Walaubagaimanapun,pegangan di hati tidaklah mencukupi untuk menerima Iman ini secara total,kerana Iblis telah berkata kepada Allah yang mana akn terus menganggu gugat iktikad manusia ini. Ini bererti untuk menguatkan lagi keimanan seseorang individu itu,perlunya kepada satu aspek yang membawa kita kepada hakikat Iman iaitu amalan.
Iman yang hakiki adalah merangkumi kepada:
  1. Aqidah yang tidak ada keraguan iaitu Islam.
  2. Amalan yang membuktikan Aqidah Islamiah.

Jenis-Jenis Amalan

  1. Amalan Hati
  2. Amalan Lisan
  3. Amalan Anggota Badan

Amalan Hati

Adalah sattu amalan yang berkisar di hati,tanpa menzahirkannya.Contohnya: Takut pada Allah,Tawakkal pada Allah,dan sebagainya

Amalan Lisan

Adalah satu amalan yang di zahirkan, Contohnya: Menyebut kalimah syahadah,Bertasbih,Beristighfar,Berdakwah ke jalan Allah

Amalan Anggota Badan

Adalah satu pergerakan yang anggota badan yang di sabitkan sebagai amalan. Contohnya: Solat,Zakat,Puasa,Jihad ke jalan Allah,dan sebagainya.

Buat kali nie ini sahaja,akan di sambung,saya terpaksa menulis di kertas dan bawa ke internet,so memang payah lah kiranya.Tunggu saya ada komputer baru lah boleh buat banyak sikit.Kepada yang mebaca kalau ada kesalahan beritahu saya agar dapat saya membetulkannya.

Minni ais putih


0 comments: