Saturday, July 10, 2004 | By: cipthowiryawanchannel

Education Begins A Gentleman, Conversation Completes Him

Berketar tangan aku semasa tunggu giliran untuk exam fasa kedua tadi. Mata pelajaran usul fiqh dan siasah syariah,subject yang aku ambil untuk fasa kedua nie. Aku dah hafal semua apa yang patut di hafal dalam 5 hari sebelum exam nih,tapi aku masih ingat ingat lupa,kenapa?

Jadi tadi aku dah ambil usul fiqh kira susah jugak,baik nasib Ustaz Tamsamani tolong sikit,mungkin dia fikir kita budak asia kan,jadi dia kasi peluang lah sikit,konklusinya,aku dapat jawab soalan ustaz nih,dan aku harap dapat 2 point.

Lepas usul fiqh,aku ambil exam siasah syariah lagi. Kali nie aku sapu semua soalan dia. Insya Allah aku lulus lah subjek nie. Masa aku ambil exam nie,aku ingat ustaz tu tanya saya sorang,rupanya dia dua orang dalam satu sesi,jadi aku masuk ngan budak Thailand. Kira dia ngan saya boleh jawab soalan ustaz.Alhamdulillah.

Insya Allah hari isni aku akan ambil dua subjek lagi,ahwal syahsiah dan tarikh tasyri' islami. Hopefully soalan dia senang.

0 comments: