Friday, May 05, 2006 | By: cipthowiryawanchannel

(gambar di ambil oleh tetupai-xp)

Belek belek buku..ambik isi..tulis dalam kertas..cek cek tatabahasa..duss..tetibe jer gelap..apa jadi..?..aku ketiduran secara tak sengaja dari jam 9 malam sampai laa jam 3 pagi..bangun bangun..elok jer buku tuh membaca diri ku..bukan aku membaca dirinya..hehe..

Tak tau nak apdate apa..cuma tadi lepas jer bangun tadi..basuh basuh muka..buka buku sasterawan arab Mustafha Lutfi Manfaluthi..(cantik kan nama dia)..hehe..haa buku dia nih tajuk An-Nazarat..ada tiga jilid..dalam tuh ada banyak cerpen..tapi cerpen dia bukan cerpen yang menggunakan bahasa arab ringkas dan mudah..tapi menggunakan bahasa arab sastera..so aku pun tak brapa nak reti..kene buka kamus..hehe..

Adalah sikit aku nak kongsi dari perumpamaan2 yang di tulis dalam cerpen yang bertajuk "Al-Kalimat" jilid 3 muka surat 213..

Ad-Din Wal Watan(Agama dan Negara)
Sesiapa yang tidak baik agamanya, Maka tidak ada kebaikan bagi negaranya.

Akhlak
Seseorang yang terpelajar, tetapi tidak berakhlak seperti pokok yang tidak berdaun dan tidak berbuah.

Aku terfikir..Kalau hati gembira..satu badan gembira..kalau hati tak gembira..satu badan tak gembira..samalah macam apa yang tersebut dalam hadis "ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati."

Selalu2 lah gembira kan hati anda..jangan sampai sesekali hati terusik..sebab kesan nya bukan sesaat..tapi tak di ketahui..

6 comments:

ShalinzZ85 said...

akum..can u pls teach me how to use n take skins so that my page will become more attractive?hohoh

cipthowiryawanchannel said...

lerh..shalin..ang mesej jer laa aku..ader kan id aku ngan ko..ker dah takde..tuh laa..lame sangat tak tegur..nak dekat dua tahun dah...hehe..

Kha said...

uish~ bahye~ bahye~
hati oh hati~
:D

KAMATO said...

kebahagian itu timbul dari hati dan sanubari ynag suci, bertimbangrasa dan menjauhi perasaan benci

blackpurple @ jowopinter said...

Cantik gambar itu. Mungkin kerana tekniknya, mungkin juga kerana posing objeknya...hehehe..

kebahagiaan jiwa itu memang tiada nilaiannya... tidak terbanding harta dan wang ringgit...

Kaklong Syikin said...

hehe..dah kawin ni, bila perang dingin ngan cik abe..takkan senang hati ini selagi tak berdamai.

masa kelas b.arab dulu, sorang ustaz tu rajin bagi pepatah ni..tapi tak rajin nak ingat..malas tul