Monday, January 24, 2005 | By: cipthowiryawanchannel




Teks dari freindster.com..

Parlimen meLULUSkan pengharaman pemakaian tudung di IPTA/S!!!

Message: Isu pengharaman pemakaian tudung di IPTA dan IPTS di malaysia. ahli ahli parlimen
negara sudah mendapat kata sepakat bagi mengharamkan pemakaian tudung bagi pelajar wanita di ipta dan ipts di malaysia ini berikutan dengan faktor faktor
kesihatan.ini kerana pelajar pelajar wanita yang memakai tudung ini didapati kurang mendapat prestasi yang agak cemerlang.kenyataan ini juga disahkan oleh pakar-pakar di hospital selayang
yang membuat kajian terperinci pemakaian tudung ini.mereka berkata tudung ini
akan menyebabkan pengedaran udara yg kurang dan menyebabkan kepala yg melindungi otak
akan menjadi kurang segar dan akan menjadikan otak mereka tidak aktif seperti pelajar-pelajar yg tidak memakai tudung. jadi bagaimana isu ini boleh berlaku topik ini sengaja ditulis dan hanya disiarkan kecil sahaja di bahagian muka surat yg sekiranya tidak deteliti tidak akan nampak.adakah kerajaan malaysia takut akan hal ini.yang dulu begitu marahterhadap singapura yg memberhentikan 2 org murid perempuan kerana memakai tudung ke sekolah.ape susah jadi dengan isu ini diam begitu sahaja kan.sekarang ape sudah jadi paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih. sekranag malaysia sanggup mengHARAMKAN pemakaian tudung

pihak JAKIM juga tidak dapat berbuat apa apa dengan isu ini.ini kerana semuanya terletak di
tangan menteri menteri di malaysia.bagaimana pula dengan Pak Lah yg selalu menjadi imam di masjid masjid adakah die juga bersetuju dengan isu pengharaman pemakaian tudung ini.jadi
bagaimana seorang imam boleh setuju tentang pengharaman pemakaian tudung ini.

bagi pihak universiti islam antarabangsa malaysia (UIAM).international islamic university malaysia (IIUM) juga hanya menunggu dan lihat sahaja apa yang akan terjadi.universiti ini dahulu yg mewajibkan setiap pelajar wanitanya memakai tudung apabila memasuki kawasan universiti kini hanya mengambil endah tak endah sahaja

mengapa MALAYSIA sekarang ini.MALAYSIA yang dulunya dikenali kerana agama rasminya
adalah agama islam.kini boleh mengharamkan pemakaian tudung di malaysia yang kita semua
sudah maklum sebagai seorang wanita islam wajib memakai tudung.

isu ini sengaja tidak digembar gemburkan agar tidak mahu berlaku kekecohan ataupun ape ape
reformasi.pihak media massa seperti TV juga tidak mahu mengambil inisiatif bagi membetulkan
semua ini.

adakah malaysia sudah lemah....

pihak menteri juga sudah mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian tudung ini di
semua IPTA dan IPTS dan juga akan menghantar notis ini ke sekolah sekolah.pihak menteri juga telah menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus antara jenis tudung yang tidak boleh dipakai ialah:-

1)TUDUNG SAJI
2)TUDUNG PERIUK
3)TUDUNG TERMOS
4)TUDUNG CAT

dan bagi jenis TUDUNG BOTOL yang selalu
menjadi permainan murid sekolah masih di dalam
pemerhatian.
***p/s***

mula aku nak marah dah baca teks nie...sebab ingat dah betul..rupanya cuma lawak yang boleh membuatkan seseorang tu membuat dosa kerana mengatakan sesuatu kepada pihak kerajaan sedangkan benda tu tak dak...tak baik..tak baik..

0 comments: