Thursday, March 02, 2006 | By: cipthowiryawanchannel
assalamualaikum..

lama juga blog ku terbiar..kesian juga nengok..alasan ku cuma aku sebuk akhir akhir ini..tapi insya Allah kali ni aku akan membuat entry pertama untuk bulan mac..

keputusan exam first aku ari tuh dah kluar..dapat lah 9.77..markah lulus 10.00..sket lagi nak lulus..tapi..morocco ada dua round exam..so aku kene masuk lagi exam kedua bagi meluluskan diri ku ini..dan Alhamdulillah dah ambil exam round kedua..insya Allah dalam seminggu lagi result dier kuar..

apa lagi cerita aku dalam seminggu ni..hermm..jumaat lepas aku gi gunting rambut..hehe..so skang ni..aku dah ade rambut baru..:d..yeszaaa..

thesis..proposal thesis aku dah siap..so skang ni, tinggal nak jumpa lec aku jer lagi..tengok dalam beberapa hari ni..insya Allah akan hantar proposal tuh untuk di adili oleh lect aku tuh..kalau okay..bleh la start buat..kalau tak..kene betulkan proposal semula lah gayanya..

* pause *

haaa..mari kita bergelumang dengan sejarah Islam kali ni..first time rasanya cakap pasal ni kat blog..hermm nak mula cam ner ekk..

Peperangan Badar memang makrif di kalangan orang orang Islam seluruh dunia khususnya..iaitu peperangan pertama orang Islam..juga di kenali sebagai Ghazwah Badr Kubra..

Jadi kali ni..aku bukan untuk menceritakan secara terperinci tentang peperangan ini..sebab kebanyakan dah tahu asal usul peperangan ini..Tapi kali ni aku mengambil inisiatif lain..iaitu untuk melihatkan kawasan peperangan tersebut..peta dalam erti kata lain..peta ni aku ambil dari buku sejarah Islam yang terkenal di tulis oleh Sheikh Safi Ar Rahman Mubarakfuri..


Image hosting by Photobucket



Okay..kat atas tuh..aku dah letak nombor nombor..dan berikut die punye keterangan..:

1- Jalan menuju ke Sham..
2- Jalan menuju ke Madinah..
3- Jalan menuju ke Makkah..
4- Kubur orang yang mati syahid dalam peperangan Badar..
5- Kebun Buahan..
6- Kawasan Askar Quraisy..
7- Kawasan Askar Islam
8- Medan Peperangan
9- Tempat tinggal orang Badwi(orang yg berpindah randah)
10-Kubur Am(mungkin untuk orang bukan Islam)

Jadi bila kita dah tengok peta ni..mungkin menerangkan lagi apa yang dah terang..tentang peperangan Badar yang aku dan korang telah baca..dan nak bagi antara kesah best dalam peperangan ini..

Ada seorang tentera Islam yang telah patah pedangnya..dan kemudian Rasulullah memberikan nya pedang..Rasulullah berkata,"berperanglah menggunakan pedang ini"..dan tentera itu menggunakan pedang itu yang mana pedang tu panjang,tajam,dan putih berkilat..tentera tu menggunakannya sehingga banyak membantu tentera muslim tika itu..pedang tu di namakan..Al Aun..Penolong, Penyelamat..gitulah bahasa melayu dia..Pedang tu terus berada disisi tentera itu sehinggalah dia syahid di peperangan Ar Riddah(memerangi orag murtad)..

panjang dah ni..sekian dulu..jumpa lagi lain kali..

1 comments:

cipthowiryawanchannel said...

try test...dah bulih ker nih?