Friday, August 03, 2007 | By: cipthowiryawanchannel


Journey To Maroc (I)

Tawaran untuk belajar di Maroc tertampal di papan kenyataan sekolah ku pada ogos 2003. Masa tu aku di tingkatan 6. Memang tengah sibuk membuat persediaan untuk peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia. Bila nampak saja dengan tawaran tersebut. Aku terasa nak gi apply dan aku pun apply bersama dengan kawan ku yang lain seramai 8-7 orang.

3 bulan berlalu..selesai semua peperiksaan di ambil..risau tuh memang tak payah nak di nafikan lah..sehingga aku mengharap sangat untuk belajar di Maroc..sebab takut nak menghadapi keputusan STAM..kerana masa tu..satu subjek gagal..result akan automatik gagal semua..seram lagi menyeramkan..



Seminggu atau dua minggu selepas peperiksaan..ustazah ku di sekolah memanggil pemohon pemohon untuk ke sekolah..berdebar sudah pasti..dan dengan sukacita nya ustazah ku memberitahu yang 7 dari 8 pemohon di terima belajar di Maroc..dan aku adalah antara yang di terima..hati menyanyi riang lah masa tuh..

Lepas urus itu ini..aku mula membuat persiapan untuk terbang ke Maroc..bukan aku pun yang buat urusan..senior aku ketika itu membuat urusan penuh untuk kami semua..itu kesah dulu..pelajar menguruskan pelajar baru..kalau sekarang..pelajar baru akan di uruskan oleh kementerian pendidikan tinggi..



Seminggu lebih sebelum perjalanan..aku sudah terbang ke Kuala Lumpur dengan seorang lagik kawan ku..aku pergi dengan ayah ku ketika itu..so tak lah sedih mana..sedih juga lah..masa ni aku berjalan jalan dekat semenanjung malaysia tu..ke Melaka stay lah sana selama 4 hari..best duduk melaka..walaupun kecil jer negerinya..tapi ku suka duduk situ berbanding KL..

Sampai masa untuk bertolak ke Morocco..waktu penerbangan ialah jam 10 malam..awal awal lagi sepupu ku dah membawa kami ke airport..dan Ayah ku masa tu dlm perjalanan balik dr Kedah, ada meeting di sana..Ku ingat lagi sms ayah ku kata, " kalau bapa sempat sampai KLIA, kita jumpa sana ok..kalau tidak sempat..Insya Allah kita jumpa lagi "..sms ini memang menyentap jiwa..hahaha..hati ku kate..tolong lah laju sket kenderaan ayah ku tuh sampai ke KLIA..kekeke..

So apa jadi lepas tuh..??

1 comments:

SR215 said...

Assalamualaikum brader..
Lampu Riang tu apa settingnya brader?

Macam ambil pakai SLR eh..