Wednesday, November 03, 2004 | By: cipthowiryawanchannel

Turkestan Mosque


Assalamualaikum....

Puasa dah masuk hari ke 20,apa yang telah kita perolehi?

Muhasabah lah diri sebelum perginya Ramadhan penuh barakah ini.

Firman Allah:

Qad aflaha man tazakka(Surah A'la)

Selepas tarawih beberapa hari yang lalu,aku tertarik untuk membaca buku kanak kanak berbahasa arab. Dan aku menjumpai satu yang mungkin kita tak temui di buku lain,Tapi sudah cukup untuk menambah sedikit ilmu kita.

Dan aku berfikir,adakah buku kanak kanak di baca oleh pelajar university di malaysia? Tahu kah mereka ada lagi ilmu yang mudah tapi tak di ketahui?ermm..muhasabah diri lagi!!!

Jadi aku menjumpai satu kolum ringkas dari majalah bara'im al iman,satu buku kanak kanak berbentuk islamik...

NAMA HARI DALAM ISLAM(LAMA DAN BARU)

  1. Syiar = Sabtu
  2. Awwal = Ahad
  3. Ahwan = Isnin
  4. Jubar = Selasa
  5. Dubar = Rabu
  6. Mu'nas = Khamis
  7. Arubah = Jumaat

NAMA BULAN DALAM ISLAM(LAMA DAN BARU)

  1. Muktamar = Muharram
  2. Najir = Safar
  3. Khawwan = Rabi'ul Awal
  4. Wabsan = Rabi'ul Akhir
  5. Hunain = Jamadil Awal
  6. Rubbi = Jamadil Akhir
  7. Al-Asam = Rejab
  8. Adil = Syaaban
  9. Natiq = Ramadhan
  10. Wail = Syawal
  11. Warnah = Zulkaedah
  12. Burak = Zulhijjah

Hari giliran aku pula yang kena menyediakan santapan berbuka puasa untuk kawan rumah aku,cuma masakan biasa,ala qadar di bumi rantau...

Semoga puasa kita di terima Allah dan mendapat keredhaan Nya...

Allah Ardha Alaikum..Kullu Am Wa Antum Bikhair!!!


0 comments: