Monday, October 31, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

Image hosted by Photobucket.com

Huh..kemahuan manusia memang tiada batasnya..kalau aku buat masa nie..banyak macam aku nak beli..huhu..tapi tulah..kewangan tak mengizinkan..lagipun kena bajet juga kan..untuk masa depan lah katakan..hehe..

Kali nie aku nak citer pasal subject kegemaran aku..dalam I'jaz Al-Quran..ingat ingat nak buat tesis pasal nie nanti..tapi aku ingat aku tak mampu..cukuplah sekadar minat..

"Seribu Bulan"..??..Semua orang tahu seribu bulan nie berkaitan dengan Lailatul Qadr..Apatah lagi kita berada di bulan Ramadhan yang mulia ini..

Tapi kenapa Seribu Bulan..??..Jom Siasat...

Al-Quran ketika memperkatakan dalam hal "Adraka":Alif,dal,Raa',Alif,Kaf..Ataupun "Yadrika":Yaa,Dal,Raa',Yaa,Kaf..Kita mestilah memahami Maksudnya.."Ma Adraka" bermaksud:Tidak ada seorang pun yang tahu maknanya sebelum tika ini..Dan "Yudrika" bermaksud:Tidak ada seorangpun yang mengetahuinya pada masa lepas dan pada masa depan..

Oleh Itu.."Ma Yudrika"..Mustahil bagi kita mengetahuinya..Dan "Ma Adraka"..Kita masih lagi tidak mengetahui kerana belum ada yang memberitahu hingga tika ini..Dan Allah akan memberitahu pada kita..Dan disini Allah memberitahu dalam Firmannya yang bermaksud:

"Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan."

Dan apabila kita membaca Al-Quran:"Ma Adraka"Ketahuilah Allah akan memberitahunya..Dan apabila kita membaca"Ma Yudrika"Ketahuilah ianya adalah dari hal hal yang ghaib..

Dan dari firman Allah S.w.T yang bermaksud:

"Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan."

Di sini kita lihat..kebaikan malam tersebut di samakan dengan seribu bulan..dan setahun mempunya 12 bulan..dan seribu bulan bersamman dengan 80 tahun..ini bermakna dalam seribu bulan tersebut kita melalui 80 malam Lailatul Qadr..

Kenapa Allah memilih 1000..??

Ini kerana Allah..ketika berfirman dalam ayat ini..mengikut keadaan arab ketika itu..dan adalah ketika itu..orang orang arab beranggapan bahawa nombor 1000 adalah adalah nombor terakhir..dan mereka tidak tahu milion atau bilion..

Oleh itu..maka makna sebenar dari firman Allah yang bermaksud:

"Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan."

Mengikut sheikh mutawalli syarawi..sesungguhnya lailatul qadr lebih baik dari setiap detik dan zaman selama lamanya..

Di Kesempatan ini..ais putih mengucapkan selamat hari raya aidil fitri dan maaf zahir dan batin..

Sekian

Friday, October 21, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

Image hosted by Photobucket.com

Huh..Sebenarnya menerima panggilan dari Presiden Persatuan Mahasiswa Malaysia Di Morocco..ada majlis berbuka puasa dan kemungkinan perpisahan dengan Duta Besar Malaysia..Datuk Haji Noor Mohd Atan..yang akan bertukar ke Peru..selepas Aidil Fitri ini..

Tapi kesibukan dan masa yang kurang sesuai menyebabkan aku menolak jemputan ini dengan berat hati..berfikir juga di buatnya..bukan apa..kalau tak sebab datuk tu..tak belajar aku kat Morocco nie..hehhehe..Thanks..!!!

Semalam Sms adik aku..dia kabar yang Isteri Pm dah meninggal..terkejut juga aku..Tapi itulah..Urusan Tuhan..Semoga roh di cucuri rahmat..Dan Takziah kepada PM Malaysia kerabatnya..

Bercakap lagi tentang Ramadhan Di Morocco..

Berbuka puasa di Malaysia..tentunya di hidangkan dengan pelbagai juadah..termasuk..nasi..mee..kuih..dan sebagainya..kalau boleh dalam masa sebulan berpuasa..dalam sebulan tu lah..berlainan juadahnya..kecualilah kekurma..heheh

Di Morocco..Semasa aku ke bandar yang sunyi..hehhe(lihat edisi lepas)..aku terjumpa sebuah kedai makan di hujung hujung hujung bandar...hehhe..dan aku merancang nak order ayam..tetiba waiter datang..tak payah order..dia bawa..kurma..bubur harira..telur rebus..shebakiah..dan jus oren..itu jer hidangan dia berbuka puasa..teda makanan lain..huhuh..

tak macam malaysia...isk..isk..
Wednesday, October 19, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

Image hosted by Photobucket.com

Huh..selagi ramai tetamu datang kat rumah..manfaati lah ianya sebagai masa masa yang paling menggembirakan dari masa yang biasa..konklusi nyer..tetamu tetamu aku dah balik semua..selalunyer riuh rendah bagai kenduri bila tiba waktu berbuka puasa..dan tadi cuma 4 orang duduk semeja..menikmati juadah berbuka puasa..

Tiada apa nak entry pun..cuma ambil sikit sedutan borak ngan ayah tadi..

kikwpl : tambang pesawat di sana naik kah tho..ekoran kenaikan minyak ni?
ais_putih: sama jak pun
ais_putih: tgk syarikat lah
kikwpl : d c ni tambang mas saja pun naik sekarang..hinggakan kan balik ke tawau dah hampir 2000rm
kikwpl : kalau dulu dlm 1200 saja
ais_putih: mas memang mahal nieh
ais_putih: klu sini qatar airways standard lah tu 7000 dirham return
kikwpl : mama rindu juga sama ito sebab komputer d rumah beragam lagi....adek2mu kuat main game..sinano, apan dan opi.
ais_putih: hehhehhee
ais_putih: lap top bapa mana
ais_putih: bapa beraya tawau kah ni tahun
kikwpl : auw.....si ita inda tahan naik kereta sehari suntuk
ais_putih: lain demand si ita nie
ais_putih: nda mambali baju..tapi kan naik kapal taabang
kikwpl : banar jua tho .bapa pun dah makin tua ni pun malas driving ..penat rasanya...inda olah nganya..nenek2mu masih hidup..kewajipan
ais_putih: awue
ais_putih: 2000 untuk one famili lah tu
ais_putih: kira ok lah tu
ais_putih: mun ada ito
ais_putih: 2500
ais_putih: hehehhe

paham ker korang...
Sunday, October 16, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

Image hosted by Photobucket.com

Huhu..seminggu untuk menjadi seorang yang memegang amanah untuk uruskan satu kerja..pastinya memenatkan bagi yang tidak berpengalaman seperti aku..ikutkan hati mahu saja aku tidur..menghadap komputer..makan..minum..dan sebagainya..tapi itulah yang di katakan amanah..kena buat juga..

Lagi kita bercerita Ramadhan Di Morocco..

Kalau di Malaysia..bandar atau pekan dan sebagainya akan hidup walaupun tengah berbuka puasa..walaupun tidak sepenuhnya..mungkin 60 ke 70 peratus ianya hidup..termasuk bazaar ramadhan sekali..

Tapi bila kita terbang ke morocco..bermula jam 5.45..bandar akan mula mati..apatah lagi ketika berbuka puasa..pada jam 6.00 petang..Dan yang nak di jadikan cerita..Bandar kat morocco akan mati terus mula jam 5.45 hingga lah selesai solat tarawikh..lebih kurang jam 9 malam..

Bandar akan jadi seperti jam 3 pagi..sunyi..cam tak dak orang..ais-putih sudah terkena..ingat kedai buka jam 7..rupanya jam sembilan..pusing pusing bandar bagai orang gila..tanpa ada sebuah kedai pun buka..

Kesian..
Wednesday, October 05, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

Image hosted by Photobucket.com

Tarawih Di Morocco..

Itulah topik yang aku nak kongsi bersama ngan korang kali nie..Sekadar nak bercerita..mengisi masa yang lapang ini..dalam masa yang sama boleh mengetahui cara orang morocco sembahyang tarawih..

Kalau Malaysia..Tarawih akan di dirikan selepas sembahyang Isya..yakni 10 minit selepas itu..dan selesai di dirikan jam 10.30 begitu..mungkin ada yang cepat lagi..itulah di Malaysia..!!

Tapi bila kita terbang ke Morocco..percaya atau tidak..Tarawih akan selesai didirikan hanya beberapa minit sebelum azan solat subuh bermula..!!..hehe..tapi itulah hakikatnya..kebanyakan masjid di Morocco ini..akan mendirikan solat tarawih 8 rakaat selepas isya..dan selebihnya akan di buat sebelum solat subuh..lebih kurang jam 4 Pagi..

Cuba bayangkan kalau begitu di buat di Malaysia..hehe..

Tuesday, October 04, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

Image hosted by Photobucket.com

Huh..Mata pun dah ngantuk..sudah masanya aku nak tidur..melihat adikku berumur tujuh tahun tidur tanpa berbantal..lantas aku membetulkannya..tiada mimpi..tidur dengan lena tanpa di buai mimpi..angin kipas siling rajin ingin menembusi selimut ku..tapi sayang..semua itu hanya membuatkan ku semakin lena..hehhe

tetiba..!!..sayup di hujung telinga ku..namaku di sebut..suara pun cam kenal..

Wan..

Tho..

Ciptho..

Puasa Kah..??

itulah yang di ulang-ulangnya..hingga tidur ku tidak lagi selena tadi..panggilan itu tidak akan berhenti hinggalah aku bangun..berdiri..untuk cuci muka dan duduk di meja bersama sama keluarga ku..

itu lah cara ayah ku..membangunkan aku bersahur di bulan Ramadhan Karim..

Kini..Alarm Telfon dan Jam Loceng lah pembangun ku..

Merindui saat itu..

Selamat Berpuasa
Sunday, October 02, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

huh..baru sahaja dua hari lepas mak aku hantar sms suruh aku baca yaasin..sebab adik bongsu mak aku sakit tenat..dan keesokan harinya..ayah aku pula hantar sms yang berbunyi.." Allah lebih menyayanginya, Cu-In telah kembali ke Rahmatullah "..itulah hakikat kehidupan manusia..pertemuan yang bersyarat dan perpisahan yang mutlak..Al-Fatihah..