Wednesday, April 05, 2006 | By: cipthowiryawanchannel
Assalamualaikum

[Tarbiah]

Dalam sistem tarbiah Islam ianya bersumberkan pada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah..kerana kedua dua sumber ini mempunyai kesan yang mendalam dan pasti berkesan dalam pentarbiahan dalam Islam.

Al-Quran seperti yang kita tahu ianya mempunyai satu gaya bahasa yang cukup indah dalam konteks untuk mentarbiah seseorang kepada keimanan pada Allah..Ini kerana Al-Quran membawa kita untuk menggunakan akal fikiran..berfikir sebagai makhluk yang lemah..dengan kata lain.."BERFIKIR SEBAGAIMANA YANG SEPATUTNYA"

Sebagai bukti Al-Quran sebagai pentarbian manusia..ialah melalui ayant pertama yang di turunkan oleh Allah kepada Rasulullah melalui malaikat Jibril..ialah "IQRA"..dan bermacam macam lagi contoh ayat ayat lain yang menunjukkan betapa insan ini memerlukan pada satu tarbiyah atau "Tazkiyah An Nafs"..

Dan kalau kita lihat dalam konteks Hadis pula..melalui hadis pula terdapat dua faedah yang utama dalam pentarbiahan..pertamanya; seperti kita tahu hadis adalah penerang kepada skill atau cara pentarbiahan yang ada dalam Al-Quran..dan keduanya; hadis mempunyai tarbiah dari kehidupan rasulullah bersama sahabat,dan cara pergaulan dengan isterinya, anaknya, keluarganya, dan jiran2 nya..oleh itu..melalui pengkajian dan amalan..maka pastinya konklusi nya..tumbuh bibit tarbiah di dalam seseorang muslim..

Sedikit terjemahan dari buku bertajuk [Kesan pembaratan dalam sistem tarbiah dan pendidikan di Morocco] di tulis oleh Dr.Abdullah Sharif, Lecturer Psikologi dan Kemasyarakatan di Universitu Ku..hehe..:D

0 comments: