Sunday, January 30, 2005 | By: cipthowiryawanchannel


Sektiar dunia hari ini,suasananya pasti beza.Bumi Iraq dalam proses pilihan raya.Tapi masih lagi menagih nyawa nyawa yang tak bersalah.

- "Iraqi men wait in a queue to cast their votes outside a polling station in the holy city of Najaf, January 30, 2005. Insurgents threatening an election day bloodbath killed at least over twenty people in a string of bombings and mortar attacks on polling stations in Iraq's first multi-party ballot in half a century. Photo by Faleh Kheiber/Reuters"

- "This is a historic moment for Iraq, a day when Iraqis can hold their heads high because they are challenging the terrorists and starting to write their future with their own hands," he told reporters.

- Syukur kita kepada Allah,Malaysia masih lagi aman dan damai.Tapi ini bukanlah lesen untuk kita tidak mengingat nasib negara lain.

- Untuk pejuang palestin,teruslah dengan semangatmu.Biarlah jasadmu tidak melepasi tembok tembok yang tercipta dari mimpi mimpi gusar sang musuh.Kerana satu hari nanti kau pasti akan melepasi segala apa yang menghalang mu dengan jiwa mu yang menyala.
Friday, January 28, 2005 | By: cipthowiryawanchannel



Malam ini,tika bunyi serangga bermaharaja lela,sedang lena bakal bertamu,aku berjalan dikegelapan,bersama sejuk sejuk yang tertikam,sambil di suluh lampu lampu jalan yang masih tidak segan menjamah kesejukan yang pekat.

Aku meneruskan langkah kaki hingga aku sampai au café de cyber pour surfer l'Internet et pour éditer mon blog

Huh..Ujian menanti ku esok..Apa yang pasti,100% persediaan belum tercapai untuk memuat turun kalimah "aku bersedia" di dalam diriku.Berehat.Itulah yang di julang tika diriku di ulit kepenatan.Terlalu zahir diri ini terlalu lemah berbanding Nya.

Riang.Gembira.Itulah yang di hasilkan dari peti suara beberapa budak kecil di hadapan rumah ku tika salji turun buat pertama kalinya di Tetouan.Anak malaysia pastinya tidak melupakan saat ini.Mungkin patut bersyukur kerana menjadi antara timbunan manusia yang terlibat menikmati salji turun buat pertama kali di Tetouan.

Di sebalik rahmat yang di hamparkan oleh Nya untuk hamba-hamba Nya,mungkin masih ada yang lupa pada Nya,Masih lalai pada Nya.Tetapi pintu taubatnya masih terbuka luas,Ohh..betapa agungnya kerahmatan Mu.Rugilah bagi orang orang yang masih tidak dapat melihat keadaan ini yang masih lagi di liputi awan awan maksiat.

Hayatilah Kalimah Basmallah,Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Insan itu bijak,insan itu kaya,insan itu bercinta,insan itu miskin,insan itu sombong,insan itu...begitulah banyaknya sifat yang boleh di kalsifikasikan pada insan.

Hati insan bagaikan kertas putih,terlalu mudah untuk di conteng.Hati insan bagaikan kaca,terlalu mudah untuk di pecahkan.

Atau..

Biar saja kertas itu di conteng!! biar ianya penuh dengan dakwat dakwat kehitaman!!!biar saja ianya di pecahkan!!!biar ianya bercerai!!!

Bagaimana menjaga kertas itu dari di conteng?Bagaimana menjaga kaca itu dari di pecahkan?

Aku mohon pada cahaya Mu,Aku mohon petunjuk Mu...aku mohon..mohon dengan sangat...

* au café de cyber pour surfer l'Internet et pour éditer mon blog:at cyber cafe to surf internet and edit my blog
Thursday, January 27, 2005 | By: cipthowiryawanchannel



Pepagi lagi dah bangun,house mate aku semua di ulit angin mediteranian yang menyusur halus dari celah celah ruang membuatkan kengkawan aku terus dibuai mimpi indah.Aku keluar dari rumah selepas mengambil sarapan.

Amanah yang diberikan pada aku hari ini ialah memasak,walaupun terbit bibit bibit kemalasan jauh di dalam hati ku.Jadinya tujuan asal aku untuk keluar rumah seawal pagi ialah untuk masuk ke tengah tengah lapangan Markaz At-Tijari masyarakat Tetouan.

Tak sampai pun ke pasar,aku terpesong ke internet.hehe..

Aku tak rasa selesa seperti biasa hari ni,perubahan cuaca?winter lagi skang nie.Terasa Allah menarik sekelumit dari nikmatnya dari ku,terasa betapa hinnya diri ini.

Teringat pesan guru ketika masih lagi di kaki gading,petah berhujah.Semangat.Hanya semata mata ingin melihat anak anak angkatnya berjaya sampai ke menara gading.Tika telinga ku dihamburkan dengan pesanan pesanan guru dalam episod mencari ilmu Nya,terpegun dengan kata kata kata yang berbunyi:Bila tiba pada kamu ujian dari Nya,maka sifat tabahlah yang kamu dahulukan,kerana pahalanya pasti terlalu besar untuk orang orang yang sabar.

Ulasnya lagi,Saat ini,Tika ini,Ramai manusia yang tidak tahu!!!Andainya manusia tahu,betapa besar pahala ujian ketika di dunia,pasti kelak di alam yang agung,manusia yang selesa di dunianya,akan bertanya;Ya Allah,kenapa ketika aku di dunia,tidak engkau berikan padaku ujian seberat berat ujian?

Dan pagi ini,aku merasa nikmat yang diberikan di ambil sedikit oleh Nya,Aku berharap dapat menghadapinya dengan bahagia,mengingati besarnya pahala yang di janjikan Nya.

Sekian..

Wassalam..



Wednesday, January 26, 2005 | By: cipthowiryawanchannel




Rabu 25 disember..ais putih tak buat apa apa..cuma duduk diam kat umah..kemudian masuk lagi ke office nie(internet) cari benda tuh,benda nih..tukar template blog sehingga lah seperti sekarang nie.

Selepas berapa tahun berpisah yer?tepat jam 10.30 waktu malaysia,ais putih dapat bersua semula dengan kawan lama ais putih di ruang chat yahoo mesengger nie.Thanks.Dia nie skang nie kat UKM ambil ijazah pendidikan. Kami bercerita apa yang patut.Sebelum terlupa "dia" adalah sorang perempuan bekas teman istimewa. Tapi bukan sekarang dan bukan untuk akan datang..cuma kisah silam..biar takdir menentukan semua ini kot.

Kenapa dia bercerita tentang wayang "All About Eve"? Di katakan kisah perjalanan story nie sama ngan kisah perjalanan kami?Bingung.Serba Salah.Sayu.

Yang penting pengalaman telah mengajar aku untuk tidak terburu-buru.Kena fokus untuk study aku dulu.Cukuplah aku berkawan tika ini.Kena ikut cakap Mak Ayah,kerana merka lebih tahu apa yang baik dan buruk untuk kita.Walaupun kadang kadang kita di beri mandat penuh untuk memilih.Tapi ketika itulah kita kena ingat padaNya agar apa yang di buat sentiasa berada di atas susur galur Keimanan dan Keredhaan Nya.

Kawan sekuliah aku (arabians) pernah kata kat aku "Jodoh itu seperti mati,tak tahu bila dia datang,bila dia pergi". Kalau fikir sana sini,ianya memang betul.Jodoh dan Mati hanya Allah sahaja yang tahu,Jodoh boleh dicari,tetapi kalau tak di redhai oleh Nya ianya takkan jadi,Begitu juga mati,mati boleh dicari,kalau tak diizinkan oleh Nya,terjun dari KLCC pun tak mati.Begitulah seterusnya..mungkin pembaca lebih tahu untuk menginterprestasikan hal ini.

Tapi aku masih bersyukur,kerana kami masih berkawan hingga kini,Semoga Allah memberkati persahabatan kami,Janganlah persahabatan kami diiringi dengan dendam dan benci hanya kerana benda yang remeh sebegini.Tidak perlulah aku menagih kudrat intelektualisasi hanya untuk menyelesaikan benda ini.Na'uzubillah Min Zalik..

Without friends no one would choose to live,though he had all other goods.(Aristotle)

Kepada kengkawan ais-putih mahupun tua dan yang muda dari saya,saya hargai kamu semua.Semoga persahabatan kita terus bernaung di atas titik titik keimanan dan terikat di ranting ranting silaturahmi di pohon pohon keikhlasan.

Sekian..

Wassalam..



Monday, January 24, 2005 | By: cipthowiryawanchannel




Teks dari freindster.com..

Parlimen meLULUSkan pengharaman pemakaian tudung di IPTA/S!!!

Message: Isu pengharaman pemakaian tudung di IPTA dan IPTS di malaysia. ahli ahli parlimen
negara sudah mendapat kata sepakat bagi mengharamkan pemakaian tudung bagi pelajar wanita di ipta dan ipts di malaysia ini berikutan dengan faktor faktor
kesihatan.ini kerana pelajar pelajar wanita yang memakai tudung ini didapati kurang mendapat prestasi yang agak cemerlang.kenyataan ini juga disahkan oleh pakar-pakar di hospital selayang
yang membuat kajian terperinci pemakaian tudung ini.mereka berkata tudung ini
akan menyebabkan pengedaran udara yg kurang dan menyebabkan kepala yg melindungi otak
akan menjadi kurang segar dan akan menjadikan otak mereka tidak aktif seperti pelajar-pelajar yg tidak memakai tudung. jadi bagaimana isu ini boleh berlaku topik ini sengaja ditulis dan hanya disiarkan kecil sahaja di bahagian muka surat yg sekiranya tidak deteliti tidak akan nampak.adakah kerajaan malaysia takut akan hal ini.yang dulu begitu marahterhadap singapura yg memberhentikan 2 org murid perempuan kerana memakai tudung ke sekolah.ape susah jadi dengan isu ini diam begitu sahaja kan.sekarang ape sudah jadi paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih. sekranag malaysia sanggup mengHARAMKAN pemakaian tudung

pihak JAKIM juga tidak dapat berbuat apa apa dengan isu ini.ini kerana semuanya terletak di
tangan menteri menteri di malaysia.bagaimana pula dengan Pak Lah yg selalu menjadi imam di masjid masjid adakah die juga bersetuju dengan isu pengharaman pemakaian tudung ini.jadi
bagaimana seorang imam boleh setuju tentang pengharaman pemakaian tudung ini.

bagi pihak universiti islam antarabangsa malaysia (UIAM).international islamic university malaysia (IIUM) juga hanya menunggu dan lihat sahaja apa yang akan terjadi.universiti ini dahulu yg mewajibkan setiap pelajar wanitanya memakai tudung apabila memasuki kawasan universiti kini hanya mengambil endah tak endah sahaja

mengapa MALAYSIA sekarang ini.MALAYSIA yang dulunya dikenali kerana agama rasminya
adalah agama islam.kini boleh mengharamkan pemakaian tudung di malaysia yang kita semua
sudah maklum sebagai seorang wanita islam wajib memakai tudung.

isu ini sengaja tidak digembar gemburkan agar tidak mahu berlaku kekecohan ataupun ape ape
reformasi.pihak media massa seperti TV juga tidak mahu mengambil inisiatif bagi membetulkan
semua ini.

adakah malaysia sudah lemah....

pihak menteri juga sudah mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian tudung ini di
semua IPTA dan IPTS dan juga akan menghantar notis ini ke sekolah sekolah.pihak menteri juga telah menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus antara jenis tudung yang tidak boleh dipakai ialah:-

1)TUDUNG SAJI
2)TUDUNG PERIUK
3)TUDUNG TERMOS
4)TUDUNG CAT

dan bagi jenis TUDUNG BOTOL yang selalu
menjadi permainan murid sekolah masih di dalam
pemerhatian.
***p/s***

mula aku nak marah dah baca teks nie...sebab ingat dah betul..rupanya cuma lawak yang boleh membuatkan seseorang tu membuat dosa kerana mengatakan sesuatu kepada pihak kerajaan sedangkan benda tu tak dak...tak baik..tak baik..
Thursday, January 20, 2005 | By: cipthowiryawanchannel




Aidil Adha...

- Ais-putih akan bermusafir ke Tanger untuk meraikan aidil adha bersama sahabat arab.
- Kedutaan Malaysia Ke Maghribi akan membuat korban seekor lembu.
- Semoga korban yang di buat di terima Allah S.W.T
- Semoga ibadah haji umat islam yahun ini diterima oleh Allah
Tuesday, January 18, 2005 | By: cipthowiryawanchannel



Assalamualaikum..

Selang beberapa hari lagi,umat Islam seluruh dunia akan menyambut Aidil Adha,Bagi umat islam yang sedang menjalani ibadah haji di Mekah Al Muqarramah, 10 Zulhijjah adalah kemuncak dalam susur galur ibadah haji.

Di morocco khasnya,masyarakat negara ini akan membuat korban sempena Aidil Adha yang menjelang tiba. Keadaannya sungguh berbeza dengan malaysia,boleh di katakan setiap rumah akan membuat korban sempena Aidil Adha nanti.

Banyak artikel yang akan memperkatakan tentang korban dan sebagainya yang berkaitan dengan perayaan yang bakal menjelma nanti..Marhaban Ya Aidil Adha.

Jadinya kali ni,saya ingin membuat pengisian ringkas tentang keajaiban Al-Quran sebagai kesinambungan pencarian saya mengenai ilmu ini (I'jaz Al-Quran).

Telah berfirman Allah S.W.T dalam Al-Furqan mengenai Surah yang di mulai dengan huruf-huruf mufradah (misal: Alif Laam Miim) didalam surah berikut:

Al-Baqarah,Ali Imran,Al-A'raf,Yunus,Hud,Yusuf,Ar-Ra'ad,Ibrahim,Al-Hajr,Maryam,Toha,As-Syu'ara,An-Naml,Al-Qasas,Al-Ankabut,Ar-Rum,Luqman,As-Sajdah,
Yaasin,Sod,Ghafir,Fussilat,As-Syura,Az-Zukhruf,Ad-Dukhan,Al-Jasiah,
Al-Ahqaf,Qaf,Al-Qalam.

Dan adalah bilangan surah yang dimulai dengan huruf huruf mufradah sebanyak 29 surah seperti apa yang telah tersebut di atas.

Dan I'jaz Qurani dalam huruf huruf mufradah ini ialah:

1. Bilangan surah yang di mulai dengan huruf huruf ini ialah sebanyak 29 surah,dan adalah ianya bertepatan dengan bilangan huruf hija'iah arab sebanyak 29 huruf.

2. Bilangan huruf huruf mufradah dalam Al-Quran jikalau dikira ianya bersamaan sebanyak 78 huruf. Dan adalah surah pertama yang telah diturunkan oleh Allah kepada Rasulnya iaitu surah Al-Alaq.Dan jika kita kira pada bilangan huruf dalam surah Al-Alaq,adalah jumlah bilangan huruf dalam surah Al-Alaq berjumlah 78 bertetpatan dengan bilangan hurf hurf mufradah di dalam Al-Quran.

3. Huruf huruf dalam huruf huruf mufradah merangakumi pada huruf (Alif,Laam,Miim,Sad,Ra',Kaf,Ho',Ya,Tho',Siin,Ha,Qaf,Nuun) iaitu sebanyak 14 huruf. Dan bilangan ini bertepatan dengan bilangan surah yang dimulai dengan huruf huruf mufradah dan tidak termasuk yangberulang sebanyak 14 surah (Al-Baqarah, Al-A'raf,Yunus, Ar-Ra'ad, Maryam, Toha,As-Syu'ara, An-Naml, Yaasin, Sod,Ghafir, As-Syura, Qaf, Al-Qalam.

Cuba praktikkan dengan sendiri di rumah atau di mana mana.Semoga sahabat sahabat dapat merasa sendiri bahawa besarnya kuasa Allah disisi kita.

P/S: Ais-Putih akan bermusafir ke Tanger untuk merayakan Aidil Adha bersama sahabat Morocco (Syukran Ibrahim).

Selamat Hari Raya Aidil Adha Kepada Semua Penganut Agama Islam Di Seluruh Dunia Umumnya,Dan Kepada Semua Pelajar Di Malaysia Dan Di Luar Negara Khasnya.Kullu Am Wa Antum Bikhair.
Friday, January 14, 2005 | By: cipthowiryawanchannel



Assalamualaikum,

+ Exam n Result

- Exam dah selesai..Alhamdulillah
- Ada yang susah,Ada yang senang
- Sedang tunggu keputusan keluar pula

+ French Language

- Thanks Monsieur Chaoui
- Asian student di kecualikan dari mengambil exam
- Free marks 5/10..Lulus

+ Masak

- Aku kena masak hari nie
- Nak masak mee sup ayam goreng..ngan begedel(eja betul ker?)

i. Ilmu Tasawuf;
ii. Ibadah yang berkesan;

Latihan praktikal untuk mendapatkan sifat-sifatyang baik.

Ilmu Tasawuf itu gunanya untuk menolak ilmu-ilmu syaitan dan nafsu yang dibisikkan agar manusia berdengki.

Maka ilmu tasawuf yang dimiliki akan menangkis dengki dengan katanya:

"Dengki itu sifat keji. Orang dengki ertinya orang jahat. Allah tidak terima sembahyang si dengki. Orang yang berdengki ertinya tidak senang dengan takdir Allah. Orang dengki akan dibenci orang. Susah di dunia, susah diakhirat."

Ibadah yang berkesan pula akan meninggalkan iman di hati. Iman itu ialah rasa cinta kepada Allah, gerunkan Neraka dan rindukan Syurga.

Bertambahnya rasa takutkan Neraka Allah itu, akan membunuh rasa-rasa jahat yang di
cetuskan oleh nafsu. Manusia itu jadi takut untuk sombong, berdendam, bakhil, buruk
sangka dan lain-lain.

Seterusnya langkah-langkah praktikal untuk membuang mazmumah dan memasukkan
mahmudah perlu diberi perhatian serius bagi sesiapa yang bercita-cita mendapatkan
pangkat solehah.

Antara langkah-langkah praktikal itu:

1. Melaksanakan sifat baik yang ingin dicapai, sekalipun desakan dari dalam begitu kuat
menghalang kita daripada memberi sumbangan; maka kita berikan juga harta yang
disayangi itu. Demikianlah yang lain-lain.

2. Bertaubat dengan keterlanjuran dan kegagalan mujahadah.

3. Berdoa kepada Allah untuk mendapatkan tingkatan nafsu mutmainnah (nafsu yang tenang).

Keseluruhan panduan, tunjuk ajar dan ilmu serta didikan dalam mujahadah ini diharapkan
dapat memandu kita untuk mujahadahtunnafsi. Prosedur ini cukup penting bagi mendapatkan
akhlak mulia terhadap Allah dan terhadap sesama manusia.

Dengan akhlak inilah kita akan menjadi bangsa yang agung. Moga- moga Islam dan umatnya dapat kembali bertapak, mengulangi sejarah kegemilangan buat kali kedua.
Sunday, January 09, 2005 | By: cipthowiryawanchannel



Maklumat yang diberikan di dalam Al-Qur'an mengenai tamadun mesir purba mendedahkan banyak fakta-fakta sejarah yang tidak dapat disingkap sehingga akhir-akhir ini. Fakta-fakta ini juga menunjukkan kepada kita bahawa setiap perkataan di dalam Al-Qur'an telah diturunkan oleh Maha Tinggi Bijaksana.

Haman adalah satu watak yang namanya disebut di dalam Al-Qur'an, bersama-sama dengan Firaun. Watak ini dirakamkan di dalam 6 tempat yang berbeza di dalam Al-Qur'an. Sebagai seorang yang paling kanan kepada Firaun.

Apa yang mengejutkan, nama Haman tidak pernah disebutkan di dalam kitab Taurat yang berhubung dengan sejarah kehidupan nabi Musa a.s. Bagaimanapun, nama Haman disebutkan di bahagian terakhir dalam kitab perjanjian lama sebagai pembantu kepada seorang raja Babylon yang menimpakan banyak kezaliman kepada bangsa Israel lebih kurang 1.100 tahun selepas era Nabi Musa.

Segolongan penganut non-muslim, yang mendakwa bahawa nabi Muhammad s.a.w menulis Al-Qur'an dengan menyalin dari kitab Taurat dan Injil, juga menegaskan bahawa sewaktu proses ini Nabi s.a.w memindahkan beberapa subjek berkaitan yang terdapat di dalam kedua-dua kitab ini ke dalam Al-Qur'an secara tidak tepat.

Kemustahilan dakwaan-dakwaan ini akhirnya terdedah hanya setelah alpabet hiroglifik bangsa mesir berjaya ditafsirkan kita-kira 200 tahun lalu, dan nama Haman ditemui di dalam tulisan-tulisan purba.

Misteri hiroglifik mesir purba akhirnya berjaya diselesaikan pada tahun 1799 dengan penemuan sebuah batu bersurat yang dinamakan 'Rosetta Stone' .

Saturday, January 08, 2005 | By: cipthowiryawanchannel


Assalamualaikum

+ Sudah selesai exam..

• Tarikh Umawiyah
• Ulum Hadis
• Tarikh Fatimiyun

+ Separuh selesai exam..

• Teqniyat Ta'bir Arabi
• Tarikh Sadr Islam
• Tarikh Abbasiyun
• Fiqh Muamalat
• Ulum Quran Wa Nusus Quran
• Usul Fiqh

+ Tak Selesai lagi exam

• Komputer
• Muaris
• Nusus Hadis

+ Waiting List..

• France Language
• Assignment Taswir Fanni Fil Quran

Huh..minggu yang nak kata tak der aktiviti..ader gak aktiviti nyer..nak kata ader..macam tak der..

Apapun aku nak kongsi sikit ngan korang mengenai exam France aku dan semua student asia kat universiti aku..tepat jam tiga gitu kut..orale France di jalankan..semua pelajar arab beratur nak masuk cepat..kami puak asia sengaja mengambil masa yang terkemudian..dan aku tetibe jer nak masuk awal ngan student mesia yang lain(lambaian andalus dan khalid) dan kami pun menyibukkan diri untuk masuk dulu...ntah tetiber..Monsieur Choui kata..semua asia tak payah ambik exam France..aikss..biar betul monsieur sorang nie..tak pasal kosong jer markah kite ni karang..lambaian andalus pun bertanya untuk menta'kid kan(memastikan) keadaan ini..dan monsieur ni pun kata..tak per…student asia tunggu dulu..nak tanya ke department islamic studies..hehee..rahmat untuk asia students..kekeke..biasanya kalau keadaan ni berlaku..kami akan dapat markah free untuk lulus..atas alasan asia tak guna bahasa France sebagai bahasa..tapi tu pun kena tunggu minggu depan plak..hehe..

Tu jerk kut untuk kali nie..

Sekian..

Tuesday, January 04, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

Assalamualaikumm...

+ Tak dapat buat entry baru...

+ Tengah Imtihan...

+ Insya Allah nanti buat entry baru...

+ Doakan saya berjaya...

Sebagai Pedoman dan Pelita Hidup...

1) Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik. "Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka." Ada yang bertanya kepada Rasulullah;"Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi2 wanita" -Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya. "Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.

6) Ramai orang soleh meninggal dunia. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di muka bumi,maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yangtidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" -Riwayat Ahmad

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. "Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. "Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." -Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda2 telah hari kiamatialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannyaseperti telanjang".

10) Bulan sabit kelihatan besar. "Di antara tanda2 telah dekatnya harikiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita. "Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. "Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." - Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai2" -Sahih Muslim