Tuesday, October 05, 2004 | By: cipthowiryawanchannel
Assalamualaikum w.b.t

Lama rasanya saya tidak kembali menayampaikan apa yang sepatutnya saya sampaikan kepada pengunjung pengunjung yang melawat laman ini.

Saya kembali dengan menyambung semula terjemahan karya Abdul Majid Az Zandani dalam kitabnya yang bertajuk Iman dalam bahagian Penycian Hati.

Firman Allah S.W.T:

Dan hari hari yang harta itu tidak bermanfaat begitu juga anak anak kecuali apa yang di datangkan oleh Alllah di hati yang suci.(As-Syuara 88)

Hati suci,Hati orang beriman:

Maka seperti bumi ini sesuai dijadikan tempat pertanian di sifatkan dengan sifat sifat,begitu juga dengan hati hati orang yang beriman di sifatkan dengan sifat sifat daripadanya.

1:Menerima Kebenaran:

Orang orang yang berhati suci membuat kesimpulan apa apa perkara yang benar akan di ikuti.

Firman Allah dalam kitab Nya:

Maka sampaikanlah berita itu kepada hambaku yang mendengar perkataanku,lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya.Mereka itulah yang telah Allah berikan petunjuk dan mereka itulah orang orang yang berakal.(Az-Zumar 17-18)

Adapun hati orang orang kafir,mereka akan sentiasa mencari jalan untuk berpaling dari kebenaran,maka kekallah mereka itu dalam kejahilan tanpa menerima hidayah dari Allah.
Firman Allah Azza Wajalla:
Dan tidak ada satu ayat pun dari ayat ayat Tuhan sampai kepada mereka melainkan mereka itu sentiasa berpaling daripadanya.(Al-An'aam 4)

Bersambung kepada yang kedua...nantikan...

ais putih terlalu lama tidak melakukan editing dalam web ini kerana sibuk dengan program kedutaan malaysia di maghribi..maaf atas segala kesulitan...

0 comments: