Wednesday, January 03, 2007 | By: cipthowiryawanchannel
Assalamualaikum.telefon berbunyi.kring kring.saya tengok tv.tapi telefon berbunyi.kena angkat telefon.saya pun angkat.hello.rupanya ada tetamu.bertandang dirumah.sudah lama tidak datang.kelam kabut.saya kemas rumah.nanti rumah bersepah.apa pula kata orang.siap kemas.saya tunggu.duduk depan tv.telefon bunyi lagi.kring kring.saya angkat telefon.sudah sampai.Alhamdulillah.



Kak pah dan abang din.orang malaysia.staff kedutaan.encik azmi.tidak ada dalam gambar.dia pun datang juga.semuanya ada tiga orang.rumah ada ramai orang.saya suka.kak pah bagi maggi.juga bagi sos cili.kerepek pisang pun ada.jangan jeles.hehehe aku ketawa.

Mereka datang dari ceuta.baru balik shoping.beli banyak barang.mahu tinggal di rumah saya.saya pun gembira.kamu gembira?.hari ini berganti esok.kami pun jalan.ke fnidaq.nak beli barang lagi.kedai banyak.tapi masih tutup.hari raya haji.kami tidak gembira.



Kami pun bertolak.bertolak kemana.Tetouan yang permai.Centre ville.mahu beli barang.cuma lain tempat.bumi itu luas.cari lah rezeki.dibumi Tuhan ini.Sampai Tetouan.kami cari parking.untuk kereta.bukan untuk basikal.sebab kami berlima.

Kami pun jalan jalan.tengok kiri.kanan.atas.bawah.depan.belakang.ramai orang juga.memang adat.raya ke 4.famili maroc keluar bersama.jalan jalan.rapat silaturrahim.baik cara itu.mesti dicontohi.



Lepas beli barang.kami jalan lagi.perut buat hal.minta di isi.kami pun pergi makan.cari restoran.jalan lagi.akhirnya jumpa.



Sebelum masuk.kawan ambil.ambil apa?.gambar saya.mahu tengok?.di bawah gambar saya.saya tengah tido.lapar sangat.hehehe.saya ketawa lagi.



Lepas makan.kak pah.abang din.encik azmi.mahu balik RABAT.esok mahu kerja.kami jabat tangan.sambil lambai lambai.selamat tinggal.lain kali jumpa lagi.



Penat guna bahasa begini.

11 comments:

Anonymous said...

Salam Ais Putih,
Wahhh cantik nyer Morocco..bila laa I(err I think I shd address myself akak kot) boleh sampai ke sana. Tengok pulak handbags yg bergantungan..tergugat iman wallet asben ku.

Anyway, salam ukhwah fr Abu Dhabi..thnx for visiting my blog.

aNIe said...

Assalamualaikum Ais Putih....lama tak berkunjung ke mari...SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2007...

Hahaha...penat guna bahasa tu...saper suruh guna?... :D

Kalau lapar boleh tido berdiri ke?...ade orang lapar langsung takleh tido...

sahrunizam abdul talib said...

salam ais putih,

terima kasih kerana mengunjungi blog saya tempoh hari.

ya, salam persaudaraan buat ais putih di morroco sana

Anonymous said...

Ingatkan gaya bahasa sempena tahun baru...rupanya satu percubaan jer...tapi senang baca straight forward...salam persaudaraan jugak..

KAMATO said...

bila pulak jadi bahasa rock ni.. any way 'Selamat Tahun Baru'

Anonymous said...

bangunan di Morocco semua berwarna outh yea?

Anonymous said...

warna putih

cipthowiryawanchannel said...

ajzie : dekat mrocco warna bangunan ikut tempat laa..kalau dekat tetouan nih..majoriti putih..kalau dekat marakech..majoriti merah..dan kalau dekat chefchaoun ajoriti biru..

hehehe

zino said...

baru nak tanya ..nampak bangunan nya semua warna putih..kalor lain nippon tak jual ke..hehe atau memang putih yg sesuai dalam keadaan di sana?

Anonymous said...

salam.

nyamannya bandar ni...

Anonymous said...

salam...

relax ajer morocco. Ayat digunakan tuh seswai la dengan kesempoian morocco. Heheh.