Edisi Maulidur Rasul 2005
Sambutan Maulidur Rasul telah pun di sambut sejak berkurun lama oleh umat islam di seluruh dunia perbicaraan mengenai kearusannya telah lama dibincangkan oleh ulama ulama dan sesetengahnya telahpun dibukukan dalam buku buku mereka.
Disebalik itu ada pihak yang cuba mencemuh majlis ini atas alasan ianya sebagai satu amalan bid'ah.Dan menganggap ianya sebagai satu amalan yang membaw kepada dosa dan maksiat.
Seorang pengajar di masjid nabawi pernah berkata bahawa sembelihan yang dilakukan untuk menyediakan makanan pada hari sambutan maulidur rasul adalah lebih haram dagingnya adripada daging khinzir.Berkata Sheikh Soleh al-Fauzan bin Al-Fauzan telah memberi amaran kepada sesiapa yang mengadakan majlis Maulidur Rasul ini.Dan banyak lagi pendapat pendapat atau pandangan pandangan tentang penentangan majlis sambutan Maulidur Rasul.
Golongan ini menghidupkan isu pengharaman majlis sambutan Maulidur Rasul hanya dengan satu alasan yang lapuk dan tidak boleh diterima lagi.Ini kerana sebilangan besar ulama ulama telah menjawab sebagai tindak balas dari isu pengharaman ini.Namun begitu mereka tetap atas pandangan mereka sendiri.Berkata senior aku,Ust Irdho:" Fikrah membentuk diri seseorang".
Sekalipun majlis Maulidur Rasul tidak ernah diadakan pada zaman nabi, tetapi amalan ini dianjurkan oleh Allah dan rasulNya secara umum. Sekalipun tidak ada dalil dalil yang nyata menyebut mengenainya tetapi secara tersirat Allah dan rasulNya menyuruh kita mengingati sejarah.
Jikalau kita lihat dari segi pengisian majlis itu sendiri yang terdiri daripada mengumpulkan umat islam untuk mengingati Rasulullah S.A.W,seterusnya memuji baginda dengan mengucapkan selawat keatasnya,dan menyediakan makanan untuk orang ramai.Majlis sebegini secara tidak langsung telah menjana penghayatan umat islam dalam memperingati sunnah Rasulullah S.A.W,dan lebih utama ianya adalah antara satu method dakwah islam.
Sebagai contoh,Orang yang tidak tahu sejarah Rasulullah S.A.W,maka melalui majlis ini sedikit sebanyak akan membantu mereka mengetahui tentang sejarah rasul.Tetapi kalau kita berpegang kepada prinsip sambutan Maulidur Rasul itu sebagai satu amalan yang membawa kepada dosa maka kita boleh katakan "lebih baik daripada tiada".
Berkata imam Al-Hafiz As-Suyuti ketika ditanya tentang hukum mengadakan majlis Maulidur Rasul pada bulan rabiul awal samada dicela atau tidak,dan adakah diberikan pahala bagi orang yang menyambutnya,beliau menjawa,"amalan pokok yang dilakukan di dalam majlis itu ialah bacaan ayat ayat suci al-Quran,kemudian dibacakan sirah sirah nabi dan kisah kisah yang berlaku ketika kelahirannya.Setelah itu mereka makan bersama dan bersurai,tidak lebih dari itu.Amalan seperti ini diklasifikasikan sebagai Bid'ah hasanah(bid'ah yang baik)yang diberikan pahala bagi mereka yang melakukannya.Dalam amalan ini terdapat suasana membesarkan nabi S.A.W.,dan melahirkan rasa gembira dengan kelahiran nabi Muhammad S.A.W yang mulia.
Berkata ilmuan ilmuan islam :
1.Hasan al-Basri pernah berkata :" sekiranya aku mempunyai emas setinggi bukit uhud aku akan membelanjakan untuk meraikan majlis Maulidur Rasul".
2. Imam al-Junaid al-Baghdadi pernah berkata : "Sesiapa yang menghadiri majlis Maulidur Rasul dan membesarkan kedudukan baginda maka ia telah mencapai kejayaan iman.
Dan akhirnya Rasulullah S.A.W pernah bersabda : "Sesiapa yang mengasihiku maka dia bersama aku di dalam syurga".
p/s:ais-putih terfikir sejenak jikalau merayakan Maulidur Rasul itu membawa kepada dosa maka di akhirat nanti kita akan dimasukkan ke dalam neraka kerana merayakan Maulidur Rasul dan kita akan bertanya kepada Allah S.W.T," adakah aku dimasukkan ke neraka kerana perbuatan ku membesarkan rasul Mu?".
Logikkah????
Sekian.

0 comments:
Post a Comment