Tuesday, January 18, 2005 | By: cipthowiryawanchannel



Assalamualaikum..

Selang beberapa hari lagi,umat Islam seluruh dunia akan menyambut Aidil Adha,Bagi umat islam yang sedang menjalani ibadah haji di Mekah Al Muqarramah, 10 Zulhijjah adalah kemuncak dalam susur galur ibadah haji.

Di morocco khasnya,masyarakat negara ini akan membuat korban sempena Aidil Adha yang menjelang tiba. Keadaannya sungguh berbeza dengan malaysia,boleh di katakan setiap rumah akan membuat korban sempena Aidil Adha nanti.

Banyak artikel yang akan memperkatakan tentang korban dan sebagainya yang berkaitan dengan perayaan yang bakal menjelma nanti..Marhaban Ya Aidil Adha.

Jadinya kali ni,saya ingin membuat pengisian ringkas tentang keajaiban Al-Quran sebagai kesinambungan pencarian saya mengenai ilmu ini (I'jaz Al-Quran).

Telah berfirman Allah S.W.T dalam Al-Furqan mengenai Surah yang di mulai dengan huruf-huruf mufradah (misal: Alif Laam Miim) didalam surah berikut:

Al-Baqarah,Ali Imran,Al-A'raf,Yunus,Hud,Yusuf,Ar-Ra'ad,Ibrahim,Al-Hajr,Maryam,Toha,As-Syu'ara,An-Naml,Al-Qasas,Al-Ankabut,Ar-Rum,Luqman,As-Sajdah,
Yaasin,Sod,Ghafir,Fussilat,As-Syura,Az-Zukhruf,Ad-Dukhan,Al-Jasiah,
Al-Ahqaf,Qaf,Al-Qalam.

Dan adalah bilangan surah yang dimulai dengan huruf huruf mufradah sebanyak 29 surah seperti apa yang telah tersebut di atas.

Dan I'jaz Qurani dalam huruf huruf mufradah ini ialah:

1. Bilangan surah yang di mulai dengan huruf huruf ini ialah sebanyak 29 surah,dan adalah ianya bertepatan dengan bilangan huruf hija'iah arab sebanyak 29 huruf.

2. Bilangan huruf huruf mufradah dalam Al-Quran jikalau dikira ianya bersamaan sebanyak 78 huruf. Dan adalah surah pertama yang telah diturunkan oleh Allah kepada Rasulnya iaitu surah Al-Alaq.Dan jika kita kira pada bilangan huruf dalam surah Al-Alaq,adalah jumlah bilangan huruf dalam surah Al-Alaq berjumlah 78 bertetpatan dengan bilangan hurf hurf mufradah di dalam Al-Quran.

3. Huruf huruf dalam huruf huruf mufradah merangakumi pada huruf (Alif,Laam,Miim,Sad,Ra',Kaf,Ho',Ya,Tho',Siin,Ha,Qaf,Nuun) iaitu sebanyak 14 huruf. Dan bilangan ini bertepatan dengan bilangan surah yang dimulai dengan huruf huruf mufradah dan tidak termasuk yangberulang sebanyak 14 surah (Al-Baqarah, Al-A'raf,Yunus, Ar-Ra'ad, Maryam, Toha,As-Syu'ara, An-Naml, Yaasin, Sod,Ghafir, As-Syura, Qaf, Al-Qalam.

Cuba praktikkan dengan sendiri di rumah atau di mana mana.Semoga sahabat sahabat dapat merasa sendiri bahawa besarnya kuasa Allah disisi kita.

P/S: Ais-Putih akan bermusafir ke Tanger untuk merayakan Aidil Adha bersama sahabat Morocco (Syukran Ibrahim).

Selamat Hari Raya Aidil Adha Kepada Semua Penganut Agama Islam Di Seluruh Dunia Umumnya,Dan Kepada Semua Pelajar Di Malaysia Dan Di Luar Negara Khasnya.Kullu Am Wa Antum Bikhair.

0 comments: