Wednesday, December 29, 2004 | By: cipthowiryawanchannel

Assalamualaikum..

Al-Fatihah untuk mangsa gempa bumi dan tsunami yang beragama Islam…
Al-Fatihah untuk anak pegawai kedutaan Indonesia ke Morocco yang meninggal dunia semalam…

Suasana duka menyelubungi Asia khasnya dan dunia amnya…Ada hikmah di sebalik kejadian ini..Kemungkinan Allah ingin membersihkan hati hati manusia yang lupa dengan menunjukkan sekelumit kekuasaan Nya…

Belum pun reda berita gegaran Asia…kami disini(Morocco)pula mendapat berita dari sahabat negara jiran Indonesia yang menyahut seruan Ilahi di Hospital dekat sini kelmarin

Haza ibtila' Allah…Subhanallah…

Apapun kita terpaksa meneruskan saki baki umur kita dengan baik..bagi yang menggunakan akal fiiran..maka dia adalah orang yang beruntung…Tetapi,bagi orang yang sebaliknya..maka kepadanya itu perkara yang sebaliknya…

Kali nie nak tulis pasal Ghad Al-Basr…

Firman Allah Swt dalam Al-Furqan yang bermaksud:

" Katakan lah pada orang orang mukmin,supaya mereka menahan sebahagian penglihatan mereka dan menjaga kehormatan mereka. Yang demikian itu, lebih suci untuk mereka.Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu lakukan # Dan katakan lah kepada mukminat,supaya mereka menahan sebahagian penglihatan dan menjaga kehormatan mereka " An-Nur 30-31

Dari ayat ini Allah bukan sahaja melarang manusia itu dari berzina,tetapi Allah juga mengingatkan mengenai penglihatan lelaki kepada perempuan dan perempuan kepada lelaki.

Ini kerana Allah telah mengetahui keadaan yang akan timbul dari keaddan itu,iaitu melalui penglihatan yang tidak di batasi akan membuatkan timbulnya nafsu yang membawa kepada kejahatan.

Mata itu memancarkan panah asmara yang beracun…

Rasulullah telah bersabda:Tiga perkara yang matanya tidak akan melihat Api Neraka di hari Kiamat iaitu:

1: Mata yang menangis kerana takutkan Allah;
2: Mata yang berjuang di jalan Allah;
3: Mata yang di batasi dari perkara yang diharamkan Allah.

Sama sama kita ingat mengingati agar kita sentiasa ingat kepada Nya..

Sekian.

Thursday, December 23, 2004 | By: cipthowiryawanchannel


Assalamualaikum...

Hujan turun tepat jam 12.30 tengah hari semalam. Kuntu Atasa'al "Hujan ni bawa makna apa?"..Tiba di kuliah,Fakulti Pengajian Islam mula di kerumuni pelajar yang ingin membantah peperiksaan..Kami pelajar mesia,Just diam..dan menunggu..jawapan dari fakulti dan Ustaz..

Jam 2.55 petang sambil diiringi angin kencang dan hawa dingi yang mencengkam..Ustaz membatalkan exam dan meneruskan kuliah seperti biasa..Lega nya hati...

Ustaz cuma meninggalkan kerja sikit dan perlu di serahkan selepas Aidil Adha...Dan tadi beliau telah berlepas ke Mekah untuk menunaikan rukun Islam yang terakhir..Hajj Mabruk..

+ Assignment..

* Aku pilih tentang Nabi Hud dan Kaumnya..

Sikit cerita yang di ambil dari Berita harian..

Kaabah dibina atau dibaiki dari semasa ke semasa,membabitkan pelbagai peringkat. Antaranya:

Binaan pertama: Malaikat atas arahan Allah;

Binaan kedua: Nabi Adam;

Binaan ketiga: Nabi Syith;

Binaan keempat: Nabi Ibrahim;

Binaan kelima: Kaum Amaliqah;

Binaan keenam: Kaum Jurhum;

Binaan ketujuh: Qusai bin Kilab (Abad keempat Masihi);

Binaan kelapan: Abdul Mutalib;

Binaan kesembilan: Kaum Quraisy (Tahun 605 Masihi ketika Rasulullah berusia 35 tahun);

Binaan ke-10: Abdullah ibnu Zubair (Tahun 64 hijrah);

Binaan ke-11: Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi (Tahun 74 hijrah/693 Masihi);

Binaan ke-12: Sultan Murad Khan (Tahun 1040 hijrah/1630 masihi).

* Binaan Ke 4 ; adalah marhalah paling penting dalam Islam..

* Menurut sejarah, binaan seperti sekarang ini adalah binaan yang dibuat oleh Quraisy. Berikutan masalah kekurangan perbelanjaan, mereka mengeluarkan Hijir Ismail daripada Kaabah, iaitu Kaabah dikecilkan 6 1/4 hasta.Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim tiada beratap, mempunyai dua pintu iaitu satu di sebelah matahari naik (seperti yang ada sekarang) dan satu lagi sebelah matahari jatuh.Kedua-dua pintu itu rapat ke tanah, dan tiada berdaun pintu. Sebuah perigi juga disediakan di sebelah kanan pintu yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang hadiah kepada Kaabah.

Tuesday, December 21, 2004 | By: cipthowiryawanchannel

Assalamualaikum

* Cerita Universiti...Uqaddimu lakum..

* Exam Ulum Quran,Nusus Quran..

Kelmarin, hari nie, dan esok...Pelajar Islamic Studies akan buat Saurah,Mua'radah,Idrab...sebab apa? Laisa hunaka muwafaqah bainal Ustaz wal tolabah..

Tentatif Kisah//

--Ustaz--

* Gi umrah masa bulan puasa dulu....
* Nak gi haji pulak lepas nie...
* B4 gi haji, nak buat final exam...
* Tarikh Final exam tak sampai lagi...
* Silibus exam semua silibus..walaupun dia tak ajar lagi...
* Ulum Quran-Nusus Quran semua dalam Syafawi...

--Pelajar--

* Ada yang malas-Ada yang rajin..
* Aghlabiah nya tak sedia..

--Pelajar Malaysia--

* Kami bertiga di tengah..
* Ustaz buat exam..kami ikut..
* Ustaz tak buat exam..kami ikut..

--Kesan--

* Di mana imej pelajar Dirasat Islamiah...

Tamat...akan tunggu jawapan dia esok...

Sekians...
Saturday, December 18, 2004 | By: cipthowiryawanchannel




+Bahasa Arab..
Memula datang sini dulu,aku di utarakan dengan hakikat Bahasa Arab Morocco yang terbaik,Tetapi aku terjumpa dan telah bermuhadasah dengan kawan senegal yang mengatakan Mauritania mempunya bahasa Arab yang sangat baik.
Tertarik dengan fakta baru yang menerobos masuk ke dalam benak pemikiran ku,aku bertanya apa bukti atas fakta ini:
  • Mereka di didik menjadi Syu'ara dari kanak kanak sehinggalah ke besar.
  • Mereka di biasakan dengan Alfiah Ibn Malik dalam Nahu beserta syarah.

Subhanallah..betapa istimewanya mereka sehingga mampu menghafal syarah Alfiah Ibnu Malik.Aku bila pulak??

Nasihat terakhir darinya,"Kalau mahu belajar arab pergilah ke Mauritania..Dalam setahun tengoklah perubahnnya."

Kuliah Faraidh hari nie,membincangkan tentang cara pengeluaran asas masalah...Faraidh ilmu yang penting untuk seorang pelajar agama khususnya.

Kata Ustaz Shamsuri,"Ilmu faraidh ini,akan hidup dalam diri seseorang,yang mana dia selalu bergelumang dengan benda nie".

Dan aku dapat satu moral kehidupan dari kuliah ustaz tadik,"Jangan terus kata hak padanya 1/6,tengok ikut tertib"

Aku mengkonklusikan Qaul nie..agar kita dalam belajar kenalah mengikut aturan dalam menyatakan sesuatu hukum,tidak melalui perasaan bahawa itu tepat padahal kita masih lagi ragu.

Sekian dulu lah...

Monday, December 13, 2004 | By: cipthowiryawanchannel


Assalamualaikum..

+I'jaz Quran...

-Kalimah Qul dan Qalu..

Setelah di kira adalah perkataan Qul dalam Al-Quran bersamaan dengan 332 kalimah..dan yang Takjub nya..kalimah Qalu juga menyamai bilangan kalimah Qul sebanyak 332 kalimah..

Sekian dulu...

Tuesday, December 07, 2004 | By: cipthowiryawanchannel


Assalamualaikum...

Latest Story...

+Aku pergi ke Majlis Munaqasyah Master(Mohd.Nuri Bahsan"Indonesia")
+Dia dah selelsai Master dapat 17/20
+Esok aku mula berperang.."Ya Allah,Permudahkanlah Perjalanan hambamu ini."
+Barang dari Malaysia dah aku terima...Thanks Usratii...Dan Ibn Hazam
+Assignment pun ada dua lagi belum selesai...Teqniyat Ta'bir...Tarikh Sadr Islam..

Berkecamuk....

+Nak dapatkan cop kedutaan..sedangkan aku jauh disini...

Tenang...

+Mengucapkan selamat jalan kepada rombongan Indonesia yang berangkat ke Tanah Suci..

Aku...

+Baru jer baca buku Taswir Fanni Fil Al-Quran(Said Qutb)...mengenai Sihr Al-Quran..
+Bersiap nak exam...hehe..


Sunday, December 05, 2004 | By: cipthowiryawanchannel

Assalamualaikum..
Minggu depan exam dah waiting list nak menguji kami semua,Sibuk kita di buatnya.Apapun inilah hakikat apabila kita belajar,ada satu masa kita perlu di uji,berhasilkah apa yang kita dapati selama semester nie,ataupun tidak..
Aku dalam masa rehat rehat sambil sambil belajar,terpikir nak isi apa lagi kat blog aku ni.penat memikir aku terlupa apa hajat ku sebenar.Aku membuka tafsir alquran,dan terbuka bab yang menceritakan mengenai pengumpat.aku isi blog aku dengan apa yang anda telah baca tika ini,
Jika kau biarkan telinga mu
menumpang suara sumbang
dan lidahmu menambah yang tidak ada
mencaci kesempurnaan kejadian-Nya
dengarkanlah khabar ini
Untuk apalah berdusta
selain mengumpul keuntungan peribadi
hipokrasi menjadi harga diri
dan wajahmu bermuka-muka
mengajak kepada kebaikan
sedang kau sendiri terlalu jauh
ketinggalan
Wahai diri,dengarkan khabar ini
tidakkah kau takut bahang yang menjulang
hingga ke tangkai hati
ketikla itu jasadmu terbelenggu
dalam Hutamah Tuhan-Mu
Inilah sajak yang aku petik dari satu majalah malaysia...kerana aku tidak tahu mengulas ayat Al-Quran yang aku jumpai di dalam tafsir tersebut:
"Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat dan pencela,yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitung.Dia mengira bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya,sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar benar akan di lemparkan kedalam Hutamah.Dan tahukah kamu apa Hutamah?.Api(Yang di sediakan)Allah,yang Allah nyalakan,yang naik sampai ke hati.Sesungguhnya api itu di tutup rapat atas mereka,(Sedang mereka itu)diikat pada tiang tiang panjang"(Al-Humazah:1-9)