Saturday, November 06, 2004 | By: cipthowiryawanchannel


Assalamualaikum...

Alhamdulillah..Solatullah Wa Salamullah Ala Muhammad Ibn Abdullah..Wa Ala Kullu Sahabah...hermmm..pagi ini sabtu..aku tidak buat apa apa cuma menghafal silibus yang di beri Dr...

Aku sebenarnya terusik hati dengan keadaan fikrah manusia tika ini,tidak semua tetapi sesetengah manusia yang membawa satu fikrah yang menyebabkan perlanggaran fikrah seterusnya membawa kepada satu titik nota keraguan,padahal fikrah tersebut kalau tidak di utarakan kepada orang yang tidak mengetahui tidak lah menyebabkan kepada kerosakan aqidah umat islamiyah khususnya...

Minggu lepas,kami(Rumah Tetouan) membuat satu post mortem mengenai keadaan ini,dan telah menyimpulkan bahawa golongan ini,taqlid tanpa menyedari hakikat keadaan sekeliling nya,benar mereka mengathui agama tetapi masdar(sumber)itu salah,menyebabkan merka lari dari asal pegangan mereka.

Terdapat Qaul yang telah di dengar dari orang ini yang menyatakan bahawa,kita dalam marhalah menuntut ilmu,kita tidak berpegang pada mana mana mazhab!!!...Ma Haza Ya Sohbi???Siapa kah engkau kalau tidak bermazhab...Qaul sorang lagi...Qardawi pernah kata:Mazhab hanya untuk orang orang yang benar benar faqih....Jadi kita boleh lihat kalau lah kita mengikut(penulis tidak berdiri atas landasan ini)kita dalam marhalah menuntut ilmu dan tahap kita pelajar masa kini..adakah yang mencapai satu tahap faqih?Faqih kah kita!!!!adakah kita dalam menuntut ilmu tika ini sampai tarafnya seperti Imam Syafiee...Sampai kah kita!!dengan mengatakan kita tak bermazhab...

Kemudian dukacita itu datang semula di ladang hati ku...apabila sahabatku di malaysia bertanya..prof di satu U malaysia kata..baca Yaasin hari khamis....Nabi tak buat(Kononnya)...Ini Bid'ah...aku kadang kadang ketawa dengan hal sebegini rupa...aku malas nak ulas terlalu panjang keadaan ini...cuma mengutarakan keadaan yang dapat menghasilkan apa yang di ingini..pertamanya..ini bid'ah hasanah....dan bagi yang tak faham baca yang kedua...Keduanya.. bayangkan..satu hari nanti...di akhirat sana...ada satu golongan yang kuat baca Yaasin akan masuk neraka..dan dia kata dekat Allah S.W.T;Aku masuk neraka kerana membaca Kalam Mu?....Logik tak Tuan Tuan Dan Puan Puan Sekalian????fikirkan dan dan gembur gemburkan...

Banyak lagi yang aku fikirkan...dan akan ku utarakan nanti....

Sekianz..Wasalam...

0 comments: