Saturday, October 16, 2004 | By: cipthowiryawanchannel
Assalamualaikum...
Sempena bulan ramadhan mubarak ini,saya mengumumkan kurangnya kegiatan saya untuk mengedit blog saya ini. Dan saya akan kembali pada satu masa yang akan di beritahu kelak.
Semoga rahmat Allah turun kepada kita semua,tambahilah ibadah sempena bulan mulia ramadhan ini. Sekian..
Wednesday, October 13, 2004 | By: cipthowiryawanchannel

OIC...Di Pandang kah mereka?


Assalamualaikum...

Diari 13 Okt 2004

+ Pelajar baru dari Sabah dah sampai pada jam 7.30 pagi waktu Morocco...Alhamdulillah...

+ Kebanyakan Prof ambil cuti bulan Ramadhan...Kelas terbantut lagi...

+ Tauqit kuliah di ubah sempena bulan Ramadhan...

+ Aku hidup seperti biasa hari ini...tiada apa apa berlaku...semuanya dalam keadaan sihat...

Cuma aku rasa nak sambung semula keajaiban Al-Quran dari segi adadiah atau bilangan. Kali atas tajuk lain,tapi sudah cukup untuk kita memikirkan kebesaran Allah dan menyebut tasbih pujian ke atas Nya.

1. Surah Yusuf dan nombor 12.

Surah Yusuf menceritakan tentang Nabi Allah Yusuf Alaihis Salam bersama saudara-saudaranya seramai sebelas orang saudara,dan termasuk Nabi Yusuf Alaihis Salam seramai dua belas orang.

Dan mereka ini tergolong di dalam kaum Bani Israel yang juga terbahagi kepada dua belas suku kaum.

Firman Allah S.W.T:

Dan mereka kami bahagikan menjadi 12 suku yang masing masing berjumlah besar dan kami wahyukan kepada musa ketika kaumnya meminta air kepadanya:"Pukullah batu itu dengan tongkatmu", maka memancarlah 12 mata air,sesungguhnya tiap tiap suku mengetahui tempat minum masing masing.( Al-A'raf : 160 )

Dan yang ajaibnya di dalam surah Yusuf Alaihis Salam,adalah surah yang ke dua belas mengikut urutan dalam mushaf.

Kemudian separuh yang pertama dalam Surah Yusuf terletak dalam juzu' dua belas dalam mushaf.

Khulasah....

+ Nabi Yusuf mempunyai 12 adik beradik.

+ Suku Kaum Bani Israel Mempunyai 12 suku(Kaum Nabi Yusuf).

+ Surah Yusuf terletak pada surah yang ke 12 dalam mushaf.

+ Separuh yang pertama adalah juzu' dua belas.

Subhanallah maha suci Allah...

Sekians....






Tuesday, October 12, 2004 | By: cipthowiryawanchannel


Assalamualaikum...

Hari nie..room mate aku bermusafir ke Mohammedia untuk menyambut pelajar baru yang akan kunjung tiba pada 13 oktober ini. Maka aku tinggal keseorangan bersama kawan umah aku yang satu lagi khalid..tu pun umah dah sunyi...tension....apapun kita terus menulis blog kita supaya terus berseri..

Ijaz Adadi Dalam Takbir Azan..

Terjemah dari Majalah Ayat. Karya:Doktor Ma'mun Abu Hadar

Sesungguhnya dimulakan Azan dengan takbir (Allahu Akbar) :

Allahu Akbar Allahu Akbar # Allahu Akbar Allahu Akbar

Dan muazzin akan menyebut sebanyak 4 kali takbir,dan di sudahi azan dengan takbir dan tahlil

Allahu Akbar Allahu Akbar # La Ilaha Illa Allah

Kali ini muazzin menyebut dua kali takbir.

Maka dengan itu,jumlah takbir yang di sebut di dalam azan ialah sebanyak 6 kali takbir.

4 + 2 = 6 Kali Takbir

Apakah makna dalam hubungan jumlah 6 dala azan?

Sesungguhnya adalah sesuai penciptaan bumi dan langit itu,seperti apa yang tersebut di dalam Al-Quran di Surah Al Fussilat ayat 9,10,11,12.

Dan ayat ini adalah ayat yang menceritakan tentang penciptaan Alam Semesta.

Allah telah menciptakan bumi ini selama empat hari seperti dalam Firman Nya:

Dan Dia ciptakan bumi itu,gunung gunung yang kukuh,Dia memeberkatinya dan dia menentukan padanya kadar kadar makanan dalam masa empat hari,penjelasan bagi orang yang bertanya(Al-Fussilat:10)

Dan Allah telah menciptakan langit yang tujuh itu dalam masa dua hari sahaja.Firman Allah S.W.T:

Maka Dia jadikan tujuh langit dalam masa dua hari sahaja.(Al-Fussilat:12)

Maka kita dapat lihat disini,bahawa Allah telah menciptakan bumi selama empat hari dan langit selama dua hari.

4 + 2 = 6 Penciptaan Alam Semesta

Dan kalau kita lihat ayat ayat yang menceritakan tentang penciptaan bumi dan langit ini dalam Surah Al-Fussilat ayat 9,10,11,12 itu tadi di tambahkan:

9+10+11+12=(42)<---Kita pecahkan untuk di tambahkan.

(4 + 2 = 6)<---Bilangan hari penciptaan Alam Semesta

Subhanallah,Maha suci Allah yang maha kuasa lagi maha mengetahui...

Maka takbir sebanyak enam kali dalam azan juga membawa makna agar kita memikirkan kekuasaan Allah S.W.T

Semoga keimanan kita bertambah hari ke hari,dan jauhilah perkara perkara yang mungkar...

Sekian untuk hari ini...


Sunday, October 10, 2004 | By: cipthowiryawanchannel


Assalamualaikum...

One must have a good memory to be able to keep the promise one makes.
Freidrich Nietzsche,German philosopher (1844 - 1900).

Believe in yourself! Have faith in your abilities! Without a humble but reasonable confidence in your own powers you cannot be successful or happy.
Norman Vincent Peale,Us Elergyman (1898 - 1993).

Setelah tiga bahagian dalam penyucian hati telah di terangkan,maka hari ni,saya akan melengkapkan lima bahagian dalam penyucian hati,iaitu yang ke empat dan kelima di atas tajuk INGAT dan Yakin.

4.Ingat

Sesungguhnya manusia ini mudah lupa,tetapi orang orang yang berhati suci mudah untuk ingat,mereka nampak dan tidak buta dalam perkara haq.

Firman Allah S.W.T

Sesungguhnya orang orang yang bertaqwa,bila mereka di timpa was was dari syaitan,mereka ingat kepada Allah.Maka ketika itu juga mereka melihat kesalahnnya(Al-A'raf:201)

Kerana itulah Allah telah menyuruh kepada kita supaya sentiasa mengingat kepada perkara perkara yang baik.

Firman Allah S.W.T

Dan tetaplah memberi peringatan,kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang orang yang beriman.(Az-Zaariyat:55)

Adapun orang orang yang berhati kotor,mereka berada dalam keadaa kelalian yang nyata dan hidup dalam keadaan tidak beriman.

Firman Allah S.W.T

Dan berikanlah mereka peringatan tentang hari hari penyesalan,ketika segala perkara telah di putus.Dan mereka berada dalam kelalaian dan tidak pula beriman.(Maryam:39)

5. Yakin

Adalah hati hati orang yang berhati suci sentiasa bertafakkur,mencari ilmu,berzikir dan hal ini menyebabkan di sisi mereka itu perasaan yakin yang tinggi,seperti apa yang tertulis di dalam A-Furqan.

Firman Allah S.W.T

Sesungguhnya pada langit dan bumi benarbenar terdapat tanda tanda kebesaran Allah untuk orang orang yang beriman#

Dan pada penciptaan kamu dan pada binatang yang melata lata dan bertebaran di muka bumi terdapat tanda tanda untuk kaum yang meyakini.(Al-Jaasiyah:3,4)

Adapun orang orang yanglalai itu sentiasa berpaling,dan mereka itu bergelumang dengan perasaan syak dan saling menafikan antara satu sama lain.

Firman Allah S.W.T

Tetapi mereka bermain main dalam keraguan(Ad-Dukhan:9)

Dan mereka tidak mengetahui apa yang di maksudkan dengan yakin kecuali seperti apa yang terkandung dalam Al-Quran.

Firman Allah S.W.T

Dan jika kamu melihat orang orang yang berdosa itu tunduk di hadapan Allah,dan berkata:Ya Tuhan kami,kami telah melihat dan mendengar,maka kembalikan lah kami ke dunia,kami akan mengerjakan amal soleh,sesungguhnya kami adalah orang orang yang yakin.

Maka begitulah keadaannya bagi orang orang yang tidak berhati suci.

Tamat.

Alhamdulillah,maka saya telah selesai dalam marhalah menterjemah secubit ilmu dari kitab Iman karya Az-Zandani.Saya berharap saya dan kawan kawan semua mendapat manfaat dari apa yang telah saya lakukan.Semoga Allah memberkati perbuatan kita semua.

Intibah!!

Akan Menyusul

+ Terjemahan dari I'jaz A'dadi dalam takbir Azan.

Diari ku 10 Oktober 2004

+ Hantar baju baju kotor ke dobi.
+ Makan Tengah Hari,Chef Khalid,Sup Ayam Pedas.
+ Mengkaji permulaan sejarah pembukaan Andalus.Kitab Tarikh Andalus.
Saturday, October 09, 2004 | By: cipthowiryawanchannel


Assalamualaikum..


AIR MATA WANITA.........

Tuhan berkata:

“Ketika AKU menciptakan seorg wanita, dia diharuskan utk mjd seorg yg istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat utk menopang dunia;namun, harus cukup lembut utk memberikan kenyamanan.”

“AKU mberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yg seringkali datang daripada anak anakya.”

“AKU memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang orang lain mnyerah dan mengasuh keluarganya dgn penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”

“AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.”

“AKU memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dlm kegagalannya dan melengkapi dgn tulang rusuk suaminya utk melindungi hatinya.”

“AKU memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorangg suami yang baik tidak akan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.”

“Dan akhirnya, AKU memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bila bila masa yg diperlukan.”

Di Petik Dari E mail Ais Putih

Pandangan Mu'allif

+ Sekali sekala letak cerita pasal wanita..membuatkan kita lebih mengetahui apa sebanarnya yang ada di minda kaum wanita.

+ Menyedarkan kita kepada perlunya kita menghargai wanita.

+ Dua kaum Lelaki dan Perempuan saling melengkapi antara satu sama lain.

Friday, October 08, 2004 | By: cipthowiryawanchannel


Assalamualaikum....

Bagi meneruskan amanah dakwah islamiyah...saya menyambung semula terjemahan kitab Iman untuk bahagian yang ketiga.

3.Menyahut Cabaran Dakwah Iman,Dan Bertambah Cinta Iman.

Orang orang yang berhati suci adalah orang orang yang sentiasa suka kepada seruan dakwah Islamiyah,seperti apa yang di cerita oleh Allah tentang orang orang yang berhati suci,Firman Allah S.W.T:

Ya Tuhan Kami,sesungguhnya kami mendengar seruan yang menyeru kepada seruan iman iaitu"Berimanlah kamu kepada Tuhanmu",Maka kami pun beriman(Ali Imran:193)

Sesungguhnya orang mukmin sentiasa ingin menambah imannya,Firman Allah S.W.T:

Dan apabila di turunkan satu surah,maka ada di antara mereka(orang orang munafik)berkata:Siapakah di antara kamu yang bertambah imannya apabila turunnya surah ini?Adapun sebenarnya orang mukmin yang beriman,surah ini menambah iman mereka,sedang mereka berasa gembira # Dan adapun orang orang yang di dalam hati mereka itu penyakit,maka dengan surah ini bertambah lah kekafiran mereka di samping kekafiran yang telah ada dan mereka mati dalam kekafiran.(At Taubah 124-125)

Dan adapun orang orang yang berhatio kotor,mereka melihat jalan kepada Allah itu satu aspek yang perlu di tolak dan di jauhi.

Firman Allah S.W.T:

Orang orang yang lebih mengutamakan kehidupan dunia dari kehidupan akhirat,dan menghalang manusia dari jalan Allah dan mengatakan jalan Allah itu bengkok,mereka itu dalam kesesatan yang jauh.(Ibrahim:8)

Dan orang orang yang berhati suci sentiasa berfikir tentang diri mereka itu sendiri,kejadian langit dan bumi, hidayah yang datang dari pencipta mereka Allah S.W.T,mengetahui hikmah dari hidupnya manusia,berfikir tentang kematian,tentang syurga yang di sediakan Allah,kepada hambanya yang mukmin,dan siksaan yang menunggu kepada orang orang kafir.

Dan mereka berfikir tentang mukjizat Rasul S.A.W dan dalil yang benar untuk bagaimana melakukan apa yang di perintahkan oleh Allah kepada mereka untuk kesenangan dunia akhirat,dan berasa takut kepada azab neraka.

Firman Allah S.W.T:

Orang orang yang mengingati Allah dalam keadaan berdiri,duduk ataupun berbaring dan mereka berfikir tentang penciptaan langit dan bumi,seraya berkata"Ya Tuhan kami,tidaklah engkau ciptakan semua ini dengan sia sia,Maha suci Engkau lindungilah kami dari api neraka"(Ali-Imran:191)

Tetapi orang orang kafir sentiasa menolak pendengaran dan akal mereka,walaupun terciptanya mereka itu,anataranya untuk berfikir.Maka tidaklah mereka itu,mengetahui kecuali di hari penyesalan iaitu hari kiamat.
Firman Allah S.W.T:

Dan mereka berkata:Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan(peringatan itu)pastilah kami tidak termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala # Mereka mengakui dosa mereka,Maka kebinasaanlah bagi penghuni penghuni neraka yang menyala-nyala.(Al-Mulk 10-11)

Akan bersambung di bahagian yang ke empat untuk bahagian INGAT....

Sekiansss...

Nak Buat Apa???

+Dalam proses terjemah i'jaz adadi min hilali azan...akan di siarkan...
+Kuliah kena hadir...
Wednesday, October 06, 2004 | By: cipthowiryawanchannel
Assalamualaikum...

Kita sambung semula perbahasan Penyucian hati melalui terjemahan kitab Iman karya Az-Zandani...

2.Mencintai Haq,Bersungguh Mengkaji Islam.

Orang yang berhati suci sentiasa mempunya rasa cinta kepada kebenaran,Dan sentiasa bersungguh dalam marhala mengkaji Islam,Maka orang orang ini,adalah orang orang yang berhak untuk menerima hidayah Allah S.W.T.

Adapun orang orang kafir yang berhati keras,apabila sampai padanya kebenaran,maka akan di bencinya,dan sengaja mereka tulikan telinga mereka dari mendengar hal hal mengenai Islam.

Dengan ini bermaksud,mereka berpaling untuk menerima akibat dari Allah ke atas mereka di atas keangkuhan dan kesesatan mereka.

Firman Allah dalam Kitab Nya:

Barangsiapa yang di kehendaki Allah akan di berikan kepadanya petunjuk.Nescaya dia melapangkan dada(memeluk agama Islam)Dan barangsiapa yang di kehendaki Allah kesesatannya,nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit,seolah olah ia sedang mendaki ke langit

Begitu juga firman Allah bagi orang orang yang membenci Haq:

Adakah patut mereka berkata"Nabi Muhammad gila,sebenarnya dia telah membawa kebenaran kepada mereka,tetapi kebanyakan mereka benci kepada kebenaran itu.

Tamat di sini dulu.....bersambung ke bahagian yang ketiga....

Program yang telah berlalu untuk diriku....

+selesai telefon mak....
+selesai telefon kawan kat ukm
+selesai telefon bb kat uum(tengah exam..good lucks)
+selesai edit laman
+masuk kelas ulum dan nusus quran..jam 2 hingga 6(penat)

Kesedaran diri hari ini....
+suara mak penuh dengan harapan...
+lepas masuk kelas...nampak tanggungjawab semakin banyak...
+lepas baca Quran tadi timbul satu persoalan"kenapa orang kafir menutup hati mereka dari menerima kebenaran..."adakah dikalangan kita sebegitu rupa?

Nasihat yang diberikan dari keluarga hari nie....
+jangan buat laman yang berbau politik...
+jaga diri, jaga kesihatan, kontrol makan...
+belajar rajin rajin..jangan lalai...
+jimat duit....
+rancang masa baik baik...jangan lalai...

Sekiansss....


Apa Yang Kamu Mahukan?
Apa Yang Kamu Fikirkan?


AWAN HITAM DI RAMALLAH(Untuk para pejuang Palestin)


awan hitam berarak deras
berlari pantas meninggalkan bumi
Shatila dan Shubra
kini menutupi bumi Ramallah
tepi, barat gelap hitam dan pekat

awan hitam berarak lagi
bergerak cergas ditiup angin
Masjidil Aqsa kini singgah di Baitul Laham
tompok-tompok hitam di Jenin

di sinilah..... anak-anak berlari riang
tawa dan girang
tak mengerti apa-apa
cuma menangis mahukan susu
sekeping roti dan belaian ibu

tapi....ayah dan ibu resah gelisah
bimbang dan cemas
cuma melihat awan hitam yang
berarak deras menutupi bumi
dan nenek dipapah
ibu-ibu muda berbadan dua dipapah
dan ada yang muntah-muntah keluar darah

awan hitam semakin pekat dan gelap
anak-anak muda berlari pantas
mencapai ketul-ketul batu untuk membalas dendam
poket mereka penuh batu leher mereka terlilit lastik getah
tangan mereka mengenggam kayu

tapi.....peluru musuh lebih deras
cuma sesaat ribuan nyawa anak-anak
isteri-isteri berbadan dua
dan ibu-ibu tua terkorban
dengan sekelip mata rumah mereka hancur berkecai
kampung mereka jadi pertaruhan
kini jadi padang jarak padang terkukur

awan hitam berkumpul tidak bergerak
tidak ada angin yang bertiup deras
demi islam, demi tanah air yang tercinta
tanpa senjata, tanpa makanan
tanpa wang, tanpa sokongan kawan-kawan namun......mereka sanggup berkorban
biarkan nyawa menjadi taruhan
biarkan jasad menjadi ukuran
asalkan maruah islam tidak tergadai
asalkan Allah memberi pertolongan
akhirat tempat balasan!

Nukilan : Mohd Firdaus HussinKota Tinggi, Johor
Tuesday, October 05, 2004 | By: cipthowiryawanchannel
Assalamualaikum w.b.t

Lama rasanya saya tidak kembali menayampaikan apa yang sepatutnya saya sampaikan kepada pengunjung pengunjung yang melawat laman ini.

Saya kembali dengan menyambung semula terjemahan karya Abdul Majid Az Zandani dalam kitabnya yang bertajuk Iman dalam bahagian Penycian Hati.

Firman Allah S.W.T:

Dan hari hari yang harta itu tidak bermanfaat begitu juga anak anak kecuali apa yang di datangkan oleh Alllah di hati yang suci.(As-Syuara 88)

Hati suci,Hati orang beriman:

Maka seperti bumi ini sesuai dijadikan tempat pertanian di sifatkan dengan sifat sifat,begitu juga dengan hati hati orang yang beriman di sifatkan dengan sifat sifat daripadanya.

1:Menerima Kebenaran:

Orang orang yang berhati suci membuat kesimpulan apa apa perkara yang benar akan di ikuti.

Firman Allah dalam kitab Nya:

Maka sampaikanlah berita itu kepada hambaku yang mendengar perkataanku,lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya.Mereka itulah yang telah Allah berikan petunjuk dan mereka itulah orang orang yang berakal.(Az-Zumar 17-18)

Adapun hati orang orang kafir,mereka akan sentiasa mencari jalan untuk berpaling dari kebenaran,maka kekallah mereka itu dalam kejahilan tanpa menerima hidayah dari Allah.
Firman Allah Azza Wajalla:
Dan tidak ada satu ayat pun dari ayat ayat Tuhan sampai kepada mereka melainkan mereka itu sentiasa berpaling daripadanya.(Al-An'aam 4)

Bersambung kepada yang kedua...nantikan...

ais putih terlalu lama tidak melakukan editing dalam web ini kerana sibuk dengan program kedutaan malaysia di maghribi..maaf atas segala kesulitan...