Wednesday, January 26, 2005 | By: cipthowiryawanchannel




Rabu 25 disember..ais putih tak buat apa apa..cuma duduk diam kat umah..kemudian masuk lagi ke office nie(internet) cari benda tuh,benda nih..tukar template blog sehingga lah seperti sekarang nie.

Selepas berapa tahun berpisah yer?tepat jam 10.30 waktu malaysia,ais putih dapat bersua semula dengan kawan lama ais putih di ruang chat yahoo mesengger nie.Thanks.Dia nie skang nie kat UKM ambil ijazah pendidikan. Kami bercerita apa yang patut.Sebelum terlupa "dia" adalah sorang perempuan bekas teman istimewa. Tapi bukan sekarang dan bukan untuk akan datang..cuma kisah silam..biar takdir menentukan semua ini kot.

Kenapa dia bercerita tentang wayang "All About Eve"? Di katakan kisah perjalanan story nie sama ngan kisah perjalanan kami?Bingung.Serba Salah.Sayu.

Yang penting pengalaman telah mengajar aku untuk tidak terburu-buru.Kena fokus untuk study aku dulu.Cukuplah aku berkawan tika ini.Kena ikut cakap Mak Ayah,kerana merka lebih tahu apa yang baik dan buruk untuk kita.Walaupun kadang kadang kita di beri mandat penuh untuk memilih.Tapi ketika itulah kita kena ingat padaNya agar apa yang di buat sentiasa berada di atas susur galur Keimanan dan Keredhaan Nya.

Kawan sekuliah aku (arabians) pernah kata kat aku "Jodoh itu seperti mati,tak tahu bila dia datang,bila dia pergi". Kalau fikir sana sini,ianya memang betul.Jodoh dan Mati hanya Allah sahaja yang tahu,Jodoh boleh dicari,tetapi kalau tak di redhai oleh Nya ianya takkan jadi,Begitu juga mati,mati boleh dicari,kalau tak diizinkan oleh Nya,terjun dari KLCC pun tak mati.Begitulah seterusnya..mungkin pembaca lebih tahu untuk menginterprestasikan hal ini.

Tapi aku masih bersyukur,kerana kami masih berkawan hingga kini,Semoga Allah memberkati persahabatan kami,Janganlah persahabatan kami diiringi dengan dendam dan benci hanya kerana benda yang remeh sebegini.Tidak perlulah aku menagih kudrat intelektualisasi hanya untuk menyelesaikan benda ini.Na'uzubillah Min Zalik..

Without friends no one would choose to live,though he had all other goods.(Aristotle)

Kepada kengkawan ais-putih mahupun tua dan yang muda dari saya,saya hargai kamu semua.Semoga persahabatan kita terus bernaung di atas titik titik keimanan dan terikat di ranting ranting silaturahmi di pohon pohon keikhlasan.

Sekian..

Wassalam..



0 comments: