Wednesday, December 29, 2004 | By: cipthowiryawanchannel

Assalamualaikum..

Al-Fatihah untuk mangsa gempa bumi dan tsunami yang beragama Islam…
Al-Fatihah untuk anak pegawai kedutaan Indonesia ke Morocco yang meninggal dunia semalam…

Suasana duka menyelubungi Asia khasnya dan dunia amnya…Ada hikmah di sebalik kejadian ini..Kemungkinan Allah ingin membersihkan hati hati manusia yang lupa dengan menunjukkan sekelumit kekuasaan Nya…

Belum pun reda berita gegaran Asia…kami disini(Morocco)pula mendapat berita dari sahabat negara jiran Indonesia yang menyahut seruan Ilahi di Hospital dekat sini kelmarin

Haza ibtila' Allah…Subhanallah…

Apapun kita terpaksa meneruskan saki baki umur kita dengan baik..bagi yang menggunakan akal fiiran..maka dia adalah orang yang beruntung…Tetapi,bagi orang yang sebaliknya..maka kepadanya itu perkara yang sebaliknya…

Kali nie nak tulis pasal Ghad Al-Basr…

Firman Allah Swt dalam Al-Furqan yang bermaksud:

" Katakan lah pada orang orang mukmin,supaya mereka menahan sebahagian penglihatan mereka dan menjaga kehormatan mereka. Yang demikian itu, lebih suci untuk mereka.Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu lakukan # Dan katakan lah kepada mukminat,supaya mereka menahan sebahagian penglihatan dan menjaga kehormatan mereka " An-Nur 30-31

Dari ayat ini Allah bukan sahaja melarang manusia itu dari berzina,tetapi Allah juga mengingatkan mengenai penglihatan lelaki kepada perempuan dan perempuan kepada lelaki.

Ini kerana Allah telah mengetahui keadaan yang akan timbul dari keaddan itu,iaitu melalui penglihatan yang tidak di batasi akan membuatkan timbulnya nafsu yang membawa kepada kejahatan.

Mata itu memancarkan panah asmara yang beracun…

Rasulullah telah bersabda:Tiga perkara yang matanya tidak akan melihat Api Neraka di hari Kiamat iaitu:

1: Mata yang menangis kerana takutkan Allah;
2: Mata yang berjuang di jalan Allah;
3: Mata yang di batasi dari perkara yang diharamkan Allah.

Sama sama kita ingat mengingati agar kita sentiasa ingat kepada Nya..

Sekian.

0 comments: