Thursday, December 22, 2005 | By: cipthowiryawanchannel
Image hosted by Photobucket.com

Motivasi Minda 2
Cam Ner nAk Urus MAse..

Tidak akan berjaya seseorang itu,kecualilah ianya pandai menggunakan masanya dengan baik..Dan waktu bukan suatu yang boleh kita berhentikan untuk mengingatkan kita, apa yang perlu di buat..

Dan ianya bukanlah harta yang boleh di simpan..Di simpan dan digunakan bila mana kita memerlukan..Tetapi ianya akan terus bergerak..terpulang pada manusia untuk menggunakannya di jalan yang baik ataupun yang buruk..

As-Sayyid Muhammed Alwi..telah menulis kitab tentang pengurusan masa dengan menggunakan tajuk yang berbunyi..waktumu kehidupanmu..dan itulah hakikat sebenar dalam kehidupan manusia..

Memetik kata pemenang nobel..Richard Finman..Kami ahli fizik sentiasa bermain dengan waktu kami setiap hari..Tetapi jangan di tanya kenapa..kerana ianya satu yang susah untuk di tafsirkan..

Sesungguhnya manusia tidak memiliki waktu selama lamanya..dan sesungguhnya kita cuma mempunyai "bagaimana untuk menggunakan masa"..oleh itu..jika kita tidak menggunakannya..maka waktu akan menggunakan kita..

Seolah olah..manusia dengan waktu adalah dua musuh yang berhadapan berpandangan sesama sendiri..setiap seorang itu mengacukan senjata masing masing ke pihak musuh..Jika manusia tidak membunuh waktu dengan kerja yang berfaedah..Maka waktu akan membunuh manusia dengan apa yang tidak di manfaatkan oleh manusia..

0 comments: