Wednesday, September 14, 2005 | By: cipthowiryawanchannel
huh..nie entry aku cedok kat blog kawan aku..noumad.blogspot.com..katanya dia menegluh sebab penat bekerja..dan sebab nya ada lah berikut ini..kalau aku tengok macam betul..hehhe

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 jutaorang. 1.7 juta darinya sudah bersara. Jadi tinggal 21.3juta orang. 1.3 juta pula adalah golongan kanak² bawah 6 tahun.Jadi tinggal 20 juta orang.
__________________________________________________________
Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika,sekolah, kolej, universiti dll). Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.
__________________________________________________________
Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja. Jadi tinggal 8 juta orang yangboleh buat kerja.
Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tenteradarat) pasal diorang nie nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan.
__________________________________________________________
Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja.... Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yangmenganggur dan tak der kerja surirumah, pekerja yang kena VSS, orang² tua, fresh university student, kena buang kerja dll).
__________________________________________________________
Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja. Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (takkiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila). Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja....
__________________________________________________________
Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara. Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja... Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku...
__________________________________________________________
Dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes,membacaemail, main chat dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah Aku sorangyang buat kerja dalam Malaysia nie... mana aku tak letih!! Jadi sedarlah skit.... dahhhh..!!! pi buat kerja!!!

0 comments: