Wednesday, March 29, 2006 | By: cipthowiryawanchannel
Assalamualaikum

[ Thanks Allah ]

Aku tak sangka hari ni..hari paling menggumbirakan diri ku..:D..Sujud syukur sebaik sampai ke rumah yang hanya mampu ku lakukan sebagai hambanya yang lemah ini..:D..hati melompat di sebalik jasad yang tak melompat..hehehe..

pegi kelas jam 8.00 pagi..cuaca sejuk sejuk spring gitu..sampai kat U..tunggu dekat kelas sampai jam 8.40..lect Dr. Mehdia..tak datang..aku malas nak tunggu dekat kuliah sampai jam 10..sebab kelas seterusnya jam 10..so aku pun balik rumah..buat keje sket..urus diri mana yang tak sempat di urus..:D

jam 9.45..aku pun kluar dari rumah tuk masuk kelas jam 10 tadi..Dr.Bakhti..separa khusyuk mendengar kuliah Dr ni..aku nampak kawan aku [Laila Ed Drisi] sedang bisik ngan kawan dia..aku buat de je lah...skali dia arahkan tangan dia ke luar tingkap..aku pun ikut tengok jugalah..skali tengok dia tunjuk department pengajian islam..dalam masa yang sama..ada pekerja tengah lekat RESULT exam second round..

masa tu aku dah tak dengar sangat dah Dr Bakhti cakap apa..ignored 80%..sikit jer aku dapat info subjek dia tadi..hohoho..kes nampak result kena lekat la ni..[Sori-Sori]..

habis jer kelas dia..yang sepatutnya tamat jam 12..di awalkan ke jam 11.30..aku terus bergegas ke department pengajian islam..n dapat kan keputusan aku..orang ramai bersesak mase tuh..aku gi juga..sebab aku tak nak lewat masuk kelas jam 12 smpi jam 2 nnt..

aku pun cari nama aku..where..??..skali duk atas sekali..perghh..diri ini bukan tergolong orang yang berbadan tinggi[kiut yer kut..hikss]..never mind..aku pun minta tolong la orang yang tinggi-tinggi tuh tolong cek kan result aku..bagi dia kertas ngan pen ku..aku cuba nak tengok juga..tapi tak bape nak betul mate ku ini..

skali dia pun bagi balik kertas n pen aku tadi..n dia kata kat aku..Mabrouk..Najahta..[betul ker pacik nieh]..aku tgk kertas yang dia tulis..hehe..aku hanya tersenyum..

10.83..Thank you Allah..
Tuesday, March 28, 2006 | By: cipthowiryawanchannel
Assalamualaikum

[hari ini dalam sejarah]

aku rasa lain jer hari ni..kata bende happy datang..tak da pun..nak kata sedih..serupa tak da juga..tapi masih lagi membuat diri ini berpikir..hehe..:D..tido awal semalam..jam 1.50 pagi..bangun jam 6 pagi..urus diri..rasa ngantoks pula lepas tuh...kalau tido takut pula tak bangun jam 12.00 tgh hari karang..ade kelas..:((

last last tido2 ayam bangun smula jam 8.15..dah bangun gitu baru sedar hari ni 28 mac..bererti identity card morocco ku dah tamat tempoh..!!!..tamat 26 mac lalu!!!nape ku tak sedar..???..isk isk..kalau kene cek polis time bejalan jalan gitu..mau nyer masuk surat khabar muka diri ini..:D..[student card ku masih ade sebagai penyelamat]..:))

wohoho..kene gi balai polis, urus ic ku ini secepat mungkin..nak urus april nanti lah rasanya..cuma skang ni kene lapor pada polis..hikss..:D..so nanti polis tuh akan kluarkan satu dokumen laa..yang aku tengah dalam pembaharuan ic..so tak lah kelam kabut nanti..:p

makanya status ku tika ini ialah..jeng jeng jeng..pendatang asing..:D..yeahhh..*tutup muka pakai baju*

rupanya ini yang membuat kan bepikir..fuuuhh..Alhamdulillah..
Monday, March 27, 2006 | By: cipthowiryawanchannel
Assalamualaikum

minggu sekolah bermula lagi..lepas cuti hujung minggu..weee..hari ni isnin macam biasa..takde kelas..jadi aku rancang..duk umah jugee..berkurung di bilik ku ini..:D(lelaki melayu terakhir)..

[bila ais putih di dapur]

kemalangan tika aku berada di dapur sejak mari belajar kat sini boleh la katakan jarang(ehem ehem)..yang aku ingat kalau luka kena pisau..masa nak potong bawang..konon pakar sangat..tersilap potong ke jari ku..baik nasib tak putus..huhu..hilang mood masak masa tuh..grrr

kalau kemalangan kene minyak yang meletop letop bagai nuklear itu..amatlah selalu..pernah meletop kene tepi mata..kat tangan,jangan citer lah..weee..so cara aku bila nak memasak masakan yang minyak nya akan meletop letop..aku pakai long sleeve t-shirt..tutup sampai ke tangan n jari jamari ku..jadi masak cam orang kudung gitu..hehe..

pecah pinggan gelas..?..setakat ni..baru pecahkan sebiji gelas..masa tu basuh gelas pinggan sumer..then tanganku licin kut..maka terlepas..tamatlah khidmat sang gelas itu..n pinggan x pernah lagi..[doakan aku bukan pelontar pinggan bila berada di next level of relationship ;)]..:D

masak nasi..?..hermm..mengidam nak masak nasi yang warna warni tuh[tak tau name dia]..tapi sampai sekarang tak tau cam na nak buat..(ade yang nak ajar ker..?)..hikss:D..pastu kalau nasi mentah..:))..pernah sekali..bulan march ni lah..masa duk sensorang..dah mentah gitu..tak tau nak buat camne nak bagi dia masak..dengan tepaksa gi buang..n masak semula..[any tips tuk bagi masak nasi yang tak masak?]..:(

masak tuk kenduri..?..paling ramai masak tuk 20 lebih orang..lunch n dinner..huhu..sempena sambutan student baru..oktober lepas..weeee..alhamdulillah berjayee..

[dan berakhirlah kesah ais putih di dapur]
Sunday, March 26, 2006 | By: cipthowiryawanchannel
Assalamualaikum..

Mercu tanda kebanggaan sesebuah negara @ bandar selalunya di nilai dari statue atau bangunan tertinggi atau benda ajaib dan sebagainya lah. Tetapi di dalam islam, Dr.Qardhawi dalam bukunya "Al-Quds Qadhiyyah Kullu Muslim" menganggap mercu tanda negara atau bandar orang muslim adalah dengan masjidnya..

Dr.Qardhawi mengatakan Mekkah adalah bandar utama dari bandar bandar islam yang lain..kerana Allah telah memuliakan dengan adanya Masjid Al-Haram, yang di kenali sebagai tempat ibadah haji di dirikan..

Bandar kedua pula di nyatakan ialah Madinah Al-Munawwarah..yang mana Allah telah memuliakan bandar ini dengan terbinanya Masjid An-Nabawi, di dalam masjid ini juga terdapatnya Makam Baginda Rasulullah S.A.W..

Baitul Maqdis pula adalah bandar ketiga yang di muliakan Allah dengan terbinanya Masjid Aqsa..yang mana Allah memberkati apa yang di sekitarnya.

Kerana ada hadis yang mana Rasulullah berkata:"Jangan kamu bersungguh untuk bermusafir kecuali ke tiga buah masjid: Masjid Al-Haram, dan Masjid Al-Aqsa, dan Masjid ini."(Muttafiqun Alaih)

"Masjid ini"=Masjid An-Nabawi

-----------------------------

masih berfikir nak masak apa hari ni..
Saturday, March 25, 2006 | By: cipthowiryawanchannel
Assalamualaikum

sambung edisi lepas..

2- Inkar pada kebangkitan

golongan ini mengakui adanya Tuhan..tetapi mereka mengingkari hari kebangkitan. firman Allah:"Dan ia membuat perumpamaan bagi Kami; dan dia lupa kepada kejadiannya; ia berkata: "Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang, yang telah hancur luluh?".(36:78)

Kemudian Allah berfirman lagi:"Katakanlah:Ia akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya kali yang pertama.Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."(36:79)

kesombongan dan keraguan golongan ini juga di sebut oleh Allah, dalam firmannya:" apakah Kami letih dengan penciptaan yang pertama?Sebenarnya mereka dalam keadaan ragu-ragu tentang penciptaan yang baru."

3- Inkar pada rasul,dan menyembah berhala

golongan ini mengakui adanya tuhan, adanya kebangkitan. Tetapi ingkar pada kerasulan dan mereka menyembah berhala. yang mana mereka menganggap berhala ini sebagai yang akan memberi pertolongan di akhirat,menganggap sebagai hadiah untuk tuhan dan sebagainya.

Golongan ini mengingkari kerasulan melalui pertanyaan golongan ini yang tersebut di dalam al-quran:"Dan mereka berkata:Mengapa rasul itu memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar?Mengapa tidak diturunkan kepadanya seorang malaikat agar malaikat itu memberikan peringatan bersama-sama dengan dia?,atau diturunkan kepadanya perbendaharaan, atau ada kebun baginya, yang dia dapat makan dari nya?" Dan orang-orang yang zalim itu berkata: "Kamu sekalian tidak lain hanyalah mengikuti seorang lelaki yang kena sihir".(25:7,8)

dan Allah membalas akan pertanyaan ini dengan firmannya:" Dan Kami tidak mengutus rasul-rasul sebelummu, melainkan mereka sungguh memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar. Dan kami jadikan sebahagian kamu cubaan bagi sebahagian yang lain. Maukah kamu bersabar?; dan adalah Tuhanmu maha Melihat."

*habes dah*

kelmarin..gi kelas..cuaca pun ujan renyai..tapi aku jadi pelupa yang teramat pelupa kelmarin..astgahfirullah..:D*sebab jeles ngan org tak gi kelas rr neh!!:D*

1- sebelum kluar rumah..tgk cuaca kat luar ikut tingkap;"oo ujan kat luar,kene bawa payung pula"..payung pun di letak kat depan pintu..dan aku sarapan dulu sebelum kuar..bila siap sarapan..urus diri kejap..dan kluar rumah..kluar jer dr blog tmpt tinggal aku neh..ujan renyai2..nak pakai payung.."ehh mane payung??" tinggal kat umah upe nyer..kene naik tangga semula n amik payung..

2- gi solat jumaat..dah tau ujan..kluar dari rumah..dub dub..lupa lagi bawa payung..kene naik smula..:((

3- makan tengah hari sbelum gi kelas petang..ujan renyai lagik..kelas jam 2..jam tgn aku dah tunjuk jam 1.50..arghh.."lambat dah ni"..gi besiap..kluar jer rumah..nak pakai payung.."TINGGAL LAGIK!!!"..naik semulaa..grrrrr..

i run run like wind gi amik teksi..
Thursday, March 23, 2006 | By: cipthowiryawanchannel
Assalamualaikum..

Jam 5.46, 23 march..(macam laporan jenayah la pula)hehe..tade yang di buat..cuma menambah maklumat maklumat yang perlu di masukkan dalam thesis ku..Ahamdulillah semua berjalan lancar..insya Allah minggu depan nak di sembah kan pada lect untuk cek mana yang perlu buang mana yang tak perlu buang..

huhu..banyak bende kene pikir dah masa nih..kepala aku befikir nak set waktu..bila nak buat ini..bila nak buat itu..nak ulang kaji bile..nak buat thesis bile..ader pakar pengurusan waktu ker yang datang melawat blog ku ini..?..ini baru bahagian study..belum lagi yang lain..yang tak perlu lah di cerita kan..(kontroversi tuh)..:D

so kali ni..kelas rabu hari tuh..ada 3 kelas..minat dua subjek iaitu "pengkajian agama" dan paling best "penterjemahan Nas2 islam ke bahasa English-French-Spanish"..dan tak brapa minat..sebab subjek ni ttg..perbicaraan tentang akidah dan pengikut pengikut..pening eden memikirkan nyer..jd bila dah susah gini..biasa nya aku akan terjemahkan notes tuh ke bahse melayu..jadi hasilnya akan ku masukkan dalam entry kali nie..sesama kongsi ilmu..

sebelum tuuh..iklan pesanan dari penaja kejap..:D

Image hosting by Photobucket

*******************************

Akidah orang arab.........

Ada 3 golongan yang berlainan akidah..

1- Inkar tentang TUHAN,KEBANGKITAN SEMULA

Golongan ini menginkari Tuhan dan kebangkitan..dan mereka berkata kita cuma hidup di dunia saja..dan tidak ada yang membinasakan kita selain masa sahaja..Allah telah merakam kan golongan ini di dalam Al-Quran;"Dan mereka berkata: "Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia saja, kita mati dan kita hidup"(45:24)

kemudian yang membinasakan mereka mengikut tanggapan mereka ialah berdasakan pada ayat;"dan tidak ada yang akan membinasakan kita selain masa", dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah menduga-duga saja."(45:24)

dalil kepada kesempitan pemikiran golongan ini jugak telah termaktub di dalam Al-quran antaranya ialah;"Apakah dan tidak memikirkan bahwa teman mereka tidak berpenyakit gila..Dia tidak lain hanyalah seorang pemberi peringatan lagi pemberi penjelasan.Dan apakah mereka tidak memperhatikan kerajaan langit dan bumi"(7:184,185)

*********

panjang dah rasanya..nanti sambung kedua dan ketiga..:D

hingga nanti..
Wednesday, March 22, 2006 | By: cipthowiryawanchannel
hermm..dah jam 1 pagi 22 march..tak tidor lagi aku..ujan yang dah berhenti sekejap tadi kembali mencurah bumi..pohon pohon bunga rasanya pasti gembira kerna sinarnya bakal mekar kembang..pokok pokok pula..gembira sebab akan kembali menghijau..binatang binatang pun mungkin tumpang gembira.. dan..manusia..?

aktiviti aku ari ni..

6.00 bangun pagi n subuh

9.30 masak nasi.

10.30 masak nasi goreng

11.00 tengok hostage negotiator(dokumentari)

11.50 chat..ada orang tego

12.10 gi kelas..

12.20 masuk kelas..lambat sket..isk isk

14.00 kelas "Turuk Tadris" tamat

14.05 solat zohor

14.15 kelas "Manahijul Irsyad" bermulaa

16.00 kelas "Manahijul Irsyad" tamat

16.05 solat asar

16.10 round round kuliah

16.30 tanya kawan lect datang ker untuk kelas 16.15 - 18.00.."cancelled"

16.35 gi books fair

17.00 balik rumah..ikut teksi..

17.10 sampai umah..tgk tb prince alfred hospital(dokumentari), dr.phil (ntah..mcm oprah tu)

18.00 online internet

18.30 maghreb

19.00 - 00.00 pade sape yang mengetahui..hihihi

01.15, 22 march..menulis untuk blog ku ini..menukar lagu blog ku ini..

p/s ini kah yang sebenarnya aku nak tulis??..hahaha..hingga nanti..bye..
Tuesday, March 21, 2006 | By: cipthowiryawanchannel

Image hosting by Photobucket


Banyak tangga lagi yang perlu di terokai
Memang nampak mudah dari zahirnya
Tapi sungguh berat kalau di selami
Aku mengharap pimpinan dari Mu

Ais Putih

Sunday, March 19, 2006 | By: cipthowiryawanchannel
Huhu..keboringan ku duduk seorang sudah mula terasa..mengingatkan aku pada orang orang yang beranggapan hidup sorang sorang di dunia sendiri adalah satu tanggapan yang salah..huhu..mesti juga ada link connections ngan dunia luar..:D..sebab dengan dunia luar itulah yang akan menceriakan-mendukakan hidup anda..semua itu hanya realiti hidup yang nampak abstract..dengan observation more n more..maka kita dapat lah tengok apa sebenarnya yang terkandung dalam "abstract" itu..

Keluarkan konklusi, dan buat aplikasi..

******************

masa kecik kecik dulu..aku sorang jer yang tak sekolah waktu petang..adik adik aku yang lain semuanya skolah waktu petang..maka keseorangan lah aku duduk bersendirian di rumah bersama mak ku.

memang satu yang biasa bagi ku bila petang..arahan yang paling malas di dengar..buat keja rumah yang di bagi oleh cikgu kat skulah pada waktu pagi..*pemalas!!*..budak budak lagi kan..biasalah tu kut..nak main jer kerja..:D

dalam masa buat kerja rumah gitu..datang lagi arahan dari mak ku..arahan yang membuat kan aku ingat sampai sekarang..membuat aku senyum sendiri..terhadap kemalasan ku melaksanakan tugas kali ini..huhu..

"tho..tolong mama angkat kain"mak ku sayang
"banyak kah kain nyer?"es putih
"tak..sikit jer"mak ku sayang

*pause*

aku kluar rumah ikut pintu dapur, nak tengok bilangan kain kain yang nak di angkat di jemuran rumah ku..:)

*play*

"mak..banyak juga tue.."es putih
"laa..tolong la bah mama.."mak ku sayang
"hermm..ma.."es putih
"napa lagi..?"mak ku sayang

*Iklan kejap*

Image hosting by Photobucket



(Gambar kat Tetouan tempat ku ngaji ilmu pelajaran)

*Siaran bersambung*

"ma..mari kita men bola..sapa kalah dia angkat kain"es putih
"ok deal..sapa kalah pegi angkat kain ok"mak ku sayang

Maka berlangsung lah perlawanan di dalam rumah ku..cuma men bola manja2 mak ngan anak..hee :D..dan akhirnya..aku juga yang tewas..tak pernah menang..dalam mana2 edisi perlawanan..isk isk..

Aku melangkah keluar rumah..dengan membawa bakul tuk memuatkan kain2 yang di jemur..
Saturday, March 18, 2006 | By: cipthowiryawanchannel
Assalamualaikum..

huhu..berada di hari ke 18 di bulan mac..hari hari ku, semua ku lalui dengan ceria-dugaan-lalai-peka dan macam macam lagi..tapi cukup untuk sekali kali tidak berfikir "we have tomorrow"..tapi ya untuk.."we have yesterday"..:D..

Tak der apa yang nak di masukkan kali ni..saja bagi lirik kat bawah tu..sebab muzik blog ni berubah lagi..:D..lagipun muzik itu sungguh best..ohohoho..dan gambar kat bawah ni..aku ambil dari atas apartment aku tinggal nieh..

Image hosting by Photobucket


Menanti Sebuah Jawaban -Padi-

aku tak bisa luluhkan hatimu
dan aku tak bisa menyentuh cintamu
seiring jejak kakiku bergetar
aku tlah terpagut oleh cintamu
menelusup hariku dengan harapan
namun kau masih terdiam membisu

sepenuhnya aku ingin memelukmu
mendekap penuh harapan 'tuk mencintaimu
setulusnya aku akan terus menunggu
menanti sebuah jawaban 'tuk memilikimu

betapa derunya rindu menusuk jiwaku
semoga kau tahu isi hatiku
dan seiring waktu yang terus berputar
aku masih terhanyut dalam mimpiku

aku tak bisa luluhkan hatimu
dan aku tak bisa menyentuh cintamu
Friday, March 17, 2006 | By: cipthowiryawanchannel
Assalamualaikum..

Memang tidak selesa bila orang bercakap pasal satu satu punca kesilapan tuh dengan cara tuduhan melulu kepada satu pihak..not fair!!..bila nak tegor orang..nak tuduh orang..tegur dulu di sekitar diri anda..sebelum nak tegor orang lain..sebab orang juga berfikiran..bagaimana cepat kamu menuduh orang..begitu jugak lah cepat nya orang akan mencari titik kesilapan kita..jadinya..bila nak bincang satu punca kesilapan..bincang secara menyeluruh..tanpa menuduh satu satu pihak..throw away ur egoisticmania..buat intensive care pada diri sendiri dan yg terdekat dulu..sebelum buat intensive care pada orang lain..

Image hosting by Photobucket


apa guna didikan agama..bila fikiran tidak di guna..gabunglah cara berfikir duniawi dan ukhrawi..pasti dapat natijah yang baik..seimbangkan sikit..Allah tak suruh kita hanya focus pada ukhrawi without thinking about duniawi..biarlah aku tiada kerja yang penting akhirat..biarlah aku miskin yang penting akhirat..heh!!..what r u doing??!! berputus asa-tak berusaha..apa guna doa "Rabbana atina FI DUNIA HASANAH wa FIL AKHIRATI HASANAH"!!..naaa..so think elok elok..

sekian..
Tuesday, March 14, 2006 | By: cipthowiryawanchannel
Assalamualaikum..

semalam aku kepenatan sangat..balik jer dari beli barang itu ini..kene pula tukar gas pemanas air..dah la berat..lepas tuh aku rehat..tak mandi lagi masa tuh..badan memang tak rasa selesa sangat dah..oleh sebab penat sangat tuh..begetar sluruh tubuh diri ini..

then gagahkan diri juga pi mandi..and alhamdulillah lepas mandi kurang sket penat..tapi badan rasa sengal sengal..then solat..try baca buku sket..hanya dua paragraph jer dapat baca..tuh pun tak paham..then tertidoor sampai ke pagi..

lepas tuh..urus diri..jam 12 ada kelas..sampai jam 6..dan sekarang nih tgh apdate blog ini..lebih kurang jam 6.40 petang waktu morocco dan yg segaris dengannya :D..

Image hosting by Photobucket


kelmarin gi jalan jalan..dapatla kasut baru..:D..ganti kasut aku yang dah koyak..ntah camner boleh koyak..n dapat Mont Blanc Perfume jugee..hehe

masa kelas tadi lect aku kata :

"Selalu lah bersangka baik..sebab dengan sagka baik tu..ada nya ketenanga di dalam hati"
Monday, March 13, 2006 | By: cipthowiryawanchannel

Image hosting by Photobucket



Hermmm..tadi lepas jer masak sarapan pagi tadi..pi tengok tv..tak der yang best..tapi bila buka Kids Tv neh..nampak pulak aksi Barney n friends..program kanak kanak yang penuh ngan ilmu..:D

so aku layan dari mule sampai lah habis..dapat la juga study bende baru juga..:D..sebab kekadang program kekanak nih..tak semua orang dewasa tau isi nyer..so aku nasihatkanlah diri ku dan lenlain..jangan ambik acuh tak acuh program kekanak..tengok lah ia skali skala..:D

okies..tu jer kali ni..

Saturday, March 11, 2006 | By: cipthowiryawanchannel
Assalamualaikum..

Tinggal sorang aku kali ni..kawan bilik aku berkelana sekali lagi..berkelana tuk beli buku..elok lah tu..aku just stay di rumah ni lah..yang rumah kekadang aku stayed sehari atau dua hari tak kluar rumah..:D..best kan..

Aku tido tadik..aku mimpi seram..bepeluh aku di buat nyer..dah bape kali aku mimpi bende cam nih..theme sama..tapi tempat lain lain..isk isk isk..theme die lebih kurang..ribut-ombak besau-orang stay atas bumbung apartment-tiang letrik terbang-dan paling seram..awan tuh begulung gulung!!!!..dan yg lain lain lah yg besangkut paut..

ermm tinggalkan lah tuh..mainan syaitan..


Image hosting by Photobucket



Aku masukkan lagi koleksi gambar yang aku ade..nih kat masjid Hassan Thani Morocco..

*pause*

status..

- tengah tengok memoirs of geisha..
- nak solat zohor kejap lagi..:D
Wednesday, March 08, 2006 | By: cipthowiryawanchannel
Assalamualaikum...

Muqota'ah dirasah 15 hari..Student Uni aku sekali lagi mogok..perghh..mogok tak nak masuk belajar sebab :

1- Penat baru habis exam
2- Result exam kedua tak kuar lagi
3- Ada department yang tak habis exam lagi

dan adalagi lah sebab2 lain yang diorang utarakan untuk meminta cuti sebanyak 15 hari ini..Aku cuma memancing cerita dari kawan ku saja..yang penting kami bebudak Asian ni..BERKECUALI dalam hal ini..

Image hosting by Photobucket



Haa..ni saper pulak ni..:D..ini lah adik adik ku yang terchenta..my rivals tuk main komputer masa kekecik dulu..my rivals nak duk bahagian depan kereta..dan macam macam lagi laa..:D..Tapi abang die ni sentiasa mengalah..sebab tolak ansur kan..hehehehe..

Rindu ngan diorang senor nyer..Tu pasal aku masukkan gambar diorang ni..hehe..lama dah aku tak balik..besoo dah diorang..hehe..

Image hosting by Photobucket



Hermm..aku dah beso dah skang..hehe..gambar ni webshot yang bagi..tak sangka plak..thanks la sesapa yang wish aku..aku juga doa agar korang sumer..hidup terus berada di bawah rahmat Ilahi..

okays...wasalam..
Saturday, March 04, 2006 | By: cipthowiryawanchannel

Image hosting by Photobucket



assalamaualaikum..

bunge bunge dah mula tumbuh kat Maroc ni..dan bunge ni antara yang jadi mangsa kamera..aku pun tak tau apa nama dia..menjalar kat pagar rumah orang..:D..dan..aku ambil khas lah untuk korang yang datang blog aku ni..nah amik satu satu yer..:p..

Komen Haloscan aku rusak..tak tau sebab apa..jadi komen yang dedulu tuh..dah habis semua hilang..boleh copy..tapi malas..dan nak masukkan komen blogger ni pun..lama benor aku berpikir..lepas siasat² itu ini..akhirnya dapat juga masukkan..*aku tak baca elok..tu pasal bende mudah jadi susah*..pengajaran...:D

lagu dalam blog ni pun lagu baru..boring dah dengar lagu brave heart theme tuh..tukar selera pula kali ni..Lagu ni lagu tradisional Andalus..sapa pernah gi granada spain tuh..mungkin pernah dengar lagu gini..kalau kami kat Morocco ni..selalu lepas azan kat tv tuh..ader lah berkemundang lagu gini..apatah lagi kalau Ramadhan..*info lagu*..lagu ni di ambil kat Music Festival kat Tanger..sejam perjalanan dari tempat aku ni..sebelah jer..;))..di nyanyikan oleh orang Spain..dan suara sampingan orang arab Maroc ni..:D

status thesis aku..skang ni tengah kumpul semua tentang makna zakat dari segi bahasa dan syara'..nanti bila dah habis kumpul karang..baru gi tapis² tuk di masukkan dalam thesis aku..dan kelmarin baru dapat CD Maktabah Fiqh..kire himpunan semua kitab fiqh dan usul fiqh..adalah dalam 100 kitab gitu..penat juga membaca nya tuh..kalau korang ada amklumat..haa bleh lah bagi..tak kire bahasa ape..omputih ker melayu ker..amatlah di alu alukan..:D

nak apa isi apa lagi yer..?..haa..sorang kakak yang berada kat jepun skang ni..dan akan balik habis blaja hujung mac ni..semoga berjaya lah untuk cabaran hidup seterusnya..kami kat Maroc mendoakan kejayaan kak puja..

Image hosting by Photobucket



nak masukkan gambar kak puja..tak dapat permission lagi..sebab belum minta..:D..* sapa suh tak minta*..jadi masukkan gambar ni lah saje..ni pun kak puja yang bagi..sebab nak tunjuk oita turun salji la kunun..:))..*siap nak gaduh lagi kata tuh salji palsu..hiksss*

thanks nasihat..ajaran..dan sebagainya ooo kak pujaa..untuk kami kami kat Maroc ni..balik mesia spend kitaorang TV Flat sorang satu..yang 50 inci special editon..ader tulis name kitaorang kat tepi TV tuh..okay..;)

nak lawat blog die..?klik sini

sekian dulu laa..
Thursday, March 02, 2006 | By: cipthowiryawanchannel
assalamualaikum..

lama juga blog ku terbiar..kesian juga nengok..alasan ku cuma aku sebuk akhir akhir ini..tapi insya Allah kali ni aku akan membuat entry pertama untuk bulan mac..

keputusan exam first aku ari tuh dah kluar..dapat lah 9.77..markah lulus 10.00..sket lagi nak lulus..tapi..morocco ada dua round exam..so aku kene masuk lagi exam kedua bagi meluluskan diri ku ini..dan Alhamdulillah dah ambil exam round kedua..insya Allah dalam seminggu lagi result dier kuar..

apa lagi cerita aku dalam seminggu ni..hermm..jumaat lepas aku gi gunting rambut..hehe..so skang ni..aku dah ade rambut baru..:d..yeszaaa..

thesis..proposal thesis aku dah siap..so skang ni, tinggal nak jumpa lec aku jer lagi..tengok dalam beberapa hari ni..insya Allah akan hantar proposal tuh untuk di adili oleh lect aku tuh..kalau okay..bleh la start buat..kalau tak..kene betulkan proposal semula lah gayanya..

* pause *

haaa..mari kita bergelumang dengan sejarah Islam kali ni..first time rasanya cakap pasal ni kat blog..hermm nak mula cam ner ekk..

Peperangan Badar memang makrif di kalangan orang orang Islam seluruh dunia khususnya..iaitu peperangan pertama orang Islam..juga di kenali sebagai Ghazwah Badr Kubra..

Jadi kali ni..aku bukan untuk menceritakan secara terperinci tentang peperangan ini..sebab kebanyakan dah tahu asal usul peperangan ini..Tapi kali ni aku mengambil inisiatif lain..iaitu untuk melihatkan kawasan peperangan tersebut..peta dalam erti kata lain..peta ni aku ambil dari buku sejarah Islam yang terkenal di tulis oleh Sheikh Safi Ar Rahman Mubarakfuri..


Image hosting by Photobucket



Okay..kat atas tuh..aku dah letak nombor nombor..dan berikut die punye keterangan..:

1- Jalan menuju ke Sham..
2- Jalan menuju ke Madinah..
3- Jalan menuju ke Makkah..
4- Kubur orang yang mati syahid dalam peperangan Badar..
5- Kebun Buahan..
6- Kawasan Askar Quraisy..
7- Kawasan Askar Islam
8- Medan Peperangan
9- Tempat tinggal orang Badwi(orang yg berpindah randah)
10-Kubur Am(mungkin untuk orang bukan Islam)

Jadi bila kita dah tengok peta ni..mungkin menerangkan lagi apa yang dah terang..tentang peperangan Badar yang aku dan korang telah baca..dan nak bagi antara kesah best dalam peperangan ini..

Ada seorang tentera Islam yang telah patah pedangnya..dan kemudian Rasulullah memberikan nya pedang..Rasulullah berkata,"berperanglah menggunakan pedang ini"..dan tentera itu menggunakan pedang itu yang mana pedang tu panjang,tajam,dan putih berkilat..tentera tu menggunakannya sehingga banyak membantu tentera muslim tika itu..pedang tu di namakan..Al Aun..Penolong, Penyelamat..gitulah bahasa melayu dia..Pedang tu terus berada disisi tentera itu sehinggalah dia syahid di peperangan Ar Riddah(memerangi orag murtad)..

panjang dah ni..sekian dulu..jumpa lagi lain kali..