Assalamualaikum....
Bagi meneruskan amanah dakwah islamiyah...saya menyambung semula terjemahan kitab Iman untuk bahagian yang ketiga.
3.Menyahut Cabaran Dakwah Iman,Dan Bertambah Cinta Iman.
Orang orang yang berhati suci adalah orang orang yang sentiasa suka kepada seruan dakwah Islamiyah,seperti apa yang di cerita oleh Allah tentang orang orang yang berhati suci,Firman Allah S.W.T:
Ya Tuhan Kami,sesungguhnya kami mendengar seruan yang menyeru kepada seruan iman iaitu"Berimanlah kamu kepada Tuhanmu",Maka kami pun beriman(Ali Imran:193)
Sesungguhnya orang mukmin sentiasa ingin menambah imannya,Firman Allah S.W.T:
Dan apabila di turunkan satu surah,maka ada di antara mereka(orang orang munafik)berkata:Siapakah di antara kamu yang bertambah imannya apabila turunnya surah ini?Adapun sebenarnya orang mukmin yang beriman,surah ini menambah iman mereka,sedang mereka berasa gembira # Dan adapun orang orang yang di dalam hati mereka itu penyakit,maka dengan surah ini bertambah lah kekafiran mereka di samping kekafiran yang telah ada dan mereka mati dalam kekafiran.(At Taubah 124-125)
Dan adapun orang orang yang berhatio kotor,mereka melihat jalan kepada Allah itu satu aspek yang perlu di tolak dan di jauhi.
Firman Allah S.W.T:
Orang orang yang lebih mengutamakan kehidupan dunia dari kehidupan akhirat,dan menghalang manusia dari jalan Allah dan mengatakan jalan Allah itu bengkok,mereka itu dalam kesesatan yang jauh.(Ibrahim:8)
Dan orang orang yang berhati suci sentiasa berfikir tentang diri mereka itu sendiri,kejadian langit dan bumi, hidayah yang datang dari pencipta mereka Allah S.W.T,mengetahui hikmah dari hidupnya manusia,berfikir tentang kematian,tentang syurga yang di sediakan Allah,kepada hambanya yang mukmin,dan siksaan yang menunggu kepada orang orang kafir.
Dan mereka berfikir tentang mukjizat Rasul S.A.W dan dalil yang benar untuk bagaimana melakukan apa yang di perintahkan oleh Allah kepada mereka untuk kesenangan dunia akhirat,dan berasa takut kepada azab neraka.
Firman Allah S.W.T:
Orang orang yang mengingati Allah dalam keadaan berdiri,duduk ataupun berbaring dan mereka berfikir tentang penciptaan langit dan bumi,seraya berkata"Ya Tuhan kami,tidaklah engkau ciptakan semua ini dengan sia sia,Maha suci Engkau lindungilah kami dari api neraka"(Ali-Imran:191)
Tetapi orang orang kafir sentiasa menolak pendengaran dan akal mereka,walaupun terciptanya mereka itu,anataranya untuk berfikir.Maka tidaklah mereka itu,mengetahui kecuali di hari penyesalan iaitu hari kiamat.
Firman Allah S.W.T:
Dan mereka berkata:Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan(peringatan itu)pastilah kami tidak termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala # Mereka mengakui dosa mereka,Maka kebinasaanlah bagi penghuni penghuni neraka yang menyala-nyala.(Al-Mulk 10-11)
Akan bersambung di bahagian yang ke empat untuk bahagian INGAT....
Sekiansss...
Nak Buat Apa???
+Dalam proses terjemah i'jaz adadi min hilali azan...akan di siarkan...
+Kuliah kena hadir...
0 comments:
Post a Comment