Friday, September 17, 2004 | By: cipthowiryawanchannel

Kitab: Iman "Az-Zandani"(2)

Penterjemah: Ais Putih

Iman Bertambah Dan Berkurang

Adalah kekuatan taqwa itu menyebabkan bertambahnya iman seseorang itu.

Firman Allah S.W.T:

"Dan apabila kami bacakan ayat ayat kami,maka bertambahlah iman mereka itu"(Al-Anfaal : 2)

Maka kerana itulah,maksiat memainkanperanan untuk mengurangkan iman seseorang hamba.

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Tidak lah berzina seseorang itu, ketika mana dia berzina itu didalam keadaan beriman"

Untuk menguatkan keimnan kita hendaklah kita melakukan beberapa perkara utama:

  1. Perasaan yakin di dalam hati untuk menuntut ilmu
  2. Beramal di dalam hati;berzikir,bertafakkur,khususnya bertafakkur tentang kejadian kejadian yang di ciptakan oleh Allah S.W.T
  3. Amalan Lisan;membanyakkkan zikir,berkata perkara perkara benar,berdakwah kejalan Allah,melakukan perara perkara yang baik dan menegah dari perkara mungkar,memepelajari ilmu dan mengajarkannya,berpesan kepada perkara benar dan sabar.
  4. Amalan Anggota Badan;mendirikan rukun islam,berjihad ke jalan Allah,mengawal nafsu dari perkara yang menghalang untuk melakukan perintah Allah,rajin untuk ke majlis majlis ilmu.

Firman Allah S.W.T:

"Dan bersabarlah kamu bersama sama orang orang yang menyeru tuhannya di pagi hari dan di senja hari,hanya kerana mengharapkan keredhaanNya,dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka kerana mengharapkan perhiasan dunia,dan jangalah engkau mengikuti hati hati orang yang telah kami lalaikan dan kami sesatkan darimengingati Allah,serta mengikuti hawa nafsunya dan adalah keadaan itu melewati batas # Dan katakanlah,kebenaran itu datangya dari Allah,amka barangsiapa yang ingin beriman,hendaklah dia beriman,maka sesiapa yang ingin kafir,maka biarlah merka di dalam kekafirannya"(Al-Kahfi : 28,29)

Walaubagaimanapun,semua ini bergantung kepada penyucian hati dari perkara perkara yang kotor yang boleh menghalang hidayah itu bertapak di dalam hati.

Akan bersambung dalam tajuk Penyucian Hati.....

Wasallam....

0 comments: