Friday, August 27, 2004 | By: cipthowiryawanchannel

Kenapa dengan manusia


Secretary Bird

Assalamualaikum....
Hari ni kira dalam masa 14 ker berapa ntah aku hidup dalam kegelapan....tapi itulah..Allah telah buat kita gelap dan kita dapat berfikir sesuatu...Allah hanya tarik sikit nikmat kita yang ada....iaitu letrik....tapi kita rasa memang dah tak sanggup untuk meredahi alam yang gelap. Manusia





Wednesday, August 25, 2004 | By: cipthowiryawanchannel

Betul ker tak

It's not the fault of the student if he fails,becausethe year ONLYhas 365' days.Typical academic year for a student:
1. Sundays-52, Sundays in a year, you knowSundays are for rest.Days left 313.
2. Summer holidays-50 where weather isvery hot anddifficult to study.Days left 263.
3. 8 hours daily sleep- 130 days GONE..Days left 141.
4. 1 hour for daily playing- (good for health)means 15days.Days left 126.
5. 2 hours daily for food & other delicacies(chewingproperly &swallowing)-means 30days.Days left 96.
6. 1 hour for talking (man is a social animal)-means15 daysdays left 81.
7. Exam days- per year at least 35 days.Days left 46.
8. Quarterly, Half yearly and festival(holidays)-40days.Balance 6 days.
9. For sickness- at least 3 days.Remaining days=3.
10. Movies and functions- at least 2 days.1 day left.
11. That 1 day is your birthday.How can you study on that day??????!!!!!!!!!!Balance = 0
"How can a student pass ?????"
Tuesday, August 24, 2004 | By: cipthowiryawanchannel

Olimpik dan diriku...

Asslamualaikum....
Olimpik sudah berlalu dengan jayanya....dan malaysia masih juga begitu..harapan yang kita harapkan dengan mudah di hancurkan oleh lawan yang lain...tetapi itulah negaraku...Malaysia. Apapun aku tetap mendoakan malaysia terus berjaya di Asia amnya..
Kehidupan ku di Qenitra selama beberapa bulan ini,kadang kadang mendapat keuntungan dan kadang kadang dapat kerugian juga. Sebabnya ::.
Keuntungan :.
  • Dapat merapatkan ukhuwah dengan pêlajar lain.
  • Dapat baca buku(Ada library persatuan).
  • Dapat belajar protokol persatuan.
  • Dan lain lagi.

Kerugian :.

  • Tak dapat nikmati cuit ngan berdikari.
  • Tak dapat ulangkaji pelajaran secara serius.
  • Tak dapat masak.
  • Dan tak lain lagi.

hehe

Semalam aku di jemput oleh datin duta besar malaysia ke maghribi untuk luch bersama dia..aku dengan 6 kawan yang lain bertolak dari rumah malaysia di rabat untuk ke rumah kedutaan pada jam 10.30 dan sampai di rumah kedutaan pada jam 11.15 pagi.

Kedatangan kami ke sana di jemput dengan baik oleh Mohammd pekerja di rumah kedutaan,dan di di rai oleh datin dan datuk di depan pintu rumah.hehe. Sebelum menghadap santapan,kami beramah mesra sambil di hidang karipap dan tea... gitu,cerita semua hal,samada berita malaysia dan morocco atau pun cerita pelajar sekali...secara konklusinya..datin memang freindship..tak tahu lagi...??

Pada jam 1.00 petang barulah kami menghadap santapan tengah hari. Dengan hidangan ikan bakar,terung masak kari,sambal ikan bilis,sayur campur,dan apa lagi..tak ingat...apapun nice semua nya sedap belaka..teriùma kasih buat pihak keluarga kedutaan.

Seleps jam dua petang,barulah kami selesai menyantap,dan kami mendirikan sembahyang zuhur di rumah kedutaan,selepas selesai sembahyang kami menyambung semula cerita bersama keluarga duta sambil melayan cerita melayu....di masa yang sama kami terpaksa melayan gelagat anak datin yang bernama hisyam..nice clever boys...

dan pada jam 5 petang kami kembali ke kenitra...hehhe...

Program yang akan menyusul :.

  1. majlis hari keluarga dengan kedutaan
  2. majlis hari kemerdekaan malaysia ke 47
  3. majlis ramah mesra dengan RTM
  4. majlis jamuan makan malam bersama kementerian pelancongan malaysia
  5. aku nak balik tetouan....RIindu.....

nice..

bye

Thursday, August 19, 2004 | By: cipthowiryawanchannel

Akhawat Malaysia



Ni pun pelajar malaysia kat morocco tapi perempuan,ada sorang dah balik mesia tiggal ni je lah...dua orang dari dalam gambar ni dah jadi isteri orang...semoga mereka bahagia hingga ke anak cucu...
berdiri dari kiri:
suriati,rohana,ibtisam,fatma.
duduk dari kiri:
shahrizan,azma,suhaila.
Ais Putih Department

Ayyam Thaqafiah 2


Assalamualaikum,
Semalam hari terakhir kursus ayyam thaqafiah,penat ada juga,untung dapat hal baru pun ada,sama sama dapat.
Jadi semalam perkumpulan kami dapat mengumpul semua pelajar Malaysia, best jugaklah sebab dapat berkumpul semua merapatkan kembali ukhuwah sesama kami dan anda semua.
jadi memperkenalkan lah semua sana tuh...
Berdiri dari kiri:
Adzam,saya,abah,harmi,dr.wifaq,naja,razizi,irdha,syam
Duduk baris kedua dari kiri:
adnan,ijam,sharif,ma'ki,nash,syed,asri,
Duduk baris depan dari kiri:
zaki,zul,salimi,khalid(pegang buah),azlan,dan boys.
Ais Putih Department
Monday, August 16, 2004 | By: cipthowiryawanchannel

Ayyam Thaqafiah



Assalamualaikum,
Hari ni hari pertama hari ayyam thaqafi...jadi betul betul otak aku tersentak dek ilmu yang datang secara mengejut ke benak otak aku. Tapi alhamdulillah aku dapat menguli ilmu tersebut kembali sebati denganthap pemikiran aku ketika itu...Tahniah buat diri sendiri...
Jadi tadi ada ceramah khas iaitu motivasi dari uncle aziz..seorang mortivator yang di segani oleh kami..ada baik nya juga buat motivasi di awal majlis ni kan..jadi kita kalau dah bermotivasi..secara automayiknya kita bersemangat....patut buat begini kalau ada nak buat majlis majlis biro tatanegara...
Selepas uncle aziz ada ceramah keduia dari ustaz saad...ceramah arab..aku yang baru di morocco ni masih mencarei erti sebenar apoa yang dia cakap..walaupun aku ada faham sket...tapi adalah baik sikit dari tak dak kan...aku akn mencuba improve dan improve diri aku....Semoga Allah membantu aku dalam misi ku kali nie.....
Esok ada program sambungan...so aku berharap ada pêrkara baru aku dapat..aku memfokuskan esok kepada cermah metodologi membuat bahas(tesis)..ini adalah aspek penting bagi kami di universiti di maghribi..kerana mereka menilai kita dari penulisan kita...apapun hal ini baik..sebab akan melatih kita mudah dalam membuat buku ...
Tu jelah..kepada semua kengkawan..semoga kita sihat walafiat...

Ais Putih Department
Friday, August 13, 2004 | By: cipthowiryawanchannel

Kerusi..


Kekadang hidup kita di penuhi dengan kegembiraan,dan kekadang dia diisi pulak dngan seribu dua ujian. Masa ni aku tengah rehat otak dekat kerusi yang sengaja di letakkan oleh pekerja Kenitra kat tepi sungai Kenitra. Sambil sambil menghirup udara segar,dan sesekali menjenguk masa depan yang tak tau apa cerita nya.

Program ringkas aku di hari jumaat ini:

  • Sarapan roti...
  • Mandi...
  • Sembahyang Jumaat...
  • Makan Tengah Hari...Ikan Masak Merah....
  • Internet....
  • Buat Kerja Terjemah yang Tak sudah...Syusahhhh...
    Ais Putih Department
Thursday, August 12, 2004 | By: cipthowiryawanchannel

Buah Tembikai...

Mekommmm
Kerja menterjemah Bosnia dan Herzegovina semakin hari semakin nak siap..sabar sabar lagi lah..bukan apa,aku menyedari juga,kekadang aku dapat juga faedah dari buku yang aku terjemah tuh,antaranya bahasa akau..dan cara menyusun ayat..Thanks Bang Zul atas cadangan suruh terjemah buku...
Hari kelmarin dan hari nie..boleh di katakan perut aku penuh ngan tembikai...tembikai murah 2 dirham..kira nak dekat 4 kilo kot...1 Ringgit Malaysia....tak jumpa kat mana mana...kecuali Morocco...hehehe
Program aku hari rabu
  • Bgn 6 pagi....
  • masak nasi goreng
  • just lepak di rumah hingga lepas makan lunch
  • jam 4 pm,bersiar siar di sungai kenitra
  • malam rehat sambil baca buku bosnia...

Program aku hari khamis

  • Bgn 8 pagi....
  • layan cd cd wayang....
  • sarapan hufz keras ngan jem rasa apa aku tak tau..
  • main CM 4
  • terjemah buku selama 30 minit...just dapat 2 perenggan..sedihhh
  • gi internet hinggalah siap aku post nie...kekkeke
Tuesday, August 10, 2004 | By: cipthowiryawanchannel

Darwin Dan Evolusi 3

Kepercayaan yang sedang kita perkatakan ini ialah suatu falsafah materialistik, yang mendakwa bahawa kebendaan wujud setiap masa dan tiada yang lain selain daripadanya. Teori Evolusi dianggap "asas sains" untuk falsafah materialistik ini, dan teori ini dipertahankan secara membuta tuli dalam usaha untuk menyokongnya. Tetapi kini, apabila sains sendiri telah menyanggah kebenaran teori ini, maka mereka terus menyokongnya hanya untuk mengekalkan kesinambungan materialisme ini.

Beberapa kenyataan yang ditulis oleh seorang saintis evolusi Turkey yang terkenal, dapat menunjukkan kepada kita bagaimana mereka membuat ketetapan yang keliru dan sesuka hati disebabkan oleh kesetiaan mereka (terhadap teori ini). Saintis ini membincangkan kebarangkalian berlakunya pembentukan Cytochrome-C sebagai suatu kebetulan. Cytochrome-C ialah enzim terpenting di dalam pembentukan suatu hidupan. Beliau menerangkan seperti berikut:

Kebarangkalian pembentukan sebuah rangkaian Cytochrome-C adalah mustahil. Iaitu, sekiranya suatu hidupan berkehendak kepada suatu rangkaian yang tertentu, dapat dianggarkan ia mempunyai kemungkinan yang sukar untuk terungkai sekali ke seluruh cakerawala. Melainkan, suatu kuasa metafizik yang di luar definisi kita telah mengaktifkan formasinya. Untuk menerima kenyataan ini adalah tidak secocok dengan matlamat sains. Oleh itu, kita terpaksa melihat kembali kepada andaian yang pertama.

Saintis ini mendapati ianya lebih saintifik untuk menerima kebarangkaliannya sebagai "mustahil" daripada mengakui bahawa ianya adalah suatu ciptaan. Tetapi berdasarkan undang-undang sains, sekiranya terdapat dua penjelasan alternatif berkaitan suatu peristiwa dan satu daripadanya adalah "mustahil" untuk direalisasikan, maka alternatif yang kedua diterima sebagai pandangan yang sahih. Namun begitu, ketaksuban saintis ini dengan dogma materialistiknya, telah menolak peranan seorang Pencipta Yang Maha Agung. Ini menyebabkan mereka menerima sesuatu yang berlawanan dengan sebab musabab.

Mereka yang mempercayai dan meyakini para saintis ini turut terpukau dan dibutakan oleh sumpahan materialistik yang sama dan terpengaruh dengan sumpahan yang sama ketika membaca buku-buku dan artikel-artikel mereka.
Pandangan dogma materialistik inilah yang menyebabkan sebahagian besar saintis ternama di dalam bidang ini adalah ateis (tidak beragama). Mereka yang bebas daripada sumpahan ini dan berfikiran terbuka, pastinya tidak akan teragak-agak untuk menerima kewujudan seorang Pencipta. Seorang pakar biokimia Amerika, Dr. Michael J. Behe, merupakan seorang saintis terkemuka yang menyokong "penciptaan bijaksana" (intelligent design) yang sejak kebelakangan ini mula diterima. Beliau menggambarkan para saintis yang menolak kepercayaan terhadap suatu "rekaan" atau "ciptaan" organisma hidup ini seperti berikut;

Lebih empat dekad, biokimia moden masih belum dapat mengesan rahsia sel. Ia menuntut berpuluh ribu orang untuk mengorbankan sebahagian hidup mereka untuk bekerja di dalam makmal-makmal yang membosankan. Hasil kumulatif ini adalah untuk mengkaji sel tersebut - mengkaji kehidupan pada peringkat molekul - ia amat jelas, ia adalah suatu "ciptaan". Natijah ini amat jelas dan penting yang mesti dicatatkan sebagai bahan penting di dalam sejarah sains… Selain daripada pelik, kebisuan yang memalukan mengelilingi kekompleksitian sebuah sel. Kenapa komuniti sains tidak segera menerima penemuan nekad ini? Mengapakah pemerhatian rekaan dikendalikan dengan sarung tangan intelektual? Dilemanya ialah bahawa apabila sebelah gajah dilabelkan oleh rekaan bijaksana, sebelah yang satu lagi pula pasti telah dilabelkan oleh Tuhan.
Ini adalah bahaya yang dibawa oleh para saintis evolusi yang berfahaman ateis yang sering kamu lihat di dalam majalah-majalah dan televisyen dan kamu mungkin telah membacanya di dalam berbagai-bagai jenis buku. Semua kajian saintifik telah membuktikan kewujudan seorang Pencipta. Tetapi sehingga kini, mereka masih dibutakan oleh dogma materialistik yang menyebabkan mereka terus menafikan kebenaran ini.

Mereka yang menolak keterangan dan bukti-bukti jelas daripada Pencipta ini menjadi sepenuhnya tidak peka. Terperangkap oleh ketidakyakinan kepada diri sendiri yang terkesan daripada sifat ketidakpekaan ini, akhirnya mereka mungkin akan menyokong suatu perkara yang mustahil sebagai sesuatu yang mulia. Satu contoh yang terbaik ialah seorang evolusionis yang terkemuka, Richard Dawkins yang menyeru kepada orang-orang Kristian supaya tidak beranggapan bahawa mereka telah melihat sebuah mukjizat sekali pun mereka telah melihat tugu Mariam Si Dara (Virgin Mary) melambai kepada mereka.

Menurut Dawkins, "Mungkin atom-atom tangan tugu tersebut telah bergerak pada arah dan masa yang sama - sebuah kejadian yang sukar untuk berlaku, tetapi tidak mustahil".4
Pemikiran orang-orang yang tidak beriman ini telah wujud di dalam sejarah. Di dalam al-Quran ia diungkapkan seperti berikut;

Dan jika Kami turunkan malaikat pun kepada mereka, dan orang-orang yang mati (hidup semula lalu) berkata-kata dengan mereka, dan kami himpunkan pula tiap-tiap sesuatu di hadapan mereka (untuk menjadi saksi tentang kebenaran Nabi Muhammad), nescaya mereka tidak juga akan beriman, kecuali jika dikehendaki Allah; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenar). (Surah Al-An'aam:111)

Ayat di atas telah membuktikan dengan jelas bahawa pemikiran evolusionis ini bukan sebuah jalan pemikiran yang asal, walaupun ia pelik pada mereka. Kenyataannya, apa yang dipegang oleh para evolusionis ini bukan sebuah pemikiran sains moden tetapi hanyalah sebuah pengingkaran yang telah dianuti oleh komuniti-komuniti orang-orang pagan* yang tidak bertamadun.

Pemikiran yang sama telah diterangkan di dalam ayat lain di dalam al-Quran:

Dan kalau Kami bukakan kepada mereka mana-mana pintu langit, kemudian mereka dapat naik melalui pintu itu (pada siang hari yang membolehkan mereka menyaksikan segala kenyataan yang ada).Tentulah mereka akan (mengingkari kenyataan yang benar itu dengan) berkata: "Hanya mata kami telah disilapkan penglihatannya bahkan kami adalah kaum yang telah disihirkan (oleh Muhammad)". (Surah Al-Hijr:14-15)
Monday, August 09, 2004 | By: cipthowiryawanchannel

Renungan Insani..

Assalamualaikum..kali ni aku kembali di hari isnin di minggu yang berlainan di bulan yang berlainan..tapi adakah kita dah berubah...tanya diri sendiri dan muhasabah lah diri..
Aku tak buat apa apa apa di sini,cuma hanya dalam proses membuat terjemahan buku Bosnia Dan Herzegovina.
program aku selama ahad dan isnin:
Ahad:
  • Bangun jam 6.30
  • Jam 8 Bertolak ke Kolej Kediaman Universiti Mohd 5 Rabat
  • Perlawanan bola sepak Malaysia dan Thailand. Result 0-2
  • Balik ke kenitra jam 1.00 petang
  • Makan tengah hari ayam masak merah dan sayur
  • Makan tembikai 14 + 10 kilo...Dua Biji...Kenyang...

Isnin

  • Bangun jam 9.00 pagi
  • Sarapan pagi roti canai malaysia
  • Main Cm4
  • Terjemah buku...

Darwin Dan Evolusi 2

Sebahagian besar masyarakat menerima segala yang mereka dengar daripada saintis sebagai sesuatu yang benar belaka. Tidak terlintas di fikiran mereka bahawa para saintis juga mungkin prejudis terhadap sesuatu fahaman atau falsafah. Fakta kebendaan yang dikemukakan oleh evolusionis kepada masyarakat umum melalui saluran sains, merupakan contoh yang jelas terhadap ketaksuban mereka terhadap suatu fahaman. Sebagai contoh, walau pun mereka menyedari bahawa kejadian yang berkecamuk tidak akan menghasilkan apa-apa melainkan kejanggalan dan kekeliruan, mereka masih mendakwa bahawa aturan, perancangan dan rekaan mengagumkan yang dapat dilihat pada alam dan hidupan telah terbentuk secara kebetulan.

Tambahan pula, seorang ahli biologi akan mendapati terdapatnya keseimbangan yang sukar difahami di dalam molekul protein yang menjadi blok pembinaan hidupan, maka amat mustahil untuk kita katakan bahawa ianya terjadi secara kebetulan sahaja. Lebih-lebih lagi, dia mendakwa protein ini berasal daripada kerak bumi yang primitif dan kemudian terkesan secara kebetulan berbilion-bilion tahun dahulu. Tidak cukup dengan itu; dia juga mendakwa tanpa ragu-ragu bahawa tidak hanya satu, tetapi berjuta-juta protein terbentuk secara kebetulan dan bercantum untuk membentuk suatu sel hidupan yang pertama. Lebih daripada itu, dia juga berterusan mempertahankan pendapatnya dengan kedegilan yang tuli. Individu ini adalah seorang saintis "evolusi".

Sekiranya saintis yang sama ini berjumpa dengan tiga bongkah bata bertindan di antara satu sama lain, ketika berjalan-jalan di suatu lorong, pasti dia tidak akan beranggapan batu bata ini telah bercantum secara kebetulan dan merangkak naik antara satu sama lain, juga secara kebetulan. Bukan itu sahaja, malah sesiapa yang membuat andaian seperti itu akan dianggap tidak siuman.

Bagaimana mungkin manusia yang dapat berfikiran rasional dalam kes-kes biasa seperti ini, tetapi berubah menjadi tidak waras apabila memperkatakan tentang kewujudan mereka sendiri?

Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa sifat ini diterima (secara tidak jujur) di atas nama sains; sains menuntut pengambilan kedua-dua alternatif untuk dipertimbangkan apabila terdapat dua kemungkinan yang berbeza di dalam suatu kes yang sama. Dan sekiranya suatu kemungkinan itu lebih rendah, seperti hanya satu peratus, maka secara rasional dan saintifiknya diambil alternatif yang lain, yang kebarangkaliannya adalah 99 peratus, sebagai alternatif yang sah.

Mari kita teruskan, dengan berpegang kepada asas saintifik ini. Terdapat dua pandangan yang boleh menjelaskan bagaimana kehidupan boleh wujud di muka bumi ini; (I) yang pertama ialah semua benda hidup ini telah diciptakan oleh Allah s.w.t di dalam bentuk struktur yang sempurna, (2) yang kedua ialah kehidupan ini terbentuk secara tidak sengaja atau secara kebetulan. Yang kedua ini adalah pendapat teori evolusi.

Jika kita lihat pada data-data saintifik, iaitu biologi molekul sebagai contoh, kita akan dapati bahawa tidak mungkin sebuah sel - walau hanya satu daripada berjuta-juta protein yang terdapat di dalam sel - dapat wujud secara kebetulan, sebagaimana yang didakwa oleh evolusionis. Seperti yang akan kami terangkan di dalam bab-bab yang seterusnya, perkiraan kebarangkalian juga telah membuktikannya beberapa kali. Oleh itu, pandangan evolusionis terhadap pembentukan hidupan mempunyai kebarangkalian sifar untuk menjadi betul.

Ini bererti pandangan pertama adalah seratus peratus betul. Iaitu kehidupan ini terjadi secara berencana (bukannya kebetulan). Atau dengan kata lain, ia telah diciptakan (oleh Allah). Semua benda hidup wujud dengan ciptaan seorang Pencipta Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Bijaksana dan Yang Maha Tinggi IlmuNya. Kenyataan ini bukannya suatu andaian, tetapi ia adalah suatu konklusi yang normal dan dapat diterima oleh akal fikiran, logik dan sains.

Dalam keadaan ini, para saintis evolusi sepatutnya menarik balik dakwaan mereka dan menyokong fakta yang telah dibuktikan ini. Jika tidak, maka ia menunjukkan bahawa dia adalah seorang individu yang mengorbankan sains untuk kepentingan falsafah, ideologi dan dogmanya , lebih daripada menjadi seorang saintis yang sejati.

Kemarahan, kedegilan dan prejudis saintis ini makin meningkat dan terus meningkat setiap kali dia berhadapan dengan kebenaran. Perangainya dapat dijelaskan dengan sepatah perkataan "kepercayaan" (atau keimanan). Tetapi ia hanyalah suatu kepercayaan yang membuta tuli, memandangkan tidak terdapat sebarang keterangan yang boleh diterima untuk membuktikan fakta-fakta yang hanya direka-reka di dalam imaginasinya sendiri.
Memang mengejutkan banyak pihak tentng mklumat ini..apapun tunggu informasi seterusnya..

BOSNIA DAN HERZEGOVINA 1


BOSNIA DAN HERZEGOVINA

Geografi dan kedudukan :-

Bosnia Herzegovina terletak di tengah Semenanjung Balkan,Bosnia Herzegovina terletak di tenggara Eropah berdekatan dengan Crotia di sebelah utara,dan di sebalah barat Bosnia Herzegovina terletak berdekatan dengan Serbia. Di sebelah selatan Bosnia Herzegovina adalah di kelilingi oleh gunung gunung dan di sebelah timur Bosnia Herzegovina adalah satu kawasan yang berketyinggian 20 kilometer dari aras Laut Adriatiki.

Bosnia Herzegovina adalah satu negara yang lemah dan miskin seperti negara Yugoslavia,Ini kerana Bosnia Herzegovina adalah satu negara yang hanya bertumpu kepada pertanian sahaja.

Bosnia Herzegovina di bentuk oleh orang-orang Islam, dan negara ini kebanyakannya diduduki oleh orang islam sebanyak 54%.Kemudian Croatia 18% dan Serb 28%.

Nama Bosnia Herzegovina terbahagi kepada dua bahagian iaitu,Bosnia dan Herzegovina :

Bahagian Pertama : Bosnia berdasarkan kepada Sungai Bosnia.

Bahagian Kedua : Herzegovina dinamakan pada kurun ke-15 selepas pemerintahan Herzik Stephen Noksic.

Dan nama Bosnia Herzegovina dikatakan berdasarkan kepada nama keturunan rakyat Bushnaq.

Terbentuknya kesatuan Yugoslavia kepada enam republik :

1. Serbia ibu negeranya Belgred.
2. Croatia ibu negaranya Zagreb.
3. Bosnia Herzegovina ibu negaranya Sarajevo.
4. Slovenia ibu negaranya Liubliana.
5. Mecedonia ibu negaranya Sukuvia.
6. Jabal Aswad ibu negaranya Titugred

Dan telah mengiktiraf kesatuan Eropah kepada Republik Croatia dan Slovenia pada 15 Januari 1992.Dan mengiktiraf Republik Bosnia Herzegovina pada 7 April 1992 selepas dipaksa untuk tidak menggunakan undang-undang islam,akan tetapi dipaksa untuk menggunakan undang-undang dunia.
Untuk episod Bosnia Herzegovina ni,itu sahaja untuk edisi pertama..tunggu keuaran seterusnya...
Saturday, August 07, 2004 | By: cipthowiryawanchannel

Darwin Dan Evolusi

Sebahagian masyarakat yang pernah mendengar tentang "Teori Evolusi" atau "Darwinisme", mungkin menyangka ia hanyalah sebuah konsep biologi sahaja dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan di dalam kehidupan mereka. Suatu kesilapan yang besar, kerana ia tidak hanya berkisar dengan kepentingan biologi sahaja, malah teori evolusi adalah suatu penyelewengan falsafah yang telah mempengaruhi ramai orang.
Falsafah ini adalah "materialisme", yang mengandungi kepalsuan tentang bagaimana kita datang (asal kejadian). Matlamat utama materialisme tiada yang lain melainkan kebendaan dan kebendaan itu adalah intipati segalanya. Bermula dari persoalan pokok inilah ia telah menolak kewujudan seorang Al-Khaled (Pencipta), iaitu Allah. Meletakkan segalanya pada status benda, anggapan ini menjadikan manusia satu makhluk yang hanya mengambil berat tentang kebendaan dan mengetepikan segala jenis nilai-nilai moral. Ini adalah permulaan sebuah tragedi yang akan menimpa kehidupan manusia.
Bahaya materialisme tidak hanya terhad kepada individu sahaja, tetapi ia juga akan menghancurkan nilai-nilai asas yang dipegang oleh sesebuah negara dan masyarakat, seterusnya membentuk sebuah masyarakat yang tidak berjiwa dan hilang sentivitinya, sehingga yang menjadi perhatian utama mereka ialah kebendaan. Memandangkan anggota sesebuah masyarakat itu boleh menerima fahaman-fahaman yang idea seperti semangat pejuangan, kecintaan kepada seseorang, keadilan, kemuliaan, kejujuran, pengorbanan, amanah, atau moral- moral yang baik, susunan masyarakat yang diasaskan oleh individu-individu ini telah ditakdirkan untuk dimusnahkan dalam masa yang singkat. Dengan sebab itu, materialisme merupakan satu daripada beberapa bahaya terhadap nilai-nilai asas politik dan masyarakat sebuah bangsa.
Satu lagi keburukan materialisme ialah anjurannya terhadap keganasan dan perbalahan yang menyerang sesebuah negara dan masyarakatnya. Komunisme, pegangan asas ideologi ini, adalah hasil daripada falsafah materialis. Ia berusaha untuk membasmi fahaman-fahaman suci agama sesuatu negara dan keluarga, ia mengandungi dasar ideologi bahawa setiap bentuk perbuatan-perbuatan yang terpisah secara langsung menentang struktur negeriyang bersatu.
Teori evolusi mengandungi asas saintifik materialisme yang menjadi sandaran fahaman komunis. Dengan merujuk kepada teori evolusi ini, komunis mencari kebenaran dirinya sendiri dan mendakwa bahawa ideologinya adalah yang paling tepat dan selamat. Sebab itulah, pengasas komunisme, Karl Marx, menulis untuk buku Darwin, bertajuk "The Origin of Species" yang membahaskan dasar teori evolusi, sebagai "… ini adalah buku yang mengandungi asas sejarah semulajadi untuk panduan kita". 1
Dengan sebab itu, setiap fahaman materialis, yang menjadikan idea-idea Marx sebagai rujukan, sesungguhnya telah musnah kerana teori evolusi telah dipatahkan hujahnya melalui kajian sains moden. Sains telah membuktikan kesilapan teori ini dan akan berterusan membuktikan kesilapan andaian materialis yang beranggapan bahawa kewujudan itu tidak lain melainkan suatu benda (jisim), dan membayangkan bahawa setiap kejadian itu terhasil daripada satu kejadian yang lebih awal daripadanya (berperingkat-peringkat).
Karl Marx sendiri menjelaskan bahawa teori evolusi menghasilkan dasar penuh materialisme dan juga komunisme. Beliau juga menunjukkan rasa simpatinya terhadap Darwin dengan menyebut di dalam bukunya yang dikira sebagai yang terbaik, Das Kapital. Di dalam edisi Jerman, beliau menulis; "Daripada peminat setia Charles Darwin".
Tujuan utama buku ini ialah untuk mendedahkan fakta-fakta saintifik yang menyanggah teori evolusi di dalam segenap lapangan dan memaklumkan kepada masyarakat tentang kepalsuan, penipuan dan tujuan sebenar "sains" (evolusi) ini, yang sememangnya telah jelas sebagai suatu fakta yang sesat.
Perlu ditegaskan di sini, bahawa para ahli evolusi tidak mempunyai jawapan terhadap buku yang sedang kamu baca ini. Dan mereka sendiri tidak akan sama sekali cuba untuk menjawabnya kerana ia hanya akan memudahkan masyarakat mengenal pasti kepalsuan teori mereka ini....

Bersambung selepas episod pertama Bosnia Dan Herzegovina...

Wodoo Info Cyber Cafe

Hermmm..aku pergi lagi kali ni ke cc nih. Aku tak tau nak buat apa hari ni,apapun aku tetap membuatkan diriku di tahap dan di landasan yang betul,lepas jer makan tengah hari,aku sembahyang zohor,pastu aku terus gi internet ngan nashreeq.

Pagi tadi aku buat terjemaan kitab pasal Bosnia,dan akan ku publishkan pada hari mendatang,tajuk dia:BOSNIA HERZEGOVINA:UMAT DI SEMBELIH,RAKYAT DI HAPUSKAN. Tunggu jer yer.

Secara ringkas kehidupan aku pada hari ini,

  • Bangun pada jam 5.30 pagi,semalam tidur awal...
  • Makan sarapan pagi jam 7.00,zulkarnain masak nasi goreng...
  • Main komputer cm 4..
  • Jam sepuluh buat teks pengerusi Ayyam Thaqafiah..
  • 10.30 makan roti canai,Abang Asri masak
  • Jam 11.00 tengok ka'sil aia lil umam akhir (Jepun vs China)
  • Jam 12.00 makan tengah hari,ikan goreng,sayur kacang goreng,dan sayur tak tau nama
  • Jam 2 ke internet woodoo

Malam ni aku tak tau nak buat apa lagi,mungkin sambung terus kerja aku menterjemahkan karya sasterawan Maghribi. Khas untuk kamu semua...

YM Stories::: buat conference ngan member sabahrhinos..Sabah layak ke msl musim depan...Buat conference ngan bebudak nakal Siti Nor Ain,Shalin,dan Nash





Thursday, August 05, 2004 | By: cipthowiryawanchannel

Hari Ku Kembali Dengan Visi

Hermmm....hari ni aku luangkan masa ku dengan adik adik ku dan kuarga aku berchatting dengan gembira,memang satu pengalamn indah di buatnya..Aturan Allah memang membawa kepada kebaikan kepada semua orang.

Tazkirah sikit sebelum ke cerita seterusnya :

Hukum Allah Di Jalan kan Di Malaysia..

Bagi sesetengah orang memang payah untuk memikirkan perkara nie,tetapi dari apa yang saya pikirkan dan apa yang saya dapat dalam pengajian saya di maghribi ini ialah semua nya boleh di lakukan.

Tetapi sebelum itu saya berkecuali dalam apa hal yang bersangkut paut dengan nya, Cuma apa yang saya dapat katakan,kalau kita beli komputer mesti ada stu buku di berikan oleh syarikat itu untuk petunjuk komputer tersebut. Dalam hal yang sama,Apakah tujuan buku ini di berikan? Tentunya ianya di berikan untuk petunjuk kepada bagaimana,untuk apa,dimana, untuk komputer tersebut. Tujuan utama buku ini ialah,supaya komputer kita betul tak rosak. Oleh hal itu, Dalam hukum Allah, Allah telah tetapkan hukum Allah secara zahir dan wajib di lakukan,tetapi kenapa ada penafian di sebalik itu. Kita berbalik kepada perumpamaan komputer dan buku petunjuk,Allah buat hukum nya,kemudia Allah turunkan Al-Quran sebagai petunjuk dalam menggunakan hukum Allah. Jadi apakah tujuan utama Al-Quran di turunkan,mestilah untuk kebaikan hukum Allah tadi tu.

Apapun terpulang kepada seluruh manusia lah menilainya...Apa yang penting saya berkecuali dalam segala hal yang bersangkut paut.

Tamat...

Ahhh, kembali semula,saya tepon kawan saya special nya bb uum,julia ukm,lola kisdar,oyong Maahad Tahfiz Wal Qiraat Sabah.

Semua mereka sihat...masing masing dengan programnya....semoga mereka bahagia...

Wednesday, August 04, 2004 | By: cipthowiryawanchannel

Qenitra Darus As-Saadah

aduhh...hari ini,hari hari ku,ku lalui dengan biasa,tanpa ada visi dan misi:

Aktiviti aku hari nie:

  1. kemas buku persatuan
  2. sarapan pagi (nasi goreng special from sabah)aku masak :p
  3. makan tengah hari (ikan tengiri masak merah,sayur campur)
  4. gi internet
  5. makan coklat

hehhee.....Ya Allah bantulah hamba mu ini orang yang berguna.




Tuesday, August 03, 2004 | By: cipthowiryawanchannel

Please Change,Change Please

Hari ni aku bangun awal sikit jam 8 pagi kalau tak silap lah, member yang lain semua bangun akhir dari aku..hehe..(takbur aku nih)..tak der lah..aku pun tak perasan bila diorang tidur,bila diorang bangun.

Semalam abang ijam selamat kembali ke enitra dari benua eropah pengembaraan selama 2 minggu di sana betul betul mengajar kita erti tamadun. macam macam cerita yang di kongsi..kengkadang tuh seronak bagai nak pergi jugak ke Eropah,kadang kadang ngeri bagai tak nak pulak ke Eropah. Tunggulah tahun depan. Insya Allah.

Aktiviti aku hari nie:

1. makan tengah hari (kari ayam,kobis masak sedap,nasik putih)
2. pergi bank,kuar duit 600 dirhams maghrib
3.tengok mubarah ka'sil umam lil asia (iran vs china) (jepun vs bahrain)
4.kongis pengalaman abang ijam gi eropah
5.dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung

Nice.....tu jer dulu......

Salamzzz
Sunday, August 01, 2004 | By: cipthowiryawanchannel

Di Mana Arah Kita Sebenarnya....

huhhhh....hari ni aku masih stay kat kenitra sebab aku dapat surat dari persatuan untuk tinggal terus di kenitra sebab ada majlis Ayyam Thaqafiah kat head quarters pelajar Malaysia di Morocco,Pada masa yang sama surat tu secara autoùatik melantik aku sebagai pengerusi pada majlis tersebut...serabut juga aku...tapi aku akan cuba buat yang terbaik untuk kerja aku yang pertama di persatuan...

selepas keberangkatan tiga orang pelajar mesia ke eropah minggu lepas,malam tadik aku di arahkan oleh member untuk angkat barang dia seberat 15 kilo...naik penat aku angkat barang tuh..aku pikir kalau aku bawa barang berat lagu tuh ke eropah ngan makan tak terurus(tak makan nasik)jalan jalan bawa beg berat..waihhh..tak larat jugak pikir....tapi aku nak pergi jugak rasanya...tahun depan kut....Insya Allah..selamat bahagisa abang seh dan abang lias..semoga perjalanan di berkati Allah...

Nak tunggu National day pulak neh....orang mesia dah sibuk kibar bendera kami sini nak kibar bendera apa pun tak tau hehhehe...aku harap kali ni mesia lagi bagus dia punya kerja..ke arah satu negara yang gemilang dari segala aspek...Insya Allah......

hermmmm..apa lagi aku nak cerita ni ahh...apapun bebaik lah kamu semua di mana jugak kamu berada....semoga Allah lindungi kita dengan berkat Nya dan segala-gala keistimewaan Nya...

Nice..Berbahagialah...

Assalamualaikum........