Sunday, October 10, 2004 | By: cipthowiryawanchannel


Assalamualaikum...

One must have a good memory to be able to keep the promise one makes.
Freidrich Nietzsche,German philosopher (1844 - 1900).

Believe in yourself! Have faith in your abilities! Without a humble but reasonable confidence in your own powers you cannot be successful or happy.
Norman Vincent Peale,Us Elergyman (1898 - 1993).

Setelah tiga bahagian dalam penyucian hati telah di terangkan,maka hari ni,saya akan melengkapkan lima bahagian dalam penyucian hati,iaitu yang ke empat dan kelima di atas tajuk INGAT dan Yakin.

4.Ingat

Sesungguhnya manusia ini mudah lupa,tetapi orang orang yang berhati suci mudah untuk ingat,mereka nampak dan tidak buta dalam perkara haq.

Firman Allah S.W.T

Sesungguhnya orang orang yang bertaqwa,bila mereka di timpa was was dari syaitan,mereka ingat kepada Allah.Maka ketika itu juga mereka melihat kesalahnnya(Al-A'raf:201)

Kerana itulah Allah telah menyuruh kepada kita supaya sentiasa mengingat kepada perkara perkara yang baik.

Firman Allah S.W.T

Dan tetaplah memberi peringatan,kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang orang yang beriman.(Az-Zaariyat:55)

Adapun orang orang yang berhati kotor,mereka berada dalam keadaa kelalian yang nyata dan hidup dalam keadaan tidak beriman.

Firman Allah S.W.T

Dan berikanlah mereka peringatan tentang hari hari penyesalan,ketika segala perkara telah di putus.Dan mereka berada dalam kelalaian dan tidak pula beriman.(Maryam:39)

5. Yakin

Adalah hati hati orang yang berhati suci sentiasa bertafakkur,mencari ilmu,berzikir dan hal ini menyebabkan di sisi mereka itu perasaan yakin yang tinggi,seperti apa yang tertulis di dalam A-Furqan.

Firman Allah S.W.T

Sesungguhnya pada langit dan bumi benarbenar terdapat tanda tanda kebesaran Allah untuk orang orang yang beriman#

Dan pada penciptaan kamu dan pada binatang yang melata lata dan bertebaran di muka bumi terdapat tanda tanda untuk kaum yang meyakini.(Al-Jaasiyah:3,4)

Adapun orang orang yanglalai itu sentiasa berpaling,dan mereka itu bergelumang dengan perasaan syak dan saling menafikan antara satu sama lain.

Firman Allah S.W.T

Tetapi mereka bermain main dalam keraguan(Ad-Dukhan:9)

Dan mereka tidak mengetahui apa yang di maksudkan dengan yakin kecuali seperti apa yang terkandung dalam Al-Quran.

Firman Allah S.W.T

Dan jika kamu melihat orang orang yang berdosa itu tunduk di hadapan Allah,dan berkata:Ya Tuhan kami,kami telah melihat dan mendengar,maka kembalikan lah kami ke dunia,kami akan mengerjakan amal soleh,sesungguhnya kami adalah orang orang yang yakin.

Maka begitulah keadaannya bagi orang orang yang tidak berhati suci.

Tamat.

Alhamdulillah,maka saya telah selesai dalam marhalah menterjemah secubit ilmu dari kitab Iman karya Az-Zandani.Saya berharap saya dan kawan kawan semua mendapat manfaat dari apa yang telah saya lakukan.Semoga Allah memberkati perbuatan kita semua.

Intibah!!

Akan Menyusul

+ Terjemahan dari I'jaz A'dadi dalam takbir Azan.

Diari ku 10 Oktober 2004

+ Hantar baju baju kotor ke dobi.
+ Makan Tengah Hari,Chef Khalid,Sup Ayam Pedas.
+ Mengkaji permulaan sejarah pembukaan Andalus.Kitab Tarikh Andalus.

0 comments: