Wednesday, January 25, 2006 | By: cipthowiryawanchannel
Lame sangat dah tak berupdate blog ni..dah habis dah pun exam..tapi masih lagi kurang berkesempatan untuk update blog..kali ni dah tak sanggup biar dah..dari duduk diam kat rumah..baik sekali sekala sebar pengalaman kepada pembace yang sudi bertandang ke blog ini..hehe

agenda untuk minggu ni

+ Ifrane
Ada rancangan persatuan mahasiswa malaysia untuk ke ifrane 29 january neh..main salji..tapi aku masih lagi menanti jawapan rasmi dari hati dan akal ku..samada pergi atau tidak..

+ Result
Result exam ku di khabarkan hanya akan keluar lepas 2 atau 3 minggu dari sekarang..lama jugak tuh..kene sabar..kene banyak mohon ngan tuhan agar terdiri dari orang orang yang berjaya..hehe

+ Cuti
Oleh kerana result hanya akan keluar lepas 2 atau 3 minggu dari sekarang..maka secara automatiknya..aku tengah bercuti tika ini..tapi masih lagi tak tau nak buat apa di hari hari cuti ku ini..any ideas..??

*****************************************

Bicara Ilmu pula..

Keajaiban nombor 7
(Info;Terjemahan ini berkaitan dengan kejaiaban I'jaz Adadi dalam Quran)

- Perkataan (Al-Insan) Alif,Lam,Alif,Nun,Siin,Alif,Nun terdiri dari tujuh huruf hija'iyah.

- Adalah (Al-Insan) yang bermaksud Manusia di ciptakan oleh Allah dalam 7 peringkat..Boleh rujuk dalam Al-Quran di dalam surah Al-Mukminuun ayat 12-14

- Musuh manusia Syaitan juga terdiri dari 7 huruf..Alif,Lam,Shiin,Yaa,Thoo,Alif,Nuun..

- Allah menciptakan Neraka Jahanam sebanyak 7 pintu..Firman Nya; (Dan sesungguhnya Jahannam itu benar-benar tempat yang telah diancamkan kepada mereka semuanya. Jahannam itu mempunyai tujuh pintu. Tiap-tiap pintu untuk golongan yang tertentu dari mereka.)

- Firman Allah dalam Al-Quran;(Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al Qur'an yang agung.)..adalah yang di maksudkan dalam firman Nya ini ialah Surah Al-Fatihah.

- Allah menyebutkan di dalam Al-Quran tentang (sab'a samawat dan asamawatu sab'u)..yang bermakna tujuh langit dan langit yang tujuh..telah di sebut oleh Allah sebanyak tujuh kali dalam Al-quran dalam tujuh ayat.(sab'a samawat)sebanyak lima kali..(asamawatu sab'u) sebanyak dua kali..bersamaan dengan tujuh. Konklusinya..Langit yang tujuh di sebut dalam al quran sebanyak tujuh kali dalam tujuh ayat..

- Dan terakhir, Kalimah Syahadah ( La Ilaha Illa Allah Muhammad Rasul Allah )juga terdiri dari tujuh kalimah..iaitu asas bagi orang yang ingin memeluk agama Islam.

sekian dulu..hehe

Petang tadi aku termenung kosong tanpa berfikir apa apa..sambil memandang langit kelabu sebab nak ujan..tetiba..terbang sekumpulan awan di tiup angin mengaco menungan kosong ku..hehe..tertanya hati ini..kenapa awan tak tertarik oleh graviti jatuh ke bumi..??

0 comments: