Thursday, April 27, 2006 | By: cipthowiryawanchannel
Hup Hup Huuray..aku lalui lagi episod minggu ini dengan exam dan kelas..tak terase..baru jer seminggu sekolah..ada plak cuti lagi start Isnin nih..maka bercuti lagi lah untuk episod minggu depan..tapi zahirnya jer cuti..alkisah di sebalik cuti tuh menggambarkan aku tak bercuti..sebab ade keje..

Tadi start jam 12 tengah hari terpacak depan tv..sebab sume program best..start dari Extremely Make Over,Punk'D,travel tv,dokumentari itu ini..kalau mak ayah nampak neh..mau nyer kene ketuk ketuk pale..

Nak teruskan lagi pengembaraan No 7..kali ni [Allah dan No 7]

Kalimah paling cantik mengikut pada penulis buku ini ialah..kalimah "Allah"..dan saya tentunya menyokong..dan pembaca muslim yang lain pun rasanya menyokong penulis ini..hehe

Kalimah Allah paling awal tersebut di ayat pertama dalam surah Al-Fatihah. Firman Allah (Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)[1:1]. Dan kalimah Allah paling akhir tersebut di dalam surah Al-Ikhlas. Firman Allah (Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu)[2:112].

Hakikat Pertama (Bilangan Surah);

Kalau kita lihat surah pertama yang terkandung kalimah Allah pertama iaitu surah Al-Fatihah dan surah terkahir yang mempunyai kalimah Allah iaitu surah Al-Ikhlas. Kita dapati ianya sebanyak 112 surah. Dan ianyanya adalah hasil darab 7. 16 X 7 = 112.

Hakikat Kedua (Bilangan Huruf);

Dari aspek ni pula, Kalau kita kira bilangan huruf ayat pertama yang mempunyai kalimah Allah "Bismillahirrahmanirrahim"[1:1]*dalam bahse arab nyer*..sebanyak 19 huruf. Dan ayat terakhir yang mempunyai kalimah Allah "Allahu Samad"[2:112]*dalam bahse arab nyer..sebanyak 9 huruf. Jadi 19 + 9 = 28. 28 adalah hasil darab 7. 4 X 7 = 28.

2 comments:

Kaklong Syikin said...

Allahu Akbar..Dia suka nombor 7 kan. Allah...tak terkata

KAMATO said...

Itu la keistimewaan ayat-ayat Allah