Thursday, December 23, 2004 | By: cipthowiryawanchannel


Assalamualaikum...

Hujan turun tepat jam 12.30 tengah hari semalam. Kuntu Atasa'al "Hujan ni bawa makna apa?"..Tiba di kuliah,Fakulti Pengajian Islam mula di kerumuni pelajar yang ingin membantah peperiksaan..Kami pelajar mesia,Just diam..dan menunggu..jawapan dari fakulti dan Ustaz..

Jam 2.55 petang sambil diiringi angin kencang dan hawa dingi yang mencengkam..Ustaz membatalkan exam dan meneruskan kuliah seperti biasa..Lega nya hati...

Ustaz cuma meninggalkan kerja sikit dan perlu di serahkan selepas Aidil Adha...Dan tadi beliau telah berlepas ke Mekah untuk menunaikan rukun Islam yang terakhir..Hajj Mabruk..

+ Assignment..

* Aku pilih tentang Nabi Hud dan Kaumnya..

Sikit cerita yang di ambil dari Berita harian..

Kaabah dibina atau dibaiki dari semasa ke semasa,membabitkan pelbagai peringkat. Antaranya:

Binaan pertama: Malaikat atas arahan Allah;

Binaan kedua: Nabi Adam;

Binaan ketiga: Nabi Syith;

Binaan keempat: Nabi Ibrahim;

Binaan kelima: Kaum Amaliqah;

Binaan keenam: Kaum Jurhum;

Binaan ketujuh: Qusai bin Kilab (Abad keempat Masihi);

Binaan kelapan: Abdul Mutalib;

Binaan kesembilan: Kaum Quraisy (Tahun 605 Masihi ketika Rasulullah berusia 35 tahun);

Binaan ke-10: Abdullah ibnu Zubair (Tahun 64 hijrah);

Binaan ke-11: Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi (Tahun 74 hijrah/693 Masihi);

Binaan ke-12: Sultan Murad Khan (Tahun 1040 hijrah/1630 masihi).

* Binaan Ke 4 ; adalah marhalah paling penting dalam Islam..

* Menurut sejarah, binaan seperti sekarang ini adalah binaan yang dibuat oleh Quraisy. Berikutan masalah kekurangan perbelanjaan, mereka mengeluarkan Hijir Ismail daripada Kaabah, iaitu Kaabah dikecilkan 6 1/4 hasta.Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim tiada beratap, mempunyai dua pintu iaitu satu di sebelah matahari naik (seperti yang ada sekarang) dan satu lagi sebelah matahari jatuh.Kedua-dua pintu itu rapat ke tanah, dan tiada berdaun pintu. Sebuah perigi juga disediakan di sebelah kanan pintu yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang hadiah kepada Kaabah.

0 comments: