Saturday, March 19, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

huh..buat per korang..hidupku semakin stabil..hanya alhamdulillah yang mampu di ucapkan kepada Nya..sesuai status kita sebagai hamba Nya yang lemah..keadaan rumah pun sudah semakin kemas..tinggal satu jer lagi..ura ura nak pasang parabol kat rumah baru nie..uikk..biar benor..hehe..tapi masih dalam perbincangan ahli rumah..semoga perbincangan nie akan bawa natijah yang baik pada kami semua..

Nak cerita pasal morocco sket..mengenai sejarah pelik morocco..ini berdasarkan cerita kawan moroccan yang satu batch ngan aku..Orang morocco boleh di katakan berjuta penduduknya berhijrah keluar dari morocco ke negara negara lain..terutamanya ke eropah..sebab utama penghijrahan ialah..kerana kehidupan di morocco tidak baik..negara yang miskin..taraf hidup yang rendah..dan sebagainya..

Terdapat sesetengah rakyatnya yang sanggup berenang melintasi laut mediterranean ke sepanyol..kenapa berenang??..tiada duit..keazaman hijrah yang terlalu kuat..buktinya..terdapat satu kawasan pelancongan kini yang terletak di marakech..yang mana kawasan itu ialah kawasan latihan berenang untuk ke sepanyol..huh..biar beno..betapa kuatnya azam penduduk morocco untuk berhijrah..dan paling menyayat hati..ada yang mati kesejukan ketika berenang di lautan mediterranean..dan kerajaan sepanyol telah membuat undang undang..untuk menembak sahaja pendatang yang berenang masuk perairan spain..dan kerajaan spain telah menyediakan satu kawasan kuburan KHAS untuk pendatang yang di tembak matii..

Seorang pelajar Maroc english department berumur 18 tahun..menyatakan kepada kami..bahawa..habis diploma nie..saya nak berhenti belajar..dan keluar ke canada..dan saya tak boleh hidup kalau terus tinggal di sini(morocco)..huh..bior beno..tapi itulah hakikat..remaja sebegitu sudah memasang azam untuk keluar negara bukan kerana ingin belajar..tetapi tak yakin dengan negara..sedih sungguh..

Kawan aku..Moroccan jugak..abangnya dan kakaknya juga berhijrah keluar ke USA dan ke Belgium..abangnya bekerja di USA..dan kakaknya juga bekerja mengikut suami yang jugak Moroccan ke Belgium..dan ternyata hidup mereka lebih senang dari yang sebelumnya..

Dan yang menjadi pelik..sejarahnya dahulu..orang sepanyol lebih suka untuk berkerja di morocco..mereka sanggup berhijrah ke morocco kerana taraf hidup lebih bagus..di sepanyol,mereka bekerja cuma di bayar gaji sebuku atau dua roti..di morocco di bagi wang..tapi sekarang..sebaliknya yang berlaku..orang morocco keluar ke eropah..dan orang eropah cuma melancong masuk ke morocco..dan kami malaysians..mengambil kesempatan di sebalik lambakan ilmu ilmu Islam..

Habis cerita Morocco..

0 comments: