Tuesday, January 31, 2006 | By: cipthowiryawanchannel
assalamualaikum

saya tengah bercuti...maka update pun kurang..nanti bile balik rumah..baru apdate..hihi..setakat ni hari hari ku di isi dengan jalan jalan saja..nanti bagi kesah perjalanan ku..

1; Ifrane
2;Meknes
3;Qasr Moulay Ismail,Kenitra

sekian..
Wednesday, January 25, 2006 | By: cipthowiryawanchannel
Lame sangat dah tak berupdate blog ni..dah habis dah pun exam..tapi masih lagi kurang berkesempatan untuk update blog..kali ni dah tak sanggup biar dah..dari duduk diam kat rumah..baik sekali sekala sebar pengalaman kepada pembace yang sudi bertandang ke blog ini..hehe

agenda untuk minggu ni

+ Ifrane
Ada rancangan persatuan mahasiswa malaysia untuk ke ifrane 29 january neh..main salji..tapi aku masih lagi menanti jawapan rasmi dari hati dan akal ku..samada pergi atau tidak..

+ Result
Result exam ku di khabarkan hanya akan keluar lepas 2 atau 3 minggu dari sekarang..lama jugak tuh..kene sabar..kene banyak mohon ngan tuhan agar terdiri dari orang orang yang berjaya..hehe

+ Cuti
Oleh kerana result hanya akan keluar lepas 2 atau 3 minggu dari sekarang..maka secara automatiknya..aku tengah bercuti tika ini..tapi masih lagi tak tau nak buat apa di hari hari cuti ku ini..any ideas..??

*****************************************

Bicara Ilmu pula..

Keajaiban nombor 7
(Info;Terjemahan ini berkaitan dengan kejaiaban I'jaz Adadi dalam Quran)

- Perkataan (Al-Insan) Alif,Lam,Alif,Nun,Siin,Alif,Nun terdiri dari tujuh huruf hija'iyah.

- Adalah (Al-Insan) yang bermaksud Manusia di ciptakan oleh Allah dalam 7 peringkat..Boleh rujuk dalam Al-Quran di dalam surah Al-Mukminuun ayat 12-14

- Musuh manusia Syaitan juga terdiri dari 7 huruf..Alif,Lam,Shiin,Yaa,Thoo,Alif,Nuun..

- Allah menciptakan Neraka Jahanam sebanyak 7 pintu..Firman Nya; (Dan sesungguhnya Jahannam itu benar-benar tempat yang telah diancamkan kepada mereka semuanya. Jahannam itu mempunyai tujuh pintu. Tiap-tiap pintu untuk golongan yang tertentu dari mereka.)

- Firman Allah dalam Al-Quran;(Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al Qur'an yang agung.)..adalah yang di maksudkan dalam firman Nya ini ialah Surah Al-Fatihah.

- Allah menyebutkan di dalam Al-Quran tentang (sab'a samawat dan asamawatu sab'u)..yang bermakna tujuh langit dan langit yang tujuh..telah di sebut oleh Allah sebanyak tujuh kali dalam Al-quran dalam tujuh ayat.(sab'a samawat)sebanyak lima kali..(asamawatu sab'u) sebanyak dua kali..bersamaan dengan tujuh. Konklusinya..Langit yang tujuh di sebut dalam al quran sebanyak tujuh kali dalam tujuh ayat..

- Dan terakhir, Kalimah Syahadah ( La Ilaha Illa Allah Muhammad Rasul Allah )juga terdiri dari tujuh kalimah..iaitu asas bagi orang yang ingin memeluk agama Islam.

sekian dulu..hehe

Petang tadi aku termenung kosong tanpa berfikir apa apa..sambil memandang langit kelabu sebab nak ujan..tetiba..terbang sekumpulan awan di tiup angin mengaco menungan kosong ku..hehe..tertanya hati ini..kenapa awan tak tertarik oleh graviti jatuh ke bumi..??
Sunday, January 22, 2006 | By: cipthowiryawanchannel
Alhamdulillah..exam dah ku lalui dengan pelbagai dugaan..dah adat exam..memang dugaannya banyak..sekarang hanya menunggu keputusan keluar..sekal lagi aku minta doa dari kalian semua..hehe..Semoga diri ini lulus dalam peperiksaan..

Cerita exam aku dah ada di buat kat fotopages..Klik Sini

Nak citer apa kali ni..masa seminggu duduk sorang kat umah mase cuti aidil adha..aku sempat beli majalah kegemaran aku.."AYAT"..tapi baru prasan kelmarin yang ada beli majalah ni..baru ingat..hehe..

Bila aku belek belek majalah ni..jumpa satu fakta pendek tentang marah..citer dia gini..

Rasulullah bersabda : Bila marah seseorang dari kamu, dan ianya berdiri ketika itu, maka dudukan lah ianya..Maka akan hilang lah perasaan marah itu, Jika sekiranya tidak hilang,Maka baringlah..

Hadis ini tidak di ketahui keistimewaannya dari segi sains dan perubatan. Pengajian sains menetapkan yang mana Hormon Adrenaline dan Noradrenaline akan menjadi lemah tekanannya di dalam darah ketika mana manusia berada di dalam keadaan berhenti. Dan bertambah secara mendadak tekannannya bila mana manusia berada dalam keadaan marah..

Kedua-dua hormon ini bertanggung jawab terhadap dua prinsip perkataan FIGHT Or FLIGHT untuk menghadapi tekanan jantung dan darah dan menghadapi prinsip ini..samada ingin menghadapinya ataupun lari..

Begitu juga bila berbaring..kerana berbaring dapat menghadkan rasa marah Manusia..

Ini lah yang di katakan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadisnya di atas sebelum 14 kurun yang lalu.

Dah habis..tapi kita nampak bahawa sains perubatan islam lebih maju dan lebih terkehadapan..cuma kita tidak tahu dan tidak ambil manfaat..muhasabah diri..

Friday, January 13, 2006 | By: cipthowiryawanchannel
hermm..aku bangun jam 5.40 pagi hari ini..awal sikit..bukan ape..kena pasang roket dalam study..biarla ikut jer kata hati yang terpaksa nieh..kalau tak di paksa jugak ikut..maka merana lah hidup di kemudian hari..hihi..exam dah dekat ni..aku pun dont have any idea..bende ape nak di tulis kali nie..

aidil adha ku kali nie di sambut sederhana dalam 20 orang begitu..bersama 2 orang dari indonesia..dapat kambing seekor dari lecturer Universiti..Dr.Abdullah Syarif..dan di pagi raya tu jugak..dia yang menyembelih kambing itu..thanks di ucapkan..banyak jase mu..apapun ade sedikit gambar kat fotopages ku..klik sini..

dah dekat seminggu duduk dalam bilik nieh sorang sorang..selalu nya ada teman sorang..tapi dia pun nak beraye jugak..lagipun ada urusan yang perlu di buat..macam macam berlaku minggu ni..benda seram,happy,sedey,geram, macam macam..itulah tentatif tuhan terhadap hambanya..tersusun..efisien..semuanya memerlukan kekuatan jasmani dan rohani dalam menghadapinya..

dan yang penting..jangan terlalu sedih dengan dugaan Nya..dan jangan terlalu gembira hingga lalai dengan rezeki Nya..

dalam aku sibuk study petang tadik..tetibe terpikir soalan..sape kuat..budak budak selalu tanye gini..generasi kita yang dah 20 keatas ni..sebahagian mungkin dah tak endah dah..terkeluarlah soalan..sape kuat,air atau api..?..kalau tengok aspek masing masing..sumer nyer ade kelebihan tersendiri..

dah tanye sorang soklan ni..dia kata..air lah yang kuat..sebab air manusia leh berenang..api tak leh buat berenang..tak pernah terpikir pun ini antara jawapan soalan..tapi mungkin jawapan dari aspek lain..

dan jawapanku pula..air jugak yang kuat..sebab boleh padamkan api..manakala api..tak leh padamkan air..itu lah pandangan kasar ku..bagaimana pandangan yang lain..??

rumor travel faster la saikin ni..all stands without a leg..i dont know why..??..ngeh ngeh ngeh..
Tuesday, January 10, 2006 | By: cipthowiryawanchannel
huh..lepas penat membaca dekat blog..hehe..exam dah dekat..raya haji lagi dekat..selamat menyambut aidil adha bagi semua yang merayakannya..dan selamat menempuhi exam yang bakal tiba bagi sesiapa yang akan exam..terutamanya student malaysia di morocco ini..

geram sungguh aku malam ini..sebab aku nak tepon kuarga aku..tapi cek akaun..dah habis daa..nak amik baru..orang dah tidoor dah..naseb naseb..

selamat hari raya semua..
Saturday, January 07, 2006 | By: cipthowiryawanchannel
ais_putih: pndpt matang sket...
mas chomeii: ok
ais_putih: susah senor nyer jadi pelajar tajaan negara nieh
ais_putih: kan kan
ais_putih: jadi wakil negare
ais_putih: kalau x beringat
mas chomeii: yaaaaaaaaa saye setuju
ais_putih: akibatnye balik pade negare jugak
ais_putih: huhuhu
ais_putih: dah
ais_putih: habis pndpt matang
mas chomeii: emmm
mas chomeii: jawapan secare matang...
mas chomeii: btol tu
ais_putih: ok
mas chomeii: kiter ni ibarat...
mas chomeii: pegang amanah byk org
mas chomeii: kan
mas chomeii: kan
mas chomeii: duit yg kiter dpt tu
mas chomeii: suma duit org tu
mas chomeii: kena ah beringat
mas chomeii: dtg dok tempat org neh
mas chomeii: tujuan utk blaja...kumpul ilmu
mas chomeii: utk kite bawak balik
mas chomeii: then tolong balik org nagare sendri
mas chomeii: cam
mas chomeii: balas balik ah
mas chomeii: amanah derg
mas chomeii: like cam
mas chomeii: derg melabur saham la kat kiter
mas chomeii: hahaha
mas chomeii: tatau la
mas chomeii: betol ke x
mas chomeii: jawapan neh
ais_putih: circle of life laa
mas chomeii: ha
mas chomeii: btol2
ais_putih: itu natijahya
ais_putih: jgn kluar dari circle tuh
ais_putih: kalau kluar
ais_putih: make
ais_putih: keseimbangan tuh tak der
ais_putih: kan kan
mas chomeii: aaah

Perbualan di atas adalah khas untuk diri sendiri dan kepada semua pelajar yang berkaitan..Muhasabah diri..sama sama kita beringat..jangan terlalu lalai di buai kemanisan dunia..

Kita pegang amanah negara..

sekian..
Friday, January 06, 2006 | By: cipthowiryawanchannel
My Latest Info News..

+ Masih lagi tekun revising pelajaran diri ku ini..

+ Assignment Usul Tafseer yang dapat Isnin minggu ni..siap untuk di persembahkan..

+ Exam dan kelas aku di cancel oleh pihak department..sebab orang dah mule sibuk nak balik kampung..nak berhari raya haji.

+ Lecturer aku bagi kambeng seekor..maka walaupun diri ini tidak balik ke Rabat,Aku masih boleh bergumbira sebab dapat kambeng..

+ Petang tadi, Hantar keyroul ke stesen bas sebelum naik keterapi ke kenitra..Dia balik atas urusan penting ngan kedutaan terus berhari raya student Malaysia di sana..Mabrouk..

+ Hari nie aku gi pasar kambeng..sesambil tengok orang sibuk pilih kambeng yang beso beso bagi yang ada duit lebih..dan pilih kecik kecik bagi yang kurang duit lah..macam macam ragam..

+ gambar ade edit kat fotopages. klik sini
Wednesday, January 04, 2006 | By: cipthowiryawanchannel
assalamualaikum..

tengok semua kawan blog beredit..membuatkan diriku nak juga mengedit blog..walaupun aku masih lagi menyibukkan diriku dengan kertas kertas silibus yang perlu di hapal,buku buku yang perlu di kaji..assignment yang baru dapat kelmarin..arghh..nape tak bagi awal ² wahai cikgu ku sayang..

apa jadik dalam tahun baru aku kali nie..

- kalau sebelum nie, kami berempat ada di rumah ni..skang ni dah jadi tiga jer..sorang dah balik Malaysia..dah habis blajar dah..tahniah tahniah..!!..ter kandou juga pagi tadi masa nak hantar dia..hehehe

- raya haji dah nak dekat..maka kambing biri biri dah mula berkeluaran memenuhi pasar..hehe..aku balik kuliah tadi..dah ade dah orang angkat kambing bawa balik rumah...nak sembelih di pagi raye..hehehe

- aku nak kongsi ilmu ngan korang tentang apa yang sibuk aku nak hapal skang nieh..ilmu asas jer pun..dari ulum al-quran..tentang ayat makkiah dan madaniah..mudah jer pun..tapi buku yang aku guna ni..suuusah sangat nak paham..hehehe

* Bagaimana nak mengenali Surah Makkiah Dan Madaniah ;

* Makkiah

1.Dalam Surah tersebut ada ayat ayat Sajadah
2.Dalam Surah tersebut terdapat huruf tahajji, contoh nya alif,lam,miim..dan sebagainya. Walaupun terdapat perselisihan pendapat dalam surah Al-Baqarah dan Ali Imran.
3.Surah yang mempunyai kisah nabi nabi dan umat umat terdahulu. begitu juga Surah Al-Baqarah.
4.Surah tersebut mempuyai lafaz (Kalla)..di sebut kalimah ini sebanyak 33 kali dalam Quran.
5.Surah yang ada menyebutkan tentang kisah Adam dan Iblis. Begitu juga dengan Al-Baqarah.
6.Surah yang ada menyebut (ya iyyuhan nas).

* Madaniah

1.surah yang menceritakan tentang hudud dan faraidh.
2.surah yang menyatakan tentang jihad.
3.surah yang menyebut tentang orang munafiq.

tu jer la..info nie pun tak lengkap lagi nie..tulis ikut apa yang ingat jer..kalau salah tolong betul kan yer..