Friday, March 11, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

Huh..ajabtu..ajabtu..hal da'iman hakaza..???..segalanya masih belum stabil lagi..perlu kepada perancangan rapi..dan aku sendiri pun belum stabil..perlu motivator? rasanya tidak..segalanya berubah dari diri sendiri..Allah pun telah berfirman tidak akan mengubah sesuatu kaum kecuali ianya berusaha untuk berubah..semoga Allah,kudrat ku,dan keadaan sekelilingku membantu menjadi lebih baik dari yang sebelumnya.."peluang hidup hanya sekali"..maka ambil hazihi fursah..

Kuliahku berjalan seperti biasa,tiada gangguan..aman..harmoni..cuma gurauan asdiqa' yang mencelah di sebalik lipatan lipatan kehidupanku..Itu lebih baik dari tiada bukan..kadang kita berasa serba salah bila hidup dalam kesunyian..manusia memang fitrahnya hidup berpasangan,berpuak puak dan sebagainya..jadi memang susah untuk menerima ahwal manusia hidup dalam keadaan bersendiri..tapi tidak mustahil bila Khaliq itu ingin membuat sebegitu rupa kepada hambanya yang dho'if..."khalaqal insana dho'ifan"..

berfikir seperti yang seharusnya..itulah tajuk karangan harun yahya..masih dalam proses memahami maksud karangannya..tapi kenapa berfikir? kenapa di ihtimamkan konsep "fikir"..mesti ada hikmah di sebaliknya..manusia lahir dengan akal fikiran..manusia istimewa kerana boleh befikir..dengan fikiran juga membezakan manusia dengan haiwan..kenapa yah..?? satu rahsia yang perlu di kaji..

hari ini aku tidak ingin berbicara untuk fikiran..tetapi aku ingin menyampaikan antara ketakjubanku..mengenai susur galur kehidupan kita sehari hari ini.

Berfirman Allah..

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia"

Itulah ayat yang mewajibkan kepada kita agar kita berbuat baik kepada kedua ibu bapa..ini di buktikan sehingga larangannya tidak membenarkan kita berkata "ah" apalagi membentak dan apaa lagi membiarkan mereka..nau'zubillah..kita berlindung kepada Allah agar tidak termasuk dalam golongan ini.

Tapi kenapa wujud golongan yang tidak memeperdulikan ayah ibu..sedangkan di masa ianya di perut ibunya..dua insan inilah menanggung segalanya..tika dia kecil..dua insan inilah yang berjaga di waktu malam..tika dia bersekolah..dua insan inilah tempat mengadu.."mak..minta duit belanja sekolah"..semuanya di bagi..hanya kerana si anak yang tersayang..

Tapi segalanya berubah bila ego menguasai diri..nafsu membalut jiwa..dua insan yang paling rapat dengan kita..di biar berdua-duaan menagih kasih anak..tidakkah engkau berfikir tentang ayat "syurga di bawah tapak kak ibu"..tidakkah engkau takut dengan ancaman Allah bagi sesiapa yang menderhaka kedua ibu bapa..kembalilah..

Ingin memetik kata Yusni Hamid dalam filem Laila Isabella..

"Anak sepuluh mak bapak boleh jaga..tapi anak sepuluh belum tentu boleh jaga mak bapak"

Fikirkan lah..

0 comments: