Saturday, June 25, 2005 | By: cipthowiryawanchannel
huh..sehari lepas..aku membaca artikel berita harian tentang perpindahan pemain bola sepak PSV, Park Ji Sung berasal dari Korea yag dibeli oleh Manchester United dengan harga 4 Juta Pound..Isi penting dalam pembelian nie kan..Park menegaskan dirinya ke Man Utd bukan untuk perniagaan..dan yang utamanya..dia menegaskan yang dia ingin membuktikan keluaran pemain Korea Selatan berkualiti..Statement Park..kalau di kembangkan ditanamkan di seluruh penduduk Malaysia..pastinya Dasar Tun Dr Mahathir " Dasar Pandang ke Timur " semakin lengkap dari yang sudah lengkap..

bercakap tentang Dr.Mahathir..ada sebuah buku yang tengah aku baca hasil kumpulan ucapan ucapan beliau tentang Islam bertajuk.." Islam And The Muslim Ummah "..memang tidak di nafikan ke kreatifan fikrah beliau dalam membangunkan negara Islam..

aku sendiri telah menggunakan buku ini sebagai rujukan utama dalam subjek
" Hadharah Islamiah " untuk exam oral..tugas kita orang malaysia menyebarkan idea idea orang Malaysia sendiri ke mata dunia..

aku ingin menulis kembali point point utama ketika membuat assignment ringkas tentang Hadharah Islamiyah yang aku ambil dari buku ini..

Zaman Rasulullah dan Sahabat adalah zaman terbaik..di mana kita lihat di zaman Sahabat..Islam berkembang sehingga mengawal 2/3 bumi ini..ini di sebabkan penguasaan ilmu..zaman sahabat dulu..mereka mengkaji semua ilmu tanpa rasa ragu dan takut yang ilmu itu akan menggangu akidah mereka..ini kerana dalam masa yang sama mereka mengikuti syariah Allah dan sunnah Rasulullah atas jalan yang betul..ini yang menyebakan bila mereka mengkaji ilmu ini..mereka akan menguasai ilmu itu dengan baik..tanpa meresokkan akidah mereka..tetapi kini..orang kita khasnya muslim..takut untuk mengkaji ilmu yang di luar bidang mereka..ini kerana takut akan menganggu agama dan akidah mereka..

Sejarah..untuk membina semula civilisation..kita perlu merujuk kembali..membuka lembaran lembaran sirah..ini kerana kita kena belajar dari sejarah..jika kita ingin regain the glorious age of Islam..dalam kata lain..History is the greatest teacher..

Ekonomi..penguasaan ekonomi adalah antara asas utama yang perlu di kuasai dengan baik..Di Malaysia..Orang cina menguasai ekonomi Malaysia..Tapi kalau kita lihat dari segi pembangunan ekonomi islam seluruh dunia..Kita pandang ke Orang Cina..di malaysia dan negara China khasnya..kita tahu di sana mempunyai komuniti Islam yang banyak..apa salahnya kita gunakan khidmat Komuniti Chinese Muslim dalam pembangunan ekonomi Islam..

Perpaduan..ini juga asas paling penting..perlu ada fahaman.." we are brother "..kalau ini ditanam dan tumbuh subur..kita tidak akan nampak darah orang muslim mengalir hasil perbuatan orang muslim sendiri..

Akidah..Fahaman barat telah menyelubungi kehidupan harian kita..di sekeliling kita hakikatnya majoriti berasal dari aliran aliran barat..tetapi di sebalik kederasan aliran fahaman ini menular ke kehidupan kita..satu tembok yang tidak boleh di tembusi masuk oleh fahaman ini...Akidah Muslim..oleh itu kita kena suburkan akidah dengan siraman iman..berbaja taqwa..

Bila bersatu semua nie..itulah yang di takutkan oleh musuh Islam..ketakutan yang amat sangat..

sekian..

0 comments: