Tuesday, August 10, 2004 | By: cipthowiryawanchannel

Darwin Dan Evolusi 3

Kepercayaan yang sedang kita perkatakan ini ialah suatu falsafah materialistik, yang mendakwa bahawa kebendaan wujud setiap masa dan tiada yang lain selain daripadanya. Teori Evolusi dianggap "asas sains" untuk falsafah materialistik ini, dan teori ini dipertahankan secara membuta tuli dalam usaha untuk menyokongnya. Tetapi kini, apabila sains sendiri telah menyanggah kebenaran teori ini, maka mereka terus menyokongnya hanya untuk mengekalkan kesinambungan materialisme ini.

Beberapa kenyataan yang ditulis oleh seorang saintis evolusi Turkey yang terkenal, dapat menunjukkan kepada kita bagaimana mereka membuat ketetapan yang keliru dan sesuka hati disebabkan oleh kesetiaan mereka (terhadap teori ini). Saintis ini membincangkan kebarangkalian berlakunya pembentukan Cytochrome-C sebagai suatu kebetulan. Cytochrome-C ialah enzim terpenting di dalam pembentukan suatu hidupan. Beliau menerangkan seperti berikut:

Kebarangkalian pembentukan sebuah rangkaian Cytochrome-C adalah mustahil. Iaitu, sekiranya suatu hidupan berkehendak kepada suatu rangkaian yang tertentu, dapat dianggarkan ia mempunyai kemungkinan yang sukar untuk terungkai sekali ke seluruh cakerawala. Melainkan, suatu kuasa metafizik yang di luar definisi kita telah mengaktifkan formasinya. Untuk menerima kenyataan ini adalah tidak secocok dengan matlamat sains. Oleh itu, kita terpaksa melihat kembali kepada andaian yang pertama.

Saintis ini mendapati ianya lebih saintifik untuk menerima kebarangkaliannya sebagai "mustahil" daripada mengakui bahawa ianya adalah suatu ciptaan. Tetapi berdasarkan undang-undang sains, sekiranya terdapat dua penjelasan alternatif berkaitan suatu peristiwa dan satu daripadanya adalah "mustahil" untuk direalisasikan, maka alternatif yang kedua diterima sebagai pandangan yang sahih. Namun begitu, ketaksuban saintis ini dengan dogma materialistiknya, telah menolak peranan seorang Pencipta Yang Maha Agung. Ini menyebabkan mereka menerima sesuatu yang berlawanan dengan sebab musabab.

Mereka yang mempercayai dan meyakini para saintis ini turut terpukau dan dibutakan oleh sumpahan materialistik yang sama dan terpengaruh dengan sumpahan yang sama ketika membaca buku-buku dan artikel-artikel mereka.
Pandangan dogma materialistik inilah yang menyebabkan sebahagian besar saintis ternama di dalam bidang ini adalah ateis (tidak beragama). Mereka yang bebas daripada sumpahan ini dan berfikiran terbuka, pastinya tidak akan teragak-agak untuk menerima kewujudan seorang Pencipta. Seorang pakar biokimia Amerika, Dr. Michael J. Behe, merupakan seorang saintis terkemuka yang menyokong "penciptaan bijaksana" (intelligent design) yang sejak kebelakangan ini mula diterima. Beliau menggambarkan para saintis yang menolak kepercayaan terhadap suatu "rekaan" atau "ciptaan" organisma hidup ini seperti berikut;

Lebih empat dekad, biokimia moden masih belum dapat mengesan rahsia sel. Ia menuntut berpuluh ribu orang untuk mengorbankan sebahagian hidup mereka untuk bekerja di dalam makmal-makmal yang membosankan. Hasil kumulatif ini adalah untuk mengkaji sel tersebut - mengkaji kehidupan pada peringkat molekul - ia amat jelas, ia adalah suatu "ciptaan". Natijah ini amat jelas dan penting yang mesti dicatatkan sebagai bahan penting di dalam sejarah sains… Selain daripada pelik, kebisuan yang memalukan mengelilingi kekompleksitian sebuah sel. Kenapa komuniti sains tidak segera menerima penemuan nekad ini? Mengapakah pemerhatian rekaan dikendalikan dengan sarung tangan intelektual? Dilemanya ialah bahawa apabila sebelah gajah dilabelkan oleh rekaan bijaksana, sebelah yang satu lagi pula pasti telah dilabelkan oleh Tuhan.
Ini adalah bahaya yang dibawa oleh para saintis evolusi yang berfahaman ateis yang sering kamu lihat di dalam majalah-majalah dan televisyen dan kamu mungkin telah membacanya di dalam berbagai-bagai jenis buku. Semua kajian saintifik telah membuktikan kewujudan seorang Pencipta. Tetapi sehingga kini, mereka masih dibutakan oleh dogma materialistik yang menyebabkan mereka terus menafikan kebenaran ini.

Mereka yang menolak keterangan dan bukti-bukti jelas daripada Pencipta ini menjadi sepenuhnya tidak peka. Terperangkap oleh ketidakyakinan kepada diri sendiri yang terkesan daripada sifat ketidakpekaan ini, akhirnya mereka mungkin akan menyokong suatu perkara yang mustahil sebagai sesuatu yang mulia. Satu contoh yang terbaik ialah seorang evolusionis yang terkemuka, Richard Dawkins yang menyeru kepada orang-orang Kristian supaya tidak beranggapan bahawa mereka telah melihat sebuah mukjizat sekali pun mereka telah melihat tugu Mariam Si Dara (Virgin Mary) melambai kepada mereka.

Menurut Dawkins, "Mungkin atom-atom tangan tugu tersebut telah bergerak pada arah dan masa yang sama - sebuah kejadian yang sukar untuk berlaku, tetapi tidak mustahil".4
Pemikiran orang-orang yang tidak beriman ini telah wujud di dalam sejarah. Di dalam al-Quran ia diungkapkan seperti berikut;

Dan jika Kami turunkan malaikat pun kepada mereka, dan orang-orang yang mati (hidup semula lalu) berkata-kata dengan mereka, dan kami himpunkan pula tiap-tiap sesuatu di hadapan mereka (untuk menjadi saksi tentang kebenaran Nabi Muhammad), nescaya mereka tidak juga akan beriman, kecuali jika dikehendaki Allah; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenar). (Surah Al-An'aam:111)

Ayat di atas telah membuktikan dengan jelas bahawa pemikiran evolusionis ini bukan sebuah jalan pemikiran yang asal, walaupun ia pelik pada mereka. Kenyataannya, apa yang dipegang oleh para evolusionis ini bukan sebuah pemikiran sains moden tetapi hanyalah sebuah pengingkaran yang telah dianuti oleh komuniti-komuniti orang-orang pagan* yang tidak bertamadun.

Pemikiran yang sama telah diterangkan di dalam ayat lain di dalam al-Quran:

Dan kalau Kami bukakan kepada mereka mana-mana pintu langit, kemudian mereka dapat naik melalui pintu itu (pada siang hari yang membolehkan mereka menyaksikan segala kenyataan yang ada).Tentulah mereka akan (mengingkari kenyataan yang benar itu dengan) berkata: "Hanya mata kami telah disilapkan penglihatannya bahkan kami adalah kaum yang telah disihirkan (oleh Muhammad)". (Surah Al-Hijr:14-15)

0 comments: