Saturday, November 27, 2004 | By: cipthowiryawanchannel

Assalamualaikum...
Apa kabar korang yer?Aku tengah sibuk nak exam...so jarang lah dapat nak edot blog aku nie...apapun aku akan tetap memberikan yang terbaik...
Allah,Sunnatullah,Hidup,Mati..
Allah S.W.T adalah Tuhan yang menciptakan segala sesuatu.Allah yang menciptakan langit dan bumi.Allah yang menjadikan siang dan malam.Allah yang menciptakan manusia dan haiwan;berpuak-puak dan berpasang-pasangan.
Firman Allah Al-Azim:
"Wahai manusia,sesungguhnya kami ciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan,dan kami jadikan kamu berbangsa bangsa dan berpuak puak supaya kamu berkenalan dengan baik.Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah adalah yang paling taqwa di kalangan kamu"(Al-huujurat:13)
Abul A'la Al-Maududi menjelaskan dalam kitabnya bahawa penciptaan dan segala isi bumi merupakan manifestasi dan kekuasaan Allah S.W.T.Penciptaan manusia di iringi dengan satu sistem kehidupan yang di istilahkan sebagai Sunnatullah.Sunnatullah adalah segala aspek yang menjadi pegangan dalam disiplin sains.Sunnatullah juga adalah aspek dalam disiplin ilmu.
Sunnatullah ialah undang undang dan ketetapan Allah.Sunnatullah ialah divine law.Sunnatullah ialah God's law.Sunnatullah ialah sistem kehidupan yang melingkari manusia.Teori graviti ialah sunnatullah.Teori daya adalah sunnatullah.Segala teori yang memeberikan perincian mengenai sistem kehidupan manusia adalah sunnatullah.Siang diiringi malam juga merupakan sunnatullah.Hidup di iringi mati juga sunnatullah.
Hidup - setiap manusia yang hidup pasti mati.Suatu kehidupan pastinya akan diiringi dengan kematian.Inilah Sunnatullah.
Hidup - siapa pencipta manusia?Siapa pencetus kehidupan?Bagaimana ia bermula? Bagaimana iaakan berakhir? Siapa yang menentukan?
"Kepunyaan-Nya lah kerajaan langit dan bumi,dan Dia tidak mempunyai anak,dan tidak ada sekutu bagi Nya dan kekuasaan Nya,dan Dia telah menciptakan segala sesuatu,dan Dia menetapkan ukuran-ukurannya dengan serapi-rapinya"(Al-Furqan:2)
Sekian..
Jaga diri hiasi peribadi....
Monday, November 15, 2004 | By: cipthowiryawanchannel


Assalamualaikum...

Selamat hari raya ketiga dari saya kepada semua malaysian all over the world...

cuma nak cakap...

Dulu kan masa bulan Ramadhan kita selalu ingat tarikh hijrah...kita hafal sebulan tu..tanya berapa Ramadan..dia jawab best jer walaupun di tengah tengah Ramadhan...

Tapi...ada satu hakikat....seminggu syawal ada lah 60 peratus orang kita tahu tarikh islam...tapi selepas tu..selepas bulan syawal...cuba kita tanya diri kita...berapa zulkaedah skang nie...(penulis mengakui kelemahan ini).

Tahukah berapa?

Tahukah Kenapa?

Tanya diri Muhasabah diri...

Khas untuk ingatan diri sendiri dan semua yang mahu mengambil iktibar....

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI...

Saturday, November 06, 2004 | By: cipthowiryawanchannel


Assalamualaikum...

Alhamdulillah..Solatullah Wa Salamullah Ala Muhammad Ibn Abdullah..Wa Ala Kullu Sahabah...hermmm..pagi ini sabtu..aku tidak buat apa apa cuma menghafal silibus yang di beri Dr...

Aku sebenarnya terusik hati dengan keadaan fikrah manusia tika ini,tidak semua tetapi sesetengah manusia yang membawa satu fikrah yang menyebabkan perlanggaran fikrah seterusnya membawa kepada satu titik nota keraguan,padahal fikrah tersebut kalau tidak di utarakan kepada orang yang tidak mengetahui tidak lah menyebabkan kepada kerosakan aqidah umat islamiyah khususnya...

Minggu lepas,kami(Rumah Tetouan) membuat satu post mortem mengenai keadaan ini,dan telah menyimpulkan bahawa golongan ini,taqlid tanpa menyedari hakikat keadaan sekeliling nya,benar mereka mengathui agama tetapi masdar(sumber)itu salah,menyebabkan merka lari dari asal pegangan mereka.

Terdapat Qaul yang telah di dengar dari orang ini yang menyatakan bahawa,kita dalam marhalah menuntut ilmu,kita tidak berpegang pada mana mana mazhab!!!...Ma Haza Ya Sohbi???Siapa kah engkau kalau tidak bermazhab...Qaul sorang lagi...Qardawi pernah kata:Mazhab hanya untuk orang orang yang benar benar faqih....Jadi kita boleh lihat kalau lah kita mengikut(penulis tidak berdiri atas landasan ini)kita dalam marhalah menuntut ilmu dan tahap kita pelajar masa kini..adakah yang mencapai satu tahap faqih?Faqih kah kita!!!!adakah kita dalam menuntut ilmu tika ini sampai tarafnya seperti Imam Syafiee...Sampai kah kita!!dengan mengatakan kita tak bermazhab...

Kemudian dukacita itu datang semula di ladang hati ku...apabila sahabatku di malaysia bertanya..prof di satu U malaysia kata..baca Yaasin hari khamis....Nabi tak buat(Kononnya)...Ini Bid'ah...aku kadang kadang ketawa dengan hal sebegini rupa...aku malas nak ulas terlalu panjang keadaan ini...cuma mengutarakan keadaan yang dapat menghasilkan apa yang di ingini..pertamanya..ini bid'ah hasanah....dan bagi yang tak faham baca yang kedua...Keduanya.. bayangkan..satu hari nanti...di akhirat sana...ada satu golongan yang kuat baca Yaasin akan masuk neraka..dan dia kata dekat Allah S.W.T;Aku masuk neraka kerana membaca Kalam Mu?....Logik tak Tuan Tuan Dan Puan Puan Sekalian????fikirkan dan dan gembur gemburkan...

Banyak lagi yang aku fikirkan...dan akan ku utarakan nanti....

Sekianz..Wasalam...

Wednesday, November 03, 2004 | By: cipthowiryawanchannel

Turkestan Mosque


Assalamualaikum....

Puasa dah masuk hari ke 20,apa yang telah kita perolehi?

Muhasabah lah diri sebelum perginya Ramadhan penuh barakah ini.

Firman Allah:

Qad aflaha man tazakka(Surah A'la)

Selepas tarawih beberapa hari yang lalu,aku tertarik untuk membaca buku kanak kanak berbahasa arab. Dan aku menjumpai satu yang mungkin kita tak temui di buku lain,Tapi sudah cukup untuk menambah sedikit ilmu kita.

Dan aku berfikir,adakah buku kanak kanak di baca oleh pelajar university di malaysia? Tahu kah mereka ada lagi ilmu yang mudah tapi tak di ketahui?ermm..muhasabah diri lagi!!!

Jadi aku menjumpai satu kolum ringkas dari majalah bara'im al iman,satu buku kanak kanak berbentuk islamik...

NAMA HARI DALAM ISLAM(LAMA DAN BARU)

  1. Syiar = Sabtu
  2. Awwal = Ahad
  3. Ahwan = Isnin
  4. Jubar = Selasa
  5. Dubar = Rabu
  6. Mu'nas = Khamis
  7. Arubah = Jumaat

NAMA BULAN DALAM ISLAM(LAMA DAN BARU)

  1. Muktamar = Muharram
  2. Najir = Safar
  3. Khawwan = Rabi'ul Awal
  4. Wabsan = Rabi'ul Akhir
  5. Hunain = Jamadil Awal
  6. Rubbi = Jamadil Akhir
  7. Al-Asam = Rejab
  8. Adil = Syaaban
  9. Natiq = Ramadhan
  10. Wail = Syawal
  11. Warnah = Zulkaedah
  12. Burak = Zulhijjah

Hari giliran aku pula yang kena menyediakan santapan berbuka puasa untuk kawan rumah aku,cuma masakan biasa,ala qadar di bumi rantau...

Semoga puasa kita di terima Allah dan mendapat keredhaan Nya...

Allah Ardha Alaikum..Kullu Am Wa Antum Bikhair!!!