Israeli Prime Minister Ariel Sharon(L) shakes hands with Palestinian President Mahmoud Abbas during their meeting at Sharm el-Sheikh, Egypt February 8, 2005. Israeli and Palestinian leaders proclaimed a formal end to more than four years of bloodshed at the summit Tuesday. Photo by Reuters (Handout)
Islam Agama Keselamatan dan Keamanan
Islam adalah agama pembawa kesejahteraan. Untuk itu sekali lagi ditegaskan ia tidak boleh dilihat sebagai agama yang mencetuskan keganasan atau memporak-perandakan kehidupan manusia.
Rasulullah ketika menyelesaikan masalah masyarakat Islam pada zamannya sentiasa menjuruskan kepada keamanan dan kesejahteraan. Demikian juga yang baginda lakukan ketika berhadapan musuh-musuh baginda.
Tindakan baginda dalam berdakwah umpamanya, baginda tidak mendahulukan menghukum daripada mendidik. Baginda sentiasa mengajar para sahabatnya bahawa mendidik lebih utama daripada menghukum. Jika sahabat mendahulukan herdikan kepada Arab Baduwi yang kencing di dalam masjid maka Rasulullah bertindak sebaliknya. Sikap lemah lembut Rasulullah menggambarkan sikap rahmat yang dibawa oleh Rasulullah.
Sikap rahmat ini kita lihat telah menjuruskan kepada wujudnya perasaan kasih sayang kepada para sahabat baginda. Kekecohan dan “hingar-bingar” bukanlah sifat Rasulullah s.a.w.. Maka dengan itu Islam dapat dilihat sebagai agama yang membawa kepada keamanan dalam diri dan kehidupan para sahabat baginda masa itu.
Adakah terdapat contoh lain yang lebih baik daripada apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.. Kita melihat apa yang dibawa oleh Rasulullah masih wujud masa kini. Namun ancaman, tuduhan dan ugutan semakin mengambil tempat daripada mengutamakan mendidik dan menasihati di bibir umat Islam masa ini. Jika inilah sikap kebanyakan generasi Islam maka bagaimanakah keselamatan dan keamanan dapat diwujudkan di dada umat Islam masa kini. Apatah lagi kepada orang yang tidak beragama Islam.
Sebut sahaja perkataan Islam apa yang digambarkan oleh bukan Islam adalah wajah-wajah militan, tiada toleran dan kemunduran di sana sini. Warna-warna inilah yang mewarnai segelintir masyarakat Islam masa kini walhal Islam yang dibawa oleh Rasulullah adalah agama untuk kesejahteraan, kedamaian dan keselamatan. Mungkin mereka ada alasan lain untuk mempertahankan tindakan sebegitu namun soalnya adakah tindakan begini yang menjadi keutamaan Rasulullah s.a.w. dalam menyebarkan dakwahnya ke seluruh alam.

0 comments:
Post a Comment