Wednesday, February 16, 2005 | By: cipthowiryawanchannel

Huh.Saya betul betul buntu.Tak tau nak apdate apa dalam blog nie.Kat rumah,tengah jalan,dalam bas,dalam teksi..semua duk pikir nak apdate per.Jadi, kali nie saya dah buat keputusan nak apdate per dalam blog nie.hehe.

Nak citer pasal Morocco.Mungkin Best.Apa yang Unik kat Morocco nie.apa yang tak pernah di buat orang,ada kat sini.

Teksi..Tahukah anda T.E.K.S.I..? Atau lebih di kenali sebagai Taxi dalam english nyer.Sejenis pengangkutan untuk mengangkut manusia yang berhajat ke suatu destinasi.

Kat Morocco khususnya,Teksi terbahagi kepada dua jenis.

1. Teksi Soghir.
2. Teksi Kabir.

Teksi Soghir;

Majoriti jenis teksi ini serupa kancil produk Mesia,tetapi jenama kereta jer lain antaranya,peugeot,renault,dan sebagainya.

Warna teksi ini,berlainan mengikut kawasan,contohnya;Di Tetouan, ianya berwarna Kuning,Di Kenitra, ianya berwarna Putih begitulah seterusnya.

Penumpang bagi teksi ini cuma tiga orang jer.Dan boleh jadik sorang dan boleh jadik dua orang dan boleh jadik teda orang sebab takder yang nak naik teksi tuh.

Teksi Kabir;

Majoriti jenis teksi ini serupa ngan kereta antik kat mesia.Kalau di mesia kereta nie akan di simpan dan mungkin di jaga dengan rapi.Semua teksi kabir di morocco nie terdiri dari satu jenis.Iaitu jenis mercedes-benz generasi 80 an.

Warna teksi kabir di morocco ini,juga berlainan mengikut tempat.Kat Tetouan,ianya berwarna biru.Kat Tanger ianya berwarna putih dan begitulah seterusnya.

Yang menjadi benda yang tak pernah di buat orang. Penumpang untuk teksi kabir ini ialah 6 orang. Pemandu satu,Dua orang akan duduk di depan untuk seat sorang.,dan 4 orang kat belakang.

Dan anak melayu yang naik teksi ini,akan terasa terhimpit sebab akan di kelilingi orang arab yang beso beso.

Tu jer lah kali nie.

0 comments: