Monday, October 31, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

Image hosted by Photobucket.com

Huh..kemahuan manusia memang tiada batasnya..kalau aku buat masa nie..banyak macam aku nak beli..huhu..tapi tulah..kewangan tak mengizinkan..lagipun kena bajet juga kan..untuk masa depan lah katakan..hehe..

Kali nie aku nak citer pasal subject kegemaran aku..dalam I'jaz Al-Quran..ingat ingat nak buat tesis pasal nie nanti..tapi aku ingat aku tak mampu..cukuplah sekadar minat..

"Seribu Bulan"..??..Semua orang tahu seribu bulan nie berkaitan dengan Lailatul Qadr..Apatah lagi kita berada di bulan Ramadhan yang mulia ini..

Tapi kenapa Seribu Bulan..??..Jom Siasat...

Al-Quran ketika memperkatakan dalam hal "Adraka":Alif,dal,Raa',Alif,Kaf..Ataupun "Yadrika":Yaa,Dal,Raa',Yaa,Kaf..Kita mestilah memahami Maksudnya.."Ma Adraka" bermaksud:Tidak ada seorang pun yang tahu maknanya sebelum tika ini..Dan "Yudrika" bermaksud:Tidak ada seorangpun yang mengetahuinya pada masa lepas dan pada masa depan..

Oleh Itu.."Ma Yudrika"..Mustahil bagi kita mengetahuinya..Dan "Ma Adraka"..Kita masih lagi tidak mengetahui kerana belum ada yang memberitahu hingga tika ini..Dan Allah akan memberitahu pada kita..Dan disini Allah memberitahu dalam Firmannya yang bermaksud:

"Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan."

Dan apabila kita membaca Al-Quran:"Ma Adraka"Ketahuilah Allah akan memberitahunya..Dan apabila kita membaca"Ma Yudrika"Ketahuilah ianya adalah dari hal hal yang ghaib..

Dan dari firman Allah S.w.T yang bermaksud:

"Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan."

Di sini kita lihat..kebaikan malam tersebut di samakan dengan seribu bulan..dan setahun mempunya 12 bulan..dan seribu bulan bersamman dengan 80 tahun..ini bermakna dalam seribu bulan tersebut kita melalui 80 malam Lailatul Qadr..

Kenapa Allah memilih 1000..??

Ini kerana Allah..ketika berfirman dalam ayat ini..mengikut keadaan arab ketika itu..dan adalah ketika itu..orang orang arab beranggapan bahawa nombor 1000 adalah adalah nombor terakhir..dan mereka tidak tahu milion atau bilion..

Oleh itu..maka makna sebenar dari firman Allah yang bermaksud:

"Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan."

Mengikut sheikh mutawalli syarawi..sesungguhnya lailatul qadr lebih baik dari setiap detik dan zaman selama lamanya..

Di Kesempatan ini..ais putih mengucapkan selamat hari raya aidil fitri dan maaf zahir dan batin..

Sekian

0 comments: